backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalim-ktmb

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Entri ini adalah sambungan daripada entri Backpacker Trip Thailand: KL Sentral – Hatyai – Bangkok. Untuk tentatif dan maklumat mengenai perkhidmatan serta jadual keretapi Thai Railways, bolehlah rujuk entri Backpacker Trip Thailand: Misi Menjejaki Bunga Matahari

Kalau mengikut tentatif asal, Lopburi adalah lokasi pertama yang akan dituju setibanya di Bangkok. Sepatutnya tren No.42 ini akan tiba di Stesen Keretapi Hua Lamphong pada pukul 5.40 pagi dan seterusnya kami akan naiki tren menuju ke Lopburi pada pukul 7 pagi. Disebabkan tren yang lewat tiba di Stesen Hatyai, terpaksalah rancangan asal diubah dan disusun semula. Sempat juga kami berbincang sementara tren masih lagi menyusuri landasan besi ke Bangkok. Setelah semua telah mengusulkan hujah masing-masingโ€ฆhihihihihi.. ๐Ÿ˜€ nampaknya misi menjejaki Bunga Matahari di Lopburi terpaksa ditunda ke penghujung trip dan untuk permulaan ini kami bersepakat untuk ronda-ronda di bandaraya Bangkok terlebih dahulu sebelum menaiki bas ke daerah Kanchanaburi pada sebelah petang nanti.

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimLepak sini untuk hilangkan rasa bosan. Sejuk giler dalam tren ni.

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimTren buatan Daewoo. Rasa macam di Korea kan…hihihihi.. ๐Ÿ˜€

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalim-ktmbSarapan pagi kami yang dibawa khas dari Malaysia. Roti dan sambal tuna.

2 Januari 2015

Akhirnya, tren tiba di Stesen Keretapi Hua Lamphong, Bangkok pada pukul 10 pagi (waktu Thai) dan memang perbezaan masa perjalanan amat ketara. Perjalanan daripada Hatyai ke Bangkok yang sepatutnya hanya 14 jam telah berubah menjadi 16 jam. Bertambah lagi 2 jam, rasanya tren ada berhenti lama tapi aku tak pasti kenapa?. Aku ada terjaga sekejap masa tren berhenti tapi lepas tu terlelap balikโ€ฆhihihihihihi.. ๐Ÿ˜€ mungkin ada kerosakkan tapi yang aku pasti tren akan perlahan ketika melintasi jambatan. Bukan hanya perlahan tapi terlampau perlahan, aku pun tak sanggup nak jenguk di luarโ€ฆ risau sebenarnya ๐Ÿ˜€ Kalau nak dihitungkan, jumlah masa yang dihabiskan di dalam tren adalah selama 28 jam. Bermula dari KL Sentral ke Hatyai selama 12 jam dan Hatyai ke Bangkok selama 16 jam.

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimPlatform keretapi Stesen Hua Lamphong.

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimYeayyy!!!!.. kami dah sampai di Bangkok.

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimGroupfie dengan tren No. 42 dibelakang tu… ๐Ÿ˜€

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimApa khabar Bangkok?… jumpa seorang backpacker dari Malaysia dalam tren yang sama.

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimBangkok Railway Station (Hua Lamphong).

Turun jer dari tren, terus mencari tandas awam untuk bersihkan diri masing-masing tapi agak hampa sebab tandas awam di Stesen Keretapi Hua Lamphong tidaklah sebersih tandas awam di Stesen Hatyai. Kemungkinan disebabkan terpaksa menampung jumlah pengguna yang ramai menjadi faktor kesukaran untuk mengekalkan kebersihan. Oleh kerana jadual terpaksa ditukar, semua dah terpinga-pinga di stesen keretapi ni. Apa nak buat?… Mana nak pergi?… Bagaimana nak pergi?…hihihihihi.. ๐Ÿ˜€ Perkara pertama yang aku terpikir adalah untuk mencari peta, nasib baiklah peta bandaraya Bangkok ada dijual di kaunter pertanyaan Stesen Keretapi Hua Lamphong tu dengan harga 50 baht.

Untuk maklumat dengan lanjut mengenai Stesen Keretapi Bangkok (Hua Lamphong), boleh rujuk url di bawah ni haa….

