bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-air-terjun-bukit-apek-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Bukit Apek atau Bukit Saga sememangnya salah satu lokasi pendakian yang popular dikalangan pendaki di sekitar Kuala Lumpur. Rasanya ramai jugak yang keliru di antara Bukit Apek dan Bukit Saga, sebenarnya kedua-dua bukit ini adalah bukit yang berbeza dan bersebelahan di antara satu sama lain tetapi di dalam lokasi Hutan Simpan yang sama. Jangan segan-silu, aku dulu pun sering terkeliru jugak dengan kedua-dua bukit ni… πŸ˜€

Kedua-dua bukit ini mempunyai cabaran yang tersendiri dan jangan sesekali pandang rendah pada sesebuah bukit hanya kerana ia bukan bertaraf gunung. Mendaki di lokasi yang sama berkali-kali akan tetap memberi cabaran yang berbeza di setiap pendakian. Bukit Saga memang selalu menjadi tempat riadah merangkap latihan bagi aku dan wife tapi aku pernah kecundang (pewai) ketika kali ke 4 mendaki Bukit Saga…hihihihi… pewai ooo!!.. πŸ˜€ Keupayaan dan stamina juga bergantung kepada keadaan kesihatan badan ketika mendaki yer. Ok!.. Ok!.. Bagi entri kali ini aku akan fokuskan penceritaan kepada Bukit Apek pulak.

Bukit Apek juga dikenali sebagai Bukit Putih ataupun dengan nama “Ah Pak San” dikalangan warga tua berbangsa cina dan bukit ini terletak di kawasan Taman Cheras Awana, Batu 9. Kalau korang daripada Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway), terus menuju ke arah Kajang. Selepas Petronas Batu 7, belok kiri ke Markas PGA dan belok kiri lagi untuk ke Taman Quepac. Korang akan jumpa Sekolah Kebangsaan Taman Quepac, belok kiri selepas sekolah dan terus menuju ke Econsave. Simpang masuk ke Econsave nanti ada Stesen Minyak Shell, belok kanan di simpang ini dan korang akan lihat ramai yang meletakkan kenderaan di sepanjang jalan utama, bolehlah letak kereta di situ. Jangan letakkan kereta korang di depan rumah orang dan hormatilah penduduk di sekitar situ. Boleh jer gunakan GPS ataupun Waze untuk ke sini, cari jer Jalan Awana 23, Cheras. πŸ˜€

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-air-terjun-bukit-apek-eshamzhalimBoleh letak kereta di sepanjang bahu jalan utama ini.

Daripada jalan utama, perlu berjalan kaki ke Jalan Awana 23 sehingga ke penghujung jalan dan akan jumpa sebuah kedai menjual buah di sebelah kiri serta Loji Rawatan Kumbahan di sebelah kanan. Selepas tu akan jumpa sebuah lagi gerai dan di hadapan gerai tersebut adalah trek permulaan untuk mendaki Bukit Apek.

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-air-terjun-bukit-apek-eshamzhalimIkut jalan ni hingga ke penghujung jalan.

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-air-terjun-bukit-apek-eshamzhalimAkan jumpa loji ni dulu sebelum sampai ke permulaan trek.

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-air-terjun-bukit-apek-eshamzhalim1. Gerai menjual buah yang berhadapan dengan Loji Rawatan Kumbahan.
2. Gerai di permulaan trek.
3. Trek permulaan di sebelah kiri yang lebih landai.
4. Trek permulaan yang menegak naik (jalan pintas bagi trek kiri)

Ini merupakan kali pertama aku dan wife menjejakkan kaki di sini. Misi untuk menjejaki Air Terjun Bukit Apek ini disertai juga oleh Wan Paskau dan Cik Bella selaku guide kitaorg. Daripada permulaan trek, ada 2 simpang yang boleh dilalui, ke kiri untuk trek yang lebih landai atau trek menegak naik ke atas (jalan pintas) tetapi kedua-dua trek ini akan bertemu di laluan yang sama.

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-air-terjun-bukit-apek-eshamzhalimKitaorg ikut jalan pintas daripada permulaan trek dihadapan gerai. Jangan risau 2 minit jer mencanaknya.. πŸ˜€

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-air-terjun-bukit-apek-eshamzhalimTetap akan bertemu di laluan yang sama. Trek ni akan mendaki dan turun ke sungai yang pertama.

Kalau tak silap, rasanya perlu mendaki 2 bukit dan akan melintasi 2 sungai kecil terlebih dahulu sebelum mendaki semula ke Puncak Bukit Apek ataupun Apek Hilltop (Stesen 6). Bukit Apek mempunyai 6 Stesen ataupun 6 Check Point (CP) untuk pendaki berehat sebelum meneruskan pendakian. 70 peratus trek pendakian memang agak mencanak dan curam dan akan membuatkan kaki korang akan berkerja dengan lebih keras lagi.

