flamo-cuisine-restoran-ayam-kampung-wangsa-maju-mi-xian-kebab-tahini-shamphotography

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Alhamdulillah… pada 14 Julai yang lepas aku dan wife telah dijemput untuk menyertai satu food preview merangkap sekali acara berbuka puasa di Flamo @ Restoran Ayam Kampung yang beroperasi Seksyen 2, Wangsa Maju. Ramai jugak kenalan blogger yang hadir untuk bersama-sama memeriahkan lagi suasana. Flamo menyajikan hidangan yang popular daripada negara China khususnya dari Beijing, Guang Zhou, Yunnan, Xin Jiang dan Shenzen dibawa ke Malaysia serta tak lupa juga sedikit sentuhan makanan Arab. Kalau nak digabungkan mesti akan menjadi CiRab (masakan Cina + Arab) …ahahahahahaha…

flamo-cuisine-restoran-ayam-kampung-wangsa-maju-mi-xian-kebab-tahini-shamphotographyAntara blogger yang hadir..

flamo-cuisine-restoran-ayam-kampung-wangsa-maju-mi-xian-kebab-tahini-shamphotographyAku dan wife bergambar bersama blogger Sis Hanny Abdullah dan Namia

Aku telah berkesempatan untuk berbual dengan pemilik Flamo @ Restoran Ayam Kampung ni iaitu En. Zulkarnain Malik dan isterinya Puan Norazlina Chong. Terlebih dahulu, terima kasih aku ucapkan kepada pasangan suami isteri ini kerana sudi melayan karenah kitaorg dan membuatkan aku dan rakan-rakan blogger yang lain tak kering gusi dengan gelak ketawa.

Aku pasti ramai yang keliru apa kaitan Flamo dan Restoran Ayam Kampung ni kan? Jom aku huraikan kekeliruan korang semua. Menurut pemilik Flamo ni iaitu En. Zulkarnain atau lebih mesra dengan panggilan Abg Zul, buat masa ini jenama Flamo menggunakan nama pendaftaran Restoran Ayam Kampung Sdn Bhd seperti yang telah terdaftar di SSM. Pada mulanya Abg Zul hanya berniaga di stall tepi jalan sehinggalah berjaya mengambil-alih perniagaan Restoran Ayam Kampung daripada pemilik asal semenjak 3 tahun yang lalu dan nama asal restoran itu telah dikekalkan sehingga sekarang. Restoran Ayam Kampung masih lagi menghidangkan juadah Ayam Kampung sebagai menu tengahari disamping hidangan nasi campur yang lain dan seawal pukul 5 petang sajian Flamo pula akan dihidangkan.

flamo-cuisine-restoran-ayam-kampung-wangsa-maju-mi-xian-kebab-tahini-shamphotographyStall Flamo yang akan beroperasi seawal jam 5 petang…

flamo-cuisine-restoran-ayam-kampung-wangsa-maju-mi-xian-kebab-tahini-shamphotography

Kalau korang nak tahu, Flamo @ Restoran Ayam Kampung ni pernah dikunjungi oleh program Jalan-Jalan Cari Makan TV3, Mingguan Wanita, Metro dan Pancarasa yang ingin mencuba sendiri sajian di Flamo. Hebat kan?!!..

flamo-cuisine-restoran-ayam-kampung-wangsa-maju-mi-xian-kebab-tahini-shamphotographyAku bergambar dengan Abg Zul (Pemilik Flamo dan Restoran Ayam Kampung)

flamo-cuisine-restoran-ayam-kampung-wangsa-maju-mi-xian-kebab-tahini-shamphotography

Hidangan pertama di Flamo ialah Mi Xian yang merupakan sajian tradisional daerah Yunnan di China. Mi Xian boleh dihidangkan secara kering ataupun bersama sup istimewa tapi aku nasihatkan supaya korang cuba kedua-duanya. Mi Xian disajikan bersama daging lembu atau ayam yang dicincang halus dengan resipi istimewa pasti akan membuatkan korang tak akan henti mengunyah. Sup Mi Xian perlu direneh selama 9 jam bersama 22 jenis herba dari China…fusssss… pasti ini rahsia keunikannya.

flamo-cuisine-restoran-ayam-kampung-wangsa-maju-mi-xian-kebab-tahini-shamphotographyMi Xian yang dihidangkan kering

flamo-cuisine-restoran-ayam-kampung-wangsa-maju-mi-xian-kebab-tahini-shamphotographyMi Xian yang dihidangkan bersama sup..

