Assalamualaikum dan Salam Mesra,
Hutan Simpan DiRaja Belum atau lebih dikenali dengan nama Royal Belum sememangnya kaya dengan kepelbagaian-bio dan tersimpan pelbagai hasil khazanah-khazanah alam semulajadi yang bernilai. Ianya merupakan satu destinasi popular bagi mereka yang ingin mencari ketenangan dan juga kepada pencinta alam semulajadi. Oleh itu, adalah menjadi satu kerugian kepada sesiapa yang tidak pernah menjejakkan kaki di Hutan DiRaja ini. Dengan itu, Geng Trip Santai (GTS) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan sekali lagi Ekspedisi Royal Belum 2.0Β bagi edisi kedua untuk memberi peluang kepada mereka yang ingin merasai ketenangan dan juga menikmati keindahan alam semulajadi yang terdapat di Hutan Simpan DiRaja Belum.
Sebelum itu, jom aku perkenalkan siapakah Geng Trip Santai (GTS)?. Sebenarnya, Geng Trip Santai ini adalah nama yang digunakan oleh aku dan wife. GTS bukanlah sebuah syarikat berdaftar ataupun operator aktiviti luar (outdoor) bertauliah tetapi hanyalah pasangan suami isteri yang sudi mengambil inisiatif untuk memeningkan kepala menganjurkan trip atau acara supaya dapat berkongsi pengalaman sambil bersantai bersama rakan-rakan.
Houseboat 3 tingkat. Boleh pasang khemah di tingkat atas sekali.
Maklumat Mengenai Ekspedisi Royal Belum 2.0 GTS:-
1. Jumlah Kekosongan: 35 orang sahaja.
2. Tarikh Ekspedisi: 16 hingga 18 September 2016 (Jumaat, Sabtu dan Ahad). Jumaat adalah cuti umum Hari Malaysia.
3. Bayaran: RM350 (Dewasa) dan RM175 (Kanak-kanak berusia 6-12 tahun sahaja) (Pakej TIDAK TERMASUK pengangkutan ke Jeti dan perlu diuruskan sendiri). Perancangan adalah untuk carpool dan konvoi bersama.
4. Pakej Ekspedisi Termasuk: Penginapan di houseboat, aktiviti-aktiviti sepanjang ekspedisi, makan dan minum sepanjang ekspedisi, BBQ, permit masuk Taman Negeri Royal Belum, permit kamera DSLR, sumbangan untuk Orang Asli Jahai, nature guide (jurupandu alam), krew serta jurumudi bot, cabutan bertuah dan juga rakan-rakan awesome serta pengalaman yang baru.
5. Cara bayaran: Deposit RM100 (tidak dikembalikan) untuk mengesahkan penyertaan anda. Pihak GTS menyediakan pilihan untuk anda melangsaikan baki bayaran secara ansuran setiap bulan (RM50, RM100, RM150) tetapi haruslah diselesaikan sebelum 1hb September 2016.
Perkara Yang Wajib Anda Tahu Sebelum Mendaftar:-
1. Trip ini bukanlah trip mewah seumpama Star Cruise. Sekiranya anda mengharapkan layanan dan penginapan bertaraf lima (5) bintang, bermakna trip ini mungkinΒ tidak sesuai untuk anda.
2. Trip ini bukanlah trip solo, anda perlulah mempunyai penampilan yang ceria dan senang untuk bergaul. π
3. Konsep bantu membantu di sepanjang trip ini adalah digalakkan. Sudi-sudilah menghulurkan bantuan apabila diperlukan. π
4. Bilik di atas houseboat adalah terhad dan keutamaan akan diberi kepada peserta yang membawa keluarga. Peserta perlulah bersedia untuk tidur bergelimpangan di atas houseboat menggunakan sleeping bag. π
5. Bagi tujuan keselamatan, pihak GTS hanya menghadkan kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke atas sahaja untuk turut serta. Kanak-kanak adalah tanggungjawab sepenuhnya penjaga.
6. Beberapa aktiviti di dalam ekspedisi ini memerlukan sedikit pendakian dan merentas hutan. Jangan risau!…kanak-kanak pun boleh melakukannya.
