Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Mula-mula wife bagi blog pasal Gunung Datuk, aku pun terpikir “Nak ajak hiking lagi la ni!”…hahahahahaha. Aku pun setuju dengan cadangan wife dan lepas tu suruh dia cari guide tapi geng-geng lain semuanya ada hal dan akhirnya terpaksa dibatalkan. Tidak lama kemudian, dia bagi link mengenai Bukit Saga pula!…hahahaha. Aku pun setuju jer tapi tiada geng yang nak join. Aku pun cakap takpe lah sebab Bukit Saga kat kawasan Cheras/Ampang jer. Akhirnya, kitaorg telah berjaya mendaki ke Puncak Bukit Saga (Saga Hilltop dan Beirut) dan singgah mandi di Air Terjun Bukit Apeh. Jom aku ceritakan secara terperinci lagi. 😀

hiking-bukit-saga-air-terjun-bukit-apeh-saga-hilltop-saga-beirut-shamphotographyDisinilah treknya bermula… melalui Jalan Saga 28.

Seawal pagi kitaorg dah bersiap dan bertolak ke Bukit Saga. Sebelum mula mendaki, aku abadikan dulu gambar peta trek Bukit Saga di dalam telefon bimbit dan cuba hafalkan semua trek mendaki. Singgah beli nasi lemak bungkus dan jamah dulu sepotong buah betik yang dibeli dari brader yang buka gerai di laluan permulaan mendaki tu. Terus aku beli hiking pole sekali dari brader tu, lama dah aku niat nak beli.

hiking-bukit-saga-air-terjun-bukit-apeh-saga-hilltop-saga-beirut-shamphotographyPeta trek Bukit Saga, sila snap gambar atau hafal sebelum mula hiking..takut sesat.

Selepas 10-15 minit mendaki, akan jumpa sebuah kuil cina yang kecil, disinilah persimpangan antara Trek A dan C. Perancangan asal nak mendaki melalui Trek A tapi ada uncle tu suruh aku dan wife gunakan Trek C, dia cakap jauh sikit tapi lebih santai serta Trek A agak curam katanya! dan kitaorg pun ikut ler Trek C.

 Attachment Details hiking-bukit-saga-air-terjun-bukit-apeh-saga-hilltop-saga-beirut-shamphotographyTrek C (bermakna kuil disebelah kanan korang) atau Trek A (bermakna kuil disebelah kiri korang)

Trek Bukit Saga ni memang tidak beri peluang pada pendakinya untuk bersantai, dari bawah lagi laluannya mencanak naik dan curam. 2-3 kali juga kitaorg berhenti berehat untuk cari nafas, sampai 1 tahap aku dan wife terus berhenti dan makan dulu kek pisang yang dibawa dari rumah untuk mengembalikan tenaga.

hiking-bukit-saga-air-terjun-bukit-apeh-saga-hilltop-saga-beirut-shamphotography

hiking-bukit-saga-air-terjun-bukit-apeh-saga-hilltop-saga-beirut-shamphotographyBeginilah treknya sampai ke atas….ada tempat yang bertangga dan ada yang berakar serta batu jer..

hiking-bukit-saga-air-terjun-bukit-apeh-saga-hilltop-saga-beirut-shamphotographyRehat dan makan dulu…

Tips No. 1 dari aku : Jangan mendaki dengan perut kosong yer, pastikan sarapan ringan terlebih dahulu sekurang-kurangnya 1 jam sebelum mendaki.

hiking-bukit-saga-air-terjun-bukit-apeh-saga-hilltop-saga-beirut-shamphotography

Setelah lebih kurang 1 jam kitaorg mendaki, akhirnya sampai ke Saga Beirut (puncak) dan seterusnya ke Bukit Saga Hilltop. Aku dan wife tersenyum gembira dan penat mendaki tadi hilang entah ke mana apabila menikmati Nasi Lemak di Puncak Bukit Saga. 😀

hiking-bukit-saga-air-terjun-bukit-apeh-saga-hilltop-saga-beirut-shamphotographySaga Beirut –> Besi yang kat belakang aku tuu..

