Assalamualaikum dan Salam Mesra,
Hulu Langat Trail Run 2016 (HLTR2016) telah diadakan pada 3 April 2016 bertempat di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, Dusun Tua, Hulu Langat Selangor. Larian ini telah dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang dengan kerjasama Persatuan Kembara Negara (KEMBARA) serta disokong oleh Kembara Outdoor Centre (KOC), Tourism Selangor, World of Sports, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara dan juga Salomon sebagai penaja rasmi baju larian bagi acara ini.
Hanya dua (2) kategori sahaja yang ditawarkan iaitu kategori 16km (Wild) dan juga 10km (Mild). Larian ini boleh dikatakan mendapat komen yang agak bagus bagi penganjurannya untuk tahun lepas. Aku ada terbaca ulasan dan juga gambar-gambar menarik di beberapa blog mengenai Hulu Langat Trail Run edisi 2015, disebabkan inilah aku dan wife tergerak hati untuk mendaftar tapi untuk tahun ini hanya mencuba kategori 10km (Mild).
Peserta bagi kategori 16km telah dilepaskan pada pukul 7.30 pagi dan diikuti dengan kategori 10km. Bagi aku, laluan lariannya memang agak menarik dengan kehadiran kabus pagi. Keadaan laluan yang berlumpur pun memang cukup mencabarβ¦hihihihihi..masing-masing mengelak daripada berlari di kawasan berlumpur supaya kasut tidak akan kotor di peringkat awal larian. Laluan larian mendaki bagi aku tidaklah seteruk dan sekejam di Taman Botani FRIM sebab aku masih lagi mampu berlari tanpa henti..hahahaha. π Cukup seronok untuk berlari sekitar kawasan kampung sambil melayan permandangan serta meredah parit dan sungai. Paling bersemangat lagi apabila penduduk-penduduk di sana memberi sokongan sambil lepak sarapan pagi di kedai kopi.
Ok!..Ok!…Jom layan gambar……. π
Selfie dulu sebelum mula berlari….
Peserta 10km pun dah membuat laluan jem.
Tak tahu kenapa beria sangat nak bergambar dengan jengkaut ni…hahahahaha.. π
Masih berkabus lagi. Memang sejuk.
Waktu ni sedang tunggu giliran nak redah lumpur.
Antara laluan larian.
Tertiba jer sampai di padang pasir.
Di puncak bukit.
Berhenti selfie dulu sebelum sambung berlari naik bukit…hihihihihi.. π
Bergambar dengan Uncle Amrul Gan dan anaknya.
Sempat selfie dengan Dato’ Haji Khalid Yunus (Presiden Persatuan Kembara Negara)
Redah lumpur. Semua takut kasut kotor…hahahahaha..
Aku suka gambar ni…hihihihihihi.. π
Sempat selfie dengan Din Jengking.
Singgah bergambar lagi.
Aktiviti membasahkan kasut.
Ini parit, longkang atau sungai?….hahahahahaha.. π
Redah saja lumpur itu!!…hahahahaha.. π
Jom selfie dulu.
Antara aktiviti yang menarik, redah sungai sambil bersiram…hihihihihi… π
Antara laluan yang peserta perlu lalui. Katanya tahun lepas, paras air di dada tapi tahun ni paras lutut jer…
Laluan larian mengelilingi kampung.
Bergambar dengan Wolf.
Ilmu dituntut, Generasi terdidik, Masyarakat sejahtera. Sila hadamkan yer!!.. π
Ada Desa Pengantin di sini…hihihihihi.. π
Bergambar dengan anggota bomba yang bertugas.
Apa hal ni?!!…Semua kejar #RedBullRunner.
Pewai disebabkan keletihan melampau, beberapa meter sebelum finishing line…lalalalalalala… π
Bergambar dengan rakan ADRunner a.k.a Maulina Bueng.
Berlari menuju ke finishing line….
Group photo by Rany Tan.
Bergambar dengan abam-abam otai ni… π
Selfie dengan Rany Tan.
Duduk berehat sekejap sambil jemur kasut….hahahaha.. π
Jom kita wefie!!!…
Runholics kembali berkumpul.
#RedBullRunner dan #CuteTigerRunner
Boleh tambah millage lagi lepas ni untuk trail run.
Unik tak medalnya?…
10km dengan masa 2:10. Betulnya santai ni….hahahahahahaha… “D
Kalau dah puas layan gambar, jom layan video aku dan wife bersama rakan-rakan lain beraksi di HLTR2016……. π
Komen aku mengenai Hulu Langat Trail Run 2016 (HLTR2016):
Bagi aku dan wife, Hulu Langat Trail Run 2016 memang meriah dan cukup seronok. Yuran penyertaannya bagi aku cukup berpatutan untuk trail run sejauh 16km atau 10km. Aku cukup berpuas hati dengan baju lariannya daripada jenama Salomon dan juga medalnya yang unik, memang setimpal dan berbaloi dengan nilai yang dibayar oleh peserta.
Lokasi acara yang luas dan senang untuk dicari. Laluan larian yang memang cukup menarik melalui trek hutan, trek berlumpur dan mengelilingi kawasan kampung serta paling seronoknya apabila peserta perlu meredah parit dan sungaiβ¦hahahahaha.. π Water station yang mencukupi dan juga bilangan marshall yang ramai menjaga di setiap simpang laluan. Tidak lupa juga pihak anggota bomba yang sentiasa bersedia untuk membantu peserta. Sarapan pagi ala-ala kampung pun ada disediakan selepas tamat larian.
Kesimpulannya, aku dan wife memang cukup berpuas hati dengan acara ini dan boleh dijadikan acara wajib untuk didaftar pada tahun depan. Tahniah kepada penganjur dan aku harap pihak penganjur dapat pastikan acara ini akan lebih gempak lagi untuk tahun depan.
Β

menarik event ni … nak try join utk 2017
Yup…memang best…wajib join…mesti tahun depan lg best.. π