Assalamualaikum dan Salam Mesra,
Air Terjun Sungai Lepoh sememangnya cukup terkenal di kalangan pengemar-pengemar aktiviti luar (Outdoor). Ianya juga dikenali dengan nama Sungai Lopo ataupun Sungai Lepok oleh penduduk tempatan dan merupakan salah satu tarikan pelancongan di daerah Hulu Langat berikutan lokasinya yang berdekatan dengan bandaraya.
Kali ini, aku dan wife berpeluang untuk meneroka Air Terjun Sungai Lepoh setelah beberapa kali tidak berkesempatan untuk ke sana bersama rakan-rakan yang lain. Boleh dikatakan, hampir setiap minggu jadual kami penuh dengan aktiviti larian serta aktiviti-aktiviti lain. Oleh kerana rakan-rakan lain sibuk dengan urusan masing-masing, akhirnya kami membuat keputusan untuk ke sana hanya berdua. Ada yang kata treknya mudah dan ada juga yang kata treknya agak mengelirukan disebabkan terdapat banyak lorong kecil dan simpang. Berdasarkan pengalaman aku ke sana, laluan trek ke air terjun agak jelas dan senang untuk diikuti tetapi bagi mereka yang pertama kali seperti kami, kemungkinan akan berlaku sedikit kekeliruan di beberapa persimpangan atau lorong-lorong di tepi laluan.
Trek ke Air Terjun Sungai Lepoh akan bermula di Asli Adventure Base Camp (AABC). Bagi sesiapa yang tidak tahu dimana lokasi Asli Adventure Base Camp, aku ada sertakan peta ringkas di bawah untuk ke sana.
Daripada Institut Kemahiran Belia Negara Dusun Tua (IKBN), terus memandu menuju ke Kampung Kuala Pansoon ataupun jalan yang sama ke Hutan Lipur Gunung Nuang. Lebih kurang 10km daripada IKBN dan selepas melepasi Kampung Lubuk Manggis, belok ke kiri menuju ke Sungai Lopo Village ataupun ke D’ Sungai Lepoh Chalet. Ada papan tanda yang jelas di simpang, mustahil akan terlepas pandang. Asli Adventure Base Camp, D’ Sungai Lepoh Chalet dan juga Sungai Lopo Village adalah di laluan yang sama. Teruskan memandu melepasi kawasan-kawasan chalet sehinggalah jumpa Asli Adventure Base Camp di penghujung jalan.
Belok kiri disini, jalan terus akan menuju ke Hutan Lipur Gunung Nuang. Sumber gambar: Google Maps
Belok di sini dan teruskan memandu melepasi beberapa kawasan chalet sehinggalah jumpa Asli Adventure Base Camp di penghujung jalan. Sumber gambar: Google Maps
Ini adalah antara papan tanda yang ada di simpang.
Asli Adventure Base Camp terletak di penghujung jalan.
Kenderaan boleh diparkirkan di kawasan chalet ataupun ditepi jalan berdekatan dengan Asli Adventure Base Camp dengan kadar bayaran yang telah ditetapkan. Aku dan wife parkir kereta di tepi jalan dengan bayaran RM5 dan dibayar kepada seorang pakcik yang menjaga parkir di situ serta kami juga diminta untuk tulis nama di dalam buku rekod di hadapan sebuah kedai kecil sebelum memulakan pendakian ke air terjun.
Jarak perjalanan ke air terjun daripada Asli Adventure Base Camp adalah sejauh 4km sehala dan akan mengambil masa sekitar 1 hingga 2 jam bergantung kepada kelajuan masing-masing. Trek akan bermula di sebelah kanan papan tanda Asli Advanture Base Camp. Ikut laluan ini sehinggalah anda menyeberangi sebatang sungai kecil dan juga dua (2) jambatan kayu. Di awal perjalanan, anda akan melalui beberapa laluan separuh bersimen untuk kegunaan motosikal penduduk di situ ke kebun. Pastikan ikut laluan tersebut dan abaikan lorong-lorong kecil sepanjang laluan.
Trek ke Air Terjun Sungai Lepoh akan bermula di sini.
Lintas sungai di sini. Anjing tu yang jadi guide kami sebenarnya…hihihihihi.. 😀
Selepas menyeberangi sungai, ikut laluan sebelah kanan melalui jambatan kayu dan seterusnya akan melalui jambatan kayu kedua.
Ikut laluan ini dan abaikan lorong-lorong kecil di tepi. Di sesetengah laluan telah disimen untuk kegunaan laluan motosikal.
Terus menyusuri trek tersebut sehinggalah anda sampai di kawasan kebun getah tetapi sebelum itu, ada beberapa simpang yang akan mengelirukan anda. Jangan risau, aku ada sertakan beberapa gambar di bawah untuk memastikan anda berada di laluan yang betul. 😀
Apabila jumpa simpang seperti gambar di atas, ikut laluan di sebelah kiri.
Ini antara simpang yang mengelirukan. Laluan yang betul adalah di sebelah kiri.
Di sini anda perlu ikut laluan di sebelah kanan tetapi rasanya kurang mengelirukan kerana laluan di sebelah kiri telah dihalang dengan ranting kayu. Mungkin laluan ke kiri menuju ke kawasan kebun penduduk. 😀
Sepanjang laluan memang penuh dengan pokok buluh dan juga kesan-kesan terbakar.
Ada marking tag di sesetengah laluan. Cuba perhatikan betul-betul… 😀
Selfie kejap…hihihihi.. 😀
Kawasan kebun getah. Ini bermakna anda masih berada di laluan yang betul.
