Assalamualaikum dan Salam Mesra,
Thailand!.. Ada apa dengan Thailand?. Sejak dulu lagi negara jiran ini sering dijadikan sebagai lokasi percutian bagi rakyat Malaysia dan ada juga segelintir daripada warga Malaysia yang telah menetap dan menjalankan perniagaan di sana. Kalau korang semua masih ingat, sebelum ini aku juga ada menulis entri mengenai pengalaman aku ketika bercuti di Krabi dan juga Hatyai. Negara Thailand sememangnya mempunyai banyak lokasi pelancongan yang menarik untuk diterokai berikutan tanah jajahannya yang lebih besar daripada Tanah Melayu.
Bagi pengembaraan kali ini, aku dan wife telah ditemani oleh Zakiah dan Alice dalam misi untuk menjejaki Ladang Bunga Matahari yang terbesar di daerah Lopburi, Thailand. Bermula daripada angan-angan apabila aku dan wife selalu membaca entri-entri di blog mengenai Bunga Matahari di Thailand dan akhirnya telah menjadi kenyataan apabila kami berempat telah berjaya menjejakkan kaki serta dikelilingi oleh ratusan dan ribuan bunga matahari yang sedang berkembang mekar di bawah sinaran cahaya mentari.
Sebenarnya trip ni adalah pada awal tahun 2015 yang lepas tapi baru sekarang aku ada masa untuk menulis. Alhamdulillah, dalam masa 2 bulan ni, banyak juga entri-entri yang tersimpan dapat disiapkan. Urusan di pejabat sekarang ni makin membuatkan aku tiada masa untuk mencari ruang untuk menulis. Bagi entri permulaan ini, aku akan ceritakan mengenai segala persiapan yang kami lakukan sebelum memulakan pengembaraan untuk menjejaki Bunga Matahari di Daerah Lopburi, Thailand. 😀
Terlebih dahulu, perancangan awal telah dilakukan untuk mencari segala maklumat perjalanan, penginapan dan juga maklumat mengenai kos serta lokasi-lokasi menarik di sepanjang trip ini nanti. Kali ini, kami akan menggunakan pengangkutan awam seperti keretapi, bas, tuk-tuk dan juga teksi selain daripada berjalan kaki ke lokasi yang berdekatan. Aku dan wife cuba untuk mengurangkan kos sekurang yang boleh dan terpaksa korbankan keselesaan demi budget yang agak ketat. Kos memang menjadi isu penting dalam trip ini. Akhirnya, kami telah sepakat untuk mengguna-pakai tentatif yang telah dibincangkan hampir 5 bulan. Jom aku kongsikan dulu tentatif kami di sana tapi jadual ni sebenarnya banyak telah diubah mengikut keadaan semasa kami di sana. Kenapa berubah?… nanti aku ceritakan… 😀
Tentatif dan jadual perjalanan mulai 31 Disember 2014 hingga 6 Januari 2015.
31 December 2014 (KL Sentral – Hatyai)
2200 : KL Sentral – Hatyai menaiki Tren No. 20 Senandung Langkawi (KTMB)
1 Januari 2015 (Hatyai-Bangkok)
1030 : Tiba di stesen keretapi Hatyai (Haadyai Railway Station)
1100 : Ronda-ronda sekitar Hatyai
1810 : Hatyai – Bangkok menaiki Tren No. 42
2 Januari 2015 (Bangkok – Kanchanaburi)
1000 : Tiba di stesen keretapi Bangkok (Hua Lamphong Railway Station)
1030 : Ronda-ronda sekitar Bangkok
1600 : Bangkok – Kanchanaburi menaiki Bas No. 81 (Sai Tai Mai Bus Terminal, Bangkok)
1830 : Check in VN Guest House, Kanchanaburi
3 Januari 2015 (Kanchanaburi)
0700 : Misi eksplorasi Erawan National Park, Death Railway Train dan River Kwai Bridge
1900 : Pulang ke VN Guest House, Kanchanaburi
4 Januari 2015 (Kanchanaburi – Lopburi – Bangkok – Hatyai)
0300 : Check out VN Guest House, Kanchanaburi
0320 : Kanchanaburi – Bangkok menaiki mini bus van
0530 : Tiba di stesen keretapi Bangkok
0700 : Bangkok – Lop Buri menaiki Tren No. 111
1000 : Misi Menjejaki Bunga Matahari (Objektif tercapai)
1230 : Lop Buri – Bangkok menaiki Tren No. 106
1500 : Jalan-jalan sekitar Bangkok
2250 : Bangkok – Hatyai menaiki Tren No. 41
5 Januari 2015 (Hatyai – KL Sentral)
1300 : Tiba di stesen keretapi Hatyai
1400 : Makan tengahari di Shah Alam Seafood, Hatyai
1600 : Hatyai – KL Sentral menaiki Tren No. 21 Senandung Langkawi (KTMB)
6 Januari 2015 (KL Sentral)
0540 : Tiba di KL Sentral
Kenapa kami pilih tarikh ni?…. sebenarnya musim Bunga Matahari di Lopburi ini adalah daripada bulan November hinggalah ke bulan Januari setiap tahun. Aku rasa tempoh yang paling sesuai untuk melawat Ladang Bunga Matahari adalah sekitar hujung November hingga pertengahan Disember, kemungkinan pada tempoh ini Bunga Matahari sedang tinggi dan masih belum dituai lagi. Bunga Matahari yang matang boleh mencapai ketinggian 160 -170cm iaitu lebih kurang sama atau lebih tinggi daripada ketinggian aku…. ermmm… tinggi ok!.
