Assalamualaikum dan Salam Mesra,
Chemerong, Berembun dan Langsir semestinya nama yang tidak asing lagi dikalangan pendaki-pendaki gunung di seluruh Malaysia. Ketiga-tiga nama ini sering digabungkan kepada singkatan CBL yang merangkumi Air Terjun Chemerong, Gunung Berembun dan juga Air Terjun Langsir. Pendakian akan bermula di Hutan Lipur Chemerong yang terletak di Hulu Dungun iaitu kira-kira 100 km dari Kuala Terengganu dan 30 km dari Bandar Al-Mukhtafibillah Shah melalui Jalan Jabor – Jerangau. Berdasarkan maklumat yang aku perolehi, Air Terjun Chemerong dikatakan di antara salah satu air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara.
Ekspedisi Santai Chemerong-Berembun-Langsir (CBL) selama 3 hari 2 malam ini disertai seramai 17 orang yang terdiri daripada gabungan 13 peserta dan juga 4 orang guide. Ekspedisi ini dikelolakan oleh aku dan Faiz serta dibantu oleh Naz (Kasut Getah) sebagai guide utama yang akan mengetuai perjalanan ekspedisi ini. Kebiasaannya trek CBL akan bermula daripada Hutan Lipur Chemerong dan seterusnya ke Puncak Chemerong, Puncak Berembun dan akhirnya akan bermalam di Puncak Air Terjun Langsir sebelum kembali semula ke lokasi permulaan tetapi laluan ekspedisi kami kali ini adalah secara terbalik (Reverse Trek), dimana ianya akan bermula di Hutan Lipur Chemerong, terus ke Puncak Chemerong, Air Terjun Langsir untuk bermalam dan perjalanan pulang pula akan melalui Puncak Berembun sebelum kembali semula ke Hutan Lipur Chemerong. Kalau nak diringkaskan, ekspedisi kami sepatutnya CLB (Chemerong-Langsir-Berembun)… hihihihi.. π .
Hari Pertama : 20 Mac 2015
Stesen LRT Gombak telah dipilih kali ini untuk dijadikan lokasi berkumpul dan juga agihan ration sebelum memulakan perjalanan menyusuri Lebuhraya Pantai Timur (LPT) untuk menuju ke Masjid Sultan Mahmud di Bandar Al-Mukhtafibillah Shah sebagai tempat persinggahan sebelum meneruskan lagi perjalanan ke Hutan Lipur Chemerong yang terletak kira-kira 36km daripada situ.
Baju rasmi Ekspedisi CBL.
Agihan ration diuruskan oleh Naz dan juga rakan-rakan guide yang lain.
Perjalanan ke Bandar Al-Mukhtafibillah Shah daripada Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 5 jam dan akhirnya kami tiba di Hutan Lipur Chemerong sekitar pukul 8 pagi selepas berhenti berehat di Masjid Sultan Mahmud. Sesi taklimat mengenai pendakian dan juga bacaan doa telah disempurnakan oleh Naz sebelum masing-masing mengalas beg di bahu untuk memulakan ekspedisi pendakian yang diklasfikasikan sebagai santai. Santai?!!!!!!…. ermmmm……… π
Geng Deuter. Team adik-beradik.
Bergambar di Peta Hutan Lipur Chemerong.
Jambatan gantung sebelum mula melalui laluan hutan.
Aku rasa baru 20-30 minit perjalanan bermula dah terus layan trek pacak. 15 minit pertama mendaki, wife aku dah muntah, mungkin disebabkan kami terus mendaki selepas sarapan pagi yang agak berat dengan menu bihun goreng dan telur mata. Kesudahannya, habis keluar semua bihun-bihun dan telur mata kerbaunyaβ¦.hihihihihi.. π Terima kasih pada Arep yang sudi sedekahkan gula-gula sour plum kat wife aku. Kami layan jer trek tu hinggalah ke Bukit Taubat. Apa?!! Bukit Taubat?.. βAku tak pasti berapa ramai yang telah bertaubat apabila sampai disini?β… Trek pacak Bukit Taubat memang cukup menginsafkan tapi aku perasan semua masih lagi boleh tersenyum apabila layan trek Bukit Taubat niβ¦seronok kan?…hahahahahaha.. π
Baru sampai kat Bukit Taubat jer ni….