Selepas melalui kawasan kebun getah, teruskan perjalanan mengikut trek yang disediakan sehingga anda jumpa saluran paip air lama yang tidak lagi digunakan. Ikut saluran paip air tersebut untuk mendaki ke atas dan teruskan perjalanan sehinggalah anda sampai di lokasi Air Terjun Sungai Lepoh selepas lebih kurang 500 meter melepasi sebuah rumah usang.
Kalau jumpa pondok ini, bermakna anda berada di laluan yang betul.
Antara kumpulan yang kami terserempak di laluan ke air terjun.
Laluannya agak redup dan dilindungi daripada cahaya matahari.
Berhenti bergambar sekejap….hihihihihi.. 😀
Sedang menikmati keindahan alam semulajadi…hihihihihi.. 🙂
Laluannya memang cukup jelas dan senang untuk diikuti.
Bergambar lagi…hihihihi.. 😀
Cendawan yang agak unik.
Cuba teka berapa banyakkah kakinya?… 😀
Bila jumpa saluran paip air ni maknanya anda dah semakin hampir dengan air terjun.
Paip air yang sudah lama tidak digunakan.
Ini adalah satu-satunya trek pacak yang perlu didaki.
Anda akan jumpa air terjunnya selepas rumah usang ni. Katanya rumah TNB dan di depannya ada empangan kecil kunci air.
Akhirnya, sampai jua aku dan wife di Air Terjun Sungai Lepoh…hihihihihi.. 😀
Memang cukup jernih airnya.
Masak air dulu untuk sarapan pagi…hihihihihi.. 😀
Menu sarapan pagi aku dan wife… 😀
Lepak-lepak dulu sebelum berendam.
Selfie lagi bersama kacamata Knockaround..hihihihihi… 😀
Di bahagian atas air terjun.
Bluwekkkk!!!!!!…hahahahaha..
Pandangan daripada atas. Ramai yang menggelongsor ke bawah daripada atas ni. Silap langkah buruk padahnya…hahahahaha…ada batu besar yang bawah tu.. 😀
Lepak sambil selfie.
Selfie lagi satu!!!…
Lebih kurang pukul 12 tengahari, aku dan wife memulakan perjalanan turun ke Asli Adventure Base Camp. Berdasarkan rekod apps Runkeeper aku, pendakian ke air terjun hanya mengambil masa 1 jam 30 minit dan 55 minit untuk turun semula ke Asli Adventure Base Camp. Perjalanan ke air terjun memang kami kerap berhenti untuk bergambar tetapi perjalanan turun aku dan wife banyak berlari apabila melalui laluan trek yang mendatar….hihihihihi.. 😀 Aku dan wife sempat bergambar dengan rakan-rakan baru yang kami jumpa semasa dalam perjalanan naik dan turun daripada air terjun sebelum masing-masing beredar dari situ.
Group photo sebelum balik. Ini antara geng-geng baru yang kami jumpa sepanjang laluan.
Selain daripada selfie, gambar berdua mestilah ada!… 😀
Ok!..mesti dah puas layan gambar kan?… Jom layan video kami di sana!…… 😀
Air Terjun Sungai Lepoh sememangnya sesuai untuk aktiviti beriadah bersama keluarga dan juga rakan-rakan. Treknya yang santai membuatkan ianya sesuai untuk semua lapisan peringkat umur. Walau apa pun, mohon jasa semua untuk menjaga kebersihan dan membawa keluar sampah-sampah sendiri mahupun yang terjumpa di sepanjang laluan. Marilah kita bersama menjaga kebersihan alam semulajadi yang akan diwarisi oleh generasi yang akan datang. 😀

saya n suami mmg suka pergi ke tempat yg ada air terjun. tapi sejak dah ada anak 2 ni..kesian plak nak angkut diaorang sekali..so, skrg ni kami pilih pntai je la
Sama la dgn kitaorg….suka lepak kat air terjun dan pantai. Sg Lepoh ni memang sesuai untuk bawak kanak2… masa ke sana hari tu, ramai jugak yg bawak budak2 kecik pastu dorang trekking lagi laju drpd kitaorg….hahahahahaha… 😀
wah..selaamt berpuasa
Terima kasih… Selamat berpuasa juga… 😀
Saya ke sana bulan Januari lepas. Seronok trekking, tapi yang tak seronoknya di air terjun penuh dengan manusia. Kami tak berpeluang nak ke bahagian air terjun. Macam musykil tengok gambar tuan kat air terjun tu kosong je.. eheheh!
Kalau pergi awal pagi memang kurang manusia… kalau lambat naik mmg penuh sket dgn manusia sekitar air terjun tuu…hihihihihi… 😀
salam, dekat atas tu ada tempat salin pakian tak ??
Takde…silalah bawak khemah atau kain batik kalau nak salin pakaian… 😀
Salam, di situ boleh berkhemah untuk bermalam tak? dan kena dapatkan kebenaran dari mana mana pihak?
Boleh berkhemah.. biasanya tulis nama dan bayar sebeluma naik sana.. tu rasanya org kampung yg uruskan..
Ada perkhidmatan motor
Nk pergi..tp takut semput.
Ada perkhidmatan motor boleh gak bayar
Tq
Takde perkhidmatan motor…mmg kena trekking sampai air terjun.. 😀
Menariknya suasana dia, seronok kalau dapat santai dekat sini dengan keluarga
Yup..memang tenang dan nyaman jer… 😀