atv-adventure-ride-park-kampung-kemensah-hulu-kelang-all-terrain-vehicle-outdoor-adventure-shamphotography

Assalamualaikum dan salam mesra,

Kalau korang selalu mengikuti entri di blog aku, pasti pernah terbaca entri ‘Jom Join Layan ATV Di Kampung Kemensah’ pada bulan lepas. Aku dan wife amat berbesar hati untuk organize kan 1 trip ATV Ride di ATV Adventure Park. ATV Adventure Park ni terletak di Kampung Kemensah, Hulu Kelang atau yang senang sekali lokasinya adalah di belakang Zoo Negara (Lebih kurang 4.8KM masuk ke dalam lagi daripada Zoo Negara). Sila rujuk kat peta di bawah ni haaaa…..

atv-adventure-ride-park-map-peta-kampung-kemensah-hulu-kelang-all-terrain-vehicle-outdoor-adventure-shamphotography

Dari Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), korang exit di Zoo Negara dan terus ikut jalan yang menuju ke belakang zoo (Jalan Taman Zooview) hingga sampai ke ATV Adventure Park dan pastikan jangan belok di mana-mana simpang. Korang akan lalu di Kampung Kemensah dan akan melalui jalan yang sempit, jangan risau yer sebab jalannya memang begitu pastu korang akan jumpa papah arah ke ATV Adventure Park lebih kurang 1 KM sebelum sampai ke lokasi. Apabila korang sampai di gerbang ATV Adventure Park nanti, sila parking kereta di sekitar tepi jalan tu kerana tiada ruangan tempat letak kereta disediakan. Aku nasihatkan supaya berkongsi kereta (car pool) untuk datang ke sini. Mungkin satu hari nanti, pihak ATV Adventure Park dapat menyediakan tempat letak kereta yang lebih sesuai dan boleh menampung 10-30 buah kereta bagi kemudahan pelanggan.

Program ni sebenarnya aku booking hanya untuk 20 orang jer tapi akhirnya dapat sambutan yang menggalakkan pulak…hihihhi.. sampai 25 orang yang join dan tu pun aku terpaksa hadkan sehingga 25 slot jer. Aku dan wife hanya kenal beberapa orang jer dan selebihnya tu baru jumpa pertama kali. Antara kebaikannya aktiviti-aktiviti begini ialah dapat menambahkan lagi kawan-kawan baru…mengeratkan silatulrahim katanya..hihihihi.. πŸ˜€ . Bagi trip kali ni, aku pilih Pakej B iaitu pakej menunggang ATV secara offroad selama 1-2 jam menuju ke air terjun. Ada banyak pakej yang ditawarkan oleh ATV Adventure Park, korang boleh check-it out kat link ni —> Pakej ATV Adventure Park

atv-adventure-ride-park-map-peta-kampung-kemensah-hulu-kelang-all-terrain-vehicle-outdoor-adventure-shamphotographyMasing-masing tengah fokus dengar taklimat..

atv-adventure-ride-park-map-peta-kampung-kemensah-hulu-kelang-all-terrain-vehicle-outdoor-adventure-shamphotographyMana satu itu pin pin?…. Boey, you are really funny gurl… πŸ˜€

Ramai juga diantara kitaorg yang baru pertama kali menunggang ATV ni dan ada jugak yang langsung tak berani nak menunggang ATV ni selepas diberi safety briefing oleh guide di situ…ekekeke…akhirnya dorang hanya menumpang di belakang jer…ermmm..aku rasa ada 2 orang kot. Selepas diberi tunjuk ajar bagaimana untuk mengendalikan ATV ni, kitaorg pun terus berebut memilih ATV masing-masing….hihihihi… masing-masing nak pilih ATV yang lawa-lawa jer.

atv-adventure-ride-park-map-peta-kampung-kemensah-hulu-kelang-all-terrain-vehicle-outdoor-adventure-shamphotography

Dengan muka yang riang gembira seperti kanak-kanak kecil mendapat coklat, masing-masing bersedia untuk mengharungi cabaran yang mendatang. Kitaorg semua dipecahkan kepada 5 kumpulan bernisbahkan 1 guide untuk 5 peserta dan setiap kumpulan diberi kata-kata perangsang oleh guide masing-masing sebelum mula bergerak…ahahahaha..

atv-adventure-ride-park-map-peta-kampung-kemensah-hulu-kelang-all-terrain-vehicle-outdoor-adventure-shamphotographySafety Always No. 1 but Ride at Your Own Risk…

atv-adventure-ride-park-map-peta-kampung-kemensah-hulu-kelang-all-terrain-vehicle-outdoor-adventure-shamphotographySemua beratur untuk redah hutan…ekekekekeke…