Masing-masing rehat kejap sebelum mula mendaki.
Bukit Taubat memang memberi kesedaran untuk bertaubat…ahahahahaha…
Sedut choki-choki dulu sebelum layan trek pacak Bukit Taubat…hihihihihi..
Terus menyusuri trek tu hinggalah ke Kem B (Kem Balak), singgah untuk makan tengahari dulu di Kem B sebelum meneruskan lagi perjalanan. Alangkah seronoknya bila dapat berendam di dalam air sungai yang sejuk selepas layan trek pacak Bukit Taubat. Bila dapat berendam jer terus lupa niat untuk bertaubat seketika. π
Kem B
Jernih kan air sungainya…..
Selesai jer makan tengahari di Kem B, kami teruskan lagi perjalanan hingga ke Seraya Besar dan seterusnya ke Puncak Chemerong. Jarak perjalanan dari Hutan Lipur Chemerong ke Puncak Chemerong rasanya dah makan masa lebih kurang setengah hari walaupun masih ada separuh lagi perjalanan untuk ke Puncak Air Terjun Langsir. Agak kejam treknya bagi kami yang dah lenguh memikul beban beg galas di bahu tapi aku masih lagi nampak wajah ceria di muka masing-masing. Trek santai katanya!β¦..hahahahahaβ¦terpaksalah hadap hingga ke tapak perkhemahan. π
Trek akan menyusuri sungai selepas Kem B.
Checkpoint Seraya Besar.
Menuju ke Puncak Chemerong.
Puncak Chemerong tapi kami tak jumpa Beirutnya..
Sampai di Sungai Bangan lebih kurang pukul 6 petang dan hari dah semakin gelap. Sungai Bangan ni sebenarnya ada gelaran lain seperti Sungai Balu ataupun Sungai Bangang tapi aku rasa hanya mereka yang pernah layan trek ni jer yang tahu kenapa ianya dipanggil Sungai Bangang…hihihihi.. π Aku hanya mampu duduk berehat sekejap sambil memandang kejernihan dan kedinginan air Sungai Bangan sebelum teruskan lagi perjalanan ke Puncak Air Terjun Langsir melalui Taman Bonzai. Disebabkan hari dah semakin gelap, kami terpaksa berkumpul dulu sementara menunggu rakan-rakan lain dibelakang sebelum teruskan mendaki. Trek pacak selepas Sungai Bangan memang cukup mencabar kesabaran dan amatlah membangangkan sebelum melalui trek yang lebih landai di Taman Bonzai hinggalah ke Puncak Air Terjun Langsir.
Sungai Bangan @ Balu @ Bangang.
Rehat sekejap sementara menunggu rakan-rakan yang lain. Masing-masing dah lemau masa ni…hahahahaha… π
Akhirnya selepas berhempas pulas melayan trek santai, sampai juga kami di Puncak Air Terjun Langsir lebih kurang pukul 9 malam dan dengan segeranya masing-masing bergotong-royong untuk menyiapkan tempat tidur walaupun semua dah kepenatan. Malam tu tiada apa-apa aktiviti selain daripada makan dan berborak sambil mendengar cerita-cerita seram daripada Naz hinggalah aku pandang Naz pun dah naik seram…hahahahahaha… π Bila mata dah mula stim terus merangkak masuk dalam sleeping bag dan Zzzzzzzz……
Hari Kedua : 21 Mac 2015
Seawal pagi aku dah celik mata dan terus melepakkan diri di Air Terjun Langsir sambil menunggu matahari muncul tapi agak hampa bila sang mentari menyembunyikan dirinya disebalik awan. Secara keseluruhannya untuk hari kedua memang tiada apa-apa aktiviti selain daripada makan, mandi, makan, mandi, makan, mandi dan melepak hinggalah ke malam. Seharian kami semua berkampung di Jeram Lesung. Airnya yang jernih dan sejuk memang boleh mengugat keimanan masing-masing. Jom layan gambar-gambar kami pada hari kedua yang akan membuatkan korang semua panas hati….hahahahahaha… π
Tu dia…tempat tidur kami..
