eh-eh-busfest-treasure-hunt-festival-busfest-putrajaya-2014-putrajaya-sentral-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Eh Eh Busfest Treasure Hunt telah diadakan pada 6 Disember 2014 dan ianya merupakan di antara program-program yang diselitkan sempena Festival EH EH Busfest Putrajaya 2014. Festival ini telah berlangsung pada 5 hingga 7 Disember di Putrajaya Sentral, Putrajaya dan merupakan Festival Bas Pertama di Malaysia. Festival ini sebenarnya bertujuan untuk mempromosikan penggunaan perkhidmatan bas awam di sekitar Putrajaya disamping dapat memperkenalkan lokasi-lokasi menarik yang telah dijadikan sebagai tarikan pelancongan di Putrajaya. Bagi aku, anjuran festival ini sememangnya satu usaha yang bagus untuk memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya penggunaan perkhidmatan awam sebagai langkah penjimatan serta dapat juga mengurangkan kadar kesesakan jalanraya. Dalam masa yang sama, acara ini juga dapat membantu untuk mempromosikan Stesen Putrajaya Sentral sebagai hub pengangkutan awam bagi kawasan Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil dan Sepang.

Nampaknya, sekali lagi aku dan wife bergabung tenaga bersama Zakiah dan Alice untuk membentuk semula kumpulan Geng Zombie selepas acara KL Fabulous Food 1Malaysia Hunt 2014 pada bulan Oktober yang lepas. Apa yang pasti adalah Geng Zombie juga tidak akan melepaskan peluang untuk turut serta mencuba nasib di dalam acara Treasure Hunt ini. Setiap kumpulan haruslah mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang ahli atau maksimum 4 orang ahli dan yuran penyertaan sebanyak RM200 dikenakan kepada setiap kumpulan yang mendaftar.

Sehari sebelum hari pertandingan, aku dan wife diminta untuk ke Stesen Putrajaya Sentral bagi sesi taklimat dan juga pengambilan baju peserta. Memang dukacita apabila sesi taklimat dah tamat sewaktu kitaorg sampai dan aku rasa sedikit tidak puas hati di situ. Aku pun tak pasti kenapa pihak penganjur adakan sesi taklimat pada sebelah petang sewaktu hari bekerja dan ini akan menjadi satu masalah bagi peserta yang tinggal di luar kawasan Putrajaya seperti aku.

eh-eh-busfest-treasure-hunt-festival-busfest-putrajaya-2014-putrajaya-sentral-eshamzhalimMasa telah tiba….. Geng Zombie sudah bersedia… ๐Ÿ˜€

Masa yang dinantikan telah tiba jua akhirnya, seawal pukul 8 pagi pada 6 Disember 2014, kitaorg telah berada di Stesen Putrajaya Sentral. Lepak-lepak disitu sambil menunggu acara bermula dan tiba-tiba hujan renyai membasahi bumi pada pagi tu. Para peserta dilepaskan tepat pada pukul 9.30 pagi dan rasanya ada 40-50 kumpulan yang turut sama bersaing bersama Geng Zombie.

eh-eh-busfest-treasure-hunt-festival-busfest-putrajaya-2014-putrajaya-sentral-eshamzhalimCheck point pertama (Putrajaya Sentral), sekali jumpa Nea Mitchell pulak tapi dia kumpulan lain….ekekekeke.. ๐Ÿ˜€

eh-eh-busfest-treasure-hunt-festival-busfest-putrajaya-2014-putrajaya-sentral-eshamzhalimSedang sibuk menjawab soalan trivia dan mencari bas mana yang perlu kitaorg naik untuk ke check point seterusnya.

Macam mana pula syarat dan peraturan Eh Eh Busfest Treasure Hunt ni ek?… ermm!!..ok!..ok!.. Jom aku kongsikan info tentang syarat dan peraturannya.

