event-paragliding-bukit-jugra-proglidesports-eshamzhalim-23-april-2016

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Sekali lagi, www.eshamzhalim.com a.k.a Geng Trip Santai (GTS) bersama pihak Proglidesports akan menganjurkan aktiviti Tandem Paragliding di Bukit Jugra Paragliding Park bagi memberi peluang kepada mereka yang ingin mencuba. Sila baca maklumat dibawah sebelum mengisi borang pendaftaran online.

Maklumat aktiviti adalah seperti dibawah:
Tarikh: 23 April 2016 (Penyertaan ditutup).
Masa: 11.00 pagi sehingga aktiviti tamat.
Lokasi: Rumah Api Bukit Jugra, Banting, Selangor.
Jumlah Peserta: 25 orang sahaja setiap tarikh (Penyertaan akan ditutup apabila mencapai 25 peserta)
Bayaran: RM180 seorang termasuk sijil penyertaan (e-certificate) dan juga rakaman video semasa paragliding. Pakej tidak termasuk makanan dan minuman serta insuran. Sijil adalah berbentuk e-certificate dan akan dihantar melalui email.
Durasi Paragliding: 5-10Β minit (bergantung kepada keadaan angin. Kalau angin bagus, memang boleh terbang lama.)

Syarat bagi melakukan aktiviti Tandem Paragliding:
Berat badan: Minimum 45kg dan maksimum 90kg.
Tahap kesihatan: Sihat tubuh badan dan tiada masalah jantung atau apa-apa penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, epilepsi, pengsan, pening yang boleh menimbulkan sebarang masalah semasa aktiviti paragliding.
Pakaian: Pakaian yang sesuai dan juga diwajibkan memakai kasut sebagai langkah keselamatan.

Apa yang perlu dibawa oleh peserta:
1. Pendrive (4-8GB) atau External Harddisk untuk pemindahan video.
2. Makanan dan minuman sepanjang aktiviti kerana kemungkinan aktiviti akan tamat lewat petang sekiranya keadaan angin yang tidak sesuai untuk tandem paragliding. Dinasihatkan sarapan terlebih dahulu dan bawa makanan tengahari bersama.
3. Mood yang ceria dan penampilan yang bergaya πŸ˜€

TERMA DAN SYARAT AKTIVITI TANDEM PARAGLIDING:

  1. Aktiviti Tandem Paragliding ini adalah tertakluk kepada keadaan cuaca dan angin. Sekiranya cuaca dan keadaan angin yang tidak mengizinkan. Pihak kami berhak membatalkan aktiviti dan menundakannya ke tarikh yang lain kerana “KESELAMATAN ANDA ADALAH KEUTAMAAN KAMI”.
  2. Pihak Proglidesports dan www.eshamzhalim.com tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa insiden yang tidak diingini.
  3. Peserta perlu mengisi Borang Pelepasan Tanggungjawab (Indeminity Form) sebelum melakukan aktiviti.
  4. Peserta hendaklah patuh dan mengikut arahan operator atau pilot yang dipertanggungjawabkan kepada anda.
  5. Adalah menjadi tanggungjawab peserta untuk memaklumkan kepada pihak kami sekiranya mempunyai sebarang masalah kronik sebelum memulakan aktiviti tandem paragliding.
  6. Peserta dinasihatkan untuk menguruskan sendiri pengambilan perlindungan insuran bagi aktiviti lasak seperti ini.
  7. Peserta yang telah mendaftar haruslah membuat pembayaran deposit sebanyak RM80 seorang dalam masa 3 hari selepas mendaftar secara online. Peserta yang tidak membuat pembayaran deposit selepas 3 hari, nama akan digugurkan dan slot akan dibuka kepada peserta lain.
  8. Baki pembayaran hendaklah dilangsaikan pada hari aktiviti.
  9. Bayaran deposit akan dikembalikan semula kepada peserta sekiranya aktiviti dibatalkan oleh pihak penganjur ataupun pihak operator.
  10. Aktiviti Tandem Paragliding ini akan dibatalkan sekiranya peserta yang mendaftar kurang daripada 10 orang dan bayaran deposit akan dikembalikan semula kepada peserta.

page-break-eshamzhalim-blog

JIKA ANDA DAH BACA DAN FAHAM SEMUA MAKLUMAT DI ATAS, JOM DAFTAR AKTIVITI TANDEM PARAGLIDING PADA 23 APRIL 2016.

“PENDAFTARAN TELAH DITUTUP”

page-break-eshamzhalim-blog

  • Sila email gambar resit pembayaran berserta nama ke shamphotog@gmail.com ataupun whatapps, telegram gambar resit pembayaran ke 016-6801542.
  • Bagi pembayaran online, sila masukkan email shamphotog@gmail.com semasa membuat pembayaran.

Maklumat Bank Untuk Pembayaran Deposit:

No. Akaun: 1141-7884-4295
Bank: Maybank Berhad
Nama: Norhisham Mohamed Halim

No. Akaun: 700-5400-607
Bank: CIMB Bank
Nama: Norhisham Mohamed Halim

No. Akaun: 1417-1020-000-882
Bank: Bank Islam
Nama: Norhisham Mohamed Halim

NAMA-NAMA YANG MENDAFTAR DAN TELAH MEMBUAT PEMBAYARAN DEPOSIT AKAN DIKEMASKINI DI SENARAI PESERTA DIBAWAH:

SENARAI PESERTA TANDEM PARAGLIDING 23 APRIL 2016Β :Β ACARA SELESAI. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PESERTA. πŸ˜€Β βˆš

1. NURZAFIRAH HANI BINTI MOHD YAHYA
2. NURUL AZREEN BINTI SALEHUDDIN HAQE
3. SIVA KRISHNA A/L RANGGASAMY
4. ROBIAH BINTI RAMLI
5. FARAH HANIM BINTI MUSTAPHA
6. LUKMANUL HAKIM BIN SARBIAN
7. HAZA HAZRI BIN ABDULL HAMED
8. CHENG LEE YING
9. MOHD AIZUL AMIN BIN MOHAMED NASIR

 

Loading

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

20 thoughts on “Jom Sertai Tandem Paragliding Di Bukit Jugra Pada 23 April 2016

    1. Tiada had umur yang tertentu. Sekiranya berat anak lebih drpd 45kg dan kurang drpd 90kg adalah dibenarkan. Kalau berat badan anak kurang drpd 45kg tidak dibenarkan. Kalau pada hari event anak tidak berani naik, bayaran tidak akan dikembalikan…hanya boleh ditukarkan dengan org lain sahaja.

    1. Tak perlu risau… sesuai untuk yang belum pernah mencuba atau yang pernah mencuba. Tandem ini maknanya akan terbang berdua dengan pilot, anda hanya menjadi penumpang dan payung luncur akan dikawal oleh pilot. Taklimat mengenai prosedur dan juga taklimat keselamatan akan diberi kepada peserta sebelum mula event. πŸ˜€ Jom2… taknak cuba ker?…

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.