Salam,
Bulan lepas aku dan wife ada gi Layan ATV Di Mudtrekkerz Cahaya SPK Adventure Park. Sebenarnya, itu untuk merasa dan mencuba bagaimana nak menunggang motor bertayar 4 yang diberi nama ATV (All Terrain Vehicle) ni sebelum kitaorg nak gi layan kat ATV Adventure Park di Kampung Kemensah, Hulu Kelang. Aku dah book dan dah bayar deposit untuk 20 ATV dan sekarang dah ada 12 orang yang confirm untuk join kitaorg nanti. Sehingga hari ni, masih ada lagi 8 ATV yang masih tidak bertuan dan aku open jer pada sesiapa yang nak join tapi kena segera ler bayar deposit untuk confirmkan slot.
Sesiapa yang nak join, detailnya aku bagi kat bawah ni….
Tarikh : 7 Jun 2014 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Harga : RM100 seorang
Lokasi : Hulu Kelang ( Belakang Zoo Negara)
Aku amik package B : 1 hingga 1 setengah jam perjalanan (total masa pergi, lepak di air terjun & balik) secara offroad menuju ke air terjun. Trail yang femes kat sana, bayangkan korang semua disambut oleh pandangan air terjun yang menakjubkan, tidak dieksploitasi oleh manusia. Pakej termasuk kenderaan ATV, taklimat keselamatan, latihan, panduan berpengalaman dan mineral water. Makanan kena bawak sendiri yer tapi nanti kite pot-luck jer la kan.
Pakej lain pun ada jugak sebenarnya tapi harga lagi mahal la tapi kalau korang nak tau gak, klik jer kat —> Pakej ATV Adventures Park
Kalau korang berminat sila bagi nama dan 50% deposit (RM50) kat aku sebelum ATV full untuk confirm slot. SMS jer kat no telefon aku kat bawah ni haaa untuk check slot dulu…nanti aku bagi no akaun Maybank atau CIMB untuk korang bayar deposit bagi confirm slot pastu lagi seminggu nak ATV baru korang bayar lagi baki RM50 tuu.. nanti bagi korang nyer fb sekali, aku nak add dalam fb event. π
Cepat! Cepat! ada lagi 8 ATV kosong ni….. π

Aktiviti yg menarik.. date tu aku dah ada hal pulak.. all the best & have fun k.. π
Alamak.. ingat nak ajak bro khir join sekali…hihihihihi… takpe bro..next time pon boleh… π
Assalam.. aku tag bro Sham dalam segmen The Liebster.. terpulanglah nak join atau tak k.. no problem. T kasih.. π
http://www.khirkhalid.com/2014/05/the-liebster-award-by-hunyeda.html
fullamak..memng terbaiklah..
jom ramai2 joint π
btw off topic sat..yg abg nak p royal belum..planning tu bila π
best oooo… nasib baik ko kat Gerik..kalau tak mmg aku heret ko ATV sekali….ekekekekeke…. Royal Belum tu planning lepas raya…. nak kena cari modal dulu sbb nak try booking 1 houseboat terus pastu baru cari org yg nak join… π