Pemenang akan dipilih berdasarkan kiraan kutipan mata atau pun markah terkumpul. Ini bermakna kumpulan pertama yang berjaya sampai di garisan penamat, belum boleh dikira sebagai pemenang. Setiap kumpulan akan diberi 1 set soalan kembara di setiap check point dan juga set soalan bonus yang boleh dilakukan untuk mendapatkan markah tambahan. Set soalan kembara perlu dijawab dan dihantar kepada marshall yang bertugas di setiap check point sebelum marshall tersebut akan menyerahkan set soalan kembara yang baru berserta lokasi bagi check point seterusnya. Set soalan bonus pula boleh dilengkapkan sepanjang tempoh pertandingan dan perlu diserahkan di check point yang terakhir. Ada 5 check point kesemuanya dan daripada 5 check point tersebut, 2 check point memerlukan peserta menaiki Bas Nadi Putra dan setiap ahli kumpulan perlu mendapatkan tiket bas sebagai bukti. Tiket bas ini perlu diserahkan kepada marshall di check point yang terakhir. Boleh rujuk gambar di bawah ni untuk contoh soalan kembara dan contoh soalan bonus.

eh-eh-busfest-treasure-hunt-festival-busfest-putrajaya-2014-putrajaya-sentral-eshamzhalimSet Soalan Kembara 1

eh-eh-busfest-treasure-hunt-festival-busfest-putrajaya-2014-putrajaya-sentral-eshamzhalimSet Soalan Kembara 2

eh-eh-busfest-treasure-hunt-festival-busfest-putrajaya-2014-putrajaya-sentral-eshamzhalimSet Soalan Bergambar Bagi Markah Bonus

Set soalan kembara mempunyai soalan yang perlu dijawab menggunakan klu-klu yang diberi berdasarkan lokasi check point. Memang menguji minda dan soalannya memang penuh dengan teka-tekiโ€ฆ.fussssโ€ฆpening kepala dibuatnyaโ€ฆahahahahaha.. ๐Ÿ˜€ Bagi set soalan bonus pula, kitaorg perlu mengambil gambar berdasarkan arahan yang diberi dan juga kitaorg perlu membeli barang berdasarkan soalan teka teki untuk diserahkan kepada marshall di check point akhir nanti. Gambar di bawah ni adalah khas untuk markah bonus bagi cabaran bergambar…. ๐Ÿ˜€

eh-eh-busfest-treasure-hunt-festival-busfest-putrajaya-2014-putrajaya-sentral-eshamzhalimCabaran bergambar 1 (CB1)

eh-eh-busfest-treasure-hunt-festival-busfest-putrajaya-2014-putrajaya-sentral-eshamzhalimCabaran bergambar 2 (CB2)

eh-eh-busfest-treasure-hunt-festival-busfest-putrajaya-2014-putrajaya-sentral-eshamzhalimCabaran bergambar 3 (CB3)

eh-eh-busfest-treasure-hunt-festival-busfest-putrajaya-2014-putrajaya-sentral-eshamzhalimCabaran bergambar 4 (CB4)

eh-eh-busfest-treasure-hunt-festival-busfest-putrajaya-2014-putrajaya-sentral-eshamzhalimCabaran bergambar 5 (CB5)

Masa pertandingan yang telah ditetapkan adalah sehingga pukul 2.30 petang dan tempoh maksimum adalah sehingga pukul 3 petang tetapi akan dikenakan pemotongan markah sebagai penalti (2 markah akan dipotong bagi setiap 10 minit yang lewat selepas 2.30 petang). Mana-mana kumpulan yang sampai di check point 5 selepas pukul 3 petang akan dikira sebagai tersingkir daripada pertandingan. ๐Ÿ™

Lokasi check point Eh Eh Busfest Treasure Hunt 2014:

  • Check point 1 โ€“ Putrajaya Sentral
  • Check point 2 โ€“ Dataran Putra
  • Check point 3 โ€“ Monumen Alaf Baru
  • Check point 4 โ€“ Alamanda Shopping Centre
  • Check point 5 โ€“ Putrajaya Sentral

eh-eh-busfest-treasure-hunt-festival-busfest-putrajaya-2014-putrajaya-sentral-eshamzhalimDataran Putra (check point ke 2)

eh-eh-busfest-treasure-hunt-festival-busfest-putrajaya-2014-putrajaya-sentral-eshamzhalimMonumen Alaf Baru (check point ke 3)

eh-eh-busfest-treasure-hunt-festival-busfest-putrajaya-2014-putrajaya-sentral-eshamzhalimMenunggu bas.

