bukit-kutu-kuala-kubu-bharu-hulu-selangor-hiking-sejarah-bukit-kutu-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Bagi sesiapa yang pernah berkunjung ke Lata Medang, pasti pernah terdengar mengenai Bukit Kutu. Bukit Kutu ataupun dahulunya dikenali sebagai Treacher’s Hill sememangnya mempunyai pelbagai kesan peninggalan sejarah sewaktu era pemerintahan British dahulu. Nama Treacher’s Hill adalah sempena Sir William Hood Treacher yang menemui tempat ini pada tahun 1893 dan menurut sejarah, Sir WH Treacher, K.C.M.G. telah berkhidmat sebagai Residen British di Selangor dari 1892 hingga 1896.

Kedudukannya di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor sering menjadi tumpuan di kalangan pendaki sebagai tempat latihan mingguan bagi aktiviti pendakian. Walaupun diklasfikasikan sebagai bukit tetapi ianya mempunyai ketinggian setaraf dengan sebuah gunung iaitu di paras 3456 kaki ataupun 1053 meter daripada aras laut.

Berdasarkan sumber sejarah yang aku kupas, dahulunya Bukit Kutu ini telah dijadikan sebagai stesen pemantauan tentera british pada era kolonial British tetapi ianya telah terbengkalai setelah dibom oleh tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua. Ada juga fakta yang mengatakan, Bukit Kutu ini sering dijadikan tempat peranginan oleh bangsawan-bangsawan British suatu ketika dahulu. Terdapat beberapa kesan peninggalan monumen daripada sebuah banglo lama diantaranya seperti bekas cerobong asap serta 2 buah perigi lama. Dikatakan juga terdapat runtuhan sebuah lot bangunan lama peninggalan tentera British yang berkemungkinan telah dijadikan markas tentera british pada era itu.

Ekspedisi kali ini telah dianjurkan oleh rakan-rakan daripada Team Lesvoyaguers dan juga Team Urbanescapers. Aku dan wife serta beberapa rakan Team Clown Hikers juga turut serta dalam ekspedisi ini dalam misi untuk membongkar peninggalan sejarah era kolonial serta melihat sendiri keunikkan khazanah alam semulajadi yang terdapat di Bukit Kutu. Sekali lagi, Chef Hisyam akan menjayakan Misi Trail Menu di puncak Bukit Kutu… tapi…Apakah menunya?…. tungguuuuuu….. 😀

Stesen Petronas Kuala Kubu Bharu telah dijadikan tempat berkumpul sebelum menuju ke Kampung Pertak. Sebenarnya trek ke Bukit Kutu dan ke Air Terjun Lata Medang adalah di laluan yang sama tetapi akan terpisah di simpang ‘Y’ nanti, dimana trek ke kiri menuju ke Lata Medang dan trek ke kanan akan menuju ke Bukit Kutu. Bagi yang masih tidak tahu bagaimana untuk ke Kampung Pertak, bolehlah baca entri Meneroka Air Terjun Lata Medang Kuala Kubu Bharu yang pernah aku tulis sebelum ini.

Tiba di Kampung Pertak sekitar pukul 9 pagi dan terus menuju ke jambatan pertama sambil menunggu Hisyam dan beberapa rakan lagi. Kawasan parkir sebelum jambatan pertama telah diluaskan berbanding dengan kali pertama aku datang ke sini. Terima kasih kepada pihak yang menyediakan ruangan parkir ini. Seperti yang aku terangkan di atas, trek ke Bukit Kutu dan Lata Medang adalah di laluan yang sama dan daripada tempat parkir tadi kami perlu menyeberangi jambatan pertama dan jambatan kedua (dah runtuh), teruskan menyusuri trek sehinggalah jumpa simpang Y.

lata-medang-kg-pertak-kuala-kubu-bharu-fraser-hill-hiking-nature-outdoor-adventures-shamphotographySimpang Y, ikut kiri untuk ke Air Terjun Lata Medang dan ke kanan tu untuk trail ke Bukit Kutu…

Ikut trek di sebelah kanan dan terus berjalan sehingga jumpa sungai. Seberangi sungai tersebut dan terus menyusuri trek yang sedia-ada. Kalau tak silap aku, laluan permulaan trek selepas sungai mungkin agak mengelirukan kerana seakan ada 2 laluan tikus, ambil laluan di sebelah kanan dan teruskan perjalanan. Menurut Hisyam, laluan di sebelah kiri selepas sungai akan menuju ke kebun penduduk di situ kerana dia dah tersesat hingga ke sana…hihihihihihi… 😀

bukit-kutu-kuala-kubu-bharu-hulu-selangor-hiking-sejarah-bukit-kutu-eshamzhalimAkan jumpa sungai ni untuk diseberangi selepas simpang Y…. 😀

bukit-kutu-kuala-kubu-bharu-hulu-selangor-hiking-sejarah-bukit-kutu-eshamzhalimDin Knockaround dan Sarina..

