travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-park

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Mesti korang semua ternanti-nanti sambungan entri “Ke Singapore Ker Kita?” kan?… memang niat tu nak siapkan entri ni dengan cepat tapi aku rasa tak best pulak kalau entri ringkas jer kan?… minggu ni aku dan wife gi hiking ke Air Terjun Lata Medang di Kuala Kubu Bharu, pastu hari ahad pulak kena rehatkan badan yang sengal-sengal ni sebab hari isnin dah mula kerja. Nanti aku akan ceritakan tentang pengalaman aku dan wife ke Lata Medang dan bagi sesiapa yang baru kali pertama terjah entri ni, bolehlah baca entri terdahulu kat link di bawah ni…..

—> Ke Singapore Ker Kita? : Episode 1
—> Ke Singapore Ker Kita? : Episode 2

Ok!..Ok!.. jom aku sambung balik entri ni……..

Lepas kitaorg turun semula ke Stesen Cable Car HarbourFront, terus menuju semula ke Stesen MRT HarbourFront untuk ke Garden by the Bay. Dari MRT HarbourFront kitaorg naik train North East Line dan turun di Stesen MRT Chinatown untuk tukar train pastu daripada MRT Chinatown kitaorg naik train Downtown Line dan turun di Stesen MRT BayFront. Korang boleh rujuk atau download peta laluan MRT di Entri Episode 1Β  yer… πŸ˜€

 travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-parkSelfie dulu dalam train…hihihihihi…

Keluar je dari Stesen MRT BayFront terus ikut papan arah ke Garden by the Bay, dari MRT tu kena jalan kaki di laluan bawah tanah (Underground Linkway) dan kitaorg perlu ikut laluan Exit B tapi ada jugak laluan lain antaranya laluan Exit A, C, D dan E, pastikan korang sentiasa melihat papan arah yer. Sebenarnya laluan bawah tanah ni menghubungkan ke Marina Bay Sands dan Garden by the Bay, korang boleh pilih kat mana yang korang nak singgah dulu tapi kitaorg nak ke Garden by the Bay dulu.

 travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-parkNi haa…. laluan bawah tanah tuu… (Underground Linkway).. memang superb kan..

 travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-parkGarden by the Bay —> B

Kitaorg pun terus ler berjalan melalui Underground Linkway tu mengikut arah ke Garden by the Bay. Laluan bawah tanah tu dipenuhi dengan cermin dan gambar hiasan di kedua-dua belah dinding, memang menarik jugak designnya. Kat dinding tu pun ramai yang bergambar termasuklah kitaorg…ahahahahaha.

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-parkBanyak bezanya dengan laluan bawah tanah kat Malaysia… eh! Malaysia ada ker Underground Linkway?…

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-parkDinding semua dipenuhi dengan cermin dan gambar-gambar hiasan…..

Akhirnya dapat jugak kitaorg keluar daripada Underground Linkway dan bila keluar jer terus nampak Garden by the Bay di depan mata tapi berskala kecil la sebab jauh lagi, aku pun tercari-cari mana Marina Bay Sands ni? tak nampak pun!.. takpelah kitaorg teruskan berjalan menuju ke Garden by the Bay, hampir separuh jalan tertiba wife aku cakap “Cuba abang pandang belakang!”. Sekali bila aku toleh belakang jer………terus nampak…..

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-park

Rupa-rupanya kitaorg lalu kat bawah Marina Bay Sands tadi, patut ler tak nampak……ahahahahaha… dah kepala otak fokus nak ke Garden by the Bay jer. Kalau dulu aku cuma tengok Marina Bay Sands Hotel ni kat dalam gambar dan TV jer tapi sekarang aku berdiri bertentangan dengannya…hihihihih…wajib bergambar ni sebagai bukti kitaorg dah sampai di sini… πŸ˜€

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-parkKitaorg bergambar di atas Marina Bay Sands (MBS) Bridge yang menghubungkan Marina Bay Sands Hotel dan Garden by the Bay.