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-air-terjun-bukit-apek-eshamzhalimKorang akan jumpa sungai yang pertama (Stesen 1) sebelum kembali layan trek yang mencanak.

Daripada permulaan trek, akan jumpa sungai yang pertama dan sungai ini juga merupakan Stesen 1 Bukit Apek. Selepas melepasi sungai pertama, teruskan pendakian sehingga jumpa Stesen 2 dan di sini ada 2 simpang yang boleh dilalui. Simpang ke kiri akan terus menuju ke Stesen 6 (Apek Hilltop) atau simpang ke kanan akan menuju ke Stesen 5 tetapi akan melalui Stesen 3 dan Stesen 3A terlebih dahulu.

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-air-terjun-bukit-apek-eshamzhalimLepak berehat kejap di Stesen 2.

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-air-terjun-bukit-apek-eshamzhalimAir ada disediakan di Stesen 2… πŸ˜€

Oleh kerana objektif misi ini adalah untuk menjejaki air terjun, maka kitaorg memilih simpang ke kanan yang menuju ke Stesen 5 dan seterusnya ke Air Terjun Bukit Apek. Sebelum sampai di Stesen 3, kitaorg perlu melintasi sungai kedua.

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-air-terjun-bukit-apek-eshamzhalimSungai kedua sebelum trek yang mencanak kembali…fussssss!!!!…

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-air-terjun-bukit-apek-eshamzhalimBergambar dulu di sekitar sungai kedua sebelum layan trek pacak lagi.. πŸ˜€

Kaki terpaksa digagahkan lagi untuk terus melangkah ke arah Stesen 3 dan seterusnya ke Stesen 3A. Jarak di antara kedua-dua stesen ini tidaklah jauh sangat tapi Stesen 3A lebih menarik daripada Stesen 3. Stesen 3A sememangnya agak luas dan penuh dengan pelbagai peralatan senaman yang dihasilkan sendiri oleh persatuan pendaki yang menjaga bukit tersebut. Lama jugak kitaorg berhenti berehat di Stesen 3A sebelum meneruskan perjalanan lagi menuju ke Stesen 5.

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-air-terjun-bukit-apek-eshamzhalimStesen 3.

Dan gambar di bawah ni adalah di Stesen 3A. Menarik jugak dan penuh dengan peralatan senaman yang dihasilkan sendiri.

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-air-terjun-bukit-apek-eshamzhalimStesen 3A.

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-air-terjun-bukit-apek-eshamzhalimMencari sinar mentari di Stesen 3A.. πŸ˜€

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-air-terjun-bukit-apek-eshamzhalimAda disediakan pondok untuk berteduh di Stesen 3A.

Tidak lama kemudian kitaorg sampai di Stesen 5. Stesen 5 hanya terdapat sebuah canopy usang yang dijadikan sebagai penanda dan mempunyai 2 simpang. Simpang ke kiri akan menuju ke Stesen 6 (Apek Hilltop) dan simpang ke kanan akan menuju ke Air Terjun Bukit Apek. Perjalanan diteruskan melalui simpang kanan untukΒ  menuju ke air terjun. Trek daripada Stesen 5 ke lokasi air terjun boleh dikatakan agak jauh dan akan melalui laluan yang curam untuk turun ke lokasi air terjun.

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-air-terjun-bukit-apek-eshamzhalimAku dan Wan Paskau..

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-air-terjun-bukit-apek-eshamzhalimCik Bella bersama wife aku.

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-air-terjun-bukit-apek-eshamzhalimIni ialah Stesen 5, boleh nampak canopy usang dan juga no. 5 di pokok. Di sinilah ada 2 simpang untuk ke Stesen 6 dan juga air terjun. Ermmm??!!!.. kiri atau kanan?…

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-air-terjun-bukit-apek-eshamzhalimTrek yang agak curam.

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-air-terjun-bukit-apek-eshamzhalimBergambar lagi sambil melayan trek curam… πŸ˜€

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-air-terjun-bukit-apek-eshamzhalimPengunaan tali memang cukup membantu untuk menuruni trek curam.

Akhirnya, tercapai jugak misi kitaorg untuk menjejaki Air Terjun Bukit Apek. Kawasan air terjun ni tidaklah luas dan telah menjadi lebih sempit kerana dipenuhi dengan dahan-dahan pokok yang tumbang. Sementara merehatkan badan, kitaorg lepak makan dan duduk berborak sebelum mendaki kembali trek yang curam tadi untuk menuju semula ke Stesen 5. Kalau tak salah, daripada air terjun ni sebenarnya ada trek menuju ke satu lagi air terjun di Bukit Apek yang kebiasaannya pendaki akan datang daripada trek Bukit Saga.

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-air-terjun-bukit-apek-eshamzhalimGroupfie dulu..

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-air-terjun-bukit-apek-eshamzhalimBergambar di Air Terjun Bukit Apek.