Perkara pertama yang aku uruskan adalah pengangkutan disebabkan trip ini kami banyak menggunakan perkhidmatan keretapi di Malaysia (KTMB) dan juga di Thailand (Thai Railways). Tiket ke Hatyai (pergi dan balik) telah dibeli secara online di laman web e-Ticket KTMB. Tiket keretapi ktmb hanya boleh dibeli 30 hari sebelum tarikh perjalanan dan tiket ke Hatyai memang amat terhad disebabkan hanya ada 3 gerabak sahaja yang dikhaskan untuk ke Hatyai. Bagi perjalanan ke Hatyai, kami memilih ASC-Superior Class (kerusi) dan ADNS-Superior Night Class (katil) bagi perjalanan pulang ke KL Sentral.
Tiket KL Sentral ke Hatyai hanya RM48 bagi ASC Superior Class (kerusi).
Tiket Hatyai ke KL Sentral bagi ADNS Superior Night Class hanya RM54 (katil atas) dan RM60 (katil bawah).
(Kemaskini pada 21 Nov 2017: Mulai 19 Mei 2016, Perkhidmatan Tren KMTB No.20 dan No.21 (Senandung Langkawi) menuju ke Hatyai telah ditamatkan perkhidmatan dan telah digantikan dengan perkhidmatan ETS ke Padang Besar. Tiada lagi tren KTMB menuju ke Hatyai. Untuk maklumat terkini, boleh rujuk entri lengkap Bagaimana Untuk Ke Hatyai Dan Bangkok Menggunakan Bas Atau Keretapi.
Apabila tiket ke Hatyai dah selesai, kami uruskan tiket untuk ke Bangkok pula…ermmm!!.. Aku dan wife ada ke Hatyai pada tahun lepas, perancangan awalnya memang nak beli tiket ke Bangkok masa kami di Hatyai tapi hampanya tiket keretapi ke Bangkok hanya boleh dibeli 60 hari sebelum tarikh perjalanan. Alamak!!.. macam mana ni?…memang ada laman web Thai Railways untuk beli tiket secara online tapi perkhidmatan itu dihentikan sementara oleh Thai Railways. Nasib baik lah kami berkenalan dengan Tuan Haji Zul (Bekas Pemilik Restoran Shah Alam Seafood di Hatyai), terpaksa minta pertolongan dia untuk belikan tiket. Alhamdulillah, akhirnya tiket ke Bangkok berada dalam genggaman…hihihihihi.. 😀 Antara maklumat yang diperlukan untuk membeli tiket keretapi di Thailand adalah nama, tarikh dan waktu perjalanan, nombor keretapi dan juga maklumat passport. Lebih kurang sama dengan Malaysia jer…. 😀
Tiket Hatyai ke Bangkok bagi Tren No.42 (Harga 705 baht)
Tiket Bangkok ke Hatyai bagi Tren No.41 (Harga 705 baht)
Jom aku kongsikan sedikit maklumat penting mengenai perkhidmatan keretapi di Thailand…
1. Beli tiket secara online di laman web 12go.asia dan tiket boleh diposkan ke alamat rumah anda ataupun di hotel sekiranya anda menginap di Hatyai dengan sedikit bayaran tambahan.
2. Tempahan tiket keretapi Thailand secara online –> Thailand Train Ticket
Boleh tempah secara online tetapi nanti perlu ambil daripada ejen di Thailand ataupun pos ke alamat di Malaysia. Agak leceh sikit prosesnya.
