event-paragliding-bukit-jugra-proglidesports-eshamzhalim-23-april-2016

Info terbaru: Aktiviti Tandem Paragliding pada 7 Mei 2016 di Bukit Jugra terpaksa ditukarkan lokasi ke Kuala Kubu Bharu (KKB) di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Sekiranya masih berminat untuk mencuba Tandem Paragliding di KKB, pastikan anda baca info terbaru dibawah sebelum mendaftar. 😀

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Sekali lagi, www.eshamzhalim.com a.k.a Geng Trip Santai (GTS) bersama pihak Proglidesports akan menganjurkan aktiviti Tandem Paragliding di Bukit Jugra Paragliding Park bagi memberi peluang kepada mereka yang ingin mencuba. Sila baca maklumat dibawah sebelum mengisi borang pendaftaran online.

Maklumat aktiviti adalah seperti dibawah:
Tarikh: 7 Mei 2016 (Sabtu).
Masa: 11.00 pagi sehingga aktiviti tamat. 9.30 pagi sehingga aktiviti tamat.
Lokasi: Rumah Api Bukit Jugra, Banting, Selangor. KKB Paragliding Park, Kuala Kubu Bharu.
Jumlah Peserta: 25 orang sahaja setiap tarikh (Penyertaan akan ditutup apabila mencapai 25 peserta)
Bayaran: RM180 RM250 seorang (Deposit RM100) termasuk sijil penyertaan (e-certificate) dan juga rakaman video semasa paragliding. Pakej tidak termasuk makanan dan minuman serta insuran. Sijil adalah berbentuk e-certificate dan akan dihantar melalui email.
Durasi Paragliding: 5-10 minit (bergantung kepada keadaan angin. Kalau angin mengizinkan, memang boleh terbang lama.)

Syarat bagi melakukan aktiviti Tandem Paragliding:
Berat badan: Minimum 45kg dan maksimum 90kg.
Tahap kesihatan: Sihat tubuh badan dan tiada masalah jantung atau apa-apa penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, epilepsi, pengsan, pening yang boleh menimbulkan sebarang masalah semasa aktiviti paragliding.
Pakaian: Pakaian yang sesuai dan juga diwajibkan memakai kasut sebagai langkah keselamatan.

Apa yang perlu dibawa oleh peserta:
1. Pendrive (4-8GB) atau External Harddisk untuk pemindahan video.
2. Makanan dan minuman sepanjang aktiviti kerana kemungkinan aktiviti akan tamat lewat petang sekiranya keadaan angin yang tidak sesuai untuk tandem paragliding. Dinasihatkan sarapan terlebih dahulu dan bawa makanan tengahari bersama.
3. Mood yang ceria dan penampilan yang bergaya 😀

TERMA DAN SYARAT AKTIVITI TANDEM PARAGLIDING:

  1. Aktiviti Tandem Paragliding ini adalah tertakluk kepada keadaan cuaca dan angin. Sekiranya cuaca dan keadaan angin yang tidak mengizinkan. Pihak kami berhak membatalkan aktiviti dan menundakannya ke tarikh yang lain kerana “KESELAMATAN ANDA ADALAH KEUTAMAAN KAMI”.
  2. Pihak Proglidesports dan www.eshamzhalim.com tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa insiden yang tidak diingini.
  3. Peserta perlu mengisi Borang Pelepasan Tanggungjawab (Indeminity Form) sebelum melakukan aktiviti.
  4. Peserta hendaklah patuh dan mengikut arahan operator atau pilot yang dipertanggungjawabkan kepada anda.
  5. Adalah menjadi tanggungjawab peserta untuk memaklumkan kepada pihak kami sekiranya mempunyai sebarang masalah kronik sebelum memulakan aktiviti tandem paragliding.
  6. Peserta dinasihatkan untuk menguruskan sendiri pengambilan perlindungan insuran bagi aktiviti lasak seperti ini.
  7. Peserta yang telah mendaftar haruslah membuat pembayaran deposit sebanyak RM80 seorang dalam masa 3 hari selepas mendaftar secara online. Peserta yang tidak membuat pembayaran deposit selepas 3 hari, nama akan digugurkan dan slot akan dibuka kepada peserta lain.
  8. Baki pembayaran hendaklah dilangsaikan pada hari aktiviti.
  9. Bayaran deposit akan dikembalikan semula kepada peserta sekiranya aktiviti dibatalkan oleh pihak penganjur ataupun pihak operator.
  10. Aktiviti Tandem Paragliding ini akan dibatalkan sekiranya peserta yang mendaftar kurang daripada 5 orang dan bayaran deposit akan dikembalikan semula kepada peserta.

page-break-dashed-line-01

JIKA ANDA DAH BACA DAN FAHAM SEMUA MAKLUMAT DI ATAS, JOM DAFTAR AKTIVITI TANDEM PARAGLIDING PADA 7 MEI 2016. (LOKASI TERKINI: KUALA KUBU BHARU).

“PENDAFTARAN TELAH DITUTUP”

page-break-dashed-line-01

  • Sila email gambar resit pembayaran berserta nama ke gengtripsantai@gmail.com ataupun whatapps, telegram gambar resit pembayaran ke 016-6801542.
  • Bagi pembayaran online, sila masukkan email gengtripsantai@gmail.com semasa membuat pembayaran.

Maklumat Bank Untuk Pembayaran Deposit:

No. Akaun: 1141-7884-4295
Bank: Maybank Berhad
Nama: Norhisham Mohamed Halim

No. Akaun: 700-5400-607
Bank: CIMB Bank
Nama: Norhisham Mohamed Halim

No. Akaun: 1417-1020-000-882
Bank: Bank Islam
Nama: Norhisham Mohamed Halim

NAMA-NAMA YANG MENDAFTAR DAN TELAH MEMBUAT PEMBAYARAN DEPOSIT AKAN DIKEMASKINI DI SENARAI PESERTA DIBAWAH:

SENARAI PESERTA TANDEM PARAGLIDING 7 MEI 2016ACARA SELESAI. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PESERTA. ? 

1. ZAIMAH YANTI BINTI MOHD ZAINUDDIN
2. NURUL AZUA BINTI SAIDON
3. NORFAAZAH BINTI YACOB
4. NURUL IZZATI BINTI ROSLAN
5. NURSYAHAMAH BINTI MOHD HANAFI
6. IZA AMIRA NADZIRAH BINTI ABDUL RAHMAN
7. SYAHIRA NABYHAH BINTI ROSLAN

Loading

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.