Salam,
Dah lama tak update blog, banyak sangat hal minggu ni…….nak blogwalking blog geng-geng pon tak sempat. Jom aku nak cerita sket pasal aktiviti kitaorg minggu lepas….
Antara wishlist aku dan wife ialah untuk dapatkan lesen Scuba Diving, bermulalah biler aku ternampak offer dalam Groupon “Introductory Scuba Diving” atau nama lainnya “Discover Scuba Diving (DSD)”. Aku pun terus beli Groupon tu, lagipon lokasi untuk DSD ni dekat jer ngan rumah kitaorg…kat Kompleks Sukan Negara (Panasonic) jer. Beli kat Groupon mmg dapat murah tau, RM128 untuk 2 orang tau..kalau tak kena RM300 untuk 2 orang. Aku pun booking slot untuk kitaorg dan dapat slot pada 1 Mac 2014. Hati pun berdebar gak masa tu, biler dah register pastu kena belajar teori dulu sebelum nak masuk dalam air. Banyak jugak borang PADI yang perlu di isi dan yang paling penting sekali borang medical declaration untuk menentukan samaada kitaorg fit atau tidak untuk menyelam.
Jadual kitaorg pada hari tu:
1) 15-minute registration
2) 45-minute to 1-hour briefing:
– Introduction to scuba diving
– Briefing and demonstration of equipment
– Safety rules
3) 30- to 45-minute underwater tutorial
Masa teori kitaorg ada diajar juga skills untuk Ear Equalize, Sign Signal dan Fundamental in scuba diving. Biler dah abis teori dan jawab kuiz, barulah Instructor Mr.Chris dan Ms. Annie benarkan kitaorg untuk belajar basic scuba diving skills dalam swimming pool. Peralatan Scuba memang berat ler jugak tapi sebenarnya disebabkan tank oksigen yang kat belakang tu. Dalam swimming pool kitaorg diajar basic skill dalam scuba diving iaitu Mask Clearing, Regulator Clearing, Check Tank Pressure (Oxygen level), Regulator Finding dan ada lagi ler yang kecik-kecik. Memang banyak benda nak diingatkan dalam masa yang singkat yer….fusssssssss…. layan gambar sket…. 😀
Ini baru baby tank tau tapi still berat jugak….
Underwater sign for OK…
Selepas Instructor ajar dan buat demo basic skills tu, kitaorg akan di uji seorang demi seorang untuk melakukan skills tersebut sehingga lulus. Biler semua dah lulus barulah kitaorg dibenarkan untuk menyelam ke dasar swimming pool yang kedalaman 2.2 meter. Kitaorg dibenarkan untuk menyelam secara bebas dalam pool tu…nak terbalik ker? nak terlentang ker? tapi satu jer pesanan dari Instructor yang paling penting dalam Scuba Diving “NEVER HOLD YOUR BREATH WHILE SCUBA DIVING”. Bernafas macam biasa dan jangan sesekali tahan nafas ketika sedang menyelam sebab amatlah bahaya kepada paru-paru.
Kelam kabut jugak nak control buoyancy compensator (BCD)
Groupfie dulu sebelum balik……
Gambar pun dah tengok kan?.. so jom layan video pulak, nasib baik la Instructor kitaorg sporting sebab bagi bawak GoPro menyelam sekali pastu kadang-kadang dia minta kamera untuk amik gambar kitaorg pulak…ekekekekeke… 😀
Kalau nak tengok video HD yang bersaiz gergasi klik jer ——> http://vimeo.com/88399954
Kitaorg pun dah register untuk Course Open Water Diver Certification bagi mendapatkan lesen menyelam daripada PADI. Semalam kitaorg gi medical check-up dan x-ray sekali, kalau body fit tak payah sebenarnya tapi kitaorg tetap nak gi check jugak sebelum enroll untuk kursus scuba ni.
Exam yang pertama kitaorg kena buat ialah:
1) Swimming test 200 meter atau 300 meter kalau guna mask, snorkel dan fins TANPA LIFE JACKET!..Erkkk!!!.. tapi tiada masa ditetapkan… swimming pool 2.2 meter dalam tuuuuu….
2) Floating test selama 10 minit (apa-apa skill pun boleh…ahahahahaha)
3) Basic skin dive
So kena praktis swimming daripada sekarang ni…. tapi test tu ahad ni… fusssssss….. sangat mencabar bagi orang yang tak mahir berenang cam aku ni…berenang boleh tapi so-so jer laaaa…harap-harap Instructor boleh tolong ler kitaorg lulus…ekekekekekekeke…. 😀

Wahh.. menarik.. nanti lepas2 ni bolehlah buat coverage entri gmbr2 dlm laut eh.. seronok tu.. 🙂
ekekekeke….. gitu ler niatnyer…nak amik gambar underwater pulak tapi kena lepaskan lesen dulu ni…fusssssssss….susah gak tuuu…hihihihi.. 😀 😀
kalau tak mastering swimming boleh ker nak amik Open Water Diver Certification
Boleh jer…. tak perlu nak mastering swimming… kalau boleh swimming pon sudah mencukupi… 😀
salam. ambik lesen scuba ni kat mana? Nak no contact dorang boleh. Mcm teringin pulak nak ambik lesen diving. ^_^