Sarapan nasi lemak di Puncak Air Terjun Langsir…. memang priceless…hahahaha… π
Ini baru separuh ketinggian Air Terjun Langsir. Setakat ni jer yang kami boleh turun.
Memang sejuk oooo pagi tuuu…pagi-pagi lagi semua dah korek hidung… buruk perangai tul…hihihihihi..
Banglo sementara kami… Kalau nak tahu, brader kacak dan tough yang berbaju hitam itulah Naz (Kasut Getah).. π
Kolam di Jeram Lesung.
Geng Gegurlssss…
Ok!.. Jom menyelam.. π
Ada 2 kolam di Jeram Lesung.
Lepak kejap sebelum berendam lagi…hihihihihihi.. π
Memang jernih oooooo airnya. Ini buktinya…..
Hero Malaya…
Ronda-ronda di Sungai Langsir.
Jeram Lesung.
Inilah Jeram Lesung. 2 lubang yang penuh dengan air.
Sedang bertapa di Sungai Langsir.
Puncak Air Terjun Langsir. Memang superb permandangan kat belakang tuuuu….
Dating di Puncak Air Terjun Langsir….
Yeahhh!!!!!…. Ekspedisi berjaya….
Malam tu kami lepak dan layan kedinginan malam sambil mengira bintang di angkasa. Tenang dan nyaman jer aku rasa kat atas puncak tu. Alangkah seronoknya kalau dapat lepak sini tiap-tiap bulan, semak rasanya bila duduk kat pejabat dari pagi hingga ke petang dan melayan kerja yang tak pernah habis….ermmmm…tapi itulah hakikatnya.. π
Hari Ketiga : 22 Mac 2015
Pagi tu kami sempat lagi berendam di Jeram Lesung sebelum mengemas tapak perkhemahan dan beg masing-masing. Keadaan cuaca pagi tu agak mendung seakan nak hujan tapi rasanya kemungkinan disebabkan kabus. Kami mula bergerak daripada Air Terjun Langsir sekitar pukul 11 pagi dan terus menyusuri Sungai Langsir hinggalah kena layan lagi trek pacak menuju ke Puncak Gunung Berembun. Boleh tahan juga treknya sebelum jumpa trek yang landai hingga ke Puncak Berembun.
Laluan trek ke Puncak Gunung Berembun.
Puncak Gunung Berembun diketinggian 3405 kaki dari paras laut.
Berhenti berehat sekejap sambil bergambar di Puncak Berembun sebelum teruskan perjalanan menuju ke Taman Bonzai dan dari sini trek akan mula menurun dan menurun dan menurun hinggalah ke Kem Y. Jarak perjalanan daripada Taman Bonzai ke Kem Y rasanya lebih kurang 2 jam berdasarkan kelajuan kaki kami.
Taman Bonzai selepas Puncak Gunung Berembun.
Permandangan dari atas tu memang superb!!…
Berhenti untuk makan tengahari di Kem Y sebelum teruskan perjalanan hinggalah ke Kem B. Selepas Kem B, kami belok ke kanan untuk menuju ke Air Terjun Chemerong di antara laluan trek ke Bukit Taubat. Aku pun lupa sama ada simpang tu sebelum atau selepas Bukit Taubat. Laluan ke Air Terjun Chemerong memang amat curam dan cukup menyeksakan lutut sehinggalah jumpa sebatang sungai untuk diseberangi sebelum sampai di Air Terjun Chemerong.
Kem Y.
Kem B.