bukit-kutu-kuala-kubu-bharu-hulu-selangor-hiking-sejarah-bukit-kutu-eshamzhalimCheck-point 1 (CP1). Apakah barang yang berada di belakang beg hijau aku tuu?.. jeng..jeng..jeng… 🙂

Ikut kembali trek selepas sungai itu tadi dan nanti jumpa anak sungai yang kecil sebelum sampai di check-point yang pertama (CP1). Bermula daripada sini (CP1) trek akan semakin mencanak naik, teruskan lagi perjalanan dan akan jumpa sebuah pokok besar yang penuh dengan akar. Jangan lepaskan peluang untuk bergambar di pokok besar tu yer…hihihihihi.. 😀 . Rasanya daripada CP1 ke Puncak Bukit Kutu laluan treknya boleh dikatakan agak jelas walaupun ada di sesetengah laluan agak mengelirukan dan aku nasihatkan supaya lebih peka kepada penanda-penanda trek yang telah disediakan disepanjang trek menuju ke atas.

bukit-kutu-kuala-kubu-bharu-hulu-selangor-hiking-sejarah-bukit-kutu-eshamzhalimPokok besar yang banyak akar…..

bukit-kutu-kuala-kubu-bharu-hulu-selangor-hiking-sejarah-bukit-kutu-eshamzhalimI Love Bukit Kutu.. 🙂 Jumpa tanda ni bermakna korang dilaluan yang betul..

bukit-kutu-kuala-kubu-bharu-hulu-selangor-hiking-sejarah-bukit-kutu-eshamzhalimSebahagian daripada team kami yang berhenti berehat dulu sebelum kembali mendaki….

Perjalanan ke puncak Bukit Kutu akan mengambil masa 4 jam secara kasarnya bergantung kepada kelajuan masing-masing dan akan melalui 9 check-point (CP1-CP9) sebelum sampai ke puncak. Papan tanda check-point kemungkinan banyak yang dah hilang ataupun dah ditanggalkan, cuma yang ada hanyalah tulisan yang ditulis dengan cat hitam. Pokok-pokok buluh yang tumbuh di sepanjang trek sememangnya memberi pelbagai cabaran kepada kami disebabkan perlu membongkok serta merangkak sambil memikul beg untuk melepasi pokok-pokok buluh yang telah patah atau tumbang.

bukit-kutu-kuala-kubu-bharu-hulu-selangor-hiking-sejarah-bukit-kutu-eshamzhalimHampir 50% treknya begini…. kiri kanan pokok buluh.. 😀

bukit-kutu-kuala-kubu-bharu-hulu-selangor-hiking-sejarah-bukit-kutu-eshamzhalimPokok buluh lagi…hihihihi..

bukit-kutu-kuala-kubu-bharu-hulu-selangor-hiking-sejarah-bukit-kutu-eshamzhalimKita kasi redah jer… 😀

bukit-kutu-kuala-kubu-bharu-hulu-selangor-hiking-sejarah-bukit-kutu-eshamzhalimCheck-point 3 (CP3). CP2 rasanya kat kawasan tanah lapang sebelum sampai CP3

Semakin jauh mendaki, semakin banyak pokok buluh yang perlu dilalui dan semakin kerap juga jumpa batu-batu yang besar. Teruskan menyusuri trek sehingga jumpa Gua Air (CP4) dan juga Gua Kambing (CP5). Gua Air (CP4) ni sebenarnya ada punca air (water point) tapi buat masa sekarang airnya dah kering manakala Gua Kambing (CP5) pula adalah tempat yang sesuai untuk berehat ataupun berteduh sekiranya hujan.

bukit-kutu-kuala-kubu-bharu-hulu-selangor-hiking-sejarah-bukit-kutu-eshamzhalimSepatutnya ada anak sungai mengalir di gua ni tapi hampanya airnya dah kering. Nasib baik bekalan air yang kami bawa cukup untuk perjalanan naik dan turun.

bukit-kutu-kuala-kubu-bharu-hulu-selangor-hiking-sejarah-bukit-kutu-eshamzhalimBeberapa meter selepas water point tadi akan jumpa CP4 dan seterusnya CP5.

bukit-kutu-kuala-kubu-bharu-hulu-selangor-hiking-sejarah-bukit-kutu-eshamzhalimGua Kambing ataupun Gua Tedung (CP5). Batu besar ni dikatakan seperti kepala ular tedung dan memang sesuai untuk dijadikan tempat berehat ataupun berteduh sekiranya hujan.

