cyberjaya-twincity-marathon-run-event-running-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Pasti korang semua dah tak sabar untuk membaca kisah pengembaraan The Clown Trekez dalam misi untuk menjejaki Kapal Terbang Pengebom B24 yang terhempas di sekitar Gunung Berembun kira-kira 70 tahun dahulu tapi “Siapakah The Clown Trekez?”.. harap bersabar!.. korang semua akan tahu nanti dan segala akan terjawab sedikit masa lagi!. ๐Ÿ˜€ Nampaknya terpaksa aku tangguhkan dahulu entri pengembaraan ini disebabkan suntingan video yang masih dalam proses serta aku masih lagi mencari fakta sejarah mengenai kisah tersebut. Oleh kerana itu, aku terpaksa mendahului entri yang lainโ€ฆ.hihihihihi.. ๐Ÿ˜€

Berbalik kepada tajuk entri di atas, Cyberjaya Twincity Marathon 2014 telah diadakan pada 21 Disember 2014 bertempat di Persiaran Flora, Cyberjaya, Selangor. Ini adalah merupakan larian terakhir bagi tahun 2014 buat aku dan wife. Seperti biasa kitaorg hanya mendaftar untuk kategori Fun Run (5km) sahaja. Terima kasih kepada Kak Zue yang sudi mengambil race-kit dan bib larian kitaorg. Zakiah dan Alice pun daftar juga untuk Cyberjaya Twincity Marathon. Sehari sebelum hari larian kitaorg dah bincang-bincang pukul berapa nak jumpa di lokasi larian nanti tapi………………….???

cyberjaya-twincity-marathon-run-event-running-eshamzhalimSnap gambar dulu sementara menunggu Zakiah dan Alice.

Bagi kategori Fun Run 5km, peserta akan dilepaskan tepat pada pukul 7 pagi dan seawal pukul 6 pagi kitaorg dah keluar daripada rumah. Sampai di lokasi larian dengan berbakikan 20 minit sementara menunggu Zakiah dan Alice yang tidak kunjung tiba sehinggalah masa flag-off. Bagi larian kali ini, aku dan wife telah membuat keputusan supaya tidak berhenti untuk bergambar. Tujuan utama larian kali ini adalah untuk lihat berapakah masa yang mampu kitaorg catat bagi larian 5km tanpa henti. Nampaknya tiadalah gambar selfie kitaorg semasa larianโ€ฆhihihihi.. ๐Ÿ˜€ . Rasanya aku tidaklah berlari sangat dan hanya walkathon untuk seiringan dengan wife aku yang sedang berlari..ahahaha.. nak buat macam mana, wife aku kan comel. Kalau nak diikutkan nisbah; selangkah kaki aku bersamaan dengan 2 langkah kaki wife aku..hihihihi.. ๐Ÿ˜€

Akhirnya, aku dan wife berjaya menamatkan larian sejauh 5km dengan catatan masa 35 minit. Alhamdulillah!.. aku rasa ini merupakan catatan masa yang paling baik buat masa ini. Sebelum ini, kebiasaannya catatan masa bagi 5km akan berada di sekitar 1 jam 15 minit.

cyberjaya-twincity-marathon-run-event-running-eshamzhalimAcara gigit medal…hihihihi.. ๐Ÿ˜€

cyberjaya-twincity-marathon-run-event-running-eshamzhalim42km…ermmmm…memang tak mampu laaaa….

cyberjaya-twincity-marathon-run-event-running-eshamzhalim

Hairan juga aku bila nampak Zakiah dah duduk di tepi jalan sebaik saja kitaorg sampai.ย  Bila masa pula dia potong kitaorg?… sebenarnya dia dan Alice terlambat dan hanya lari sejauh 2 km sebelum berpatah balik ke tempat larian…hahahahahaha.

cyberjaya-twincity-marathon-run-event-running-eshamzhalimMuka Zakiah baru lepas muntah…hahahahaha…perut masuk angin katanya.. ๐Ÿ˜€

cyberjaya-twincity-marathon-run-event-running-eshamzhalimGeng-geng lain…

cyberjaya-twincity-marathon-run-event-running-eshamzhalimBerposing dulu sebelum balik..

cyberjaya-twincity-marathon-run-event-running-eshamzhalimLompat!!!…

cyberjaya-twincity-marathon-run-event-running-eshamzhalim-11Posing wajib selepas larian..

cyberjaya-twincity-marathon-run-event-running-eshamzhalimSekiranya dapat berlari sejauh 5km, 7km dan 14km.

cyberjaya-twincity-marathon-run-event-running-eshamzhalim-10Ini pula 21km dan 42km….

cyberjaya-twincity-marathon-run-event-running-eshamzhalimBergambar dengan band boys sebelum balik..

cyberjaya-twincity-marathon-run-event-running-eshamzhalim1 lagi medal untuk Brooks…….

Harapan aku dan wife untuk tahun 2015, semoga dikuatkan semangat untuk mendaftar larian berkategori 10km tetapi bergantung kepada keadaan semasa. Kemungkinan perlu buat sedikit analisa untuk menguji kemampuan badan dan kaki. Larian setiap bulan ada tapi kaki cuma ada 2 ni jer, sesunguhnya kaki ini pun harus dijaga…..hihihihi… ๐Ÿ˜€

Loading

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.