Assalamualaikum dan Salam Mesra,
9 to 5 Run ini telah berjaya disempurnakan pada 9 Mei 2015 di Persiaran Perdana, Putrajaya sempena sambutan Hari Pekerja serta Hari Belia Malaysia 2015. Larian ini dikenali juga sebagai Program Larian Pekerja Muda yang bertujuan untuk menyahut seruan Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak. Ianya berfungsi untuk mengeratkan silaturahim, memantapkan serta merapatkan lagi jurang pekerja profesional dan bukan profesional dari sektor awam dan sektor swasta yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.
Selain daripada itu, program ini juga diharapkan dapat membantu meningkatkan lagi tahap kesedaran bertapa pentingnya kesihatan dan kecergasan di dalam kehidupan supaya menjadi lebih proaktif dan meningkatkan produktiviti di tempat kerja.
Aku dan wife juga tidak melepaskan peluang untuk mendaftar bagi larian ini. Seperti biasa, kategori 5km Fun Run tetap menjadi pilihan kitaorg sebagai latihan dan persediaan untuk menambahkan lagi kilometer larian di masa yang akan datang. Kitaorg cuba untuk menambah kilometer secara perlahan-lahan bagi mengelakkan kaki daripada terkejut atau cedera…hihihihihihi.. 😀 . Masih ada banyak lagi larian yang kitaorg daftar untuk tahun ini dan semua penambahan kilometer dilakukan secara berperingkat bermula daripada 3km, 5km, 7km, 10km, 12km dan 15km pada hujung bulan November nanti. Half Marathon (HM) dan Full Marathon (FM) memang tiada dalam perancangan kitaorg pun….hihihihihi.. 😀 kena tengok kemampuan kaki dulu.
Pagi tu kitaorg berlari dalam hujan tapi nasib baiklah tak lebat sangat, memang dah lama tak mandi hujan rasanya…hihihihihi.. 😀 Catatan masa agak tidak membanggakan akibat banyak kali berhenti berteduh kerana cermin mata dah kabur dibasahi air hujan…hahahahaha… tapi tetap berjaya menghabiskan larian… ermmmm… 5km jer kan, kalau berjalan pun 1 jam dah sampai garisan penamat. 🙂
Ok!. Ok!.. cerita pun sudah, jom aku jamu dengan gambar-gambar untuk santapan mata….hihihihihihi.. 😀
Peta larian 5km..
Awam dah gelap nak hujan…
Bergambar dengan Bella Pinky… 😀
Lari dan lari dan lari….
Selfie sambil berlari..
Lembu ikut harimau…
Selalu berborak dalam fb..ni kali pertama jumpa…
Sumber gambar daripada fb.
Finish line…
Selfie dengan K.J katanya..hihihihihi… 😀
Team runner #TooHotDemo
Geng Zombie…
Geng Zombie lagi..
Medal dengan Ravenna 5
Habis jer larian, kitaorg lepak sekejap sambil menunggu nombor cabutan bertuah tapi seperti biasalah, memang susah nak bertuahnya…hihihihihi.. 😀 Bergerak keluar daripada Putrajaya lebih kurang pukul 10 pagi untuk menuju ke EnerZ Indoor Extreme Park di Subang Jaya. Mesti ramai yang nak tahu apakah EnerZ Indoor Extreme Park tu kan?…… tungguuuu entrinya selepas ini…hihihihihi.. 😀

selamat berpuasa
Selamat berpuasa jugak bro… 😀