hiking-bukit-saga-air-terjun-bukit-apeh-saga-hilltop-saga-beirut-shamphotographyBukit Saga Hilltop

hiking-bukit-saga-air-terjun-bukit-apeh-saga-hilltop-saga-beirut-shamphotographyBukit Saga Hilltop

hiking-bukit-saga-air-terjun-bukit-apeh-saga-hilltop-saga-beirut-shamphotographyBukit Saga Hilltop ada hammock oooo…

hiking-bukit-saga-air-terjun-bukit-apeh-saga-hilltop-saga-beirut-shamphotographyBukit Saga Hilltop

hiking-bukit-saga-air-terjun-bukit-apeh-saga-hilltop-saga-beirut-shamphotographyKawasan sekitar Bukit Saga Hilltop

Tips No. 2 dari aku : Dinasihatkan pakai kasut atau sandle yang bersesuaian serta mempunyai tapak yang grip, elakkan dari pakai sandle atau kasut yang mempunyai tapak yang licin. Kasut hiking Northface aku memang cukup membantu ketika naik dan turun curam atau di permukaan batu yang kering dan tidak berlumut. AWAS! : Tapi kena ingat yer, grip mana pun kasut anda, risiko licin (slip) akan berlaku sekiranya anda pijak di permukaan batu yang basah dan berlumut.

Sambil makan nasi lemak, kitaorg berborak dengan seorang akak dan abang kat situ. Dorang tanya kitaorg “hiking kat sini ada nak training gi mana-mana ker?”. Aku pun cakap “Takde training mana-mana kak, kitaorg sajer jer naik sini.” Akak tu cakap dia tengah berlatih untuk mendaki Gunung Tahan. Dia kata biasanya kalau sesiapa yang nak mendaki Gunung Kinabalu atau Gunung Tahan akan berlatih di sini.

hiking-bukit-saga-air-terjun-bukit-apeh-saga-hilltop-saga-beirut-shamphotographySedap pulak nasi lemak ni….

Tips No. 3 dari aku : Kalau ada duit lebih, beli ler hiking pole atau cuba cari kayu yang sesuai untuk dibuatkan tongkat. Percayalah cakap aku, hiking pole atau hiking stick banyak membantu korang mendaki dan turun di tempat-tempat yang curam.

Lepak di Bukit Saga Hilltop tu dalam setengah jam dan lepas tu kitaorg teruskan perjalanan ke Air Terjun. Trek ke Air Terjun mengambil masa lebih kurang 1 jam dari Bukit Saga Hilltop disebabkan treknya yang agak curam dan licin serta perlu berhati-hati. Aku rasa jarak ke Air Terjun dari Puncak Bukit Saga lebih kurang 1km. Air Terjun ni sebenarnya bukan di Bukit Saga tapi terletak di bukit bersebelahannya, kalau tak salah aku Bukit Apeh. Memang perjalanan ke Air Terjun kitaorg kena turun bukit pastu naik bukit lagi dan akhir sekali kena turun bukit semula baru jumpa lokasi air terjun. Masa ni hiking pole yang aku beli tadi amat berguna dan banyak membantu ketika menuruni curam yang licin. Jangan risau sebab ada tali di tempat-tempat yang curam. Jom layan gambar kitaorg menuju ke Air Terjun.

hiking-bukit-saga-air-terjun-bukit-apeh-saga-hilltop-saga-beirut-shamphotographyJom ke Waterfall.

hiking-bukit-saga-air-terjun-bukit-apeh-saga-hilltop-saga-beirut-shamphotography

hiking-bukit-saga-air-terjun-bukit-apeh-saga-hilltop-saga-beirut-shamphotography

hiking-bukit-saga-air-terjun-bukit-apeh-saga-hilltop-saga-beirut-shamphotographyRehat jap… jauh lagi ni..

hiking-bukit-saga-air-terjun-bukit-apeh-saga-hilltop-saga-beirut-shamphotographyBatang pokok di atas sungai kecik…

