eksplorasi-gunung-telapak-buruk-b24-liberator-gunung-berembun-the-clown-trekez-hiking-jelebu-negeri-sembilan-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Aku rasa pasti ramai yang menanti entri Ekspedisi Gunung Telapak Buruk-B24 Liberator-Gunung Berembun. Terlebih dahulu, aku ingin mohon maaf diatas kelewatan entri ini disebabkan kekangan masa yang tidak dapat dielakkan. Dalam entri yang lepas, aku dan wife telah berjaya mendaki puncak Gunung Angsi di Kuala Pilah. Bagi yang masih tidak berkesempatan untuk menerjah entri tu, bolehlah klik Ekspedisi Ke Puncak Gunung Angsi. Bagi entri kali ini, aku dan wife bersama-sama The Clown TrekeZ telah menganjurkan satu ekspedisi yang berunsurkan peninggalan sejarah dengan menjejaki sebuah bangkai Pesawat Pengebom B24 Liberator milik Tentera British yang telah terhempas di Tanah Melayu ketika menjalankan misi rahsia sewaktu Perang Dunia ke II dahulu.

Tapi persoalannya disini!!!… Siapakah The Clown TrekeZ?. Jangan panik!.. Jangan risau!.. jom aku menrungkaikan segala kekusutan dan misteri disebalik pendaki-pendaki badut ini… πŸ˜€ Sebenarnya, β€˜The Clown TrekeZ’ adalah sekumpulan pendaki amatur yang ingin berjinak-jinak dengan aktiviti pendakian. Kumpulan ini juga disertai oleh beberapa pendaki profesional yang bertindak sebagai penasihat dan guru pendakian.

Perbincangan di antara aku dan wife bersama Amlina dan Eyda semasa minum petang di The Picnic Table, Kota Damansara telah bersepakat untuk mencuba satu lokasi pendakian di Negeri Sembilan yang agak popular dan mempunyai hubung-kait dengan secebis ikatan sejarah Tanah Melayu iaitu di Gunung Telapak Buruk dan Gunung Berembun. Maka bermula kisah pengembaraan terbaru The Clown TrekeZ.

Stesen Petronas Prima Saujana di Kajang tetap menjadi tempat berkumpul sebelum menuju ke Jelebu, Negeri Sembilan. Seramai 16 orang yang turut serta di dalam ekspedisi ini termasuklah Abang Joe, Bro. John dan juga Abang Nik selaku guide kitaorg. Perjalanan diteruskan lagi menuju ke Pekan Kampung Pantai, Jelebu hinggalah ke lokasi persiapan sebelum pendakian iaitu di Masjid Kampung Pantai.

eksplorasi-gunung-telapak-buruk-b24-liberator-gunung-berembun-the-clown-trekez-hiking-jelebu-negeri-sembilan-eshamzhalimMasjid Kampung Pantai.
Sumber gambar : Kelab Orang Hutan Malaysia (OHM). Aku lupa nak ambil gambar masjid..hihihi.. πŸ˜€

Pendakian kali ini bertemakan DayPack ataupun Compress Pack dan pendakian akan dimulakan melalui Puncak Gunung Telapak Buruk untuk ke lokasi bangkai pesawat B24 dan seterusnya ke Puncak Gunung Berembun. Gunung Telapak Buruk mempunyai ketinggian 1193 meter daripada paras laut manakala Gunung Berembun pula hanya berketinggian 690 meter.

Sebelum pendakian, senarai peserta telah diserahkan kepada Balai Polis Pantai oleh Abang Joe sebagai makluman tentang aktiviti pendakian kitaorg. Perjalanan sejauh 12km dimulakan dengan menaiki lori selama 1 jam untuk ke Puncak Gunung Telapak Buruk bagi menjimatkan masa. Aku rasa kalau tidak menggunakan lori, kemungkinan akan mengambil masa yang agak lama untuk mendaki ke Puncak Gunung Telapak Buruk.

eksplorasi-gunung-telapak-buruk-b24-liberator-gunung-berembun-the-clown-trekez-hiking-jelebu-negeri-sembilan-eshamzhalimSakit bontot jugak naik lori ni…hahahahahaha… πŸ˜€