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-air-terjun-bukit-apek-eshamzhalimMemang sejuk dan jernih airnya.

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-air-terjun-bukit-apek-eshamzhalimKawasan sekitar air terjun.

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-air-terjun-bukit-apek-eshamzhalimSampah yang ditinggalkan oleh pendaki-pendaki yang tidak bertanggungjawab. πŸ™ . Jadilah seorang yang bertanggungjawab dan jagailah alam sekitar.

Selepas lebih kurang 1 jam berehat di air terjun, kitaorg menyusuri kembali trek tadi ke Stesen 5 dan meneruskan perjalanan ke Stesen 6 (Apek Hilltop) sebelum turun daripada Bukit Apek. Jangan terkejut jika ternampak ada gerai kecil menjual air sejuk di atas ni…hihihihihihi… πŸ˜€

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-air-terjun-bukit-apek-eshamzhalimStesen 6 atau Apek Hilltop.

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-air-terjun-bukit-apek-eshamzhalimTempat rehat yang disediakan khas untuk pendaki-pendaki di situ.

Di Stesen 6 ada trek untuk kembali ke Stesen 2 dan juga trek yang menuju ke Bukit Saga. Aku pun tak ingat berapa lama kitaorg lepak di situ sebelum menuju turun daripada Bukit Apek. Dalam perjalanan turun ke Stesen 2, terjumpa beberapa pendaki yang baru keluar daripada trek yang menuju ke sebuah Pokok Besar (Big Tree) di Bukit Apek.

Apa?!!!!… Ada Pokok Besar??!!!.. Macam menarik jer ni!!!… Ermmm…. nampaknya ada lagi tujuan lain untuk terokai Bukit Apek atau mungkinkah kitaorg akan datang lagi ke Bukit Apek dengan misi yang baru?…. Walau apa pun, nantikan entri seterusnya yerrr…………… πŸ˜€

Dan peta dibawah ni dihasilkan sendiri oleh aku dengan bantuan Google Map berdasarkan trek yang aku lalui tapi ketepatannya adalah tidak dijamin. Rasanya dah cukup tepat ni sebab aku rasa treknya amat senang untuk diikuti.

peta-bukit-apek-bukit-putih-ah-pak-san-apek-hill-map-eshamzhalimPeta Bukit Apek khas untuk pembaca blog www.eshamzhalim.com

Dibawah ni pula log daripada Endomondo Apps. Sila abaikan nombor-nombor tu, itu adalah nombor bagi lokasi yang kitaorg berhenti rehat dan bukannya nombor stesen Bukit Apek… πŸ™‚

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-air-terjun-bukit-apek-eshamzhalimMasa pendakian : 3 jam 47 minit 56 saat
Jarak perjalanan : 5.77 miles bersamaan dengan 9.29 kilometer

Loading

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

8 thoughts on “Bukit Apek: Misi Menjejaki Air Terjun

  1. Pls call me at 0122838882
    I am Mr Wong a regular ah pek hill hiker.
    I have noticed the tree and environment in Ah Pek hill need to be attended immediately. Pls call me I’ll Brief you further.
    Thank you

  2. As salam,
    Macammana perbandingan dari segi jarak dan trail bukit apek dan bukit saga ye? Saya dan anak-anak (2, 4 dan 6 tahun) dah sampai ke bukit saga (naik ikut laluan c, turun ikut laluan a) tapi tidak ke air terjun. Kalau trail lebih sukar dari saga, tak berani lagi nak bawa.
    Terima kasih.

    1. Kalau nak trekking ke air terjun drpd Saga Hilltop akan mengambil masa lagi 1 jam dan kalau naik drpd bukit apek akan mengambil masa lebih lama untuk sampai ke lokasi air terjun. Treknya agak curam apabila dah dekat nak sampai di air terjun tapi selalu jer nampak ibubapa bawa anak-anak ke air terjun..treknya mmg curam disebabkan banyak trek dah terhabis akibat ujan..sesetengah trek org dewasa pun kena memanjat naik mengunakan akar pokok. Boleh bawa anak-anak tapi perlu berhati-hati. 4 dan 6 tahun tu rasanya ok lagi tp risau yg 2 tahun tuu… pernah nampak hiker bawa beg baby carrier ke air terjun untuk bawa anaknya yg masih kecik lagi.. πŸ˜€

        1. Ooooo…ok2.. trek Bukit Apek lebih kurang sama dgn Saga cuma lebih santai dan lebih jauh…. cuma kalau nak ke air terjun drpd Bukit Apek jer treknya agak curam. Boleh jer kalau nak bawa anak-anak ke sana sebab treknya lebih santai dan banyak juga check point untuk berehat. Boleh tgk gambar di entri saya.. πŸ˜€
          http://www.eshamzhalim.com/bukit-apek-misi-menjejaki-pokok-besar/ dan http://www.eshamzhalim.com/bukit-apek-misi-menjejaki-air-terjun/

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.