Salam kepada semua rakyat Malaysia & rakan-rakan Blogger,
Sekarang ni rakyat-rakyat di Pantai Timur sedang dilanda bencana banjir dan ramai yang kehilangan harta benda. Mereka amat memerlukan bantuan sekarang ni. Jom kita semua menghulurkan bantuan kepada mereka. Bagi mereka yang tinggal di Shah Alam pusat pengumpulan sumbangan adalah di Dewan Merbau MBSA, Seksyen 17, Shah Alam (Jumaat – Ahad) manakala di KL pula adalah di Dataran Merdeka (6 Disember 2013).
In Shaa Allah, aku & wife akan singgah dan menghantar sumbangan pada hari Ahad ini di Dewan Merbau MBSA kerana besok kami akan ke Raub, Pahang, kami akan cuba sumbangkan apa yang termampu. Ada jugak pakaian-pakaian lama yang masih elok atau kami akan beli barang-barang makanan/keperluan di Giant dan terus hantar ke sana.
Jalan di depan rumah aku (Jalan Batu Tiga) pun kerap banjir kalau hujan lebat dan kali terakhir banjir 10 buah kereta dan 1 treler tersadai kat tengah jalan. Banjir macam ni pun aku dah risau so bayangkan keadaan mereka di sana.
Kalau ada yang ingin menghantar sumbangan, boleh singgah kat tempat dalam poster di atas. Mereka akan berterima-kasih terhadap sumbangan anda walaupun sedikit.

Sehingga jam 12 tghari ni, kami dah berjaya kumpul RM250 hasil daripada sumbangan daripada kami & kawan-kawan. Terima kasih kawan2 kerana percayakan kami. Bagi saper-saper yg nak share duit utk beli keperluan makanan/keperluan, boleh ler transfer ke akaun saya.:
No Akaun:
Maybank: 114178844295 β Norhisham Mohamed Halim
CIMB Bank : 14400109263526 β Norhisham Mohamed Halim
(sila inform saya melalui sms ke tel 016-6801542 sekiranya anda transfer duit, untuk senarai rekod saya. inform kat comment di sini pun boleh)
atau anda juga boleh terus menghantar sumbangan makanan, keperluan ataupun wang tunai ke lokasi di dalam poster di atas. π
T kasih diatas perkongsian.. mudah2an mengurangkan segala beban yg mereka hadapi.. aamiin..
T. Kasih saudara Khir, saya & isteri cuba membantu sekadar yang termampu…… π
Wang sumbangan telah meningkat ke RM300 sehingga pukul 4.30 ptg hari ni.. Terima kasih. π
Wang sumbangan telah meningkat ke RM450…