Bila dah sampai di Gua Kambing ni, bermakna sudah separuh jalan kami mendaki dan masih ada lagi 50% trek yang perlu ditempuhi. Dari sini, teruskan mendaki ke atas dan ikut trek yang sedia-ada hinggalah ke CP6, CP7 dan CP8, walaupun aku tak jumpa CP6 dan CP7. Kemungkinan papan tandanya dah hilang ataupun aku terlepas pandang.

bukit-kutu-kuala-kubu-bharu-hulu-selangor-hiking-sejarah-bukit-kutu-eshamzhalimAntara lokasi yang menarik untuk bergambar selepas Gua Kambing.

bukit-kutu-kuala-kubu-bharu-hulu-selangor-hiking-sejarah-bukit-kutu-eshamzhalimTrek landai sebelum kembali mendaki…

Setelah 3 jam setengah mendaki, akhirnya kami berjaya menjejakkan kaki di kawasan bekas tapak banglo lama. Ini sebenarnya bukan puncak tapi dari sini hanya 5 minit jer untuk naik ke Puncak Bukit Kutu dan biasanya kawasan ini sering dijadikan tempat berehat ataupun lokasi perkhemahan bagi yang ingin bermalam. Apabila kesemuanya ahli kumpulan dah sampai, maka bermulalah acara masak-memasak oleh Chef Hisyam dengan Trail Menunya “Ikan Stim Puncak Kutu”…… hihihihihi.. 😀

bukit-kutu-kuala-kubu-bharu-hulu-selangor-hiking-sejarah-bukit-kutu-eshamzhalimBekas tapak banglo lama yang hanya tinggal cerobong asap (Chimney), 2 perigi lama dan tangga.

bukit-kutu-kuala-kubu-bharu-hulu-selangor-hiking-sejarah-bukit-kutu-eshamzhalimAku dan wife bergambar di chimney (CP8)

bukit-kutu-kuala-kubu-bharu-hulu-selangor-hiking-sejarah-bukit-kutu-eshamzhalimCerobong asap ini masih utuh sehingga sekarang…

bukit-kutu-kuala-kubu-bharu-hulu-selangor-hiking-sejarah-bukit-kutu-eshamzhalimDin Knockaround membantu Chef Hisyam sementara yang lain memasang khemah apabila hujan dah mula turun.

bukit-kutu-kuala-kubu-bharu-hulu-selangor-hiking-sejarah-bukit-kutu-eshamzhalimTeam Knockaround Hikers

bukit-kutu-kuala-kubu-bharu-hulu-selangor-hiking-sejarah-bukit-kutu-eshamzhalimChef sedang berkarya…

bukit-kutu-kuala-kubu-bharu-hulu-selangor-hiking-sejarah-bukit-kutu-eshamzhalimChef Hisyam bersama Trail Menunya “Ikan Stim Puncak Kutu”… hihihihihi.. 😀

Selesai jer acara menjamu selera, masing-masing mengemas tapak perkhemahan dan bersiap sedia untuk naik ke puncak. Puncak Bukit Kutu hanyalah sebuah batu besar yang hanya boleh dinaiki oleh 2 atau 3 orang sahaja pada setiap masa dan memang agak bahaya sekiranya dinaiki beramai-ramai.

Terdapat satu lagi runtuhan Banglo atau Villa lebih kurang 500 meter daripada Puncak Bukit Kutu dan ini juga antara lokasi peninggalan sejarah yang wajib dilawati sekiranya mendaki Bukit Kutu. Bagi yang ingin ke runtuhan ini, ikut jer trek untuk ke puncak selepas cerobong asap (Chimney) dan belok kiri di simpang kecil manakala ke kanan pula akan terus ke kawasan batu besar untuk ke puncak. Terus menyusuri trek tu ke bawah dan akan melalui lereng bukit sebelum sampai di lokasi runtuhan.

bukit-kutu-kuala-kubu-bharu-hulu-selangor-hiking-sejarah-bukit-kutu-eshamzhalimKawasan luaran runtuhan banglo…

bukit-kutu-kuala-kubu-bharu-hulu-selangor-hiking-sejarah-bukit-kutu-eshamzhalimKawasan dalaman runtuhan banglo…

bukit-kutu-kuala-kubu-bharu-hulu-selangor-hiking-sejarah-bukit-kutu-eshamzhalimRuang apakah ini?…