Perjalanan menuju ke air terjun boleh dikatakan agak mencabar dan perlu berhati-hati yer sebab korang akan menempuhi laluan yang berlopak, menaiki dan menurun bukit di laluan tanah merah dan juga perlu mengelak dahan serta ranting-ranting pokok di sekitar laluan. Paling mengerunkan lagi apabila korang akan lalu di lereng bukit dan kalau tersilap langkah pasti akan mengundang padah so PLEASE BE EXTRA CAREFUL!!.erkkkk!!!!!.. ok!..ok!.. jom layan gambar dulu… πŸ˜€

atv-adventure-ride-park-map-peta-kampung-kemensah-hulu-kelang-all-terrain-vehicle-outdoor-adventure-shamphotographyCer tengok kat sebelah kiri tuuu.. tracknya betul-betul dilereng bukit yerrr

atv-adventure-ride-park-map-peta-kampung-kemensah-hulu-kelang-all-terrain-vehicle-outdoor-adventure-shamphotographyBertemankan matahari yang terik..

atv-adventure-ride-park-map-peta-kampung-kemensah-hulu-kelang-all-terrain-vehicle-outdoor-adventure-shamphotographyDi kiri kanan laluan banyak pokok buluh…

atv-adventure-ride-park-map-peta-kampung-kemensah-hulu-kelang-all-terrain-vehicle-outdoor-adventure-shamphotographyHaaaa…nampak tuu… lopak air ok!… offroad kan…

atv-adventure-ride-park-map-peta-kampung-kemensah-hulu-kelang-all-terrain-vehicle-outdoor-adventure-shamphotographyTitian kayu…

Menurut brader guide tu sepatutnya perjalanan ke air terjun biasanya mengambil masa sekitar 30 minit tapi aku rasa lebih kurang sejam jugak ler baru kitaorg sampai, mungkin disebabkan faktor laluan yang memerlukan kitaorg semua lebih berhati-hati dan mengambil masa yang lama. Akhirnya, muka masing-masing tersenyum gembira apabila melihat keindahan dan kesejukkan air terjun… πŸ˜€ .

atv-adventure-ride-park-map-peta-kampung-kemensah-hulu-kelang-all-terrain-vehicle-outdoor-adventure-shamphotographyAmacam?…. korang rasa teruja tak?…

atv-adventure-ride-park-map-peta-kampung-kemensah-hulu-kelang-all-terrain-vehicle-outdoor-adventure-shamphotographyHaaaa…. apa tu??….

atv-adventure-ride-park-map-peta-kampung-kemensah-hulu-kelang-all-terrain-vehicle-outdoor-adventure-shamphotographyKawasan piknik di air terjun…

Mengikut info yang aku tahu, air terjun ni dipanggil Air Terjun 7 Tingkat tapi aku takde ler mengira berapa banyak tingkatnya. Kedinginan air terjun tu pasti akan membuatkan korang semua berasa tidak mahu pulang…hihihihi… Kitaorg hanya diberi masa selama 30 minit untuk menikmati air terjun di situ dan ada diantara kitaorg yang mengambil peluang untuk bercumbu dengan air terjun tu hinggalah basah kuyup…ahahahaha… Bagi aku dan wife cukuplah sekadar dapat berposing mengambil gambar di situ sambil disaksikan oleh keindahan alam semulajadi.

atv-adventure-ride-park-map-peta-kampung-kemensah-hulu-kelang-all-terrain-vehicle-outdoor-adventure-shamphotography

atv-adventure-ride-park-map-peta-kampung-kemensah-hulu-kelang-all-terrain-vehicle-outdoor-adventure-shamphotographyBergambar dengan brader-brader Cyclists…hihihihihi…

Selepas puas bergambar dan menikmati kesejukan air terjun, tiba masanya kitaorg perlu pulang kembali ke kem. Walau apa pun groupfie adalah penting dalam program-program seperti ini. Dorang ni semua pantang nampak kamera, mesti dah standby posing…ahahahahaha… kawanku semua giler bergambar ok!!.. πŸ˜€

atv-adventure-ride-park-map-peta-kampung-kemensah-hulu-kelang-all-terrain-vehicle-outdoor-adventure-shamphotographyMasing-masing memastikan muka dorang inframe di dalam kamera…hihihihi… πŸ˜€

atv-adventure-ride-park-map-peta-kampung-kemensah-hulu-kelang-all-terrain-vehicle-outdoor-adventure-shamphotographyTeam Gegurlsss……

atv-adventure-ride-park-map-peta-kampung-kemensah-hulu-kelang-all-terrain-vehicle-outdoor-adventure-shamphotographyAku dan wife bersama rakan blogger yang termashyur iaitu Azlan Strider ( www.striderbuzz.com )
Kalau nak tahu siapa blogger Azlan Strider ni, bolehlah terjah ke blog dia…. πŸ˜€