Terdapat sebuah Kem Tentera di Puncak Gunung Telapak Buruk dan kitaorg dinasihatkan oleh pegawai tentera di situ supaya tidak mengambil gambar di kem tersebut sebagai langkah keselamatan. Sedikit penerangan telah diberikan oleh Bro. John dan di ikuti dengan sesi senaman ringan (warm-up) sebelum aktiviti pendakian bermula.

eksplorasi-gunung-telapak-buruk-b24-liberator-gunung-berembun-the-clown-trekez-hiking-jelebu-negeri-sembilan-eshamzhalimBro. John sedang memberi sedikit taklimat sebelum mula aktiviti.

Perjalanan daripada Puncak Gunung Telapak Buruk untuk ke lokasi bangkai pesawat B24 Liberator akan melalui trek yang agak sempit di sebelah pencawang telekomunikasi dan kitaorg telah berjaya sampai di lokasi bangkai pesawat dengan masa lebih kurang 1 jam 30 minit.

eksplorasi-gunung-telapak-buruk-b24-liberator-gunung-berembun-the-clown-trekez-hiking-jelebu-negeri-sembilan-eshamzhalimTrek bermula di sebelah pintu pagar pencawang ni.

eksplorasi-gunung-telapak-buruk-b24-liberator-gunung-berembun-the-clown-trekez-hiking-jelebu-negeri-sembilan-eshamzhalimLokasi bangkai pesawat B24 Liberator. Dari sini kitaorg perlu turun ke bawah untuk ke lokasi serpihan dan ekor pesawat.

Korang mesti nak tahu kisah sejarah disebalik bangkai pesawat ni kan?…. Jom aku kongsikan…. πŸ˜€

Pesawat pengebom RAF B24 Liberator KL654/R tersebut telah berlepas dari Cocos Islands, Australia dan dipercayai sedang menjalankan misi sulit di kawasan Hutan Langkap, Kuala Pilah sebelum terhempas atas faktor yang tidak dapat dikenal pasti pada 23 Ogos 1945 dan mengorbankan kesemua lapan krewnya.

eksplorasi-gunung-telapak-buruk-b24-liberator-gunung-berembun-the-clown-trekez-hiking-jelebu-negeri-sembilan-eshamzhalimSumber gambar : Google

Sebahagian pesawat telah ditemui ada tahun 1996 di Negeri Sembilan sebelum pencarian rasmi pada 22 Disember 2006. Seterusnya, ekspedisi kedua pada 29 Ogos 2009 sebelum 80 cebisan tulang krew kapal terbang diserahkan kepada Kapten Kenneth Taylor, Penasihat Pertahanan Tentera British dan disemadikan di Commonwealth Military Cemetery, Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2012.

eksplorasi-gunung-telapak-buruk-b24-liberator-gunung-berembun-the-clown-trekez-hiking-jelebu-negeri-sembilan-eshamzhalimKrew Pesawat pengebom RAF B24 Liberator KL654/R

Mereka yang terkorban adalah juruterbang, Leftenan Udara John Selwyn Watts,Β  Pegawai Udara Edward Donald Mason, Pegawai Udara William Kenneth Dovey, Sarjan Udara Jack Blakey, Sarjan Udara Willian Ross, Sarjan Udara Raymond Arthur Towell, Pegawai Udara John Trevor Bromfield dan Sarjan Udara Arthur Turner.