Ada juga pendapat yang mengatakan banglo ini pernah dijadikan tempat soal siasat oleh tentera Jepun bagi mendapatkan maklumat mengenai penentangan Jepun di Tanah Melayu sekitar tahun 1941 hingga 1945 sebelum tentera British mengambil semula selepas Jepun menyerah kalah. Kisah ini memang sukar untuk disahihkan tetapi kemungkinan kisah ini hanya diketahui oleh penduduk-penduduk lama di sekitar Kuala Kubu Bharu.

bukit-kutu-kuala-kubu-bharu-hulu-selangor-hiking-sejarah-bukit-kutu-eshamzhalimIni mungkin gerbang masuk ke banglo…

bukit-kutu-kuala-kubu-bharu-hulu-selangor-hiking-sejarah-bukit-kutu-eshamzhalimTeam lelaki…

bukit-kutu-kuala-kubu-bharu-hulu-selangor-hiking-sejarah-bukit-kutu-eshamzhalimBerposing dulu disini..

bukit-kutu-kuala-kubu-bharu-hulu-selangor-hiking-sejarah-bukit-kutu-eshamzhalimBergambar di runtuhan banglo lama…

Selepas masing-masing dah puas bergambar di kawasan runtuhan banglo, kami ikut kembali trek tadi dan terus menuju ke Puncak Bukit Kutu untuk satu lagi acara bergambar sebelum menyusuri trek untuk turun ke bawah…hihihihihi.. 😀

bukit-kutu-kuala-kubu-bharu-hulu-selangor-hiking-sejarah-bukit-kutu-eshamzhalimBergambar di papan tanda Bukit Kutu…

bukit-kutu-kuala-kubu-bharu-hulu-selangor-hiking-sejarah-bukit-kutu-eshamzhalimEh!!!!… Apakah yang sedang berlaku?…

bukit-kutu-kuala-kubu-bharu-hulu-selangor-hiking-sejarah-bukit-kutu-eshamzhalimSalute!!!..

bukit-kutu-kuala-kubu-bharu-hulu-selangor-hiking-sejarah-bukit-kutu-eshamzhalimTangga dibelakang adalah untuk naik ke puncak…

bukit-kutu-kuala-kubu-bharu-hulu-selangor-hiking-sejarah-bukit-kutu-eshamzhalimFaiz dan Wan Paskau selfie di Puncak Bukit Kutu…

Perjalanan turun agak lebih berhati-hati apabila diiringi hujan di pertengahan jalan. Ada yang laju dan ada yang perlahan apabila menuruni trek yang curam. Alhamdulillah, semua telah berjaya keluar dengan selamat tanpa sebarang insiden yang berlaku, walaupun ada diantara kami yang agak lewat keluar daripada trek Bukit Kutu. Lepak mandi dulu di kolam berhampiran dengan jambatan pertama sebelum masing-masing bergerak pulang ke rumah.

Info tambahan:
Aku ada terjumpa gambar-gambar lama banglo di Bukit Kutu semasa cuba mencari maklumat mengenai sejarah disebalik kewujudannya. Gambar-gambar dibawah ini adalah diambil daripada laman blog http://shiekblog.blogspot.com serta sumber gambar ini adalah daripada Mr. Tony Wright yang merupakan cucu kepada salah seorang warga British yang pernah menetap di Banglo Bukit Kutu.

Bukit-kutu-eshamzhalim-01Gambar Datuk kepada Mr. Tony Wright sedang duduk di hadapan banglo.

Bukit-kutu-eshamzhalim-02Ini adalah gambar cerobong asap (Chimney) yang kekal utuh sehingga sekarang…

Bukit-kutu-eshamzhalim-03Satu lagi gambar lama banglo yang diambil dari sudut belakang batu besar di puncak Bukit Kutu.

Bukit-kutu-eshamzhalim-04Gambar Nenek kepada Mr. Tony Wright (duduk) bersama Sister Sutton (yang bekerja di banglo itu). Kedua-dua batu besar ini masih boleh dilihat sehingga sekarang di puncak Bukit Kutu.

