amlinas-homemade-recipe-shamphography

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Entri kali ini aku ingin mempromosikan produk yang berasaskan cornflakes keluaran khas Amlina’s Homemade Recipe dan hanya boleh didapati pada bulan Ramadhan dan Hari Raya Haji sahaja. Sebenarnya Amlina ni adalah kawan wife aku dan kitaorg selalu gak gi aktiviti outdoor sama-sama.

Sebelum tu jom aku perkenalkan apakah produk cornflakes Amlina’s Homemade Recipe…..

Amlina’s Homemade Recipe setakat ini hanya mengeluarkan 2 jenis produk berasaskan cornflakes iaitu Crunchy Curry Cornflakes dan Caramel Cocktail Cornflakes yang memang terbaik dan tidak boleh didapati dimana-mana kedai ataupun shopping complex di seluruh negara…. πŸ˜€

Crunchy Curry Cornflakes

amlinas-homemade-recipe-crunchy-curry-cornflakes-shamphography

Crunchy Curry Cornflakes ni semestinya berperisa kari dan sedap dimakan bagi korang yang suka pada kepedasan kari. Digaul dengan serbuk kari, potongan cili kering dan sedikitΒ sentuhanΒ resipi rahsia pasti akan membuat korang rasa gian dan tidak akan henti mengunyah. Bak kata pepatah orang muda “makin pedas makin stim!”….. ahahahahahaha.. memang direkemenkan pada korang yang suka pada kepedasan.

Caramel Cocktail Coornflakes

amlinas-homemade-recipe-caramel-cocktail-cornflakes-shamphography

Caramel Cocktail Cornflakes ini merupakan produk yang paling mendapat sambutan setiap tahun. Disaluti dengan caramel yang digaul bersama kacang badam, gajus serta black raisin. Memang sesuai bagi korang yang menyukai pada kemanisan caramel dan kerangupan cornflakes bersama kudapan badam serta gajus, pasti mampu membuatkan korang tidak henti mengunyah sepertimana kepedasan dan keharuman kari Crunchy Curry Cornflakes.

Caramel Cocktail dan Crunchy Curry Cornflakes ini dihasilkan sendiri oleh Amlina di rumahnya semenjak 3 tahun lepas dengan menggunakan adunan resipi rahsia tersendiri. Bermula daripada hobi masa lapang dan kini akhirnya menerima tempahan untuk dijual kepada pengemar-pengemar cornflakes tetapi hanya di bulan Ramadhan dan Hari Raya Haji sahaja.

amlinas-homemade-recipe-caramel-cocktail-cornflakes-shamphography-03Tempahan cornflakes seberat 250g akan dipacking di dalam balang yang comel. Hiasan penutup balang adalah limited stock yer….hihihihi….. πŸ˜€ .

amlinas-homemade-recipe-caramel-cocktail-cornflakes-shamphography-02Aku kasi close-up sket…

Korang mesti nak tahu harganya kan?…ok!..ok!… tengok kat bawah ni haaa…

Caramel Cocktail Cornflakes : 250g- RM18 / 600g- RM30
Crunchy Curry Cornflakes : 250g- RM15 / 600g – RM25

* Bagi tempahan 600g tiada balang khas dan hanya dibungkus di dalam plastik. Balang comel tu hanya untuk tempahan 250g sahaja.. πŸ˜€

Bagi sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan, bolehlah hubungi Amlina melalui maklumat di bawah atau pun menghubungi aku sendiri.

Amlina’s Homemade Recipe
(Shah Alam)
Facebook Page : Amlina Sulaiman (PM/message jer di facebook)

Apa tunggu lagi!?… jom tempah sekarang. Boleh dijadikan juadah Hari Raya Haji nanti. ‘ Sudah cuba sekali pasti mau lagi ‘ . Aku dan wife sudah order!.. korang bila lagi?…

Tempahan akan dibuka sehingga 28 September 2014 sahaja untuk memastikan segala tempahan dapat ditunaikan. Jom ler order sekarang!

Loading

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

10 thoughts on “Caramel Dan Curry Cornflakes Amlina Homemade Recipe

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.