Assalamualaikum dan Salam Mesra,
2nd EventBiz Charity Trail Run 2016 telah diadakan di Taman Botani FRIM, Kepong pada 28 Februari 2016 yang lalu. Larian amal yang bertemakan “Save Our Mother Earth” ataupun “Selamatkanlah Bumi Kita” pada permulaannya telah dijadualkan pada 3 Januari 2016 tetapi telah ditundakan oleh pihak penganjur ke 28 Februari 2016 di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Aku dan wife juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta bersama peserta-peserta lain untuk mengukur jarak sejauh 9km di Taman Botani serta ini juga merupakan acara larian pertama kitaorg di FRIM selain daripada aktiviti mendaki di situ. 😀 Larian amal ini adalah berkonsepkan trail run (larian denai) dan hanya satu (1) kategori sahaja yang ditawarkan iaitu 9km serta dibahagikan kepada lelaki dan wanita terbuka dan veteran. Al-kisahnya, penyertaan bagi larian ini telah lama ditutup untuk pendaftaran sebelum kitaorg sempat mendaftar tetapi berkat usaha aku untuk menghubungi pihak penganjur, akhirnya aku dan wife serta Eyda Dida berjaya mendaftar secara manual melalui email…hihihihihi.. 😀
Acara larian ini telah dilepaskan pada pukul 7.30 pagi secara berperingkat dan diasingkan mengikut kategori lelaki dan wanita bagi mengelakkan berlakunya kesesakkan di awal larian. Permulaan larian memang cukup santai serta mendatar sebelum terpaksa berlari di laluan yang berbukit dan berbatu. Trek larian yang berbukit sememangnya berjaya membuatkan ramai peserta berhenti dan berjalan, bukit itu membunuh katanya…hahahaha.. 😀 Kebiasaannya bagi acara trail run, aku dan wife lebih suka menikmati permandangan sambil berlari santai daripada mengejar masa untuk menamatkan larian tetapi walau apa pun semestinya tamatkan larian sebelum masa yang telah diperuntukkan oleh pihak penganjur tamat (Cut Off Time)…hihihihihi… 😀
Ok! Ok! Jom layan gambar….
Kali pertama aku dapat kategori men veteran….hahahaha… 😀
Selfie dulu..
Pelepasan pelari wanita.
Selfie dulu dengan deme berdua ni…hihihihihi.. 😀
Acara mendaki bukit beramai-ramai…hahahaha.. 😀
Mendaki lagi….
Tu diaaaa Redbull nak lalu…
Main terbang-terbang pulak!!!..
Tongkat Ali Trail.
Tongkat Ali memang khas untuk lelaki..hihihi.. 😀
Sempat bergambar bersama Se7en Chiam.
Nampak garang bertanduk merah…
Antara laluan yang landai dan santai…
Singgah bergambar sekejap.
Hafal peta dulu takut tersesat.
#Redbullrunner kena tinggal kat belakang….. 😀
Lebarnya senyum…
Taman Botani FRIM, Kepong memang cantik.
Kenapa ni?….
Alamak!!!!!…..
#RedbullRunner dah pewai….
Kembali segar menuju ke garisan penamat… 😀
Medal berbentuk sebuah pokok yang unik.
Unik medalnya.
Gambar daripada Essy Choo.
Bergambar bersama Maulina Bueng. Ada kisah mengenai tebuan disini…hihihihihi… 😀
Terima kasih kepada Zakiah dan Alice kerana sudi datang sokong dan bawakan nasi lemak sedap… 😀
Running buddy…
#RedbullRunner dan #CuteTigerRunner.
Jom layan video kitaorg di Taman Botani FRIM, Kepong…… 😀
Komen aku mengenai acara 2nd EventBiz Charity Trail Run 2016:
Berdasarkan pengalaman aku, 2nd EventBiz Charity Trail Run 2016 boleh dikatakan satu acara yang teratur dan meriah. Laluan trailnya yang berbukit dan juga penuh dengan batu kelikir memang cukup memberi pengalaman baru bagi aku dan wife. Batu kelikir yang penuh disepanjang laluan larian berjaya membuatkan tapak kaki terasa sakit tetapi itu hanya dijadikan sebagai cabaran. Yuran penyertaan sebanyak RM60 untuk 9km trail run yang dikenakan kepada peserta bagi aku memang cukup berbaloi. Aku memang cukup berpuas hati dengan baju lariannya daripada jenama Salomon dan juga medal yang unik. Hadiah cabutan bertuah yang cukup hebat serta cukup unik, tembikai pun ada disenaraikan sebagai hadiah cabutan bertuah…hahahahaha.. 😀 Wife aku dan Eyda Dida pun di antara pemenang hadiah cabutan bertuah.
Kesimpulannya, aku amat berpuas hati dengan acara ini dan pihak penganjur telah berjaya menganjurkan satu acara yang meriah. Sememangnya aku dan wife akan mendaftar bagi anjuran yang ketiga sekiranya masih lagi dianjurkan tahun depan. Ok! Jumpa lagi tahun depan… 😀