Tips No. 4 dari aku : Di trek yang curam memang ada tali untuk kita pegang ketika naik dan turun, aku nasihatkan ketika naik menggunakan tali, jangan terlampau bebankan tangan korang dengan menarik berat badan untuk ke atas kerana mungkin akan cederakan pergelangan tangan. Aku dah terkena masa di Hutan Belum hari tu, doktor kata tendon sekitar ibu jari aku terkoyak sedikit dan akan mengambil masa lebih kurang 6 bulan untuk pulih. Seboleh-bolehnya ketika berpaut pada tali, cuba cari ruang untuk pijak dan cuba agihkan separuh beban ke kaki sebab kaki lagi kuat dari pergelangan tangan.

hiking-bukit-saga-air-terjun-bukit-apeh-saga-hilltop-saga-beirut-shamphotographyDah jumpa sungai ni tandanya dah semakin dekat dengan air terjun…

hiking-bukit-saga-air-terjun-bukit-apeh-saga-hilltop-saga-beirut-shamphotographyAir terjun yang pertama..kecil jer..

Akhirnya kitaorg jumpa sungai (kecil jer) dan lepas tu jumpa air terjun tapi air terjun kecil jer. Tak mungkin ini air terjunnya, tengok gambar lain jer. Rupa-rupanya ada laluan lagi sebenarnya untuk ke Air Terjun yang kedua. Masa ni ada 1 group lagi saing dengan kitaorg dan kitaorg borak-borak la jugak. Kitaorg dan group lagi satu tu sama-sama bergerak menuju ke Air Terjun yang kedua tu. Akhirnya kitaorg sampai jua, bila pandang air terjun tu rasa letih dan penat tadi hilang entah ke mana.

hiking-bukit-saga-air-terjun-bukit-apeh-saga-hilltop-saga-beirut-shamphotographyShaklee ada dimana-mana…..

Tips No. 5 dari aku : Ketika naik dan turun di tempat yang curam, aku nasihatkan sila ikut giliran yer, jangan naik atau turun serentak. Biar orang di depan lepas dulu dan baru ler sorang lagi naik atau turun pulak. Bagi ruang dan masa naik dan turun untuk setiap orang serta jangan kelam kabut dan sentiasa berhati-hati dengan apa yang anda pegang (banyak pokok berduri kat kawasan situ) serta tempat untuk dipijak (cuba cari tempat yang tak licin untuk dipijak).

Bermulalah sesi makan-makan, mandi-manda dan sesi berkenalan dengan group tadi, wife tak mandi sebab tak bawa baju tambahan so aku jer ler yang mandi bagai nak rak…hihihihihihi. Syiokkkkk oooooo….. Aku rasa lebih kurang 1 jam setengah jugak kitaorg melepak di situ sampai kecut tapak tangan…hahahahaha. Jom layan gambar lagi…hihihihihi 😀

hiking-bukit-saga-air-terjun-bukit-apeh-saga-hilltop-saga-beirut-shamphotography

hiking-bukit-saga-air-terjun-bukit-apeh-saga-hilltop-saga-beirut-shamphotography

hiking-bukit-saga-air-terjun-bukit-apeh-saga-hilltop-saga-beirut-shamphotography

hiking-bukit-saga-air-terjun-bukit-apeh-saga-hilltop-saga-beirut-shamphotographyGroup photo..

hiking-bukit-saga-air-terjun-bukit-apeh-saga-hilltop-saga-beirut-shamphotography

hiking-bukit-saga-air-terjun-bukit-apeh-saga-hilltop-saga-beirut-shamphotographySpoting aaa dorang ni…

hiking-bukit-saga-air-terjun-bukit-apeh-saga-hilltop-saga-beirut-shamphotography

hiking-bukit-saga-air-terjun-bukit-apeh-saga-hilltop-saga-beirut-shamphotography

hiking-bukit-saga-air-terjun-bukit-apeh-saga-hilltop-saga-beirut-shamphotography

hiking-bukit-saga-air-terjun-bukit-apeh-saga-hilltop-saga-beirut-shamphotographyGuna GoPro ok…ekekekeke

hiking-bukit-saga-air-terjun-bukit-apeh-saga-hilltop-saga-beirut-shamphotography

hiking-bukit-saga-air-terjun-bukit-apeh-saga-hilltop-saga-beirut-shamphotography

Tips No. 6 dari aku : Cuba elakkan mandi di tempat-tempat air bertakung (tiada aliran air) dan mandi di tempat yang airnya mengalir. Sebagai langkah keselamatan, sekarang ni kan banyak terjadi kes kencing tikus.

