Assalamualaikum dan Sawadee,
Sabai di mai? Aku harap korang semua sentiasa berada dalam keadaan sihat dan pastinya ramai yang dah tak sabar untuk membaca sambungan bahagian ke 2 pengembaraan aku dan wife semasa berada di Hatyai. Hari kedua ini semestinya menjanjikan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik dan penuh dengan kenangan manis….hihihihi.. ๐ (ayat kena bagi manis sikit!!)
Sebelum itu kepada sesiapa yang masih belum baca bahagian 1, silalah baca di entri Kembara Ke Hatyai-Songkhla Thailand: Bahagian 1 bagi mengelakkan sebarang kekeliruan berlaku. Nanti tiba-tiba korang pening pulak!!….hihihihi.. ๐
Scha dan Abang Mizi seumpama warden asmara yang sedang menunggu kami satu persatu turun ke lobi hotel untuk berkumpulโฆahahahahaha.. ๐ . Alhamdulillah!, cuaca di bandar Hatyai amatlah memuaskan. Kembara pada hari kedua ini dimulakan dengan sarapan pagi di Restoran Salma sebelum kami memulakan sebarang aktiviti di bandar Hatyai.
Restoran Salma
Restoran Salma ini juga merupakan salah sebuah restoran halal yang beroperasi di bandar Hatyai dan sering dikunjungi oleh pengunjung daripada Malaysia atau sesiapa sahaja yang ingin mencari makanan halal. Lokasinya di persimpangan Jalan Prachathipat sememangnya membuatkan ia senang untuk dicari serta restoran ini juga tidak jauh daripada Indra Hotel dan Restoran Shah Alam Seafood. Aku rekemenkan korang cuba sarapan roti telur di sini, memang layan apabila dicicahkan dengan kari hijau…. ๐
Restoran Salma Halal
85/3 Prachatipat Road,
Hatyai, Songkhla 90110 Thailand.
Tel: 074-225-181 atau Ms.Uma Niyomdacha (085-894-2543)
Semua pesan roti telur….perghhh!! memang sedap sampai aku pesan 2 kali.
Nampak tak kesedapannya disitu?…ahahahahaha…
Satu lagi perkara yang betul-betul menarik perhatian aku di bandar Hatyai ni ialah sistem pendawaian elektriknya. Cuba lihat gambar dibawah ni, memang havoc wayar-wayarnya. Cuba korang bayangkan kalau satu wayar terputus, macam mana nak periksa?…. Walau apa pun CCTV sentiasa ada di mana-mana dan memang rasa selamat bila berada di sana.
Beginilah pendawaian elektrik di seluruh bandar Hatyai.
Bagi aktiviti untuk hari kedua, Scha dan Abang Mizi telah menyewa 2 van untuk membawa kami semua ronda-ronda di bandar Hatyai dan Songkhla. Misi hari kedua ni adalah untuk singgah di beberapa lokasi popular tarikan pelancongan. Selain daripada sewa Tuk Tuk, korang boleh juga sewa van untuk ronda-ronda di sekitar Hatyai dan Songkhla tapi kos pengangkutan akan meningkat la sikit.
Nora Plaza
Lokasi pertama yang kami singgah adalah di Nora Plaza yang terletak di Jalan Thammanoon Vithi dan merupakan sebuah tempat membeli belah yang boleh dikatakan agak popular di bandar Hatyai. Antara barangan yang menarik di Nora Plaza ini adalah barangan kulit seperti beg tangan, kasut, dompet dan pelbagai lagi barangan kulit lain. Banyak juga produk lain seperti barangan emas, jed, gelang, cenderahati dan pakaian. Setiap pengunjung yang datang akan diberi kad diskaun sebanyak 20% untuk membeli belah di Nora Plaza. Aku tak beli apa pun di Nora Plaza sebab aku rasa harganya agak mahal sikit tapi barangan kulitnya memang menarik. ๐
Nora Plaza
Antara barangan kulit yang menarik..