Apa yang masih menjadi misteri adalah bangkai kepala pesawat ini masih belum dijumpai. Gambar-gambar dibawah ni adalah daripada serpihan sayap dan ekor Pesawat Pengebom RAF B24 Liberator KL654/R. Separuh misteri lagi masih belum terjawab dan lokasi kepala pesawat ini masih belum dijumpai sehingga sekarang.

eksplorasi-gunung-telapak-buruk-b24-liberator-gunung-berembun-the-clown-trekez-hiking-jelebu-negeri-sembilan-eshamzhalimR.I.P

eksplorasi-gunung-telapak-buruk-b24-liberator-gunung-berembun-the-clown-trekez-hiking-jelebu-negeri-sembilan-eshamzhalimAntara serpihan bangkai pesawat yang bertaburan.

eksplorasi-gunung-telapak-buruk-b24-liberator-gunung-berembun-the-clown-trekez-hiking-jelebu-negeri-sembilan-eshamzhalimBahagian ekor pesawat yang masih utuh sehingga sekarang.

eksplorasi-gunung-telapak-buruk-b24-liberator-gunung-berembun-the-clown-trekez-hiking-jelebu-negeri-sembilan-eshamzhalimTak tahu serpihan apakah itu?…

eksplorasi-gunung-telapak-buruk-b24-liberator-gunung-berembun-the-clown-trekez-hiking-jelebu-negeri-sembilan-eshamzhalimAku dan wife bergambar di ekor pesawat B24. Jelas kelihatan huruf R (KL654/R)

eksplorasi-gunung-telapak-buruk-b24-liberator-gunung-berembun-the-clown-trekez-hiking-jelebu-negeri-sembilan-eshamzhalimSerpihan sayap pesawat di belakang tu..

eksplorasi-gunung-telapak-buruk-b24-liberator-gunung-berembun-the-clown-trekez-hiking-jelebu-negeri-sembilan-eshamzhalimGroupfie di ekor pesawat.

eksplorasi-gunung-telapak-buruk-b24-liberator-gunung-berembun-the-clown-trekez-hiking-jelebu-negeri-sembilan-eshamzhalimRasanya ini mesti gear mendarat pesawat B24..

Berhenti makan dulu di lokasi bangkai pesawat sebelum meneruskan perjalanan ke Puncak Gunung Berembun. Seperti biasa, makan tengahari kitaorg ditaja oleh Maggi dan Nescafe…hihihihihihi… πŸ˜€

eksplorasi-gunung-telapak-buruk-b24-liberator-gunung-berembun-the-clown-trekez-hiking-jelebu-negeri-sembilan-eshamzhalimSyazwan, Faiz, Maria dan Abang Joe sedang mempromosikan maggi dan nescafe.

Langkah demi langkah dan akhirnya sampai juga kitaorg di Puncak Gunung Berembun. Hanya dapat melabuhkan punggung masing-masing selama 30 minit sebelum meneruskan perjalanan lagi ke Gua Kambing serta untuk berhenti berehat sambil mandi manda di sungai sebelum keluar. Masa yang ada telah dihabiskan dengan aktiviti bergambar sementara menunggu geng-geng yang lain.

eksplorasi-gunung-telapak-buruk-b24-liberator-gunung-berembun-the-clown-trekez-hiking-jelebu-negeri-sembilan-eshamzhalimAku dan wife bergambar di Beirut Gunung Berembun.

eksplorasi-gunung-telapak-buruk-b24-liberator-gunung-berembun-the-clown-trekez-hiking-jelebu-negeri-sembilan-eshamzhalimAda juga gambar dengan Bro. John..

eksplorasi-gunung-telapak-buruk-b24-liberator-gunung-berembun-the-clown-trekez-hiking-jelebu-negeri-sembilan-eshamzhalimBergambar dan terus bergambar dan terus bergambar….hihihihihihi.. πŸ˜€

eksplorasi-gunung-telapak-buruk-b24-liberator-gunung-berembun-the-clown-trekez-hiking-jelebu-negeri-sembilan-eshamzhalimTabik!!!….

eksplorasi-gunung-telapak-buruk-b24-liberator-gunung-berembun-the-clown-trekez-hiking-jelebu-negeri-sembilan-eshamzhalim4 merah dan 1 biru…hihhihihihi.. πŸ˜€

eksplorasi-gunung-telapak-buruk-b24-liberator-gunung-berembun-the-clown-trekez-hiking-jelebu-negeri-sembilan-eshamzhalimGua Kambing… tapi tak nampak seekor kambing pun…hihihihi..

