100plus-outrunner-2016-putrajaya-brooks-runholic-eshamzhalimdotcom

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

100 Plus Outrunner 2016 telah diadakan pada 16 April 2016 bertempat di Monumen Alaf Baru, Precint 2, Putrajaya setelah tiga (3) kali lokasi larian telah berubah. Acara larian malam ini telah dianjurkan oleh pihak Twenty First Century Sports dengan kerjasama 100 Plus Malaysia serta Brooks Malaysia sebagai penaja rasmi baju larian peserta 100 Plus Outrunner.

Hanya 3 kategori sahaja yang ditawarkan bagi acara larian ini iaitu kategori 15km, 10km dan juga 6km Fun Run. Aku dan wife hanya mendaftar untuk kategori 6km Fun Run, sekadar larian santai bersama rakan-rakan yang lain sambil menikmati suasana malam di Putrajaya…hihihihi.. πŸ˜€

Peserta kategori 15km telah dilepaskan terlebih dahulu pada pukul 8.00 malam dan diikuti dengan peserta 10km pada pukul 8.20 malam serta akhirnya barulah peserta kategori fun run dilepaskan tepat pada pukul 8.40 malam. Memang cukup meriah apabila setiap pelepasan kategori diiringi dengan letupan bunga api yang menerangi ruang udara Putrajaya.

Boleh dikatakan aku dan wife kerap berhenti untuk bergambar disepanjang laluan larian serta lepak ditepi laluan sambil menyaksikan gelagat peserta yang lain berlari untuk menghabiskan larian…hahahahaha.. πŸ˜€ Suasana malam di Putrajaya pula memang cukup menarik sambil berlari di tepi tasik Putrajaya.

Ok!.. Jom layan gambar… πŸ˜€

100plus-outrunner-2016-putrajaya-brooks-runholic-eshamzhalimdotcom#RedBullRunner dan #CuteTigerRunner sudah sedia untuk berlari.

100plus-outrunner-2016-putrajaya-brooks-runholic-eshamzhalimdotcomTerjumpa geng pula kat sini…hihihihihi.. πŸ˜€

100plus-outrunner-2016-putrajaya-brooks-runholic-eshamzhalimdotcomSelfie dulu sebelum mula berlari.

100plus-outrunner-2016-putrajaya-brooks-runholic-eshamzhalimdotcomAsyik bergambar jer deme ni!…

100plus-outrunner-2016-putrajaya-brooks-runholic-eshamzhalimdotcomBergambar lagi…..

100plus-outrunner-2016-putrajaya-brooks-runholic-eshamzhalimdotcomEh! bergambar lagi…. πŸ˜€

100plus-outrunner-2016-putrajaya-brooks-runholic-eshamzhalimdotcomHoorahhhhhh!!!!!…

100plus-outrunner-2016-putrajaya-brooks-runholic-eshamzhalimdotcomTermenung sambil melihat peserta lain berlari…hihihihihi.. πŸ˜€

100plus-outrunner-2016-putrajaya-brooks-runholic-eshamzhalimdotcomAntara lokasi menarik untuk bergambar.

100plus-outrunner-2016-putrajaya-brooks-runholic-eshamzhalimdotcomAksi lain pulak!!..

100plus-outrunner-2016-putrajaya-brooks-runholic-eshamzhalimdotcomGambar berdua mestilah ada kan!!…

100plus-outrunner-2016-putrajaya-brooks-runholic-eshamzhalimdotcomBergambar solo jer tuuu…

100plus-outrunner-2016-putrajaya-brooks-runholic-eshamzhalimdotcomHaaaa!!!.. barulah lengkap gambarnya..hihihihi.. πŸ˜€

100plus-outrunner-2016-putrajaya-brooks-runholic-eshamzhalimdotcomSaja jer nak bergambar dengan mamat jaga flag ni…hihihihihihi.. πŸ˜€

100plus-outrunner-2016-putrajaya-brooks-runholic-eshamzhalimdotcomTahap kepewaian sudah mai!!!!…hihihihihi…

100plus-outrunner-2016-putrajaya-brooks-runholic-eshamzhalimdotcomTerima kasih Running Malaysia. Gambar ni memang osem!.. πŸ˜€

100plus-outrunner-2016-putrajaya-brooks-runholic-eshamzhalimdotcomDuduk lepak makan dulu sebelum balik.

100plus-outrunner-2016-putrajaya-brooks-runholic-eshamzhalimdotcomTu haaaa medal dia!!!.. bagaikan kepingan emas… πŸ˜€

100plus-outrunner-2016-putrajaya-brooks-runholic-eshamzhalimdotcomSemua peserta dapat bihun goreng, pisang dan air mineral selepas tamat larian. Β Air isotonik 100 Plus pula boleh minum sampai perut kembong…hahahahahaha.. πŸ˜€

Komen aku mengenai 100 Plus Outrunner 2016:
Berdasarkan daripada pengalaman aku dan wife yang hanya mendaftar kategori 6km Fun Run, 100 Plus Outrunner 2016 memang cukup seronok dan meriah. Menggunakan laluan larian kebiasaan di Putrajaya tetapi dipenghujungnya agak menarik kerana peserta akan berlari di tepi tasik sambil menikmati permandangan malam di sekitar Putrajaya. Ada beberapa lokasi laluan larian yang gelap dan agak bahaya untuk peserta berlari tapi itu kemungkinan lampu jalan yang bermasalah. Yuran penyertaan bagi aku memang amat berpatutan bagi semua kategori.

Sukarelawan yang bertugas pun memang ramai dan amat membantu. Waterstation pun tidak mengecewakan dan mencukupi di sepanjang laluan larian. Semestinya acara ini mewah dengan minuman isotonik 100 Plus….hihihihi.. πŸ˜€ Ada disediakan bihun goreng, pisang dan juga air mineral bagi peserta yang telah berjaya menghabiskan larian walaupun perlu beratur panjang. Tiada masalah bagi aku untuk beratur walaupun ramai juga yang memotong barisan. Baju larian daripada Brooks yang menepati citarasa aku serta medal yang comel seperti kepingan emas. πŸ˜€

Kesimpulannya, aku dan wife memang cukup seronok dan semestinya boleh dimasukkan di dalam senarai larian yang wajib kami daftar untuk tahun depan. Tahniah kepada pihak penganjur dan juga kepada pihak penaja kerana telah berjaya menganjurkan satu acara yang meriah. πŸ˜€

Loading

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.