Assalamualaikum dan Salam Mesra,
Jom aku ceritakan sambungan bahagian 4 bagi Kembara ke Hatyai dan Songkhla, Thailand. Sebenarnya, masih banyak lagi entri-entri yang tersangkut dan aku perlu habiskan entri kembara ni dulu sebelum mula menulis tentang aktiviti-aktiviti lain. Bahagian 4 ini merupakan bahagian terakhir dan hari terakhir kami berada di Hatyai sebelum bertolak pulang ke tanahair tercinta. Bangun Harimau Malaya!!..Bangun!!!.. hihihihihi⦠(selingan sikit!..paham-paham jer la).
Sebelum tu, sesiapa yang baru mengikuti entri ini. Bolehlah klik link entri dibawah ni untuk mengelakkan daripada korang tersesat lebih jauhβ¦hahahahaha.. π
1. Kembara Ke Hatyai-Songkhla Thailand: Bahagian 3
2. Kembara Ke Hatyai-Songkhla Thailand: Bahagian 2
3. Kembara Ke Hatyai-Songkhla Thailand: Bahagian 1
Hari ketiga ni, hanya santai jer sebenarnya sebab memang tiada apa-apa lokasi untuk diterjah. Lagipun kami semua kena check-out daripada hotel jam 12 tengahari. Seawal pagi, aku dan wife serta Scha dan Abang Mizi dah keluar mencari sarapan pagi di Restoran Kelantan bersama-sama Kak Tie. Pagi tu, kami perlu hantar Kak Tie ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hatyai (Hatyai International Airport) disebabkan Kak Tie perlu pulang segera ke Melaka. Bagi sesiapa yang dah baca bahagian 3, mestilah tahu sebabnya kan?.
Restoran Kelantan
Restoran Kelantan adalah sebuah lagi restoran muslim dan halal di Hatyai. Terletak di simpang 4, Jalan Saengchan dan boleh dikatakan sebaris dengan Indra Hotel. Kalau keluar daripada Indra Hotel, mesti dah boleh nampak papan tanda Restoran Kelantan ni. Menu pun banyak juga tapi pagi tu aku cuma pesan Nasi Lemak dan wife pula pesan Nasi Kerabu. Banyak lagi menu nasi campur tapi aku rekemenkan korang cuba Nasi Kerabu kalau singgah di sini.
Restoran Kelantan Hatyai
249, Saengchan Road,
Hatyai, Songkhla
Tel: 086 958 9892 (Zaiton), 083-170 0111 (Din)
Waktu Operasi : 7 pagi hingga 10 malam setiap hari
Selesai makan, kami berlima terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hatyai dengan menaiki Tuk Tuk.
Tuk Tuk memang cukup membantu untuk bergerak di Hatyai.
Lapangan Terbang Antarabangsa Hatyai (Hatyai International Airport)
Lapangan Terbang Antarabangsa Hatyai (Hatyai International Airport) merupakan lapangan terbang hub selatan yang utama di Thailand dan ianya terletak adalah 9 km dari bandar Hatyai serta boleh dihubungi melalui Lebuh Raya 4135 ( Jalan Sanambin Panij). Ini kali pertama aku menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Hatyai dan kawalan keselamatannya memang ketat. Pemeriksaan keselamatan dilakukan sebaik sahaja kami masuk ke dalam Lapangan Terbang walaupun kami datang sekadar untuk menghantar Kak Tie.
Kami sudah berjaya menjejakkan kaki di sini…
Selepas urusan tiket semua selesai, terpaksalah kami bergambar di sekitar kawasan tu sementara menunggu boarding gate dibukaβ¦hihihihihi.. π
Bergambar dulu…hihihi.. π
Airasia ada dimana-mana.
Jom check in…
Sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Hatyai
Selepas melambai-lambai sayu kepada Kak Tie, kami terus pulang ke Indra Hotel untuk kemas beg bagi acara yang penuh gilang gemilang iaitu βCheck Outββ¦ahahahahaha.. Menurut Scha, bas untuk pulang ke Seksyen 17, Shah Alam akan bertolak pada pukul 7 malam waktu Thai dan sementara tu, terpaksalah kami semua menyimpan beg di lobi hotel. Kami terpaksa menjadi gelandangan untuk jangkamasa separuh hariβ¦.hihihihihi.. π
Separuh hari ni, kami banyak habiskan masa dengan ronda-ronda di sekitar bandar Hatyai. Aku dan wife sempat ke Stesen Keretapi Hatyai bagi urusan membeli tiket untuk ke Bangkok bagi Misi Mencari Bunga Matahari di Lopburi nanti tapi sayangnya tiket hanya boleh dibeli untuk tempoh 60 hari sebelum tarikh perjalanan. π .
Haadyai Train Station
Aku rasa macam seluruh bandar Hatyai tu kami pusingβ¦hihihihiβ¦ lenguh la juga kaki ni berjalan sementara nak menunggu pukul 7 malam. Alangkah seronoknya kalau poket berisi duit yang tebal, memang shopping sakan la tapi bersabarlah wahai hati kerana masih banyak lagi misi kembara kami selepas ni.