1. www.thairailways.com/train-station.bangkok.html
2. www.bangkok.com/information/hua-lamphong-railway-station.htm

peta-bangkok-eshamzhalimPeta bandaraya Bangkok. Ada dijual di kaunter pertanyaan Stesen Keretapi Hua Lamphong dengan harga 50 baht.

hualamphong-train-station-bangkok-eshamzhalimKaunter pertanyaan di Stesen Hua Lamphong.

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimSuasana di dalam Stesen Keretapi Hua Lamphong. Memang luas dan besar.

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimNah!.. gambar penuh.

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimNah!.. satu lagi gambar.

Akhirnya, semua setuju untuk ke MBK Center sebab boleh lepak makan sambil cuci mata. Kalau dilihat dalam peta, rasanya macam dekat jer jarak MBK Center dengan Stesen Keretapi Hua Lamphong ni dan apa lagi, dengan berlagaknya kami jalan kaki ke sana. Rupa-rupanya lebih kurang 3km terpaksa berjalan kaki sambil memikul beg besar di belakangโ€ฆhahahahahahaโ€ฆpadan muka masing-masing. ๐Ÿ˜€

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimIkut google map masa ni.

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalim-ktmbMalas nak naik tuk-tuk. Lagi mahal daripada teksi.

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalim-ktmbNampak lenggang sebab ini bukan jalan utama.

MBK Center juga dikenali sebagai Mahboonkrong, merupakan pusat membeli-belah yang besar di Bangkok. Bangunan setinggi 8 tingkat dan menempatkan kira-kira 2,000 kedai termasuklah restoran dan pelbagai rangkaian perkhidmatan. Rasanya wife aku pernah terbaca mengenai MBK Center ni dan ada beberapa review mengatakan makanan di sini sedap. Betul ker?.. ermmm..terpaksalah kami nak singgah untuk membuktikan kesahihannya…hihihihihi.. ๐Ÿ˜€

MBK-Center-Shopping-Mall-Bangkok-Thailand-eshamzhalimMBK Center

Sampai jer di MBK Center, terus mencari tempat makan sebab perut pun dah berbunyi sejak turun daripada tren tadi. Memang aku rekemenkan untuk singgah makan di The Fifth Food Avenue (International Food Court) yang berada di tingkat 5, MBK Center. Tomyam memang terangkat oooooโ€ฆ. Pelbagai pilihan makanan dengan harga yang berpatutan dan banyak juga pilihan makanan halal. Apa lagi! jom mencekik dulu….. ๐Ÿ˜€

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimThe Fifth Food Avenue di tingkat 5, MBK Center.

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalim-ktmb-39Wahhhhh!!!!!!…. nampak tak kesedapannya itu?…hihihihi.. ๐Ÿ™‚

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalim-ktmb-40Udang semua besar-besar.

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalim-ktmbTu diaaaaa…. tomyam original Thai.

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalim-ktmbNyum..nyum.. ๐Ÿ™‚

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalim-ktmbApa nama menu ni entah?…

Selesai jer makan, terus cari teksi di luar MBK Center untuk ke Southern Bus Terminal ataupun Sai Tai Mai Bus Terminal. Nasihat aku bila berada di Bangkok ni, seelok-eloknya gunakan perkhidmatan teksi bermeter daripada menaiki tuk-tuk. Kenapa?sebab tambang tuk-tuk lagi mahal daripada teksi bermeter tapi kalau nak merasa pengalaman naik tuk-tuk sambil layan angin sepoi-sepoi mengusap pipi tu, boleh jer cuba. ๐Ÿ˜€

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalim-ktmbSedang beratur menunggu giliran teksi di MBK Center.

Tiba jer di Southern Bus Terminal, terus cari kaunter tiket untuk ke Kanchanaburi. Memang banyak kaunter tiket di situ, berpusing-pusing jugalah mencari kaunter tiket ke Kanchanaburi. Akhirnya tiket ke Kanchanaburi telah berada di dalam genggaman dengan harga 110 baht seorang untuk kelas pertama (aircond) dan bermulalah perjalanan kami menuju ke Kanchanaburi pada pukul 4 petang dengan Bas No. 81. Jarak perjalanan daripada Southern Bus Terminal ke Stesen Bas Kanchanaburi akan mengambil masa 2 jam dan sementara tu dapatlah kami lelapkan mata sekejap. Dalam tren bukannya dapat tidur sangat..hihihihi.. rabak mata wei!!!… ๐Ÿ˜€

Jom aku kongsi sikit mengenai jadual perjalanan Bas No. 81:
Bangkok – Kanchanaburi: 4:00 pagi hingga to 10:00 malam โ€“ kekerapan bas setiap 20 minit
Kanchanaburi – Bangkok: 4:00 pagi hingga 8:00 malam – kekerapan bas setiap 20 minit

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalim-ktmbPlatform bas.

