guardian-walkathon-2016-wetland-putrajaya

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Guardian Walkathon 2016 telah diadakan pada 16 September 2016 di Taman Wetland, Putrajaya. Acara yang dianjurkan oleh Guardian Malaysia ini adalah bertujuan untuk mempromosikan aktiviti berjalan kaki sebagai salah satu gaya hidup sihat dan sekaligus bagi mengumpul dana untuk diagihkan kepada 15 rumah kebajikan anak-anak yatim seluruh negara.

Bagi anjuran yang ke 7 ini, Guardian Malaysia menggunakan tema “ Walk 10,000 Steps a Day to for a Healthier Lifestyle” bagi menggalakkan serta menarik minat masyarakat supaya mengamalkan aktiviti berjalan kaki sebagai salah satu cara senaman harian. Acara ini hanya menawarkan 2 kategori iaitu kategori 3km dan 5km fun walk serta penyertaan adalah terbuka kepada semua peringkat umur. Bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia yang juga jatuh pada 16 September setiap tahun, Guardian Malaysia menawarkan lagi 2 kategori tambahan iaitu kategori cabaran kostum dan juga acara larian maskot sejauh 100 meter yang terbuka kepada syarikat-syarikat korporat yang berminat.

Peserta bagi kategori 5km sepatutnya dilepaskan pada pukul 7.45 pagi manakala kategori 3km pula pada pukul 8.00 pagi tetapi disebabkan keadaan yang masih hujan, acara pelepasan terpaksa dilewatkan dan peserta kategori 5km terpaksa digabungkan dengan peserta 3km. Walau pun acara ini nyaris dibatalkan tetapi akhirnya kami semua berjaya berjalan kaki sejauh 3km sambil memegang payung…hahahaha..ternyata semua yang datang memang cukup bersemangat untuk berjalan walaupun dalam keadaan hujan. Terima kasih juga kepada Ezu Mizu yang telah berjaya meracun kami untuk sertai acara ini…hihihihi.. 😀 Jom layan gambar…. 😀

guardian-walkathon-2016-taman-wetland-putrajaya-charity-eshamzhalimDah lama tak bawak redbull dan harimau…. 😀

guardian-walkathon-2016-taman-wetland-putrajaya-charity-eshamzhalimNampak tak pelangi di situ?…hihihihi.. 😀

route-guardian-walkathon-2016-eshamzhalimLaluan Walkathon di Taman Wetland.

guardian-walkathon-2016-taman-wetland-putrajaya-charity-eshamzhalimTetap bersemangat walaupun hujan…. 🙂

guardian-walkathon-2016-taman-wetland-putrajaya-charity-eshamzhalimWalkathon bertukar menjadi Umbrellathon….hihihihihi… 😀

guardian-walkathon-2016-taman-wetland-putrajaya-charity-eshamzhalimEh! Apa ni?….

guardian-walkathon-2016-taman-wetland-putrajaya-charity-eshamzhalimTertiba terserempak dengan Serigala Jadian…apa lagi, terpaksalah bergambar sekali… 😀

guardian-walkathon-2016-taman-wetland-putrajaya-charity-eshamzhalimKibarkan Jalur Gemilang sempena Hari Malaysia.

guardian-walkathon-2016-taman-wetland-putrajaya-charity-eshamzhalimGuna payung jer…hahahahaha… 😀

guardian-walkathon-2016-taman-wetland-putrajaya-charity-eshamzhalimBendera comel pun ada… 😀

guardian-walkathon-2016-taman-wetland-putrajaya-charity-eshamzhalimSelamat Menyambut Hari Malaysia….. 🙂

guardian-walkathon-2016-taman-wetland-putrajaya-charity-eshamzhalimThumbs up!!..

guardian-walkathon-2016-taman-wetland-putrajaya-charity-eshamzhalimYeayyyyy!!!!…

guardian-walkathon-2016-taman-wetland-putrajaya-charity-eshamzhalimHari ini Team #Runholics bertukar menjadi #Walkholics…hahahahaha… 😀

guardian-walkathon-2016-taman-wetland-putrajaya-charity-eshamzhalimSemua tak bersedia untuk bergambar lagi ni…hahahaha… 😀

guardian-walkathon-2016-taman-wetland-putrajaya-charity-eshamzhalimOk!… Pose, smile and snap!… 😀

guardian-walkathon-2016-taman-wetland-putrajaya-charity-eshamzhalimBanyaknya hasil tangkapan…hihihihihi..daftar dengan KLCC Runners Group. 😀

Komen aku mengenai acara Guardian Walkathon 2016:

Acara yang cukup meriah, santai, seronok dan sesuai untuk beriadah bersama keluarga atau rakan-rakan. Yuran yang teramat murah dan amat berbaloi apabila setiap peserta diberi goodies beg yang penuh dengan pelbagai cenderahati. Proses pengambilan racekit yang teratur, cepat dan mudah. Baju acara adalah jenis dri-fit walaupun dengan yuran penyertaan yang murah.  Tiada sebarang masalah atau isu yang timbul semasa acara berlangsung kecuali keadaan cuaca yang tidak mengizinkan walaupun setiap peserta masih gigih untuk berjalan kaki sambil memegang payung meredah hujan sejauh 3km….hahahaha.. 😀

Kesimpulannya, tidak perlu untuk aku memberi ulasan panjang atau komen dengan lebih terperinci kerana sememangnya akan menjadi satu kerugian jika aku dan wife tidak mendaftar lagi untuk tahun depan. Satu acara yang direkemenkan untuk disertai bagi tujuan beriadah bersama keluarga. Jangan lupa untuk mendaftar sekiranya masih lagi dianjurkan oleh Guardian Malaysia pada tahun depan. 😀

Loading

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.