Macam-macam ada..
Kaum hawa mesti terbeliak mata tengok barang-barang ni..hihihihi.. ๐
Antara model-model yang ada…ahahahaha…
Wife aku tengok jer tuuu….
Groupfie di checkpoint pertama…
Kilang Gajus @ Ranu Kohyo
Selesai di Nora Plaza, kami terus menuju ke Kilang Gajus atau dikenali juga dengan nama Ranu Kohyo yang terletak di jalan yang sama dengan Nora Plaza. Masuk kedai jer terus diberi pelekat bernombor untuk dilekatkan di baju masing-masing tapi aku pun tak tahu untuk apa. Tempat ini banyak menjual pelbagai jenis kekacang, jeruk-jeruk dan pelbagai keropok. Tomyam pes pun ada jual disini, jangan lupa beli tomyam pes untuk dibawa pulang ke Malaysia. Antara produk yang popular di sini ialah kacang gajus, jangan lupa beli kacang gajus juga yer. ๐
Antara barangan yang dijual di sini..
Jom borong tomyam pes…hihihihi.. ๐
Kacang ni banyak dijual kat Malaysia tapi kat sini mestilah dapat harga lagi murah kan..
Chang Puak Camp
Chang Puak Camp adalah lokasi ke 3 yang kami singgah selepas selesai dengan aktiviti membeli belah. Chang Puak di dalam bahasa Thai bermaksud Gajah Putih, Chang ialah Gajah dan Puak pula bermaksud Putih. Sememangnya rakyat Thailand amat menghormati haiwan mamalia besar dari spesies Elephas Maximus ini.
Chang Puak Camp ini terletak di Jalan Karnchanawanich iaitu di antara Hatyai dan Songkhla serta dibuka setiap hari mulai pukul 8 pagi hingga 5 petang.
Kaunter tiket.
Chang Puak Camp ini aku rasa seperti Fun Fair jer tapi diselitkan juga dengan beberapa aktiviti lasak. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Chang Puak Camp ini adalah seperti:
- Menunggang ATV : 500 baht (40 minit)
- Menaiki gajah melalui kawasan kampung dan merentas sungai : 500 baht (30 minit)
- Menembak menggunakan pistol angin : 100 baht (1 klip peluru)
- Memanah : 150 baht (10 anak panah)
- Permainan baling dart : Lupa harganya tapi rasanya 50 atau 100 baht
- Bergambar bersama anak gajah : 100 baht rasanya
- Urutan reflexology : 250 baht seorang
Ada juga kedai-kedai yang menjual cenderahati bagi pengunjung dan staf Chang Puak Camp akan sentiasa mengambil gambar korang dan gambar tersebut boleh dibeli sebelum pulang sebagai kenangan.
ATV
Aku hanya cuba aktiviti menembak (2 kali) dan memanah disebabkan aku dan wife dah pernah menaiki gajah di Krabi serta menunggang ATV. Walaupun menembak hanya menggunakan pistol angin tapi fungsinya seperti pistol sebenar dengan menggunakan ball bearing sebagai pelurunya, memang terasa pistol itu akan bergerak ke atas setiap kali picunya ditarik.
Ada gaya macam Gerak Khas tak?… ๐ Aku tengah sparing dengan Abg Mizi ni..
Ala-ala Robin Hood.
Memanah adalah satu aktiviti yang memerlukan kekuatan tangan. 10 kali aku memanah, 10 kali lah tangan aku mengigil untuk menarik talinya. Hasilnya, satu anak panah pun tak melekat di sasaran.
Wife aku hanya cuba menembak jer sebab dia tak larat nak tarik tali panah. Gambar ke 4 adalah keputusan menembak aku, sebelah kanan untuk keputusan kali pertama dan memang kelaut sikit sasarannya pastu yang di sebelah kiri untuk kali kedua. Puas hati dengan keputusan kali kedua sebab semua kena sasaran…hihihihihi… ๐
Scha dan wife aku menjadi model kereta roda 3..