Perjalanan pulang tidaklah mengambil masa yang lama oleh kerana masing-masing sudah tahu track yang akan dilalui, lagipun dorang semua dah expert dan faham cara-cara untuk mengendalikan ATV seperti seorang profesional…hihihihihi… πŸ˜€ . Bagi yang baru pertama kali, sememangnya satu pengalaman yang seronok bercampur-baur dengan takut apabila menunggang ATV ni…ekekekeke… Di hujung program, aku minta semua berkumpul untuk mengambil group photo dengan wajah-wajah keriangan.

atv-adventure-ride-park-map-peta-kampung-kemensah-hulu-kelang-all-terrain-vehicle-outdoor-adventure-shamphotography

Akhir kata, aku dan wife ingin mengucapkan ratusan, ribuan, jutaan dan bilion-an terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi join program ni. Korang semua memang havoc dan sporting serta tak banyak karenah ok!….ahahahahaha… kalau tak mesti aku pening kepala nanti. Kepada Team Zombie, terasa seperti sudah lama kenal walaupun baru jumpa 2 kali jer. Tak lupa juga kepada Blogger Azlan Strider yang sudi join aktiviti ni serta kawan-kawan yang lain seperti Anna (budak opis aku), Suri Mahsuri (2 kali join ATV dengan kitaorg), Azua yang sudi datang daripada gopeng, Ijah dan Rashdan (kulaan kitaorg),Β  Sis ZueΒ Taqwallah dan husband serta kawan-kawan yang lain.

Entri pun korang dah baca, gambar pun korang dah tengok so apa kata jom tonton video pulak….hihihihi… πŸ˜€

Kalau korang nak tonton dalam Youtube pon boleh, klik jer –> ATV Adventure Park, Kg Kemensah

p.s : Bila upload gambar trip ATV ni dalam fb, ramai pulak kawan-kawan lain yang tanya… “Bila next trip?”….ahahahahah… aku pun tak pasti lagi tapi lepas ni aku nak cuba Pakej C pulak!!….. πŸ˜€ so tunggguuuuuuuuuuuuu jer nanti ok!.

Bagi korang yang tak sabar untuk mencuba atau sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi terus dengan pihak ATV Adevnture Park melalui maklumat dibawah….

ATV Adventure Park
Website : http://www.atvadventurepark.com
Email : miza1010@atvadventurepark.com
019-2448544 (Saiful) untuk booking
Waktu Operasi : Isnin hingga Ahad / 9 pagi – 6 petang
( Tutup dari jam 11 pagi – 3 petang pada hari Jumaat )
GPS Coordinate: 3.218507 101.787061

Loading

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

14 thoughts on “ATV Adventure Park Kg Kemensah

  1. perh..memng layan…
    ish ramai jugak yg joint..
    nampak dpat smbutan hangat!..
    memg layan atv ni..
    trek boleh tahan curang..
    kalau diberi pluang tringin jugak nak cuba..
    almaklumlah faktor jarak jdi masalah..
    nampak bro azlan di situ ha..ha.. πŸ˜›
    suka la tu lan,,dpt jmpa awek cun πŸ˜›

    1. alaaaaa… yong… xde niat pon nak kasi jeles tp sajer bikin panas jer…ahahahahaha…. πŸ˜€ biler yong dapat join aktiviti kitaorg ni??… lepas raya ni byk program sdg disusunkan..amacam?…berminat tak?…

      1. kalau berminat pun masa free takde takleh gak.. huk2.. sedih.. biarlah mata ini dijeleskan oleh mengkume berdua.. wekkk.. ha3.. nak tanya, ni aktiviti sehari ke atau bermalam kat kemensah tu? teman rasa mcm pernah gi je tempat tu.. ada tempat mandi manda yang ada tali bergayut tu kan?

  2. rasa macam semalam jer event nie jadi..hehehe..next time kalau dapat pakej B pun stylo gak..lama skit journeynya and orang kata pun sofea jean punya waterfall cantik..hehehe

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.