Assalamualaikum dan Salam Mesra,
Gunung Keriang merupakan satu peninggalan pra-sejarah silam yang mengandungi pelbagai misteri dan khazanah berharga di dalamnya. Tersergam indah serta dikelilingi oleh pemandangan sawah padi di Kampung Gunung Hulu iaitu lebih kurang 8 kilometer daripada pusat bandar Alor Setar, ibu negeri Kedah. Walaupun mempunyai ketinggian sekitar 217.92 meter daripada paras laut tetapi ianya tetap digelar sebagai gunung. Gunung Keriang juga dikenali sebagai ‘Mount Caves’ ataupun dengan nama Bukit Gajah dikalangan masyarakat Cina.
Gunung Keriang menjadi salah satu destinasi sampingan bagi aku dan wife serta Wolf dan Eyda apabila kami berempat berkunjung ke negeri Kedah untuk menghadiri majlis perkahwinan Hisyam dan Fareeza yang berlangsung di Kulim. Perancangan asal adalah untuk mendaki Gunung Baling yang juga merupakan antara lokasi pendakian popular di negeri Kedah tetapi terpaksa menukar perancangan di saat akhir disebabkan kekangan waktu. Terima kasih kepada pengantin kerana telah mencadangkan kami untuk singgah di Gunung Keriang.
Gunung Keriang.
Terlebih dahulu, biarlah aku menceritakan sedikit sebanyak mengenai mitos-mitos yang berlegar-legar di Gunung Keriang………. 😀
Menurut mitos, Gunung Keriang ini berasal daripada sebuah kapal yang membawa Pengantin DiRaja iaitu seorang puteri yang telah disumpah oleh Sang Gedembai menjadi batu disebabkan puteri tersebut enggan berkahwin dengannya. Bukti yang menunjukkan Gunung Keriang berasal daripada sebuah kapal adalah berdasarkan dengan penemuan tali panjang sebesar lengan yang dipercayai tali sebuah kapal. Tali ini bersambung pada sauhnya yang turut terkena sumpahan Sang Gedembai tersebut. Gunung Keriang juga mempunyai gua di dalamnya yang dipercayai terdapat peninggalan serpihan-serpihan pinggan yang amat banyak kepunyaan tuan puteri. Terdapat juga batu yang berbentuk serombong kapal yang berlubang atau berongga di tengahnya. Ada juga batu yang menyerupai manusia, kelihatan berpakaian seperti pengantin Cina bersanggul lintang yang dipercayai ianya adalah tuan puteri yang terkena sumpahan.
Tapi siapakah Sang Gedembai?… Sebenarnya Sang Gedembai ataupun Sang Kelembai ini merupakan makhluk mistik yang disifatkan memiliki tubuh yang tinggi dan besar serta menghuni di beberapa hutan tertentu di Malaysia. Mahkluk ini mempunyai kuasa sakti yang boleh menyumpah sesiapa sahaja menjadi batu. Sehingga kini, terdapat pelbagai mitos mengenai Sang Gedembai di beberapa negeri terutamanya di negeri Perak, Kedah dan Pahang. Tiada siapa yang mengetahui kisah hidup Sang Gedembai atau kemungkinan ianya hanyalah sekadar cerita dongeng rakyat untuk diceritakan kepada kanak-kanak.
Mungkinkah Sang Gedembai dan Medusa (mitos greek) berasal daripada pecahan mitos yang sama?!!!..sebabnya, kedua-dua makhluk ini boleh menukarkan sesiapa sahaja menjadi batu…hahahahahaha…. 😀 Ada juga pendapat yang mengatakan Sang Gedembai merupakan seorang perempuan tetapi biarlah ianya menjadi misteri…hihihihihi.. 😀
Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa gunung ini berasal daripada sebuah pulau yang mengandungi banyak pokok keriang serta disitulah munculnya nama ‘Gunung Keriang’. Terdapat juga tanda-tanda yang menunjukkan gunung ini berasal daripada sebuah pulau berdasarkan penemuan kulit-kulit kerang dan kepah di sekitar gunung ini.
Sebuah lukisan Gunung Keriang yang menunjukkan bentuk gunung tersebut seperti seekor gajah. Nampak tak kepala gajah dengan belalai dan juga sebahagian daripada badan seekor gajah. Kemungkinan ini disebabkan ianya digelar sebagai Bukit Gajah. Sumber gambar : Google.
Walau apa pun lagenda atau mitosnya, yang pasti ianya akan menjadi daya tarikan istimewa Gunung Keriang dan membuatkan perasaan ingin tahu kepada pengunjungnya untuk meneroka sendiri Gunung Keriang.
Peta arah ke Gunung Keriang daripada bandar Alor Setar.
Bagi yang ingin mendaki Gunung Keriang, boleh menggunakan aplikasi Google Maps ataupun Waze untuk ke sana. Kami berempat pun menggunakan aplikasi Google Maps serta papan arah yang disediakan dan alhamdulillah, tiba di Taman Rekreasi Gunung Keriang tanpa sebarang masalah. Terdapat juga gerai-gerai makan dan juga kedai menjual batu kristal hasil mineral daripada Gunung Keriang. Trek pendakiannya bermula di belakang kawasan perkuburan yang terdapat di kaki gunung itu. Trek mendaki memang agak tersorok tetapi janganlah berat mulut untuk bertanya kepada orang tempatan di situ. InshaaAllah, mereka akan sudi membantu untuk menunjukkan lokasi permulaan untuk mendaki.
