Salam,
Banjir oh banjir!.. Fenomena banjir akan berlaku setiap tahun, kebiasaannya kawasan yang terlibat selalunya yang berdekatan dengan sungai ataupun empangan tadahan air. Ditambahkan lagi dengan musim tengkujuh yang hampir setiap hari membasahi muka bumi dengan air hujan. Apabila air naik secara mendadak, sungai dan empangan tidak dapat menampung lagi jumlah air maka terjadinya banjir. Tahun ini aku rasa bencana banjir yang menimpa di Pantai Timur dan di Johor merupakan yang paling teruk daripada tahun-tahun sebelum ni. Kalau dicampurkan kesemua jumlah mangsa banjir, aku rasa lebih kurang 40-50 ribu mangsa yang terlibat.
Alhamdulilah!. rakyat Malaysia sama-sama membantu mengurangkan beban mangsa banjir. Banyak jugak agensi-agensi NGO serta badan-badan kerajaan yang terlibat dalam mengutip dana untuk disumbangkan kepada mangsa banjir. Secara peribadi, time-time begini aku rasa kita semua haruslah melupakan fahaman politik masing-masing dan sama-sama membantu apa yang patut. Bukannya asyik nak perang politik jer di media massa & sosial. Kadang-kadang rasa kecewa jugak dengan kesemua parti politik yang masing-masing menuding jari dan menyalahkan parti lain. Mungkin aku bukan berjiwa politik yerr… hihihi 🙂 .
Sebenarnya aku tertarik dengan cerita pasal seorang makcik ni yang sanggup menghabiskan ribuan wang ringgit semata-mata untuk membina sebuah Houseboat bagi menghadapi bencana banjir. Respect giler dengan makcik ni, sekurang-kurang dia dah membuat persediaan sebab dia tahu setiap tahun mesti akan banjir tapi rasa-rasanya apa tindakan persediaan & susulan kerajaan serta pusat-pusat tanggungjawab bagi menghadapi bencana banjir yang kita semua tahu & sedar bahawa ia akan berlaku setiap tahun. Takkan setiap tahun asyik nak mengutip sumbangan jer?  Takde ker alternatif lain untuk menghadapi bencana banjir TAPI ia mungkin satu perkara yang sukar sekiranya berdepan dengan kejadian alam & tiada sesiapa pun yang boleh menghalang. Paling tidak pun makcik tu dah memberi satu idea pelan persediaan untuk menghadapi banjir…..hihihihihihi. kemungkinan tahun depan ramai yang akan mengikut idea makcik tu, paling tidak pun mungkin boleh bina Houseboat yang kecik untuk menempatkan barang-barang dirumah supaya takde ler musnah dan rosak akibat banjir.
Bagi saper-saper yang teringin nak buat Houseboat tu, meh sini aku tunjukkan contoh-contohnya…ekekekekekeke.. tapi kalau cam gambar kat bawah ni modal ke besar oooooo!!!!…
(Sumber gambar hasil daripada carian gi Google dan hakmilik dimiliki oleh pemunya gambar tersebut)

lawa giler houseboat omputih nie……. design dah macam rumah atas tanah…. ekekeke…..
kalau byk duit leh gak wat 1 houseboat….ekekekeke…pastu docking kat sg gombak…ahahahaha…
Hause boat yg last sekali tu sesuai utk dikomersilkan di tempat2 yg biasa banjir.. sempoi juga tu hehee.. 😀
Saudara Khir, tu laa kan…nak kena dikomersialkan di tempat2 yang biasa berlaku banjir…sekurang2nya untuk simpanan barang elektrik dan benda2 penting supaya tak tenggelam oleh banjir… 🙂
p.s: klu ada duit pastu duk kat tepi tasik leh gak buat satu houseboat…ekekekeke..