Dah puas mandi, kitaorg kemas dan bersedia untuk mendaki semula ke Puncak Bukit Saga dan turun ke tempat permulaan pendakian tadi. Kali ni aku dan wife join group tadi, aku pun tak berapa ingat sangat nama-nama dorang kecuali Farra dan Pat. Separuh daripada group tadi laju jer naik dan aku di belakang sekali, kitaorg berdua tunggu dan bagi semangat kat Farra. Kesian tengok dia nak panjat dan turun so kitaorg just ikut rentak dia…slow n steady. Bila penat kitaorg rehat, jangan paksa badan yer nanti boleh pitam. Akhirnya kitaorg bertiga kena tinggal dan yang lain semua dah sampai ke Puncak Bukit Saga. Disebabkan keadaan Farra yang dah separuh nyawa….hahahahahahaha…kitaorg ambil keputusan untuk turun melalui Trek C sebab kalau Trek A terlalu curam sangat. Sambil turun sambil bergambar sementara tunggu Farra turun…hahahahahahaha. Aku terpaksa bagi Farra guna hiking pole aku sebab aku rasa dia lebih memerlukannya..hihihihihi.

hiking-bukit-saga-air-terjun-bukit-apeh-saga-hilltop-saga-beirut-shamphotographyBesar betul batang pokok ni…

hiking-bukit-saga-air-terjun-bukit-apeh-saga-hilltop-saga-beirut-shamphotographyCuram tak??

hiking-bukit-saga-air-terjun-bukit-apeh-saga-hilltop-saga-beirut-shamphotography

Tips No. 7 dari aku : Bekalan air untuk dibawa aku rasa lebih kurang 1.5 atau 2 liter seorang (1 liter untuk naik dan 1 liter untuk turun), aku dan wife bawa botol mineral 1.5 liter jer untuk kongsi berdua. Ngam-ngam bila nak turun jer dah habis tapi itu pun jenuh gak kitaorg jimat. Aku nasihatkan bila berhenti tu minum seteguk dua jer untuk basahkan tekak dan bibir jer, jangan minum sampai nak habis separuh botol pulak. Lagi satu, elok bawak minuman isotonik daripada air kosong sebab kalau minum air kosong ni badan kita cepat proses dan kita akan cepat rasa haus. Minuman isotonik dapat mengekalkan tahap hidrasi badan lebih lama daripada air kosong. Wife sentiasa membawa paket-paket minuman Isotonik Performance Drink Shaklee untuk dibancuh dengan air kosong yang dibawa. Di Puncak Bukit Saga ada disediakan air yang ditapis untuk korang refill botol air korang, disediakan oleh Persatuan Bukit Saga tu tapi kitaorg rasa ragu-ragu tahap kebersihannya. Elok bawa air yang secukupnya, kalau darurat baru ler amik air kat situ.

hiking-bukit-saga-air-terjun-bukit-apeh-saga-hilltop-saga-beirut-shamphotographySinggah di Beirut untuk bergambar lagi..

Tips No. 8 dari aku : Elok bawak makanan yang kecil dan ringan seperti roti, sandwich atau pun biskut coklat untuk mengurangkan beban bag. Kalau nak bawa makanan nasi berlauk untuk berkelah di air terjun, elok di agih-agihkan di antara geng-geng korang untuk mengurangkan beban setiap orang. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing…ahahahahaha.

hiking-bukit-saga-air-terjun-bukit-apeh-saga-hilltop-saga-beirut-shamphotographyFarra kat belakang tu, walaupun dah abis tenaga tapi tetap wat peace masa bergambar….