eh-eh-busfest-treasure-hunt-festival-busfest-putrajaya-2014-putrajaya-sentral-eshamzhalimSementara menunggu bas untuk ke Alamanda (check point ke 4).

eh-eh-busfest-treasure-hunt-festival-busfest-putrajaya-2014-putrajaya-sentral-eshamzhalimDalam bas menuju ke check point terakhir, walaupun dah tahu tersingkir tapi kitaorg tetap ceria….hihihihih.. ๐Ÿ˜€

Ternyata kitaorg tersalah strategi apabila mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan teka-teki di setiap check point dan ada juga yang langsung tak jumpa jawapannya. Disebabkan terlampau mengejarkan markah akhirnya kitaorg kesuntukkan masa dan dicampurkan sekali kerugian masa oleh kerana terkeliru dengan arahan penganjur. Ada check point yang kitaorg hanya berjalan kaki lebih kurang 2-3 kilometer di bawah matahari yang terik.

Akhirnya, kitaorg terpaksa akur dengan kesuntukkan masa untuk kembali ke Putrajaya Sentral yang merupakan check point yang terakhir. Walau bagaimana pun, Geng Zombie tetap berjaya menyelesaikan kesemua tugasan serta cabaran biarkan tersingkir daripada pertandingan dan itu juga merupakan satu pencapaian bagi kumpulan kitaorg. Perbezaan masa pun rasanya hanyalah 10 minit jer tapi peraturan adalah tetap peraturan.

Ada juga aktiviti-aktiviti lain yang sempat kitaorg terjah semasa festival ni berlangsung seperti:

  • Pertandingan Mencipta logo bas Putrajaya
  • Doodle Art On Bus
  • Selfie Eh Eh Busfest
  • Movie on bus
  • Quiz on bus
  • Pameran bas oleh agensi kerajaan seperti PDRM dan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
  • Pameran bas oleh syarikat swasta dan
  • Pameran berkaitan sistem dan aplikasi pengangkutan awam.

eh-eh-busfest-treasure-hunt-festival-busfest-putrajaya-2014-putrajaya-sentral-eshamzhalimBoleh tonton movie dalam bas ni…

eh-eh-busfest-treasure-hunt-festival-busfest-putrajaya-2014-putrajaya-sentral-eshamzhalimKasi peluk sama dia….

eh-eh-busfest-treasure-hunt-festival-busfest-putrajaya-2014-putrajaya-sentral-eshamzhalimMelukis di badan bas… memang unik.

eh-eh-busfest-treasure-hunt-festival-busfest-putrajaya-2014-putrajaya-sentral-eshamzhalimJom melukis..

eh-eh-busfest-treasure-hunt-festival-busfest-putrajaya-2014-putrajaya-sentral-eshamzhalimTu diaaaa… banyaknya bas.

Pihak penganjur ada menyediakan makanan dan juga air mineral untuk peserta sementara menunggu keputusan yang akan diumumkan tepat pada pukul 5 petang. Kumpulan yang mendapat tempat pertama akan memenangi wang tunai sebanyak RM1,200 dan diikuti dengan RM1,000 di tempat ke 2, RM700 untuk tempat ke 3, RM 400 di tempat ke 4 serta RM200 di tempat ke 5. Kalau tak silap aku ada hadiah penginapan yang ditaja oleh Tune Hotel bagi tempat ke 6 hingga ke 20. Tahniah aku ucapkan kepada kesemua pemenang dan akhirnya program ini disempurnakan dengan penyampaian hadiah kepada semua pemenang.

eh-eh-busfest-treasure-hunt-festival-busfest-putrajaya-2014-putrajaya-sentral-eshamzhalimBergambar sambil menunggu keputusan pemenang.

eh-eh-busfest-treasure-hunt-festival-busfest-putrajaya-2014-putrajaya-sentral-eshamzhalimBergambar dengan pemenang-pemenang sebelum balik.

Komen aku mengenai pertandingan Eh Eh Busfest Treasure Hunt 2014.

