Assalamualaikum dan Salam Mesra,
Allianz Pacer Run 2015 telah diadakan pada 6 Disember 2015 bertempat di Presint 3, Dataran Putrajaya. Acara larian ini telah dianjurkan oleh Allianz Malaysia yang bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia supaya mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat serta memastikan sentiasa bersenam dan kekal aktif. Hanya ada 2 jarak larian yang ditawarkan bagi larian ini iaitu sejauh 6km bagi kategori Fun Run dan juga 12km yang merangkumi kategori lelaki dan wanita terbuka, lelaki dan wanita veteran dan juga satu lagi kategori dikhaskan untuk badan-badan korporat yang ingin turut serta dalam acara larian ini. Yuran yang dikenakan kepada peserta adalah sebanyak RM30 bagi 6km dan RM55 bagi 12km manakala RM1500 bagi penyertaan daripada badan korporat.
Aku dan wife pun tidak melepaskan peluang untuk mendaftar bagi kategori terbuka 12km dan yang paling terujanya kerana baju lariannya memang amat menarikβ¦..adidas ok!…hihihihihi.. π Slot penyertaan untuk 6km dan 12km memang cepat penuh sebelum tarikh tutup. Rasanya mesti ramai yang kempunankan baju adidas tuuu….hahahahahaha… π Larian kali ini memang cukup santai sambil menikmati permandangan Putrajaya dan buat julung kalinya, aku dan wife menjadi pacer untuk Zakiah…hihihihihi..sikit lagi jer nama lariannya nak ditukarkan ke Zakiah Pacer…hahahahahaha…. π
Peserta bagi 12km telah dilepaskan tepat pada pukul 7 pagi dan diikuti oleh peserta 6km 15 minit kemudian. Memang cukup terhibur dengan persembahan kumpulan sorak serta persembahan gendang yang telah ditempatkan di beberapa lokasi sepanjang laluan larian.
Dah lama tak bawa redbull dan tiger berlari sama…….. π Jom layan gambar…..
Sempat bergambar dengan kaki-kaki pukul ni…hahahahaha.. π
Biar aku hiburkan para pelari dengan rebana ubi ni sementara yang belakang tu sedang berehat….hihihihi.. π
Langit di Putrajaya memang cukup cantik pada pagi tu..
Sempat berhenti di PICC untuk bergambar…
Tolong marshall jaga trafik kejap…
Come on Z….. Run Zakiah Run!!!…
Hihihihihihihi……. berhenti tidur kejap sebelum sambung berlari.. π
Seronok pulak jaga trafik ni…hahahahaha.. π
500 meter sebelum garisan penamat…. π
Kredit gambar oleh Calvin Toh.
Kredit gambar oleh Calvin Toh.
Kredit gambar oleh Rany Tan.
Ini namanya post-running photo.
Post-running photo lagi dengan gaya terapung.
Bergambar dengan Ayang Ati dan Bro. Omar…berlari tanpa kasut ok!… π
Kredit gambar oleh Calvin Toh.
Macam-macam permainan yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Banyak hadiah ok!..
Rekod dari apps Run Keeper aku…santai katanya….hihihihih… π
e-Certificate dengan official timing…
Komen aku mengenai acara Allianz Pacer Run 2015:
Aku cukup seronok dengan larian ini serta bagi aku pihak penganjur memang sentiasa memastikan semuanya berjalan dengan lancar dan teratur. Ada diselitkan beberapa persembahan gendang di laluan larian bagi memastikan pelari terhibur. Water station pun memang amat memuaskan dengan menyediakan air mineral dan isotonik 100 plus. Medical Team pun ada bersedia di beberapa lokasi sepanjang laluan larian dengan bantuan ambulan yang sentiasa menemani para peserta. Bagi aku laluan larian kali ini memang agak berbeza dengan acara larian yang aku dan wife pernah sertai sebelum ini. Mungkin sama atau mungkin lain sebab aku selalu keliru dengan jalan di Putrajaya ni…hahahahaha.. π
Paling aku puas hati adalah pada baju lariannya dan sebab utama aku dan wife mendaftar pun disebabkan terpikat dengan baju adidas biru tu…hihihihihi.. π Medalnya pun agak menarik dan unik. Pelbagai acara sampingan serta permainan yang disediakan oleh penganjur telah berjaya membuatkan aku dan wife balik lambat…hihihihihi… banyak juga hadiah yang kitaorg dapat.
Kesimpulannya, memang aku berpuas hati dengan acara Allianz Pacer Run 2015 ini dan pasti aku dan wife akan daftar lagi untuk tahun 2016. Mungkin tahun depan akan lebih hebat dengan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti menarik. π