Groupfie ditengah bandar Hatyai…
Abang Mizi teropong apa tuuu?…
Husband and wife pulak nak bergambar… π
Tiada apa yang boleh kami buat selain daripada bergambarβ¦hihihihihiβ¦ π Sempat la juga belikan baju Hatyai untuk geng ngopi kami (Hafeesyam dan Athin).
Ironman pun ada di Hatyai..
Encik Hulk pun ada di Hatyai… masa ni mood dia tak ok!..
Jom ramai-ramai peluk Encik Hulk..
Encik Hulk ni nak selfie dengan dia pun asyik nak marah jer…hihihihihi… π
Petang tu kami makan di sini, Kai Tod Daycha & Seafood Hatyai tapi aku kurang info pulak pasal restoran ni. Restoran ni sekitar bandar Hatyai dan rasanya senang juga kalau nak cari.
Sekitar pukul 6 petang, kami kembali semula ke Indra Hotel untuk ambil beg dan terus menuju ke lokasi bas. Tak pasti pula, di Hatyai ada stesen bas atau tidak sebab kami naik bas di depan kedai agen bas jer. Akhirnya, wajah gembira dan sedih bercampur baur apabila seorang demi seorang menaiki bas untuk menuju pulang ke tanahair Malaysia. Walau apa pun, pasti akan meninggalkan kenangan indah serta coretan pengalaman tersendiri semasa berada di Hatyai.
Selfie dulu di depan Indra Hotel sebelum menuju ke tempat bas.
Seingat aku, sepanjang dalam bas aku tidur jerβ¦mungkin disebabkan keletihan berjalan mengelilingi bandar Hatyai. Bangun sekejap untuk urusan Imgresen dan lepas tu celik mata jer dah sampai di Seksyen 17, Shah Alam lebih kurang pukul 5 pagi dan akhirnya selamat sampai di rumah. Alhamdulillah!!..
Aku dan Hatyai
Bagi aku Hatyai merupakan sebuah tempat yang tenang dan aman. Kemungkinan kes-kes yang pernah berlaku di Hatyai sebelum ini boleh dikira sebagai kes terpencil. Kebanyakkan peniaga di Hatyai boleh bertutur bahasa melayu walaupun sedikit dan banyak juga sebenarnya rakyat Malaysia yang berniaga di sana. Apa yang paling penting adalah korang tidak perlu risau pasal makanan halal di Hatyai kerana terdapat banyak restoran-restoran muslim dan halal dengan pelbagai menu menarik. Aku rasa ada sesetengah restoran halal yang agak mahal harganya tapi mungkin tidak menjadi satu masalah disebabkan banyak pilihan restoran. Hatyai sememangnya satu tempat yang sesuai bagi mereka yang ingin berniaga di Malaysia. Pelbagai barang dan produk yang menarik dengan harga yang mampu membuat korang semua tersenyum.
Dari segi matawang, perbezaan mungkin tidak begitu ketara tapi kebelakangan ni matawang Malaysia semakin jatuh. Banyak lagi tempat-tempat yang menarik di Hatyai dan Songkhla tapi aku dan wife tidak berpeluang untuk singgah kesemuanya disebabkan waktu yang agak terhad. Ice Dome dan 3D Museum adalah diantara tempat yang wajib kami terjah apabila ke sana lagi nanti. Walau apa pun, keselamatan diri sendiri tetap perlu dijaga apabila berada di sana.
Berakhirlah sudah entri Kembara Ke Hatyai-Songkhla, Thailand…. π

Ada kawan aku masa bujang2 dulu pergi berhijrah ke Hatyai.. sampai skrng tak balil dan terus bermastautin di sana. Skrng pun di masih di sana lagi & dah berkeluarga dgn org sana juga. Ada betulnya apa yg kau ckp ttg Hatyai tu sbb member aku tu dah tak nak balik dah.. balik2 cuti raya je gitu.. Perkongsian yg menarik bro.. Thanks & salam ceria selalu.. π
Mesti member tu dah dapat IC thailand kan… lama benor dia merantau ke sana…. TQ bro.. π
nak kena plan juga tahun depan konvoi ke thailand
Plan bro jangan tak plan… banyak tempat menarik dihatyai selain drpd shopping… π
Lain kali boleh plan pergi Hatyai. Kampung saya pun dekat jer dengan sempadan Thailand dekat Kubang Pasu.
Kalau dah dekat tu..boleh la bro…lagi senang kurang kos pengangkutan sket… leh shopping2 kat hatyai pulak.. π
Insurans Kereta Ke Thailand
Saya menyediakan perkhidmatan dokumen untuk mereka yang ingin melancong ke Thailand dengan membawa kereta dan motorsikal sendiri.
1) Membeli Insurans Thailand kenderaan anda untuk bila-bila tarikh yang di kehendaki.
2) 2 Set Borang TM2 Maklumat Pembawa (Information Conveyance) dan TM3 Senarai Penumpang (Passenger List).
3) Membeli Borang TM6 Visa Berlepas & Ketibaan (Arrival & Departure).
4) Pos semua di atas ke alamat rumah atau pejabat anda.
Layari Link di bawah
http://nurmas-homestay.blogspot.my/2015/12/perkhidmatan-insurans-ke-thailand.html?m=1