Berhenti berehat sekejap di Gua Kambing sambil mengisi botol mineral kosong dengan air sungai yang mengalir berhampiran gua tersebut. Gua Kambing merupakan lokasi penting untuk mendapat sumber air sebelum meneruskan perjalanan. Perjalanan daripada Puncak Gunung Berembun menuju ke Gua Kambing boleh dikatakan agak mencabar dan perlu berhati-hati semasa menuruni bukit yang boleh dikatakan agak curam. Kitaorg memang bernasib baik kerana laluan trek yang agak kering dan tidak berlumpur. Rasanya, korang boleh agak jika trek berlumpur kan?… mesti semua mengelongsor hingga ke bawah..hahahahaha.. πŸ˜€

Ini merupakan lokasi yang ditunggu-tunggukan dalam ekspedisi ni…hihihihihi.. masing-masing sebenarnya dah gian nak berendam dalam air sungai.Β  πŸ˜€ .

eksplorasi-gunung-telapak-buruk-b24-liberator-gunung-berembun-the-clown-trekez-hiking-jelebu-negeri-sembilan-eshamzhalimKat sini lepak lama sikit…hihihihi… πŸ˜€

eksplorasi-gunung-telapak-buruk-b24-liberator-gunung-berembun-the-clown-trekez-hiking-jelebu-negeri-sembilan-eshamzhalimBatang pokok yang tumbang ni dijadikan jambatan untuk menyeberangi sungai.

eksplorasi-gunung-telapak-buruk-b24-liberator-gunung-berembun-the-clown-trekez-hiking-jelebu-negeri-sembilan-eshamzhalimTu diaaaa!!!…… layan air sungai yang sejuk lagi menyegarkan…

eksplorasi-gunung-telapak-buruk-b24-liberator-gunung-berembun-the-clown-trekez-hiking-jelebu-negeri-sembilan-eshamzhalimLetih ker??… nampak sangat lakonannya tuuu!!!…

eksplorasi-gunung-telapak-buruk-b24-liberator-gunung-berembun-the-clown-trekez-hiking-jelebu-negeri-sembilan-eshamzhalimBergambar sebelum keluar dari hutan…masing-masing hulur GoPro..

Perjalanan menuju keluar daripada sungai takde la jauh sangat, rasanya dalam 30-45 minit tapi ditambahkan lagi kitaorg bertujuh yang tersalah trek hingga ke kebun orang…hihihihihi… terpaksa berpatah balik sebelum berjaya jumpa jalan keluar ke Loji Rawatan Air Pantai lebih kurang pukul 6.45 petang (lori akan tunggu di sini). Sempat bergambar di lori sementara menunggu geng-geng lain sampai. Seorang member terpaksa dipapah keluar disebabkan terlampau penat dan tak larat untuk berjalan.

eksplorasi-gunung-telapak-buruk-b24-liberator-gunung-berembun-the-clown-trekez-hiking-jelebu-negeri-sembilan-eshamzhalim

Alhamdulillah!.. semua peserta ekspedisi telah berjaya keluar dengan selamat. Sekali lagi terpaksa naik lori menuju kembali ke Pekan Pantai dan terus ke Balai Polis Pantai untuk maklumkan semua peserta telah berjaya keluar. Lepak makan malam dulu sebelum masing-masing pulang ke rumah. Sememangnya satu pengalaman yang tidak akan dilupakan dan terima kasih aku ucapkan kepada Abang Joe, Bro. John dan Abang Nik yang telah menjaga kitaorg di sepanjang ekspedisi ini. πŸ˜€

Entri ini tidak akan sempurna tanpa video kan?… Jom tonton video sepanjang ekspedisi kitaorg di sana… πŸ˜€

Kalau nak tonton dalam Youtube pun boleh, klik jer –> Ekspedisi Gunung Telapak Buruk-B24 Liberator-Gunung Berembun (mungkin ada sebahagian sountrack telah dipadamkan oleh Youtube atas isu copyright)

Loading

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

48 thoughts on “Ekspedisi Gunung Telapak Buruk-B24 Liberator-Gunung Berembun

    1. Memang menarik bro.. menyelami dan menyaksikan sendiri sisa2 peperangan dahulu… pelbagai persoalan dan misteri yang masih tidak terjawab dan kemungkinan tiada jawapannya… Satu pengalaman yang mmg mencabar dan cukup menarik….. πŸ˜€