Bila dah puas bergambar terus memulakan langkah kembali ke Garden by the Bay melalui Dragonfly Bridge, sebenarnya Garden by the Bay ni adalah satu taman yang besar danΒ  ada bermacam-macam tempat yang menarik seperti Supertree Groove, Worlds of Palms, Golden Garden, Silver Garden, Flower Dome, Cloud Forest, Secret Life of Tree, The Canopy, Malay Garden, Indian Garden, Chinese Garden, Fruits & Flowers dan bermacam-macam lagi tau. Korang boleh tengok peta Garden by the Bay kat bawah ni haaa…..

garden-by-the-bay-map-shamphotography-travel-logs-singaporeSumber gambar : Google

Kitaorg cuma sempat singgah kat Supertree Groove jer sebab kesuntukkan masa pastu ada sesetengah tempat dikenakan bayaran masuk so nampaknya memang tak masuk ler kan… budget trip katanya…hihihihihi. πŸ˜€ Lokasi di antara setiap tempat boleh dikatakan agak jauh jugak sebenarnya dan ada juga yang berdekatan, aku rasa tempat seperti Flower Dome atau Cloud Forest mungkin kena jalan kaki jauh ler kot? tapi aku tak pasti ler. Kalau korang nak info lebih lanjut mengenai tempat-tempat menarik di Garden by the Bay, klik jer kat sini —> Garden By The Bay Singapore

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-parkSupertree Groove dan di depannya ialah Dragonfly & Kingfisher Lake

Gambar Supertree Groove di atas pada waktu siang dan di bawah adalah di waktu malam. Sebenarnya gambar di atas adalah gambar aku sendiri tapi gambar dibawah (waktu malam) adalah hasil carianΒ  di dalam Google tapi peliknya kitaorg dapat mengambil dari sudut (angle) yang 90% sama…. ahahahahahaha..

garden-by-the-bay-at-night-shamphotography-travel-logs-singaporeSupertree Groove di waktu malam. Sumber gambar : Google

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-parkFlower Dome dan Cloud Forest…gambar ni aku snap dari MBS Bridge..

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-parkDorang kata kalau datang waktu malam, Supertree Groove ni akan menjadi lebih menarik disebabkan cahaya lampu-lampu…ala-ala dalam filem Avatar… tapi kitaorg tak dapat tunggu sampai malam sebab day trip jer kan.. mungkin lain kali lah..

Jom aku bagi info sket pasal Supertree Groove ni….

” Pokok-pokok unik dengan ketinggian mencapai 16 tingkat boleh didapati di seluruh taman, 12 di Supertree Grove, manakala 6 lagi diletakkan dalam kelompok bertiga di Golden dan Silver Gardens.

Menyediakan skala dan dimensi ke taman dengan bentuk dan fungsi pokok yang matang, Supertrees juga diwujudkan untuk mengimbangi perkembangan tinggi di kawasan Marina Bay. Pengunjung juga boleh berjalan-jalan di sepanjangΒ  Skyway iaitu laluan pejalan kaki dengan kepanjangan 128 meter dan ketinggian 22 meter yang menghubungkan 2 Supertrees di Supertree Grove, dan mengambil gambar dalam pandangan yang berbeza daripada taman. Bersantai di Supertree-top bistro di ketinggian 50 meter dan terpesona oleh pemandangan panorama sekitar taman serta kawasan Marina Bay. “

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-parkKecik jer kitaorg kan…hihihihihi..

travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-park-49Jambatan (Skyway) yang menghubungkan antara 2 Supertree…

Korang boleh naik jambatan (Skyway) tu dengan bayaran 5SGD seorang tapi untuk masuk ke Supertree Groove ni adalah PERCUMA. Ada 1 restoran di atas salah satu Supertree kat situ tapi aku rasa memang mahal ler kan…hihihihi… Supertree Groove ni dibuka setiap hari dari pukul 5 pagi hingga ke 2 pagi dan bagi Skyway pulak dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga ke 9 malam. Lepas puas ronda-ronda dan bergambar di Supertree Groove terus kitaorg berjalan balik menuju ke Marina Bay Sands Hotel melalui Dragonfly Bridge dan Marina Bay Sands Bridge, kali ni kitaorg masuk ke dalam hotel tu untuk ke Marina Bay Sands. Sajer jer nak melihat sendiri interior hotel ni dan kitaorg dah boleh cakap kat kawan-kawan yang kitaorg dah pernah masuk Marina Bay Sands Hotel tuuu…. ahahahaha.. :p

 travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-parkDi dalam Marina Bay Sands Hotel….. ermmm… rasa-rasa korang kan berapa SGD untuk tinggal 1 malam kat sini?….

