flamo-cuisine-satay-tempat-makan-menarik-di-kuala-lumpur-eshamzhalim-restoran-ayam-kampung

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Satay merupakan antara hidangan yang cukup popular di kalangan masyarakat Malaysia tetapi pernahkah korang mencuba hidangan satay daripada Flamo Cuisine?. Alhamdulillah, sekali lagi aku dan wife telah mendapatkan jemputan daripada pemilik Flamo Cuisine untuk mencuba dan merasai sendiri keunikan dan keenakkan hidangan Satay Flamo. Mungkin ada yang tertanya-tanya β€œApa itu Flamo?”. Flamo sebenarnya adalah penjenamaan citarasa yang bermaksud Flame, Flakes atau Flavour More, iaitu citarasa bagi kombinasi makanan halal tradisonal China-Arab yang merupakan salah satu makanan unik, enak dan sihat. Flamo Cuisine telah diasaskan oleh En. Zulkarnain Malik dan dibantu oleh isterinya dalam usaha untuk memperkenalkan keunikan citarasa makanan yang berlabelkan Flamo Cuisine.

Aku pernah menulis satu entri mengenai Flamo Cuisine satu ketika dahulu yang memfokuskan kepada sajian tradisional daerah Yunnan iaitu Mi Xian dan juga hidangan Arab iaitu Tahini Kebab . Rasanya tidak perlu untuk aku menceritakan lebih lanjut mengenai Flamo Cuisine, boleh baca di entri Keunikan Citarasa Flamo Cuisine Di Restoran Ayam Kampung.

flamo-cuisine-satay-tempat-makan-menarik-di-kuala-lumpur-eshamzhalim-restoran-ayam-kampungMi Xian yang dihidangkan bersama sup.

flamo-cuisine-satay-tempat-makan-menarik-di-kuala-lumpur-eshamzhalim-restoran-ayam-kampungMi Xian yang dihidangkan kering.

Bagi entri kali ini, aku ingin berkongsi mengenai hidangan Satay Flamo yang boleh dikatakan agak unik dan berbeza daripada hidangan satay-satay yang lain. Flamo Cuisine menawarkan 13 jenis hidangan satay yang cukup enak dan unik. Kebiasaannya, satay akan dihidangkan dengan kuah kacang, timun dan juga nasi himpit sebagai pelengkap hidangan tetapi berbeza pula dengan Satay Flamo yang hanya disaluti dan dipanggang bersama-sama salutan rempah dan serbuk cili (Chili Flakes).

flamo-cuisine-satay-tempat-makan-menarik-di-kuala-lumpur-eshamzhalim-restoran-ayam-kampungPelbagai aneka Mi Xian, Satay Kambing Jumbo dan Kambing BBQ

flamo-cuisine-satay-tempat-makan-menarik-di-kuala-lumpur-eshamzhalim-restoran-ayam-kampungPelbagai pilihan Satay Flamo yang harus dicuba.

Bagi kunjungan kali ini, aku dan wife sempat mencuba beberapa hidangan Satay Flamo seperti Satay Kambing Jumbo, Satay Ayam Jumbo,Β  Satay Tauhu Kering dan Tauhu Basah, Satay Cendawan Tiram dan Satay Ubi Kentang.Β  Aku pernah mencuba Satay Daging Jumbo serta Satay Kucai semasa kunjungan sebelum ini. Pilihan satay yang lain seperti Satay Terung, Satay Sosej, Satay Pedal Ayam, Satay Bebola Daging dan Satay Kulit Ayam juga turut ditawarkan oleh Flamo Cuisine. Memang tidak dinafikan, setiap hidangan satay yang disaluti dengan serbuk cili berserta rempah istimewa Yunnan sememangnya akan memberi citarasa yang berbeza dalam setiap hidangan.

flamo-cuisine-satay-tempat-makan-menarik-di-kuala-lumpur-eshamzhalim-restoran-ayam-kampungSatay Kambing Jumbo dan Satay Ayam Jumbo.

flamo-cuisine-satay-tempat-makan-menarik-di-kuala-lumpur-eshamzhalim-restoran-ayam-kampungSatay Tauhu Kering, Satay Cendawan Tiram dan Satay Ubi Kentang.

Aku dan wife berpeluang juga untuk mencuba satu lagi hidangan unik iaitu hidangan Liang Ban Beef yang merupakan hidangan daging sejuk yang dimakan bersama-sama rencahan istimewa. Dagingnya yang lembut dan dimakan bersama gaulan rencahan yang disediakan memang cukup memberi rasa yang berbeza dan Liang Ban Beef juga merupakan hidangan yang wajib dipesan sekiranya berkunjung ke sini. Seperti biasa, Air Mata Kucing dan juga Air Kedondong Asam Boi tetap menjadi pilihan air yang dipesan apabila aku dan wife singgah di sini.

flamo-cuisine-satay-tempat-makan-menarik-di-kuala-lumpur-eshamzhalim-restoran-ayam-kampungLiang Ban Beef (Daging Sejuk)

flamo-cuisine-satay-tempat-makan-menarik-di-kuala-lumpur-eshamzhalim-restoran-ayam-kampung-12Antara pilihan makanan yang disediakan.

flamo-cuisine-satay-tempat-makan-menarik-di-kuala-lumpur-eshamzhalim-restoran-ayam-kampungAir Kedondong Asam Boi dan Air Mata Kucing.

flamo-cuisine-satay-tempat-makan-menarik-di-kuala-lumpur-eshamzhalim-restoran-ayam-kampungJangan lupa untuk mencuba Tahini Kebab Flamo Cuisine.

Pada pendapat aku, harga yang ditetapkan amat berpatutan dengan setiap hidangan yang ditawarkan. Hidangan Flamo Cuisine adalah satu hidangan yang wajib dicuba dan sekiranya korang semua berada di sekitar Wangsa Maju, jangan lupa singgah disini dan rasai sendiri keunikan dan keistimewaan hidangannya.

Restoran Ayam Kampung (Flamo Cuisine)
No.41, Jalan Metro Wangsa
Seksyen 2, Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur
Tel : 019-211 3433 (Zul) atau 03-4131 3883
E-mail: sales@flamocuisine.com
facebook: flamocuisine
Instagram: Flamocuisine

Loading

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

4 thoughts on “Keunikan Hidangan Satay Flamo Cuisine, Wangsa Maju

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.