Salam,
Aku ada buat entri ringkas pasal charity event Tesco Walk For Life. Mulanya mmg aku ngan wife nak register utk event ni tp nampaknya tak dapat join sebab kitaorg dah ada plan lain. Wife aku ada join group Malaysia Backpacker Club (MBC) dalam facebook so dalam group tu ada cite pasal Royal Belum. Korang tau ker “Belum” itu apa? Kalau sapa-sapa yang tak tau tu sila baca dibawah..hihihi.
Hutan Belum terletak di utara hujung Perak. Luas kawasan bagi hutan simpanan ini dilaporkan meliputi seluas 290, 000 hektar. Hutan Belum ini dibahagikan kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian atas hutan belum ini ditutupi oleh 117, 500 hektar kawasan hutan yang tebal dan memasuki sempadan Thailand-Malaysia. Kawasan hutan yang luas ini boleh dianggap seperti tembok semulajadi dan “gazette” sebagai zon keselamatan/ selamat. Taman simpanan Belum dan Temenggor dibiarkan tumbuh meliar kerana Kerajaan Perak telah memutuskan untuk mengekalkan kawasan tersebut sebagai simpanan semulajadi bagi tujuan penyelidikan.
Bahagian atas hutan belum merupakan 90% yang belum diterokai manakala bahagian bawah umumnya dilitupi oleh hutan sekunder. Memang merupakan kawasan yang amat luas untuk menjalankan penyelidikan! Di Hutan Belum ini terdapat pelbagai jenis tumbuhan dan pokok-pokok kayu keras hutan hujan tropika yang semakin pupus. Antaranya adalah seperti spesis meranti, cengal, keruing dan merbau yang besar. Disini juga terdapat pelbagai jenis tumbuhan herba yang boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Terdapat juga spesis tumbuhan yang sukar ditemui di tempat lain seperti rafflesia yang tumbuh meliar di sini yang merupakan spesis bunga terbesar. |
Dan hasilnya kitaorg pun register untuk trip 2 hari 1 malam “Discover Royal Belum” dengan Belum Outdoor Adventure Team. Sebenarnya dari dulu lagi aku teringin nak pergi Tasik Banding dengan Hutan Belum ni. Posternya ada dibawah ni haa!..
Mulanya aku ngan wife jer yang nak register pastu kitaorg ajak kawan-kawan yang nak join dan hasilnya dapat lagi 3 orang. Menarik jugak aturcara programnya, siap ada lawatan ke perkampungan orang asli kat sana dan kalau bernasib baik boleh tengok live depan mata bunga Rafflesia.
Sekarang ni nak kena shooping apa-apa yang diperlukan untuk trip ni tapi tak terpikir pun apa yang nak beli sebab bukan selalu aku join trip yang masuk hutan cam ni pastu tido pulak atas houseboat jer. Aku siap buat list untuk barang yang nak beli atau nak pinjam ngan kekawan….hihihihihi. Perasaan excited mesti la ada kan pastu perasaan takut pun ada jugak…biasa la tu kan!. hihihihi…..
Tapi yangΒ pastinya set kamera aku mesti kena bawak!… mesti banyak gambar-gambar nature yang boleh shoot nanti… Lens Canon 70-200mm f2.8 confirm ler kena bawak….

Best.. nnti jngn lupa share gmbr ye.. semoga terhibur & ceria.. π
ekekekeke… kaki lenguh lagi ni..nanti saya akan wat entri pasal trip ke Belum ni… π
perghhh.. bestnyeee.. jangan lupa amik gambo banyak2 yeee
ekekeke…memang best… ala-ala man vs wild… ekekeke… nanti saya wat entri berserta gambar yer… π
ok bro..ni article promosinya..already done.. email kat sister..plan nak p tak π
serius menarik..
ahahaha… last year nyer trip ni…best bro… π