 travel-logs-ke-singapore-ker-kita-travel-vacation-singapore-trip-marina-bay-garden-by-the-bay-merlion-park

Daripada Marina Bay Sands Hotel tu kitaorg boleh terus keluar ke Marina Bay Sands melalui The Shoppes At Marina Bay Sands. Macam-macam jenama yang mahal-mahal kat sini….fussss… tengok harga pon boleh pitam ok!… Marina Bay Sands ni bagi aku takde apa yang menarik sebenarnya dan memang ada seorang aunty Singapore cakap kat kitaorg ” There’s nothing at Marina Bay Sands!”

Lepak kejap di depan Marina Bay Sands sambil lihat permandangan bangunan-bangunan pencakar langit di Singapore pastu terus mencari Stesen MRT dan yang paling bagusnya di Singapore ni dimana-mana ada Stesen MRT cuma ikut papan arah jer…hihihihi.. lagipun sepanjang kitaorg berada di Singapore tak pernah sekali pun guna perkhidmatan Bas, asyik guna MRT jer kecuali naik bas pergi dan balik dari Johor.
Misi seterusnya ialah untuk bergambar dengan patung singa yang keluar air dari mulut sebagai bahan bukti (kata wife aku laa)…ekekekeeke.. yang ni kat Merlion Park tapi aku terpaksa sambung di episode seterusnya sebab entri ni pun dah cukup panjang dan penuh dengan gambar. Kalau korang semua nak tahu bagaimana kitaorg kesana daripada Marina Bay Sands? dan apakah kisah yang terjadi semasa pencarian Merlion yang keluar air ni, nantikan sambungan seterusnya di Entri ” Ke Singapore Ker Kita? : Finale ” so seperti biasalah, korang semua kena tunggguuuuuuuuuuuuu…………. πŸ˜€

Perbelanjaan di Singapore setakat ini:

Perbelanjaan yang telah digunakan – 134.60SGD (RM346.71)
Air Mineral 1.5L – 1.70SGD
Jumlah = 136.30SGD (RM350.21)

Loading

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

14 thoughts on “Ke Singapore Ker Kita? : Episode 3

  1. wow amazing betul pemandangan dekat marina bay tu..
    memng nampak design taman tu ala-ala avatar.. memang hebat ..
    singapore ni kalau bleh setiap inci tanah diorg akan cuba komersialkan jadi
    trikan plancongan ..jadi duit org kata..
    ha..ha..walaupun org ckp kat marina bay tu x best…tapi skali sumur hdup kena ambil
    gambar juga..buat bukti pnah sampai he..he.. πŸ™‚

  2. Rindu pulak singapore.. lama juga dah tak ke sana. Dulu zaman sekolah hingga baru2 kawin slalu juga ke jurong umah atuk sedara. Tp bila dah meninggal jarang dah pergi.. ke johor pun jarang2 balik sbb ramai yg dah kat sini.. Menariklah perkongsian ni.. best.. πŸ™‚

    1. betul tu bro… semoga Malaysia akan menjadi terus maju seiringan seperti Singapore walaupun negara drg kecik jer tp pembangunan dan mentaliti ada kelasnya tersendiri. πŸ˜€ Terima kasih kerana sudi baca bro

  3. kat singapore dah underground linkway, kat malaysia kita baru nak construct…itu pun tak tahu laa boleh match ke tak..hehehe..urban transport dia ngan Malaysia memang banyak beza gak rupanya..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    1. Tu laaa underground linkway tu rasanya mmg Malaysia sedang bangunkan, urban transport singapore mmg proper dan senang…mmg sgt berbeza dr Malaysia dan kat sana susah nak tengok jalan raya jem….. πŸ˜€

    1. Tima kasih sbb sudi baca…. angle yang mana menarik tu sebenarnya nak kena tgk ngan mata sendiri… pastu kalau nak lawa kena guna ultrawide lens… klu dapat amik angle daripada atas lg menarik tp tak jumpa lak tempat yg lagi tinggi… πŸ˜€

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.