Assalamualaikum dan Salam Mesra,
Maka dengan ini, wujudlah satu segmen baru di dalam blog ini yang diberi nama ‘Jom Ngopi’. Bukannya apa, rasa macam rugi ler pulak sebab aku memang suka minum kopi dan kebiasaannya aku, wife dan Hafeesyam selalu mencuba pelbagai Cafe atau Coffee House yang ada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Ini merupakan aktiviti kitaorg setiap bulan, itu pun kalau masing-masing tak sibuk dengan urusan lain. Mulanya, aku cuba racun Hafeesyam supaya buat 1 blog yang berkisarkan Cafe tapi mungkin masa tu tak mengizinkan. Akhirnya, aku dan wife mengambil keputusan untuk menulis pasal aktiviti kaki ngopi kitaorg dalam blog masing-masing…ekekekeke…
Bagi entri pertama segmen ni, aku akan bawa korang semua terjah ke Chemistry Cafe+Lab yang beroperasi di Seksyen 7, Shah Alam. Sebelum ni, memang susah kitaorg nak jumpa Cafe di Shah Alam dan menurut sumber yang aku dapat, Chemistry Cafe+Lab ni baru jer beroperasi.
Berkonsepkan seperti di dalam sebuah makmal sains membuatkan Chemistry Cafe+Lab ini menjadi sangat unik. Korang akan terasa seperti seorang saintis yang sedang menghirup kopi dan menjamu selera di dalam sebuah makmal…hihihihihi. 😀 Hiasan dalaman dan luaran memang banyak menggunakan peralatan-peralatan makmal sains. Bagi seorang pelajar aliran sains, mesti tidak janggal dengan hiasan dan suasana begini. Bagi kitaorg ni memang rasa terpegun sekejap…ekekekeke..maklum ler kitaorg semua orang I.T, jarang sekali guna alatan radas, corong turas, balang, tabung uji mahupun penunu bunsen….hihihihi.. 😀
Jom buat eksperimen…hihihihi..
Kebiasaannya Cafe cuma menghidangkan menu kopi dan kek tapi di Chemistry Cafe+Lab ni juga menyediakan pelbagai pastri seperti beef pie, chicken pie, muffin, quiche dan banyak lagi selain daripada menu kek. Nama menu pun agak gempak jugak sebenarnya dan bermacam-macam jenis minuman yang disediakan sama ada yang sejuk atau panas. Kali ni aku mencuba Hot Chocolate jer sebab tekak ni sakit pulak. Ok!..jom tengok gambar lagi……
Jom cuba..
Wah…menarik kan?…
Menu yang aku pesan Ghirardeli Chocolate dan Beef Pie.
Wife aku pesan ni. Namanya Lady Boss..hihihi..
Wajib cuba Choc Lava ni…memang menangkap weiiii…… yummy!!….
Minuman sejuk diisi dalam balang ni… unik kan?
Pada hari yang kitaorg terjah ke sana, suasana di Chemistry Cafe+Lab memang agak sesak. Memang penuh dengan pelanggan yang datang silih berganti. Salah satu sebab kitaorg lepak ngopi sebab nak celerate belated birthday Hafeesyam dan untuk berjumpa dengan ‘Someone Special’ (anda tahu siapa anda) secara eksklusif..ahahahahaha. Lagipun lama jugak kitaorg tak lepak ngopi daripada sebelum bulan puasa lagi disebabkan jadual masing-masing yang sibuk.
Petang tu kitaorg sempat berbual dengan pemilik Chemistry Cafe+Lab iaitu En. Zuhairy Zakaria. Terima kasih sebab sudi melayan kitaorg. Banyak kali jugak dia datang ke meja kitaorg untuk memastikan segala makanan dan minuman yang dipesan telah dihantar.
Bergambar bersama En. Zuhairy Zakaria
Ehem..Ehem…
Bila diajukan soalan kepada pemilik cafe ni “Kenapa pilih konsep makmal sains ni?… Dulu pelajar aliran sains ker?” Dia hanya menjawap “Sajer jer pilih konsep ni, dulu bukannya pelajar aliran sains pon…”.. ahahahaha.. tapi walau apa pun, konsep Chemistry Cafe+Lab memang menarik dan unik. Tahniah Bro dan semoga Chemistry Cafe+Lab bertambah maju.
Bagi korang yang berada di sekitar Shah Alam dan mencari tempat untuk bersantai sambil minum kopi, bolehlah mencuba sendiri dikalangan menu-menu hebat dan merasai sendiri suasana di Chemistry Cafe+Lab. Jangan risau tentang harga sebab harga yang ditawarkan memang berpatutan… betul!.. datang ler sendiri kalau tak percaya.
Chemistry Cafe + Lab
No. 26, Jalan Kristal J7/J,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor
Tel: 012-9999 231
Facebook: Chemistry Cafe+Lab

wa… bestnya, kena p ni lpas ni hehe. lain dr yang lain kot
Yup…konsepnya mmg unik bro… harus terjah ke sana nanti…ekekekeke.. 😀
Thank you so much for the review! It was very well written and very catchy as well! Hope you had a great time with us that day! Would love to see you all again soon
You are most welcome…hihihi… we will come again and that for sure… :D….
wah menarik la..boleh la g kalau singgah s.alam..dh bertahun2 tak g pas hbs stduy kt sn dulu..teringat zmn kolej,hari2 kena masuk lab..huhuhu
ekekekeke… dulu mesti study kat UiTM kan…ekekekeke… 😀
ngopi macam sama dengan ngeteh ke bro!
ahahahahaha… lebih kurang la bro.. kalau minum teh org kata ngeteh.. kalau minum kopi org kata ngopi ler kot…ahahahaha… 😀
macam stylo gak tempat nie…ada laa port nak lepak ngopi kalau datang shah alam nanti…asyik lepak mamak pun boring gak kan..hahahaha
Regards,
-Strider-
Stailo ni bro.. tu laa..aku pun kadang2 maleh nak lepak mamak…
Pehh menarik ni… layan juga ngopi sambil buat eksperimen eh.. mmg seronok & paling syok dpt minum minuman sejuk dlm balang ujikaji tu… terbaik!! 🙂 🙂
ahahahaha…jangan meletup sudah cam dalam makmal …ahahaha.. 😀
sesuai sangat untuk budak2 yang fobia dengan Kimia… tiba2 teringat zaman sekolah pulak..
ahahahahaha…. saya dulu budak sastera jer… 😀
Salam perkenalan…cantik dalaman cafe ni, insyaAllah akan ku kunjungi juga 😉
Salam perkenalan jugak sis… 😀
Menarik konsep kedai. Boleh cuba ni.
Yup… mmg menarik… harus dicuba… 😀
Ada wifi and aircon?
Ada wifi dan aircond… 😀