3. Jadual perjalanan keretapi Thailand boleh download di sini –> Thai Railways Time Table
Download dan simpan jadual perjalanan ini sebab nanti senang untuk semak waktu perjalanan.
4. Keretapi Thailand ada pelbagai jenis. Antaranya Rapid Train, Special Express Train, Diesel Rail Car. Waktu perjalanan bagi setiap keretapi pula adalah berbeza dan sila pastikan pilih keretapi yang betul.
5. Blog rujukan mengenai perkhidmatan keretapi di Thailand –> Seat61.com
Blog ini bukan sahaja tertumpu pada Thailand tetapi seluruh dunia. Blog rujukan yang bagus dan amat berguna.
Bagi perjalanan ke Lopburi dan Kanchanaburi kami tak risau sangat sebab tiket boleh beli pada bila-bila masa di Stesen Keretapi Bangkok nanti. Isu pengangkutan dah selesai dan sekarang ni isu penginapan pula. Urusan penginapan ni aku serahkan pada wife sebab dia lebih arif dalam hal-hal ni. Dalam perbincangan, sepatutnya kami akan bermalam di Bangkok tapi akhirnya kami sepakat untuk bermalam di Kanchanaburi selama 2 malam dan Bangkok dijadikan lokasi transit sahaja. Akhirnya, wife berjaya menempah penginapan di VN Guest House di Kanchanaburi melalui balas membalas email selepas membuat tempahan secara online di www.vnguesthouse.net 😀
Memang aku rekemenkan VN Guest House. Review pun bagus dan pemiliknya pun peramah.
Urusan pengangkutan dan penginapan inilah yang kami selesaikan dahulu sebelum tarikh perjalanan. Walau pun nampak senang tapi memerlukan persiapan yang rapi untuk memastikan tiada masalah yang timbul. Aku nasihatkan supaya beli tiket keretapi ke Hatyai dengan segera disebabkan tiket keretapi ke Hatyai boleh dikatakan cepat habis dijual seperti pisang panas…hihihihi.. 😀
Satu lagi perkara, kami selalu singgah kedai pertukaran wang asing (Money Changer) untuk dapatkan kadar pertukaran nilai matawang terkini. Kalau murah memang terus tukar duit ke Thai Baht sebab takut nilai semakin naik. Matawang Malaysia sekarang ni pun dah semakin turun….ermmm… memang kecewa la sikit sebab kos untuk melancong ke luar negara akan jadi semakin tinggi. 🙁
Rasanya cukup setakat ini untuk entri permulaan dan bagi pengembaraan seterusnya sepanjang 6 hari nanti, aku akan ceritakan di entri seterusnya dengan gambar-gambar yang bakal membuatkan hati korang panas membara….hihihihihi…. 😀
Jom aku belanja satu gambar dulu, kasi panas sikit………..hahahahahaha…. 😀
Ladang Bunga Matahari, Lopburi, Thailand.
(Kemaskini pada 2 Ogos 2015)
Boleh baca entri-entri pengembaraan kami dalam Misi Menjejaki Bunga Matahari di bawah….. 😀
Entri 1 :Backpacker Trip Thailand: KL Sentral – Hatyai – Bangkok
Entri 2 :Backpacker Trip Thailand: Bangkok – Kanchanaburi
Entri 3 :Backpacker Trip Thailand: Erawan National Park – Death Railway – River Kwai Bridge
Entri 4 :Backpacker Trip Thailand: Kanchanaburi – Lopburi – Bangkok (Entri Misi Utama)
Entri 5 :Backpacker Trip Thailand: Bangkok – Hatyai – KL Sentral
Aku ada siapkan 1 entri panduan bagi anda yang ingin ke Lopburi untuk mencari ladang bunga matahari, bolehlah baca di Panduan Ringkas Ke Ladang Bunga Matahari Lopburi, Thailand.

Ac… Nak beli tiket ktm hatyai-kl boleh beli kat mana² kaunter ktm or mesti kat kl sentral? Ada minimum time gap x i.e beberapa hari sebelum trip baru ktm jual?
Mana-mana stesen KTMB yang besar tu ada rasanya… KL Sentral confirm ada… nak senang beli online jer Ely… Tiket hanya boleh dibeli 30 hari sebelum tarikh perjalanan tau… 😀 .. Nak kemana gamaknya tu?….hihihihihihi.. 🙂
#jeles! Ahahahha
Sila jeles yer #BellaPinky hihihihihihihihihi…. 😀
Haiii alang alang banjer ganba tu bagi la yg beso terang nyata..with uolls Posing peluk bunga..hehe nice entry. Nnti leh rujuk psl thai tren. Aku igt nk buat hatyai-bangkok-ayuthya-chiangmai-chiangrai-pai. Ni tataula bila. Survey je dl.