Rasanya ada lagi trek-trek lain di sekitar Gunung Keriang yang akan menuju ke puncak tetapi kami menggunakan trek mendaki berdasarkan jawapan yang diberi oleh makcik kedai batu kristal tuuuu…hihihihihihi.. 😀
Kami mula mendaki di lokasi yang ada anak panah tu, laluan ke puncak di belakang kawasan perkuburan.
Laluan ke puncak. Di sebelah kiri tu kawasan perkuburan.
Trek pendakian lebih kurang sejauh 800-1000 meter daripada bawah hinggalah ke puncak. Laluan pendakian agak mencanak tetapi boleh dikatakan senang untuk mendaki walaupun laluan asal tangga batunya kelihatan tidak terjaga. Ada sesetengah laluan memerlukan berhati-hati dan melalui di tepian lereng. Trek yang agak jelas dengan tanda arah daripada bawah hinggalah ke atas. Bagi aku memang mustahil untuk sesat sebab jarak treknya kurang daripada 1km. Kalau sesat juga…ermmmmm….entah laaaaaa!!!!… 😀 Masa pendakian ke puncak lebih kurang 30-45 minit dan masa turun dianggarkan kurang daripada 30 minit. Di puncak terdapat satu pondok rehat untuk pendaki berehat sambil menikmati permandangan di puncak Gunung Keriang. Di sebelah kiri dan kanan akan kelihatan permandangan sawah padi dan juga laut selat melaka. Jangan lupa untuk bergambar di atas nanti, permandangannya memang cukup menarik walaupun hanya di ketinggian lebih kurang 200 meter. Diingatkan supaya berhati-hati sekiranya ingin mengambil gambar di kawasan puncak yang berbatu. Boleh tahan tajam juga batunya.
Jom layan gambarlah…….
Permandangan di puncak.
Boleh nampak Menara Alor Setar daripada puncak Gunung Keriang.
Mesti akan cantik sekiranya padi menghijau.
Peace uolssss…
Pondok rehat yang disediakan di puncak.
Memang berangin di atas ni….
Wolf sedang melayan perasaan…hahahahahaha… 😀
Eyda dengan ala-ala Diwale katanya…..
Bendera tu memang ada disitu..
Memang penuh dengan batu di puncak ni.
Groupfie satu!!…
Menikmati permandangan….
Apa kat sana tu?……
Angin memang kuat petang tu…. bergoyang la jugak….hihihihihi.. 😀
Selfie kena lah ada kan?!..hihihihi.. 😀
Memang luas permandangan…sayup mata memandang…
Kena hati-hati sebab batu-batu ni memang tajam.
Groupfie dengan bendera Malaysia.
Groupfie lagi satu sebelum turun…
Pada pendapat aku, rasanya ini bukanlah puncak yang tertinggi di Gunung Keriang oleh kerana ada lagi kelihatan puncak yang lebih tinggi. Kemungkinan ini adalah lokasi yang sesuai dan selamat untuk para pendaki berehat dan menikmati permandangan.
Di dalam Gunung Keriang terdapat satu gua yang dinamakan Gua Terus dan ada disediakan lif untuk ke pintu masuk gua tersebut. Berdasarkan maklumat yang aku dapat, lif ini masih belum dibuka dan tiada apa-apa maklumat mengenai waktu lawatan ke Gua Terus. Kami hanya singgah sekejap untuk bergambar di depan kawasan masuk Gua Terus.
Lift ke pintu masuk Gua Terus, Gunung Keriang.
Gua Gunung Keriang.
Ok!..groupfie sebelum balik ke Kulim.
Kepada sesiapa yang berkunjung ke Alor Setar, bolehlah singgah dan jadikan Gunung Keriang sebagai salah satu lokasi beriadah. Walaupun ketinggiannya hanya 217.92 meter tetapi tetap memberikan cabaran untuk mendaki dan sememangnya dapat mengeluarkan peluh. Semestinya aku dan wife akan bertamu kembali ke Gunung Keriang sekiranya berpeluang ke sana tetapi mungkin dalam misi untuk meneroka keunikkan dan keistimewaan Gua Terus yang terdapat di dalam Gunung Keriang.

Lebih kurang batu putih di Port Dickson.
yup…. lebih kurang sama… 😀
ii tempat ngedate time sekolah dlu.. ahahaha
Wow!!!… ngedate kat puncak tu ker?…. hihihihihihi… 😀
Terima kasih kerana memberi informasi tentang gunung keriang
Sama-sama… terima kasih juga sebab sudi singgah kat blog ni… 😀
Bro, kt area bfore msuk gua gunung keriang ni ada kedai yg jual dry bag x?
Rasanya takde…cuma ada kedai makan dan kedai jual batu kristal jer kat depan jalan masuk ke gua keriang tuu… 😀
my hometown nihhh….luv gunung keriang walaupun merantau tempat orang….
my hometown nihhhh….gunung keriang always di hati…
hai, nak tanya laluan ke puncak sesuai untuk kanak2 9 thn tak, ingat nak bawak anak2 cuti sekolah ni
.
Agak bahaya sikit sbb trek naik ke atas tu tak dijaga dgn baik pastu kat puncak byk batu2 tajam..