Akhirnya kami berjaya menjejakkan kaki di Air Terjun Chemerong sebelum kembali meneruskan perjalanan ke Hutan Lipur Chemerong lebih kurang 45 minit dari situ. Masing-masing dah menjerit seronok bila jumpa laluan bersimen….hahahahaha..maknanya dah nak sampai ler tuuu!… π
Air Terjun Chemerong.
Selamat sampai di Hutan Lipur Chemerong sebelum pukul 7 malam dan masing-masing dah mengeluh kelegaan. Singgah untuk makan malam dulu sebelum masing-masing bergerak pulang dengan kaki yang sakit, badan yang letih, mata yang mengantuk dan kepala yang mamai…hahahahahaha…. tapi syukur alhamdulillah, semua selamat sampai di rumah masing-masing.
Mesti dah puas tengok gambar kan?… jom layan video yang aku buat khas untuk ekspedisi ni….. klik jer… π
Kalau nak tonton dalam Youtube pun boleh, klik jer β> Ekspedisi Santai Chemerong-Berembun-Langsir: C.B.L
Tahniah kepada semua peserta kerana sentiasa memberi kerjasama dan sentiasa mengekalkan keceriaan walaupun di tahap kepenatan yang melampau….hahahahaha…kan aku dah kata santai jer treknya π . Terima kasih juga aku ucapkan kepada Naz (Kasut Getah), Arep, Ayat dan Radhi kerana telah menjaga keselamatan dan makan minum kami sepanjang ekspedisi ini. InshaaAllah, nanti kita anjurkan ekspedisi ni lagi yerrrr!!!… hihihihihi.. aku dah tak sabar nak layan trek Bukit Taubat ni. π

pelik pelik nama tempat yang anda pergi. Bukit Taubat tu memang tak boleh bla. haha
Hihihihihi…. dah namanya memang begitu tuan… nama2 pelik ni ler yang membuatkan kita leh ingat selalu…hihihihihi… π
Boleh dapatkan contact no guider cbl tak?
Boleh wassup atau sms saya…nanti saya bagi nombornya… π
tolong whatsapp sy no guider..0175426541 amar
thanks bro kongsi pengalaman. saya akan ke sana merdeka nanti. π
Sama-sama…. CBL memang best dan terbaekkkkk….. selamat bergumbira di sana…hihihihihihi.. π
Syahdunya alahai tengok gambar ni…rindu nak trekking =(
Kitaorg pon rasa nak ke CBL lagi tapi maybe next year….dah lama gak tak hiking ni…ari tu santai2 kat FRIM ni… 5 Sept ni ingat nak santai2 naik Broga…klu nak ikut Jom ler…. π
abam ni memang pandai blogging la..nak berguru leh x?
Jangan memain la arep….hahahahahaha…. π
Line kuat tak ? Celcom
Nak gi sini mmg kene ad guide jugak ke?? Kalau x dak sesat x?? Kalau mmg dah ade laluan dy boleh gi sndiri.. pk nk gi ngan mmbe2 hujung Bulan..
Lebih baik gunakan guide sbb trek agak jauh… perjalanan ke puncak makan masa 1 hari jugak… kena mohon permit (surat kebenaran mendaki) drpd Jabatan Perhutanan Terengganu…klu xde permit jangan harap ranjer nak bagi naik…hihihihihi.. Bulan 11 sampai bulan 1 tutup bro..dilarang mendaki dan permit tidak dikeluarkan kerana musim hujan. π
Assalamualaikum. ..
Nak tanya kanak2 boleh join ker
Terpulang laaa…. kalau yg kecik sangat tak sesuai rasanya…tapi ada jer yg bawak anak2 gi hiking sekali kat sana… π
boleh minta details tentang guide? sedang mencari khidmat guide. boleh email sy di syazanamohamadsuhaimi@yahoo.com
Boleh cari guide di fb page HACAM… atau boleh deal dgn jabatan perhutanan terengganu.. π
mcm mne nk mohon permit ke sana??
Kena mohon permit dengan Jabatan Perhutanan Terengganu…kalau nak guide sekali boleh diskus dgn dorang.. π
beginner sesuai ke?xpenah naik gunung..naik broga je penahh hehhehee…tp teringin betul nk naik..