Hahahahahaha…. kena la tunggu kalau nak gambor besor dan terang…ekekekekeke… belum sampai ke entri tu lagi… Plan ko tu kitaorg akan buat hujung tahun ni…ekekekekeke… 😀
Nice..jeles tgk korang pusing2..
Memang best kalau kembara ni…. TQ sbb sudi baca… 😀
Info yang sangat detail..congrats pd yang terlibat dalam pengembaraan ni..parking komen kat cni dulu..insyaAllah akan cuba untuk menjejaki tempat yang sama suatu hari nanti
InshaaAllah… mesti ada rezeki untuk ke sana nanti… 😀 Melihat suasana dan budaya org Thai di sana..
salam, nak tanye ground bajet boleh? sori kalau dah penah state kat mane2,x jumpa
Budget yang kitaorg kira ari tu untuk transportation, aktiviti ngan guest house dalam RM384. Ditambah dengan makan atau pun perkara2 lain… seorang budget dalam RM500 lebih sepanjang trip dari KL – Thailand -KL … 😀 . Tapi skrg mungkin naik sket sbb matawang kita dah makin jatuh…
punya la besar ladang bunga dia..bestnya..
Salam..encik..boleh x sy minta tlg tn hj zul belikan tiket sy dan rakan2..kami susah hati xde train ke bangkok dr hatyai..
Susah sikit skrg ni sbb tn hj Zul dah jual restorannya dan balik ke Malaysia. Kalau xde tren, boleh jer naik bas ke Bangkok. Bas ada jer hari-hari… tempoh perjalanan pun lebih kurang sama jer… 😀
Info terbaik
Terima kasih… 😀
salam bro, boleh cerita tak total cost trip KL to Lopburi. If nak skip kanchanaburi terus pergi Lopburi ok ke? Ke kanchana tu on the way?
Kos tu susah nak di budget sbb depend pada transport, makanan atau pembelanjaan kecik masa travel nanti…saya ada buat total kos pada entri terakhir trip ni..cubalah cari dlm blog ni nanti…. Kalau nak skip kanchanaburi boleh jer sbb dua-dua tempat tu adalah di kawasan yang berlainan… kalau nak terus ke lopburi sahaja, cadangan saya KL-Hatyai-Bangkok-Lopburi-Bangkok-Hatyai-KL (Kalau naik bas atau train)….atau KL-Bangkok-Lopburi-Bangkok-KL (Kalau naik flight).. 😀
sangat membantu..terima ksih banyak2 encik esham…sudi kongsi ilmu..semoga Allah memberi balasan yg naik…
Sama-sama…terima kasih kerana sudi singgah dan baca… 😀
Salam..boleh sy tau ape beza rapid train dgn special express train?
Berbeza dari segi masa… rapid ni biasanya jenis biasa macam komuter pastu akan banyak stop… special express train ni hanya berhenti di stesen2 tertentu sahaja.. ada kelas2nya.. boleh jer refer kat website train thailand tuu.. 😀
Selamat tak solo traveller perempuan utk explore tmpt2 yg encik pegi ni alone?
Selamat jer sebenarnya….ramai jugak sebenarnya traveller solo wanita yang explore lokasi2 di Thailand…cuma kena buat research dulu mana2 tempat yg nak pergi tu… Alhamdulillah selamat… 😀
Tq for info. Dlm perancangan jugak ni pd nov 17 sblm cuti sek. Sy pon pnh jmp tn hji zul dulu pnh mkn di shah alam seafood. Agak2 berape hari ye kalo nk cover bangkok skli. By flight kali ni. Sbb dh pnh merase nek tren dulu kl-hat yai.
Hi , boleh emailkan kepada sy berkenan log awak sepanjang awak travel ke thailand ? Sy bercadang ingin cover semua tmpt di thailand dalam satu masa .. boleh emailkan kepada Cikninawahab@gmail… terima kasih owner
Boleh lihat semua senarai entri yg pernah saya tulis di link ini http://www.eshamzhalim.com/archives/
Nak cover semua tempat di Thailand dalam 1 masa tu macam mana plan awak?.. Thailand ni besar, maunyer kena cuti berbulan-bulan kalau nak cover 1 Thailand..huhuhuhu… 😀