7. Awas!!!!…. Peserta akan disambut mesra dengan kehadiran pacat-pacat semasa mendaki dan merentas hutan. Jangan takut!… Jangan risau!… Sebenarnya, pacat-pacat itu lebih takut kepada anda. Percayalah!!!..Β π
8. Ketepatan masa adalah amat dialu-alukan tetapi kami faham, tiada siapa yang sempurna. Aku dan wife pun ada kalanya terlewat dan akan menyebabkan program tergendala. Tidak menjadi masalah tetapi mohon supaya jangan terlampau lewat sehingga menyebabkan peserta lain tertunggu-tunggu. Rancanglah jadual perjalanan anda. π
9. Bagi peserta yang ingin membawa joran ataupun kamera DSLR, setiap bilangan joran atau kamera akan dikenakan bayaran permitΒ sebanyak RM5 oleh Taman Negeri Royal Belum. Bayaran permit joran adalah ditanggung sendiri tetapi bayaranΒ permit untuk kamera DSLR akan ditanggung oleh pihak GTS (terhad 1 DSLR seorang)Β dan perlu dimaklumkan terlebih dahulu kepada penganjur. Kamera kompak, GoPro, SJCam atau kamera telefon tidak akan dikenakan bayaran.
Di Perkampungan Orang Asli Jahai, Kampung Aman Damai, Royal Belum.
TERMA DAN SYARAT:
- Segala aktiviti di dalam ekspedisi ini adalah tertakluk kepada sebarang perubahan yang bergantung kepada keadaan semasa, risiko keselamatan ataupun keadaan cuaca. Pihak penganjur berhak membuat sebarang perubahan sekiranya dirasakan perlu.
- Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa insiden yang tidak diingini.
- Peserta akan diminta untuk mengisi Borang Pelepasan Tanggungjawab (Indeminity Form) sebelum ekspedisi bermula.
- Adalah menjadi tanggungjawab peserta untuk memaklumkan kepada pihak penganjur sekiranya mempunyai sebarang masalah kronik sebelum memulakan ekspedisi.
- Peserta dinasihatkan untuk menguruskan sendiri pengambilan perlindungan insuran sekiranya perlu.
- Setiap peserta yang telah mendaftar haruslah membuat pembayaran deposit sebanyak RM100 dalam tempoh tigaΒ (3) hari untuk mengesahkan penyertaan.
- Bayaran ansuran hendaklah dibayar sebelum atau pada 7hb setiap bulan.
- Baki keseluruhan pembayaran hendaklah dilangsaikan sebelum atau pada 1hb September 2016.
- Deposit tidak akan dikembalikan sekiranya peserta menarik diri tetapi boleh digantikan dengan peserta lain.
- Peserta yang telah membuat pembayaran penuh dan ingin menarik diri, pemulangan bayaran akan dibuat mengikut syarat di bawah:-
i)Β 60% daripada bayaran penuh akan dipulangkan sekiranya pembatalan dibuat dalan tempoh lebih 30 hari sebelum tarikh ekspedisi;
ii) 40% daripada bayaran penuh akan dipulangkan sekiranya pembatalan dibuat dalam tempoh kurang 30 hari sebelum tarikh ekspedisi; dan
iii) Bayaran tidak akan dipulangkan sekiranya pembatalan dibuat dalam tempoh 14 hari sebelum tarikh ekspedisi. Anda dibenarkan untuk mencari pengganti dalam tempoh 14 hari sebelum tarikh ekspedisi. - Bayaran penyertaan akan dikembalikan semula kepada peserta sekiranya ekspedisi ini dibatalkan oleh pihak penganjur ataupun pihak operator.
Aktivti berakit di Royal Belum.
Sebahagian daripada hadiah cabutan bertuah yang dimenangi oleh peserta Ekspedisi Royal Belum 1.0 tahun lepas. Mungkinkah hadiah pada tahun ini lebih menarik??!!!!!…
Sekiranya Anda Faham Dengan Terma Dan Syarat Di Atas Dan Masih Berminat?!!!!!!!Β Apa Tunggu Lagi!!!Β Jomlah Mendaftar.
Penyertaan Ditutup.
- Sila email gambar resit pembayaran berserta nama ke gengtripsantai@gmail.com ataupun whatapps, telegram gambar resit pembayaran ke 016-6801542.
- Bagi pembayaran online, sila masukkan email gengtripsantai@gmail.com semasa membuat pembayaran.
- Bayaran ansuran hendaklah dibayar sebelum atau pada 7hb setiap bulan. Sila sertakan nama, jumlah dan bilangan bayaran ke berapa?.
Maklumat Bank Untuk Pembayaran:
No. Akaun: 1141-7884-4295
Bank: Maybank Berhad
Nama: Norhisham Mohamed Halim
No. Akaun: 700-5400-607
Bank: CIMB Bank
Nama: Norhisham Mohamed Halim
No. Akaun: 1417-1020-000-882
Bank: Bank Islam
Nama: Norhisham Mohamed Halim
Air terjun Sungai Kooi, Royal Belum.
Tentatif Program 3 Hari 2 Malam Di Royal Belum: (Tertakluk kepada perubahan semasa)
Hari Pertama
09.00 am β Tiba di Jeti Awam Pulau Banding dan taklimat keselamatan.
