Assalamualaikum dan Salam Mesra,
E.R.A.S.E Run for Aids 2015 telah diadakan di Universiti Malaya pada 19 Disember 2015 yang lepas. Larian amal sejauh 5km ini telah dianjurkan oleh Persatuan Perubatan Universiti Malaya (Medical Society of Univerty Malaya) adalah bertujuan bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada Majlis AIDS Malaysia serta meningkatkan lagi tahap kesedaran rakyat Malaysia mengenai penyakit AIDS dan untuk membasmi stigma atau diskriminasi terhadap pengidap AIDS.
Berdasarkan acara larian yang aku daftar bagi tahun 2015 sepatutnya larian ini tiada di dalam senarai tetapi bernasib baik kerana terpilih menjadi salah seorang pelari yang mewakili Team Ultron. Agak panjang juga rasanya karangan yang aku emailkan kepada pihak Ultron. Alhamdullillah, berjaya juga karangan aku menarik perhatian pihak Ultron….hihihihi.. π tapi βSiapakah Ultron ni?β..hmmm..sememangnya tiada pertalian kekeluargaan dengan The Avengers ataupun dengan Tony Stark ok!…Boleh rujuk di laman web Ultron.co untuk mengetahui siapakah Ultron ini.
Disebabkan iklan inilah aku mencuba nasib hantar email…hihihihi.. π
Larian amal sejauh 5km ini telah dirasmikan oleh Naib Canselor Universiti Malaya iaitu Profesor Datoβ Dr. Mohd Amin Jalaludin pada pukul 8 pagi. Ini juga merupakan kali pertama aku berlari di tempat sendiri walaupun dah bertahun bertugas di Universiti Malaya….hahahahaha.. π Wife aku pun turut sama berlari dengan aku walaupun tak daftar…hihihihihi…nak layan Bukit Cinta yang popular di UM ni katanya π
Jom layan gambar……. π
E.R.A.S.E Run for Aids 2015.
Khemah-khemah penganjur.
Ramai juga yang turut serta..
Menunggu Team Ultron yang lain.
Short briefing oleh Crew Ultron.
Group photo.
Group photo lagi.
Selfie cum wefie…hihihihihi.. π
Aku berlari di sebelah Diva…hihihihihi… π
Aku dan wife… tiger mesti temankan redbull katanya…hahahaha… π
Sumber gambar: Running Malaysia.
Sumber gambar: Running Malaysia.
Yeahhhh!!!!.. Team Ultron. Baju ultron ni Limited Edition ok!… π
Bergambar dengan Diva @ Gme dan Ucu Aman.
Aku dan wife bersama Gme.
Wife pun dapat medal sekali tau…hihihihi.. syhhh!!!.. diam-diam ok!… π
Medal E.R.A.S.E Run for Aids 2015 dan bangunan dibelakang tu adalah pejabat tempat aku bertugas.
Komen aku mengenai acara E.R.A.S.E Run For Aids 2015:
Rasanya tiada apa yang aku nak komen sebab ini adalah acara larian amal. Lagipun aku dapat sertai larian ini secara percumaβ¦hihihihihiβ¦terima kasih Team Ultron. π Pihak penganjur berjaya menganjurkan satu acara larian amal yang cukup teratur dan dapat meningkatkan lagi tahap kesedaran rakyat Malaysia mengenai penyakit AIDS dan untuk membasmi stigma terhadap AIDS. Tahniah kepada Persatuan Perubatan Universiti Malaya. π
p.s. βChampion Was A Contender Who Refused To Give Up.β