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalim-ktmbInilah bas ke Kanchanaburi. Nampak tak no. 81 di tepi dinding bas tu?… ๐Ÿ˜€ Platform P10.

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalim-ktmbJom kita…..

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalim-ktmbDi Thailand dalam bas pun ada pramugari tapi makanan tidak termasuk dalam pakej tiket yer…hihihihihi.. ๐Ÿ˜€

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalim-ktmbWife aku sedang tidur. Tengok tu, sampai 2 seat dia sapu…hahahahaha… ๐Ÿ˜€

backpacker-trip-kanchanaburi-saitaimai-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalimJangan risau, dalam bas ada tandas. Bas ekspress di Malaysia dulu ada tandas kan… aku ingat lagi naik bas balik kampung dulu…hihihihi.. ๐Ÿ˜€

Bagi yang inginkan maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan dan jadual perjalanan bas ke Kanchanaburi, bolehlah rujuk laman web www.kanchanaburi-info.com/en/bus.html. Selain daripada jadual bas, ada juga diselitkan jadual tren serta maklumat mengenai tarikan pelancongan di Kanchanaburi. Boleh rujuk di www.kanchanaburi-info.com/en/about.html. Kalau nak menggunakan perkhidmatan tren ke Kanchanaburi pun boleh tapi hanya tren kelas ketiga sahaja yang disediakan. Nanti aku akan ceritakan pengalaman naik tren kelas ketiga yerโ€ฆhihihihihihiโ€ฆ ๐Ÿ˜€

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalim-ktmbNaik tuk-tuk ke VN Guest House.

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalim-ktmbSekitar bandar Kanchanaburi.

Sampai di Stesen Bas Kanchanaburi lebih kurang pukul 6 petang dan terus cari tuk-tuk untuk ke VN Guest House. Harga tambang tuk-tuk di Kanchanaburi tidaklah semahal di Bangkok tapi kenalah pandai tawar menawar. Pemilik VN Guest House ni memang baik dan peramah dan ramai juga mat dan minah salleh yang menginap kat sini. Selesai jer urusan check-in, terus ke bilik untuk berehat.

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalim-ktmbVN Guest House, Kanchanaburi.

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalim-ktmbKaunter Guest House.

VN Guesthouse terletak di tebing Sungai Kwai (Kwai River), hanya 2km dari Stesen Bas Kanchanaburi dan 1km dari Stesen Keretapi Kanchanaburi. VN Guest House sering mendapat review yang bagus dengan rating yang tinggi dan ini merupakan antara faktor VN Guest House telah dipilih sebagai tempat penginapan kami selama 2 hari di Kanchanaburi. Harga pun bagi aku memang berpatutan dan kami hanya perlu bayar 800 baht sahaja untuk penginapan selama 2 malam. Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai VN Guest House, bolehlah ke laman web www.vnguesthouse.net atau tempah menginap terus di Agoda.

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalim-ktmbInilah bilik kami yang terapung di atas Sungai Kwai. Permandangan memang menarik.

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalim-ktmbAku dan Alice sedang berehat di depan bilik.

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalim-ktmbAntara bilik yang ada di VN Guest House.

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalim-ktmbPermandangan sekitar VN Guest House.

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalim-ktmbPermandangan sekitar VN Guest House.

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalim-ktmbPermandangan sekitar VN Guest House.

Malam tu kami hanya lepak berborak jer di lobi guest house dan melayan angin malam berbekalkan maggi untuk mengisi perut sambil membincangkan tentang aktiviti esok. Guest house memang ada cafe tapi agak was-was sikit dengan status halalnya. Untuk mengelakkan daripada kelaparan, memang kami bawa maggi dan biskut dari Malaysia sebagai persediaan.

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalim-ktmbTu diaaa.. stok maggi dan biskut.