    1. Salam, lori tu memang nak kena booking dulu. Kalau tak nanti korang kena jalan kaki atau bawak kereta sendiri sampai ke atas. Kalau kereta 4×4 ok jer sbb jalan nak ke puncak tu agak teruk jugak… Naik lori pun dah lebih kurang sejam, kalau jalan kaki lagi lama ooooo….hihihihihihi… πŸ˜€ tapi tu laaa… saya takde pulak no tel lori hari tuuu…. πŸ™

      1. Assalamualaikum. Terbaik la memang menarik aktiviti abang. Saya nak minta ihsan, kalau abang sendiri takde nombor utk kontek lori kat Pantai tu, boleh tak abang tolong usahakan bagi saya kontek number next person yg tau / yg uruskan booking lori masa tu, pastinya dari kalangan group abang juga kan? Kalau dapat nanti saya jejak sendiri sampai ke nombor tuan punya khidmat lori tersebut. Maaf menyusahkan dan terima kasih!

  1. Salam. Tahniah ada lawatan kumpulan saudara ke tapak bangkai pesawat B-24 nih..Utk makluman, pihak kami yg berjaya merungkai misteri pesawat ini dan seterusnya berjaya mencari dan mengeluarkan rangka kru pesawat tersebut.

    Shaharom Ahmad
    MHG

    1. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya En. Shaharom. Tahniah kepada team tuan kerana telah berjaya merungkai misteri pesawat dan dalam usaha mengeluarkan rangka kru pesawat tersebut. Kisah pesawat ini memang agak menarik dan penuh dengan misteri. Sekiranya tuan ada lagi cerita mengenai pesawat ini untuk dikongsikan, bolehlah saya menulis satu entri khas bagi sambungan drpd entri ini… Ada juga rakan2 yg bertanya mengenai sambungan misteri ini… πŸ˜€ . Tuan bolehlah email saya di shamphotog@gmail.com . Saya pun nak tahu jugak sambungan kepada misteri ini… πŸ˜€

    1. Kalau nak ke puncak telapak buruk tu rasanya ok jer sbb ada jalan tar tapi kalau nak ke Gunung Berembun agak kurang sesuai. Tapi skrg ni ramai jugak yg bawa anak-anak masuk hutan, kalau yakin boleh jer rasanya kot. πŸ˜€

  2. Saya nak tye..sekiranya saya dtg dgn kereta..kereta parking di kawasan perkampungan ke?sbb sy dgr hanya 6 bijik buah kereta sahaja yg bole muat parking

  3. Salam bang. Saya tau abang takde no lori tu. Hee. Tapi boleh tak abang bagi contact no member abang yang kepada member untuk arrange kan trip ni. Nak mintak sikit nasihat serta contact lori tu.

    1. Nanti next trip, saya ceritakan tentang waktu singgah kencing dan buang air besar sebab perkara tu pun saya lupa nak letak info…. bagi lebih terperinci hingga ke maklumat yang paling halusssssss….. πŸ˜€

  4. Assalam….Encik saya mahu kepastian maknanya ada 2Jalan boleh lalui.Pertama Terus ke Gunung Telapak Buruk dgn menaiki Lorry @ 4×4 . & Start mellui Gua Kambing. Tempat berkumpul mmg akan Masjis Pantai nie Yeppp. Sbb sya mahu kepastian. Sbb nak Ke Gunung Telapak Buruk Jrrr, sbb masa kami singkat. Apa2 boleh Reply pada Email saya mlokman@doa.gov.my

  5. hai…sy tgh gugel pasal telapak buruk dan membawa kpd blog anda..
    blh sy dptkan contact no lorry tu tak? plannya mmg nak buat trip start dr telapak then baru turun ke berembun..or ada apa2 cara sy blh dptkan info tentang cara nak cari org yg blh bwk kita naik ke puncak telapak tu?
    thanks

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.