Bergambar di kawasan sekeliling dan di tempat menaiki gajah.
Chang Puak Camp adalah di antara lokasi yang wajib singgah jika berada di Hatyai. Dari bandar Hatyai korang boleh datang menggunakan perkhidmatan Tuk Tuk atau pun van sewa tapi kalau setakat 2-4 orang kawan jer, aku rekemenkan naik Tuk Tuk jer.
Taman Mini Bunga Matahari Di Songkhla
Selepas puas berseronok di Chang Puak Camp, sekali lagi perjalanan diteruskan menuju ke Songkhla. Menurut Scha, di Songkhla ada Bunga Matahari (Sunflower) dan antara misi aku bersama wife pada hujung tahun ini adalah untuk backpacking ke Lopburi (Utara Thailand) untuk menyaksikan sendiri Ladang Bunga Matahari (Sunflower Farm) yang terbesar di Thailand. Taman Mini Bunga Matahari ini di tepi jalan menuju ke Samila Beach tapi aku tak pasti sebetulnya di mana. Aku rasa kalau menuju ke Samila Beach mesti akan lalu di kawasan Bunga Matahari ni. Teruja la juga kami semua apabila melihat bunga matahari ni….hihihihihi.. ๐
Ini adalah gambar bukti…hihihihi..:D
Besar tak bunganya?…
Yang mana satu lagi tinggi?… ๐
Kemanakah lokasi kami selepas ini?… Apakah aktiviti yang menarik selepas ini?… Nampaknya korang semua kena tunggu sambungan yang seterusnya bagi entri Kembara Ke Hatyai-Songkhla Thailandโฆ.hihihihi.. ๐ Pasti banyak lagi lokasi dan aktiviti menarik di Songkhla yang kami akan terjahโฆ.. Tungguuuuuuuuuuโฆโฆโฆโฆ. ๐

bestnyaa boleh gi travel.. ade taman mini sunflower pulak tu. bestnyaaa
http://belogcikoreo.blogspot.com/2014/12/weekend-yg-bermanfaat.html
Boleh la gi Songkhla untuk tengok bunga matahari…memang seronok..hihihihi.. ๐
Bunga matahari sangat cantik, kembang diwaktu pagi… tiba2 teringat lagu zaman sekolah dulu ehehee.
Seronok berjalan, rambang mata tengok barang2 klu shopping mcm tu. Klu beg2 tangan tu, kita sbg org lelaki kena jaga2 sikit… jngn biarkan isteri lama2 tengok.. nanti kepala kita jadi serabut mcm wayar2 tu huhu… gurau je bro.. ๐ ๐ ๐
ahahahahahaaha… lagu sekolah?.. nasib baik orang rumah tak tergoda dgn beg2 tangan tu… tapi cuba bagi dia tengok backpack untuk hiking dan travel..mesti mata dia liar jer…ekekekeke… ๐
bestnya dapat jelajah ke thailand…teringin nak ke sana…
Memang best kalau gi travel ni kan… thailand adalah satu destinasi wajib bagi yang inginkan kos murah sbb nilai mata wang kita tidak jauh beza… ๐
bestnya….
Memang best…. ๐
berapa fees masuk taman mini ni ye?
Takde bayaran apa2 sebab Taman Mini Bunga Matahari tu tepi jalan raya jer…. sebelum sampai ke Samila Beach… ๐
Kalau dari hatyai nak ke songkhla, transport apa yg paling baik?
Kalau ramai elok rasanya sewa van…kalau nak lagi adventure sewa tuk tuk untuk sehari… naik bas pun ada tapi nak kena cari di terminal bas hatyai. ๐
bagus..ceria dan meriah sekali …
nampak menarik hatyai nih.. kalau 2hari 1 malam agak2 ok tak?
Kalau setakat nak jalan2 cari malam dan shopping ok jer 2h1m.. ๐