Kalau mengikut perancangan, esoknya kami akan meneroka Erawan National Park, Death Railway Train dan juga River Kwai Bridge. Ini adalah di antara lokasi menarik di Kanchanaburi yang sering dikunjungi oleh pelancong luar mahupun tempatan.

Tapi berjayakah kami melawat ketiga-tiga tempat tu?… ermmmโ€ฆpakej pun belum cari lagi ni?pengangkutan pun masih belum dibincangkan lagi?… Rilek!..rilek!…nantikan sambungannya di entri yang akan datangโ€ฆ.. tungguuuuuuuuโ€ฆโ€ฆโ€ฆ.. ๐Ÿ˜€

Jom aku kongsikan sedikit tips dan info berdasarkan perjalanan kami setakat ini:

  1. Jangan kedekut duit untuk beli Peta Bangkok. Memang amat membantu jika ada peta dan peta boleh dibeli di kaunter pertanyaan Stesen Keretapi Hua Lamphong.
  2. Stesen Hua Lamphong ada menyediakan surau. (berdekatan dengan tandas awam tapi di tingkat atas)
  3. Tandas awam agak kurang bersih tapi boleh jer guna. Tandas awam di Malaysia pun lebih kurang sama jer..hihihihihi.. ๐Ÿ˜€
  4. Dinasihatkan untuk mengguna perkhidmatan teksi bermeter daripada tuk-tuk sebab tambang tuk-tuk lagi mahal daripada teksi. Teksi akan caj mahal kalau di sebelah malam atau awal pagi tapi masih boleh tawar menawar.
  5. Ada perkhidmatan penyimpanan beg di Stesen Keretapi Hua Lamphong.
  6. Ramai juga warga Thai atau pemandu teksi yang kurang fasih berbahasa Inggeris dan masa ni peta tu berguna, cuma tunjuk jer gambar atau nama jalan kat peta tu.
  7. Sentiasa bawa makanan tambahan seperti maggi, roti atau biskut dalam beg, berguna apabila ke tempat yang sukar untuk mencari makanan halal dan kadang-kadang kedai jauh daripada tempat penginapan.
  8. Di Thailand, kedai serbaneka 7-11 memang ada di mana-mana dan ada jual pelbagai barangan termasuklah makanan halal. Jangan lupa mencuba nasi jasmine (Jasmine Rice), memang sedap dan ada dijual dalam pek-pek kecil. Kedai serbaneka 7-11 sering menjadi tempat shopping kami…hihihihihi.. :D. Barang-barang semua murah daripada Malaysia. Malaysia semuanya mahal… ๐Ÿ™

Tips bonus dari eshamzhalim.com bila mengembara:
Sebelum nak keluar negara, maklumkan kepada pihak bank dan minta pihak bank aktifkan kad kredit serta kad ATM bagi penggunaan di luar negara. Di Thailand banyak juga CIMB Bank dan ada juga bank yang boleh menggunakan perkhidmatan MEPS. Ini amat berguna sekiranya terdesak atau kehabisan wang tunai dan boleh membantu di waktu kecemasan. Kad ATM Malaysia tidak boleh digunakan di luar negara sekiranya tidak diaktifkan oleh pihak bank. Aku dan wife dah pernah terkena apabila kami kehabisan duit semasa di Krabi, terpaksa minta tolong kawan telefon bank di Malaysia daripada Krabi untuk aktifkan kad ATM tapi caj telefon mahal oooooo…. ๐Ÿ˜€

(Boleh baca entri-entri sambungannya di bawah ni) ๐Ÿ˜€
Entri 3 :Backpacker Trip Thailand: Erawan National Park โ€“ Death Railway โ€“ River Kwai Bridge
Entri 4 :Backpacker Trip Thailand: Kanchanaburi – Lopburi – Bangkok (Entri Misi Utama)
Entri 5 :Backpacker Trip Thailand: Bangkok – Hatyai – KL Sentral

Loading

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

21 thoughts on “Backpacker Trip Thailand: Bangkok – Kanchanaburi

    1. Susah nak ditentukan…budget tu sebenarnya mengikut kepada individu sebenarnya…. harga-harga tiket pon boleh boleh berubah mengikut jenis dan syarikat pengangkutan…tp saya ada buat senarai total kos di entri yg terakhir dalam trip ini..nanti bolehlah cari dalam blog.. ๐Ÿ˜€

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.