jemputan-famtrip-tourism-malaysia-perak

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Alhamdulillah!!… Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tourism Malaysia Perak di atas jemputan dan peluang yang telah diberikan kepada aku sebagai seorang Blogger. Ini merupakan jemputan kali ke 2 yang aku terima daripada Tourism Malaysia Perak bagi menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2014 dan aku amat berbesar hati kerana dapat memberi sumbangan untuk mempromosikan negeri kelahiran aku iaitu Perak Darul Ridzuan.

Semasa jemputan FAM Trip yang pertama, aku telah diberi peluang untuk meneroka sendiri keunikan dan keindahan tarikan pelancongan di daerah Pengkalan Hulu. Korang boleh baca entri mengenai Keunikan Pengkalan Hulu di url di bawah haaa…..

1. Pengkalan Hulu: The Undiscovered Trail #VMY2014
2. Moh Ke Perak: Lombong Bijih Timah Rahman Hydraulic #VMY2014
3. Moh Ke Perak: Keunikan Pesta Songkran, Pengkalan Hulu #VMY2014
4. Moh Ke Perak: Explorasi Gua Gendang dan Gua Itik, Pengkalan Hulu #VMY2014
5. Moh Ke Perak: Kompleks Bebas Cukai Dan Batu Sempadan Malaya-Thailand
6. Restoran Tasik Raban Lenggong

Selain daripada entri FAM Trip Pengkalan Hulu, aku pun ada menulis beberapa entri mengenai tarikan di Perak berdasarkan pengalaman aku sendiri dan aku harap sekaligus dapat mempromosikan negeri kelahiran aku, sudi-sudilah baca entri di bawah ni juga….

1. White Water Rafting Di Slim River
2. Moh Ke Perak: Explorasi Gua Tempurung #VMY2014
3. Moh Ke Perak: White Water Rafting Di Sg Kampar, Gopeng #VMY2014

Bagi FAM Trip kali ini, aku bersama-sama rakan blogger, kumpulan media serta wakil travel agent di bawa untuk mengikuti Program Bike Ride di Padang Rengas serta Program Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum. Seperti biasa, fokus dan tujuan FAM Trip ini adalah untuk mempromosikan tarikan pelancongan di daerah Padang Rengas dan keunikan serta keindahan Royal Belum. Di samping program ini, kitaorg juga dibawa meneroka beberapa tempat menarik di sekitar daerah Kuala Kangsar.

Memang banyak tempat-tempat menarik semasa FAM Trip kali ni dan aku akan cuba menulis setiap entri mengenai tempat yang kitaorg singgah supaya dapat dikongsikan dengan korang semua tapi mungkin mengambil masa yang agak lama untuk menulis kesemuanya. Aku pun tak tahu entri mana yang nak diceritakan dahulu disebabkan banyak bahan yang boleh ditulis…hihihihi… πŸ˜€

Jom tengok beberapa gambar tempat-tempat menarik yang kitaorg singgah….

famtrip-teratak-warisan-kampung-kuala-kangsar-perak-visit-malaysia-2014-shamphotography

Restoran Teratak Warisan Kampung, Kuala Kangsar menyajikan pelbagai makanan kampung yang menyelerakan.

famtrip-mariwasa-kuala-kangsar-perak-visit-malaysia-2014-shamphotography

Mariwasa Kraftangan merupakan pengeluar tunggal Pingat-Pingat Darjah Kebesaran di seluruh Malaysia.

famtrip-muzium-sultan-azlan-shah-kuala-kangsar-perak-visit-malaysia-2014-shamphotography

Galeri Sultan Azlan Shah yang terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Galeri ini adalah kawasan larangan bergambar dan aku amat bersyukur kerana diberi kebenaran untuk mengambil gambar bertujuan untuk mempromosikan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Korang mesti tak sabar nak tengok gambar-gambar di dalam galeri ni kan, nantikan entri aku mengenai galeri ini tidak lama lagi..hihihihi… πŸ˜€

famtrip-tenunan-tekat-kuala-kangsar-perak-visit-malaysia-2014-shamphotography

Azydar Enterprise ini terletak di Kampung Padang Changkat dan merupakan pembuat hasil tenunan Seni Tekat yang diusahakan oleh Puan Azizah Adam.

famtrip-bike-ride-padang-renggas-perak-visit-malaysia-2014-shamphotography

famtrip-bike-ride-padang-renggas-perak-visit-malaysia-2014-shamphotography-02

Program Bike Ride di Padang Rengas untuk mempromosikan produk-produk hasil penduduk di sekitar Padang Rengas dengan berbasikal.

famtrip-victoria-bridge-kuala-kangsar-perak-visit-malaysia-2014-shamphotography

Victoria Bridge merupakan jambatan keretapi antara yang tertua di Malaysia (Malaya). Jambatan ini merentangi Sungai Perak yang menghubungkan Bandar Diraja Kuala Kangsar.

famtrip-lata-kekabu-perak-visit-malaysia-2014-shamphotography

Hutan Lipur Lata Kekabu terletak di daerah Lenggong, Perak

famtrip-muzium-arkeologi-kampung-kuala-kangsar-perak-visit-malaysia-2014-shamphotography

Galeri Arkeologi Lembah Lenggong untuk melihat sendiri Perak Man

Gambar dibawah ni semasa kitaorg meneroka khazanah negara iaitu Hutan Simpan Royal Belum yang merupakan sebuah hutan dara yang luas dan merupakan salah satu kawasan hutan simpan terbesar di Semenanjung. Nantikan entrinya nanti yer…

famtrip-royal-belum-gerik-perak-visit-malaysia-2014-shamphotography-02Kem Sungai Papan

famtrip-royal-belum-gerik-perak-visit-malaysia-2014-shamphotography-05Air Terjun Sungai Ruok

famtrip-royal-belum-gerik-perak-visit-malaysia-2014-shamphotography-04Santuari Ikan Sungai Ruok

famtrip-royal-belum-gerik-perak-visit-malaysia-2014-shamphotography-01Air Terjun Sungai Kooi

Ini adalah di antara tempat-tempat menarik yang kitaorg terokai semasa FAM Trip kali ni dan aku akan cuba kupaskan secara terperinci dan sajikan korang dengan info-info yang menarik di setiap entri nanti.

Korang mesti tak sabar kan?.. tapi tunggguuuuuuu…. hihihihi.. πŸ˜€

Loading

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

10 thoughts on “Jemputan FAM Trip Tourism Malaysia Perak #VMY2014

    1. ahahahaha… ini cuma teaser laa atau org melayu kata ” Pembuka Bicara”…. aku pun tgh pening tgk gambar ngan video….banyak bebenor… yup.. really nice trip and I’m so darn happy…. ahahahahaha….

  1. Perak memang best dilawati..kan; …haha kalu tanya aku mana tempat best…banyak lg yg aku blm sampai..dan tak terhabis melawat negeri kelahiran…agak segan jg nk ngaku anak jati Perak hah !

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.