Ramadhan-e-newsletter-buffet-shamphotography-bulan-puasa

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Alhamdulillah!!..Bulan Ramadhan telah menjelma kembali dan menandakan bermulalah ibadah berpuasa bagi umat Islam seluruh dunia. Aku pasti ramai yang tercari-cari tempat berbuka puasa seperti di restoran atau hotel yang menawarkan pakej buffet yang menarik serta dapat menyajikan beraneka juadah berbuka puasa bagi mereka yang bekerja atau berada di sekitar Kuala Lumpur.

Aku bersama blogger-blogger yang lain telah dijemput oleh The Royale Bintang, Kuala Kumpur untuk mencuba dan merasai sendiri masakan buffet ramadhan yang akan dihidangkan di Sunflower Brasserie sepanjang bulan Ramadhan ini. Sunflower Brasserie, The Royale Bintang Kuala Lumpur menyediakan beraneka juadah berbuka puasa dengan lebih 100 jenis sajian yang berkonsepkan citasara ala kampung yang menjanjikan kepuasan kepada pengunjung.

buffet-ramadhan-the-royale-bintang-kuala-lumpur-food-review-shamphotography

Juadah seperti Masak Lemak Ikan Masin Belimbing Besi , Siput Manis Rendang Pedas, Gulai Tulang Kambing dengan Pisang Muda, Lemak Cili Padi Salai, Ikan Bakar Daun Pisang, Ayam Percik dengan Lemang pasti akan membuatkan korang rasa terpukau dan berasa seperti berada di kampung halaman.

Ramadhan-e-newsletter-buffet-shamphotography

Bagi korang yang merindui manisan masakan kampung, Buffet Ramadhan di Royale Bintang juga menyajikan beraneka manisan traditional seperti bubur kacang merah, bubur pulut hitam, pengat pisang,Β bubur cha-cha dan macam macam lagi. Tak lupa juga bagi pengemar sup, korang mesti tersenyum apabila melihat berbagai-bagai juadah sup yang disediakan seperti sup ayam berempah, sup isi ketam berempah daun ketumbar dan batang saderi, bubur lambuk berherba dan banyak lagi.

Tidak ketinggalan juga aneka ulam kampung yang juga di tawarkan seperti pucuk pegaga, ulam raja, kacang botol, hidangan kerabu serta berbagai lagi.

Jom akuΒ  selitkan sedikit gambar-gambar juadah Buffet Ramadhan di The Royale Bintang, Kuala Lumpur untuk membuatkan korang semua terliur….hihihihihihi… πŸ˜€

buffet-ramadhan-the-royale-bintang-kuala-lumpur-food-review-shamphotography

buffet-ramadhan-the-royale-bintang-kuala-lumpur-food-review-shamphotography

buffet-ramadhan-the-royale-bintang-kuala-lumpur-food-review-shamphotography

buffet-ramadhan-the-royale-bintang-kuala-lumpur-food-review-shamphotography

buffet-ramadhan-the-royale-bintang-kuala-lumpur-food-review-shamphotography

buffet-ramadhan-the-royale-bintang-kuala-lumpur-food-review-shamphotography

buffet-ramadhan-the-royale-bintang-kuala-lumpur-food-review-shamphotography

Sila klik untuk senarai menu yang lengkap sepanjang bulan Ramadhan –> Menu Buffet Ramadhan Royale Bintang

Promosi menarik ini ditawarkan sepanjang Ramadhan bermula dari jam 7.00 petang hingga 10.30 malam setiap hari bermula 02 Julai hingga 25 Julai 2014.Β  Untuk membuat tempahan awal, The Royale Bintang juga menawarkan harga promosi dengan pembelian 5 voucher, 1 voucher percuma sebelum 29 Jun 2014.

Jangan risau kerana ruang solat juga turut di sediakan bagi para muslimin dan muslimah.

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi talian 03 2143 9898 sambungan 4809. Sekiranya korang memerlukan maklumat lanjut, bolehlah hubungi:

Syikhah Manaf
Marketing and Communication Manager
The Royale Bintang Kuala Lumpur
Tel : 603 – 2143 9898 ext. 3805
Fax : 603 – 2162 8644

Loading

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

16 thoughts on “Buffet Ramadhan: Santapan Warisan Melayu Di Royale Bintang Kuala Lumpur

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.