Beginner tu terpulang kepada kemampuan masing2 sebenarnya….ada yg beginner tp stamina ngan mental kuat… kalau sis nak naik boleh jer tapi kenalah trenning naik bukit selalu… lebih baik bersedia terlebih dahulu kan….kang takut problem kat tgh2 trek…hihihihihi.. π
salam bro eshamz bole wsap saya ke kalau bro ade buat trip lagi nie no saya 01132570673
Ok bro…. π
Salam bro. Trip bila lg? Kalo ade rezeki nak join tahun ni.
Waalaikumsalam…. bulan september ni ada trip ke CBL, boleh check di entri http://www.eshamzhalim.com/ekspedisi-santai-cbl-30-sept-2-okt-2016-anjuran-rushadv/ . Cepat register sbb katanya slot dah nak penuh tuu.. π
Air terjun Lansir ialah air terjun tertinggi di Negeri Terengganu..
Terima kasih untuk info ni tuan.. π
Nak Pergi… Boleh guide X?
Skrg ni guide rasanya kena wajib ambik dgn Jabatan Hutan Terengganu…. cuba ler hubungi dorang untuk confirmkan betul2… π
Assalam….saya nk pergi dalam 13 dan 14 aribulan 1 2017..boley ke pda trikh tue…. btw ade no guider x? Pm saya 0148469079….
Rasanya hutan tutup sampai bulan 1 tp boleh check dgn Jabatan Hutan sana dan guide boleh mohon pada Jabatan Hutan sana jugak… π
bagaimaan kalo nk terkucil ye? ada tandas di mana2 ke?
Dalam hutan tandas ada dimana-mana… sebesar alam…hihihihihi… π
No guider ada tak.. 0173790223
Takde laaa sbb skrg kena gunakan guide jabatan perhutanan sana…cuba ler call tanya kat opis jabatan perhutanan terengganu… π
bos, bln 10 ade trip ke cbl x?nk join…hehe
Tarak laa bro… hihihihi.. π
Terbaik bro posting ni.. Kenapa takde gambar langsung sungai Bangang? Katanya airnya yg terjernih di Malaysia.
Terima kasih bro… kami buat reverse trek so sampai kat sg bangang dah agak lewat petang, hanya berenti sekejap jer dan dah takde mood nak amik gambar masa tu…masing2 dah tak sabar nak sampai campsite jer…hahahahaha… tp mmg betul airnya bersih dan jernih tp kalau terjenih di Malaysia tu mungkin tak la kot…hihihihihi.. π
Hi, boleh kongsikan contact no. Guide cbl? Boleh whatapps saya 0163875611. Lim. Thanks π
Untuk khidmat guide skrg kena contact dgn Jabatan Perhutanan Terengganu…dulu mmg boleh guna guide sendiri tp skrg ni rasanya kena gunakan guide yg dilantik oleh Jabatan Perhutanan Terengganu… π
hahahahaha klu ada rezeki Kelab Kembara Penjara Kajang sampai la 25/3/2018 ni
Terbaekkkkk… selamat mendaki.. π
Ration yang dipikul tu masing2 berapa kg? Belum sampai bukit taubat lagi dah taubat memikirkan ration tu.
Ration tu ada yg 2kg, ada yg 3kg dan ada yg lebih bergantung kepada individu dan saiz beg masing2… π
salam. beg berapa L bersesuaian utk cbl? kalau 30L ok tak?
Wasalam… beg tu sebolehnya sesuai dgn saiz badan dan berapa byk brg atau baju nak bawak…. kalau beg besar sgt pon x sesuai gak nanti… 30-40L bg perempuan biasanya dah sesuai dah… π
Salam Tuan, boleh minta share kan nombor guide tak? +6019441972
Kena hubungi Jabatan Perhutanan Terengganu… rasanya skrg ni kena guna drg nyer guide… π
Berapa km ye pergi balik?