Bukit Kutu sememangnya menyimpan pelbagai rahsia dan juga sejarah yang masih banyak belum terjawab sehingga kini. Apa yang terungkai setakat ini hanyalah secebis bingkisan sejarah daripada lipatan sejarah yang besar. Aku rasa masih banyak lagi misteri yang masih tersimpan di Puncak Bukit Kutu tetapi berkemungkinan akan lenyap dimamah usia dan hilang dimakan zaman…..jeng..jeng..jeng…

“Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri!”.. hihihihihihi.. 😀

Loading

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

69 thoughts on “Ekspedisi Bukit Kutu, Kuala Kubu Bharu

  1. Haloooo
    Igtkn belog ko bersawang sbb lama x nmpk update rupa rupanya feed kt belog aku yg rosak kot. Kene copypaste blk link ko nih…

    Gilee matsaleh suka nau bina umah dlm utan centu

    Kecik je batu puncak tu…leh gayattt

    Nways sapa yg baju ijo tu. Mcm familiar…

    1. Ada laaa… bukan bersawang lagi, cuma slow jer nak update skrg ni…. mat salleh kan suka tempat2 sejuk… baju ijau… kawan member aku tuu.. aku pun baru 1st time jumpa.. Ivan ker apa ntah nama dia…. 😀

  2. Awesome, guys and gals! Mesti jaga kebersihan….must take care of the environment. Clean up the place after finish using it and take the rubbish home when you leave the place. Be careful of fire and make sure it is extinguished. I will make a trip with my friends soon. Cheers, man!!!

  3. Penuh ngan info….
    Thanks ….
    SY ngan group nk gi esok….24/01/2016 ….
    Moga dpt amik gambar osem mcm yg di tunjukkan….
    Noted ..pokok besar byk akar tuu…

  4. Assalamualaikum. Terima kasih bro untuk info yang diberi. Saya Afa, dan ada dua lagi kawan akan hiking ke bukit kutu isnin minggu depan. Saya akan jadi kan blog ni sebagai rujukan. Cuma nak tanya, tak ada pondok pengawal ke nak isi nama?

    1. Pacat tu kalau masuk hutan adalah perkara biasa… kebiasaannya kalau musim kering mmg susah nak jumpa pacat.. kalau musim hujan kemungkinan ada ler si pacat tu standby di trek…ekekekekeke… batu2 kering banyak tapi kalau hujan batu kering pun akan jadi baru basah….hihihihihihi.. 😀

  5. salam hye. nak tnye lg details 😀 lepas jumpe simpng Y tu kan, jumpe sungai tu kat blah kanan ke kiri kite? sy da prnah pegi tp sesat, xjumpe pon jln yg benarr 😀 ktorg da jmpe simpng Y yg kedua 🙁

    1. Sungai tu di depan…bukan di kiri atau kanan… drpd parking ke cross jambatan pertama, lepas tu akan cross jambatan kedua (dah runtuh).. terus ikut trek tu sampai jumpa simpang Y (kiri ke lata medang dan kanan ke bukit kutu)… amik simpang kanan dan akan jumpa sungai… cross sungai tu dan pastikan ikut kanan selepas cross sungai tu sbb ada laluan kecik ke kiri ke kebun org. Amik kanan pastu terus jer ikut trek yg ada… 😀

  6. Kami biasa panggil tu Batu Tedung hehe.. Walaupun dah lebih dari 5kali naik kutu, tiba2 rasa bsemangat nak naik lg sebab baru tahu psl sejarah tu semuaaa hehehe

  7. 21-22/12/16 ni saya ada event hike bukit kutu for 2days 1 night. Adalah dalam 30 lebih orang. Saya nak tanya, kena apply permit ke? Thank you! Btw gambar semua cun!!

    1. Buat masa skrg ni ramai yg naik bukit kutu mmg takde apply permit tapi kalau untuk camping atau aktiviti yg melibatkan 2-3 hari, saya nasihatkan supaya maklumkan dan hantar senarai nama peserta kepada balai polis yg menjaga kawasan situ… 😀 tapi 21-22/12/2016 tu kan dah lepas tarikhnya… 😀

      1. ouhhh yeke….saya pon very beginner….tapi kalau sape yg tahu jalan pergi and balik boleh la saya nak follow….saya nak naik po just nak pecah peluh je, dah lme tak panjat bdn makan naik beart hahahahaha

  8. Alhamdulillah .. sebelum nak pergi tu baca blog abang n snap pic byk2 utk panduan..:D sebab g ber2 rsau juga.. 4 jam naik 3 jam turun(redah hujan rsau air di bhgian bwh naik ) sampai bawah dlm pukul 4.30 petang, balik rumah member info yg air mmg naik.. nasib kitaorg lepas sblum air naik.. bukit a.k.a Gunung Kutu ni memang pengalaman tak boleh lupa…

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.