Tips No. 9 dari aku : Pakai pakaian yang sesuai untuk hiking yer sebab ada 1 group tu, sorang geng dia pakai dresscode nak ke opis dengan seluar slack, baju kemeja lengan panjang tight-in, kasut gi opis dan kopiah di kepala…ahahahahahahaha.. ustaz kot??.. tapi walau camner pun dia tetap berjaya sampai ke Puncak Bukit Saga yer…. Serius kitaorg gelak tengok dia…ahahahaha. 😀

Setelah lebih kurang sejam lebih dan ditambahkan lagi dengan banyak kali berehat, akhirnya kitaorg bertiga selamat sampai ke bawah. Ingatkan kitaorg yang terakhir turun tapi rupa-rupanya kitaorg yang sampai dulu kat bawah daripada geng-geng yang lain. 2 orang lagi boleh pula tersesat dan terus sampai ke Bukit Hatamas…hahahahahaha.. sampai kena naik teksi balik ke Taman Saga tu sebab tak larat nak berjalan dah. Ingatkan nak tunggu tapi terpaksa gerak balik dulu. Kitaorg bertukar-tukar nombor telefon dengan semua dan terus menuju ke kereta. Singgah makan kejap dan lepas tu baru pulang ke rumah.

Nota: Segala tips di dalam entri ini adalah berdasarkan pengalaman dan pendapat aku semasa hiking di sana. Aku bukanlah seorang hiker yang hardcore yer cuma sekadar berkongsi pengalaman dan ilmu yang sebesar zarah ni jer. Salute pada mereka yang hiking secara hardcore, you earn my respect. 🙂

Loading

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

44 thoughts on “Hiking Bersama Wife Di Bukit Saga

    1. hahahahaha… kitaorg pun bukan selalu.. tapi sekurang-kurangnya dalam sebulan tu ada ler 2-3 kali panjat bukit..nak traning2 santai jer.. impian aku ngan cheq eem nak naik gunung kinabalu so kena start training dr skrg..hihihi. 😀 .. Bukit Jugra… cantik tu..kitaorg mmg plan nak wat paragliding kat Bukit Jugra nanti…ekekekeke…nak tggu pakej yg murah2.. 😀

    1. Ekekekeke…. Bukit tu tersorok sket… aku ngan wife pun every month plan untuk naik Bukit Saga tuu.. sajer nak training..kasi kaki ngan stamina kuat sket… 😀 BTW TQ kerana sudi melawat Blog ni..

  1. saya berharap tuan berbesar hati utk mngizinkan saya menggunakan beberapa gambar2 tuan bagi penghasilan poster aktiviti pendakian bukit saga dibawah anjuran pepias cawangan gombak .insyaallah ,kami tidak akan menyalahgunakan gambar2 tuan .terima kasih . – Noor Hasra ,Biro Media . 😀

  2. Thanks kerana share cerita yg menarik ni.Sampai habis saya baca… Rasa mcm belum sampai kepuasan yg amat lg kerana baru explore Bkt Gasing and Bukit Broga jer. Mcm best jer Bukit Saga & Bkt Apek ni. One day pasti nak pi sini gak..Insyaallah..

  3. Salam..tgk pada video2 u trus flashback zaman treking hiking n sweating bau accem..rindunyee bau hutan pokok kayu2 yg basah dek ujan..terasa acam nak wat comeback je, but distime ngan anak plak..do hupdate if ade projek santai2..kipidap

      1. sesuai ye klu kami pergi untuk pertama kali program kolej. kami akan pergi pada hujung bulan 1 insyaAllah. kebanyakkan nya yg pergi perempuan.. tuh yg mintak pendapat.

        1. Boleh dikatakan sesuai untuk hiking sampai ke Saga Hilltop tapi kalau nak ke air terjun tu, treknya agak kejam sket…kena tgk stamina masing2.. ada 3 trek untuk daki bukit saga drpd Taman Saga iaitu trek A, B dan C… trek A terus mencanak naik ke atas dan lebih pendek, trek B boleh dikatakan agak santai dan trek C yang agak panjang dgn trek tangga. Treknya tak susah dan laluan pun senang dan luas. 😀

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.