10.00 am β Menaiki Houseboat dan bertolak ke Air Terjun Sungai Kooi (Shower Waterfall)
01.00 pm β Makan tengahari dan rehat (Disediakan)
02.00 pm – Bertolak ke lokasi untuk bermalam.
04.00 pm β Minum petang dan rehat (Disediakan)
05.00 pm β Aktiviti berakit dan aktiviti air (mandi atau terjun tiruk di tasik) π
07.00 pm β Rehat
08.00 pm β Makan malam (Disediakan)
09.00 pm β Night Jungle Trekking (Tertakluk kepada keadaan cuaca dan risiko keselamatan)
(Aktiviti bebas dan karaoke sampai tertidur)
Hari Kedua
8.00 am β Sarapan pagi (Disediakan)
9.00 am β Trekking ke Sira Haiwan
11.00 am β Bergerak ke Pertengahan Royal Belum
1.00 pm β Makan tengahari dan rehat (Disediakan)
2.00 pm β Lawatan ke Perkampungan Orang Asli Aman Damai(Pemberian Sumbangan)
4.00 pm β Minum petang dan rehat (Disediakan)
5.00 pm β Aktiviti berakit dan aktiviti air (mandi atau terjun tiruk di tasik) π
7.00 pm β Rehat
8.00 pm β Makan malam (BBQ) (Disediakan)
(Aktiviti bebas, acara cabutan bertuah dan karaoke sampai tertidur)
Hari Ketiga
8.00 am β Sarapan pagi (Disediakan)
9.00 am β Bertolak ke Santuari Ikan Air Terjun Sungai Ruok
1.00 pm β Makan tengahari dan rehat (Disediakan)
2-3.00 pm β Tiba di Jeti dan ekspedisi tamat.
Air terjun Sungai Ruok, Royal Belum.
Aku ada menulis beberapa entri mengenai Royal Belum sepanjang pengalaman aku di sana. Sekiranya inginkan maklumat yang lebih lanjut, bolehlah luangkan masa dan baca entri-entri aku di bawah. π
– Misi Kemanusiaan Royal Belum 3.0: Bahagian 3
– Misi Kemanusiaan Royal Belum 3.0: Bahagian 2
– Misi Kemanusiaan Royal Belum 3.0: Bahagian 1
– Kenali 10 Spesies Enggang Royal Belum
– Moh Ke Perak: Eksplorasi Air Terjun Dan Santuari Ikan Sungai Ruok Royal Belum #VMY2014
– Moh Ke Perak: Menjejaki Jenut Papan Royal Belum #VMY2014
– Moh Ke Perak: Meneroka Air Terjun Sungai Kooi Royal Belum #VMY2014
– Moh Ke Perak: Jom Berakit Di Royal Belum #VMY2014
– Moh Ke Perak: Program Kebudayaan Dan Kesenian Royal Belum #VMY2014
– Moh Ke Perak: Kepesonaan Dan Keunikan Royal Belum #VMY2014
– Royal Belum Adventure Trip β 2nd Episode
– Royal Belum Adventure Trip β 1st Episode

wow. menarik sangat ni. hmm konsider dalam list dulu sebab bulan 9 tu ada trip ke Perth.
Wow!!!… oversea… kitaorg tak mampu la bro nak vacation oversea… dalam negara jer laaa… π
Wahhhh.. cambest je kli follow trip nie.. ehehe
Jom2… hihihihihihi… π
menarik weyhhhhh
Memang menarik…jom2… π
organiser yg bagus.. Rugi kalau tak join
TQ bro for your support…hihihihihi.. π
wahhhh…menarikk nk join la.. tapi nk bayar deposit kena tggu gaji dulu ni
Jom2… hihihihihi… π
inshaa Allah.. kalau xdak apa2 nak joint jugak skli dgn member hehe
Jom2… ajak kekawan sekali… π
Salam encik, kalau daripada KL ada tak bas/transport awam yg boleh ke sane terus?
Waalaikumsalam…. mmg ada public transportation ke sana tapi mungkin agak leceh sket… saya nasihatkan untuk carpool jer dgn kawan2… tapi kalau nak tahu lebih lanjut mengenai public transportation ke Royal Belum, boleh baca di link http://www.royalbelum.my/bm/howtogetthere/index.html π
salam, nak tanya, kalau backpackers trip tak pakai tour, kat mana nak apply permit masuk? saya nak pergi in two weeks time. thank youu
Permit kena mohon dengan Royal Belum State Park tp wajib kena ada operator houseboat untuk masuk ke royal belum dan tasik temenggor…. kalau backpacker trip takkan nak berenang ke tempat-tempat lokasi kan?…..hihihihihihi… π
ooo meaning that still kena ada tour guide. i tot boleh apply permit and just pergi jetty je sewa boat.hehehe thank you for your info π