Selepas selesai mengirup keenakan Sup Mi Xian, kitaorg dihidangkan lagi dengan keunikan hidangan Satay Flamo yang menyajikan beraneka hidangan satay seperti satay jumbo kambing, satay ayam, satay daging, satay cendawan dan satay kucai. Apa yang menyebabkan satay Flamo ini unik kerana kesemua satay di Flamo akan dibakar bersama-sama salutan chili flakes (cili kering) dan sedikit resipi istimewa. Satay jumbo kambing Flamo tetap menjadi pilihan no. 1 buat aku, memang sedap disamping kepedasan salutan chili flakes.

flamo-cuisine-restoran-ayam-kampung-wangsa-maju-mi-xian-kebab-tahini-shamphotographyAmacam?… terliur tak??…

flamo-cuisine-restoran-ayam-kampung-wangsa-maju-mi-xian-kebab-tahini-shamphotographySatay sedang dipanggang…

flamo-cuisine-restoran-ayam-kampung-wangsa-maju-mi-xian-kebab-tahini-shamphotographySatay Jumbo Kambing

flamo-cuisine-restoran-ayam-kampung-wangsa-maju-mi-xian-kebab-tahini-shamphotographySatay Daging

flamo-cuisine-restoran-ayam-kampung-wangsa-maju-mi-xian-kebab-tahini-shamphotographySatay Ayam

flamo-cuisine-restoran-ayam-kampung-wangsa-maju-mi-xian-kebab-tahini-shamphotographySatay Cendawan

flamo-cuisine-restoran-ayam-kampung-wangsa-maju-mi-xian-kebab-tahini-shamphotographySatay Kucai

Mengikut kata isteri Abg Zul, sajian di Flamo banyak menggunakan Chili Flakes sebagai penambah rasa serta ada juga ramuan rencah istimewa yang diimport khas daripada Yunnan dan tidak boleh di dapati di Malaysia. Aku rasa itulah keunikkan sajian di Flamo yang sememangnya tidak terdapat di tempat lain.

flamo-cuisine-restoran-ayam-kampung-wangsa-maju-mi-xian-kebab-tahini-shamphotographyChili Flakes yang dihasilkan sendiri..

Sebagai penutup acara, kitaorg dihidangkan pula dengan satu lagi keunikan sajian Flamo gabungan Cina dan Arab iaitu Tahini Kebab. Daging panggang yang disaluti chili flakes akan dibungkuskan dengan kelembutan roti kebab dan di tambahkan dengan Sos Tahini, pasti membuatkan korang semua terasa seperti berada di sempadan China dan Arab….ahahahahahaha.. πŸ˜€ memang sedap yer. Korang boleh pilih samaada untuk mencuba Kebab Daging, Kebab Kambing atau Kebab Ayam tapi yang pasti kesemuanya sedap.

flamo-cuisine-restoran-ayam-kampung-wangsa-maju-mi-xian-kebab-tahini-shamphotographyTahini Kebab…memang serius sedap…

Sebelum aku terlupa, aku nasihatkan korang supaya mencuba air mata kucing atau air kedondong asam boi. Aku malas nak bercerita panjang sebab korang wajib datang ke Flamo dan cuba sendiri, mesti korang akan rasa ada kelainan dan keunikan citarasa di situ…hihihihihi. πŸ˜€

flamo-cuisine-restoran-ayam-kampung-wangsa-maju-mi-xian-kebab-tahini-shamphotographyPara blogger bergambar dengan Abg Zul dan isteri… memang terbaekkkk Flamo Cuisine ni…

Flamo juga sedang mencari dan memberi peluang kepada bakal-bakal usahawan yang berminat untuk membuka kiosk Flamo secara Franchise. Aku rasa dengan produk yang ditawarkan oleh Flamo pasti akan menjanjikan kejayaan seiring dengan usaha yang jitu. Jangan risau ok!..Β Korang akan dilatih bagaimana untuk menguruskan perniagaanΒ  ini dan akan diseliakan oleh pengasas Flamo ni. Kalau korang berminat boleh rujuk gambar dibawah ni dulu…

flamo-cuisine-restoran-ayam-kampung-wangsa-maju-mi-xian-kebab-tahini-shamphotography

Bagi korang yang inginkan maklumat lanjut, bolehlah menghubungi…..

Restoran Ayam Kampung
No.41, Jalan Metro Wangsa
Seksyen 2, Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur
Tel :
019 – 211 3433 (Zul)

Facebook Page : FLAMO

Apa kata Abg Zul?… Jom tonton video di bawah ni haaaa…… πŸ˜€

Loading

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

8 thoughts on “Keunikan Citarasa Flamo Cuisine Di Restoran Ayam Kampung

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.