cafe-studio-the-strand-kota-damansara-jom-ngopi-eshamzhalim-travelblog

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Alhamdulillah!.. Bersua kembali di dalam segmen Jom Ngopi bagi episod ke 2. Bagi episod kali ini, aku bersama-sama wife dan Hafeesyam berkunjung ke Cafe Studio yang terletak di The Strand, Kota Damansara. Banyak jugak cafe di sekitar Kota Damansara tapi Hafeesyam tetap mencadangkan supaya aku dan wife mencuba cafe ni. Aku rasa lokasi Cafe Studio ni agak tersorok dan mungkin akan membuatkan ramai tercari-cari. Beroperasi di tingkat 1 deretan lot kedai di sebelah belakang Encorp Strand Mall memang seakan tersembunyi daripada pandangan mata kasar.

cafe-studio-the-strand-kota-damansara-jom-ngopi-eshamzhalim-travelblogPapan tanda Cafe Studio yang kecil kemungkinan membuatkan mata terlepas pandang .

Aku rasa agak terpegun jugak apabila melangkah masuk ke cafe ini dan sememangnya layak menggunakan nama Cafe Studio kerana hiasan dalamannya seakan sebuah studio yang penuh dengan hasil-hasil seni dan juga ukiran arca yang unik dijadikan sebagai bahan perhiasan.

cafe-studio-the-strand-kota-damansara-jom-ngopi-eshamzhalim-travelblogSuasana di dalam Cafe Studio.

cafe-studio-the-strand-kota-damansara-jom-ngopi-eshamzhalim-travelblogHiasan yang menarik.

cafe-studio-the-strand-kota-damansara-jom-ngopi-eshamzhalim-travelblogBangku dan meja yang unik.

cafe-studio-the-strand-kota-damansara-jom-ngopi-eshamzhalim-travelblogPelbagai ukiran arca yang dijadikan sebagai hiasan di Cafe Studio.

Paling menarik dan kreatif lagi ialah kulit menunya yang diperbuatkan daripada kepingan besi. Cafe Studio menyediakan pelbagai sajian makanan dan minuman yang pasti membuatkan pelanggan rambang mata dan akhirnya terasa ingin mencuba kesemuanya. Aku hanya berkesempatan untuk mencuba beberapa menu yang dikatakan diantara menu-menu popular di Cafe Studio ini.

cafe-studio-the-strand-kota-damansara-jom-ngopi-eshamzhalim-travelblogKreatifkan.. Kepingan besi sebagai kulit menunya.

cafe-studio-the-strand-kota-damansara-jom-ngopi-eshamzhalim-travelblogAntara menu yang disajikan.

cafe-studio-the-strand-kota-damansara-jom-ngopi-eshamzhalim-travelblogChicken Pie yang merupakan antara menu popular di Cafe Studio dan menu pertama untuk aku.

cafe-studio-the-strand-kota-damansara-jom-ngopi-eshamzhalim-travelblogChicken Pie Cafe Studio ni sebenarnya mengandungi chicken soup di bahagian dalamnya. Menarik kan?…

cafe-studio-the-strand-kota-damansara-jom-ngopi-eshamzhalim-travelblogMushroom soup yang aku rasa korang patut cuba. Memang sedap!..

cafe-studio-the-strand-kota-damansara-jom-ngopi-eshamzhalim-travelblogPotato wedges….

cafe-studio-the-strand-kota-damansara-jom-ngopi-eshamzhalim-travelblogDi antara menu coffee yang ada di Cafe Studio..

cafe-studio-the-strand-kota-damansara-jom-ngopi-eshamzhalim-travelblogHiasan coffee yang menarik

Bagi pengemar kek, jangan risau kerana Cafe Studio juga menyediakan pelbagai hidangan kek khas buat pelanggan yang datang.

cafe-studio-the-strand-kota-damansara-jom-ngopi-eshamzhalim-travelblog

cafe-studio-the-strand-kota-damansara-jom-ngopi-eshamzhalim-travelblog

Pada pendapat aku, Cafe Studio ini menawarkan suasana yang tenang dan santai untuk pelanggan menikmati hidangan disamping dapat menghabiskan masa bersama rakan-rakan. Jangan risau dari segi harga kerana bagi aku harga yang ditawarkan di Cafe Studio amatlah berpatutan dengan hidangan yang disajikan.

cafe-studio-the-strand-kota-damansara-jom-ngopi-eshamzhalim-travelblog

cafe-studio-the-strand-kota-damansara-jom-ngopi-eshamzhalim-travelblog

cafe-studio-the-strand-kota-damansara-jom-ngopi-eshamzhalim-travelblog

Bagi korang yang berada di sekitar Kota Damansara dan mencari tempat untuk bersantai bersama rakan-rakan sambil minum kopi, bolehlah menikmati sendiri di antara pelbagai menu hebat dan merasai sendiri suasana di Cafe Studio.

Cafe Studio
42A-1, Jalan PJU 5/20D
The Strand Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Malaysia.
Contact: 012-234 6073
Email: info.cafestudio@gmail.com
FB: https://www.facebook.com/CafeS2dio

Waktu Operasi:
Isnin – Ahad : 12.00 tengahari – 10.00 malam
Khamis: Tutup

Boleh rujuk peta dibawah ni haaa….

peta-cafe-studio-the-strand-kota-damansara-segmen-jom-ngopi-eshamzhalim-travelblog

Loading

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

22 thoughts on “Jom Ngopi: Cafe Studio @ The Strand Kota Damansara

  1. perh dia punya deko..skali pandang yg x de jiwa seni pun rasa jiwa tetiba artisitik..
    tbaik tambah2 yg botol2 tu..
    menu nampak gempak tambah yg pie tu.. cofee dia punya
    decoration alamak cantik la..rasa syang plak nak mnum..
    btw ate jomle kita mngeteh he..he.. πŸ˜›

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.