Bagi aku, pihak penganjur agak kelam kabut tapi masih boleh ditolenrasikan lagi oleh kerana ini adalah kali pertama pertandingan dan festival ini diadakan. Dari segi pendaftaran dan pengurusan sepanjang pertandingan berlangsung, tidak dinafikan memang agak kurang kemas dan mengelirukan tetapi masih boleh diselesaikan dengan merujuk kepada mana-mana marshall yang bertugas. Bahagian yang aku rasa amat penting dan kritikal adalah taklimat mengenai tugasan, cabaran dan juga peraturan pertandingan, rasanya taklimat dan juga penyerahan baju peserta boleh dilakukan pada hari pertandingan. Sebelum pertandingan bermula, memang banyak masa yang terbuang disebabkan menunggu dan rasanya amat sesuai bagi sesi pendaftaran, penyerahan baju dan juga taklimat yang boleh dihadiri oleh kesemua ahli kumpulan yang bertanding kerana kemungkinan ada ahli kumpulan yang kurang fokus dan boleh rujuk kepada ahli kumpulan yang lain jika ada kekeliruan. Taklimat yang telah diberi pada hari sebelumnya adalah kurang sesuai disebabkan bukan kesemua ahli kumpulan dapat hadir di Putrajaya Sentral selepas waktu berkerja. Sebagai contoh, hanya aku dan wife sahaja dapat menghadiri taklimat dan malangnya taklimat dah selesai sewaktu kitaorg sampai di sana.

Satu perkara lagi yang aku amat tidak puas hati ialah tempoh kekerapan bas. Bayangkan kitaorg bersama kumpulan yang lain terpaksa menunggu bas ke Alamanda lebih kurang 1 jam dan memang banyak masa terbuang di situ. Dalam pertandingan semestinya masa adalah perkara yang amat penting. Aku ada tanya beberapa kawan aku yang berkerja di Putrajaya dan hasilnya ramai yang kata, perkhidmatan bas Putrajaya sewaktu hari berkerja amatlah memuaskan cuma waktu cuti hujung minggu kemungkinan agak lambat. Pada pendapat aku, sepatutnya penganjur perlu memastikan perkhidmatan bas semasa pertandingan mestilah dalam tempoh kekerapan yang memuaskan disebabkan masa adalah perkara penting kepada peserta pertandingan. Bagaimana untuk aku promosikan perkhidmatan bas Putrajaya sekiranya aku pun tidak berpuas hati dengan tempoh kekerapannya. Bukan ker ini adalah untuk mempromosikan perkhidmatan bas di Putrajaya Sentral?

Komen aku yang terakhir adalah sepatutnya pihak penganjur memberi taklimat kepada kesemua pemandu bas yang akan terlibat dengan program ini. Aku rasa ramai pemandu yang tidak tahu dan terpinga-pinga apabila kitaorg minta bergambar atau minta tiket bas sebagai bukti untuk diserahkan di akhir pertandingan nanti. Selepas check point ke 4, aku terpaksa bertekak dengan pemandu bas kerana tidak mahu mengeluarkan tiket untuk kitaorg. Jenuh jugak lah aku terangkan kenapa?.. sambil tunjuk baju dan kertas set soalan kembara. Memang banyak masa yang terbuang disebabkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku jika penganjur memberi taklimat kepada pemandu bas yang terlibat.

Kesimpulannya, jika ditanya samaada aku akan sertai lagi untuk tahun 2015?… jawapan aku pasti YA!. Memang satu program yang bagus untuk memberi kesedaran kepada pengguna perkhidmatan awam. Pihak penganjur haruslah lebih peka kepada perkara-perkara yang kecil walaupun nampak tidak perlu. Kemungkinan dengan maklumbalas daripada peserta-peserta yang lain dapat melancarkan lagi program ini untuk tahun 2015. Ribuan terima kasih kepada penganjur kerana menjayakan Festival Busfest ini dan kemungkinan kita akan berjumpa lagi untuk program busfest treasure hunt yang akan datang… ๐Ÿ˜€

Akhir kata daripada aku.. “Majulah Sukan Untuk Negara”…hihihihihi.. ๐Ÿ˜€

Loading

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

4 thoughts on “Eh Eh Busfest Treasure Hunt 2014

  1. Yeay got 2 pics of me in this post kekeke but true, as in pertandingan, they shld brief bus drivers n also kekerapan bas ptt every 10 to 15 min. Ini tidak, bas 1 jam sekali bru smp. What a wasted time juz to wait for the freaking bus. By that time, team yg lmbt managed to catch up wif us. So its a neck to neck competition. Huhu

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.