KL-Fabulous-Food-1Malaysia-Hunt-2014-eshamzhalim-red-adventure

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Apa khabar para pembaca semua?. Bagi bulan Oktober dan November ni, jadual mingguan aku dan wife memang padat dengan pelbagai aktiviti dan kemungkinan agak lambat sikit untuk update entri terbaru. Maklumlah, kitaorg bukannya blogger sepenuh masa kan? cuma blogger sambilan jer pastu ditambahkan lagi dengan kerja-kerja di pejabat yang semakin menggunung menuju ke puncak Everest….hihihihi.. πŸ˜€

Entri kali ni, aku nak berkongsi pengalaman kitaorg buat julung kalinya menyertai pertandingan KL Fabulous Food 1Malaysia Hunt 2014 yang telah diadakan pada 18 Oktober 2014 di MaTiC Lanai, Jalan Ampang, Kuala Lumpur anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan FELDA. Setiap team terdiri daripada 4 orang peserta dan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM200 serta setiap team juga perlu memilih nama team sendiri. Aku, wife, Zakiah dan Alice telah bergabung dalam 1 team dan memilih nama Geng Zombie. Kenapa kitaorg pilih nama β€œGeng Zombie”?. Sebenarnya nama Geng Zombie ni adalah nama group outdoor yang aku dan wife selalu join dan secara tidak rasminya, aku telah dilantik sebagai Ketua Kelas bagi group ni…hahahaha… panggilan ketua kelas tu melekat sehingga sekarang tapi zaman sekolah dulu pon memang aku pernah jadi ketua kelas tau.

KL-Fabulous-Food-1Malaysia-Hunt-2014-eshamzhalim-red-adventureTeam 012 a.k.a Geng Zombie

Seawal pukul 7.30 pagi kitaorg telah berkumpul di Kompleks Kraf Kuala Lumpur untuk parking kereta di sana dan berjalan kaki ke MaTic Lanai. 30 minit berjalan kaki barulah sampai di MaTic Lanai disebabkan sistem pandu arah kitaorg yang kurang efisyen dan ada sebabnya kenapa kitaorg parking kereta di Kompleks Kraf ni. Sampai jer di MaTic Lanai terus nampak warna oren memenuhi setiap ruang yang ada di sana, rupa-rupanya baju rasmi KL Fabulous Food 1Malaysia Hunt pada tahun ini adalah warna oren. Kalau tak salah tahun lepas bajunya warna biru. Kitaorg terus menuju ke kaunter pendaftaran untuk pengambilan goodies beg dan baju. Sementara menunggu program bermula, aktiviti yang wajib dilakukan adalah acara bergambar….hihihihi. πŸ˜€

KL-Fabulous-Food-1Malaysia-Hunt-2014-eshamzhalim-red-adventureGroupfie bersama geng zombie.

KL-Fabulous-Food-1Malaysia-Hunt-2014-eshamzhalim-red-adventureWalaupun team berasingan tapi tetap boleh berbincang…

KL-Fabulous-Food-1Malaysia-Hunt-2014-eshamzhalim-red-adventureGroupfie dulu sebelum mula program.

KL-Fabulous-Food-1Malaysia-Hunt-2014-eshamzhalim-red-adventureDuduk sambil mendengar taklimat daripada pihak penganjur.

Mesti korang tertanya-tanya, apa yang perlu kitaorg lakukan di dalam pertandingan KL Fabulous Food 1Malaysia Hunt ni?. Senang jer sebenarnya, kitaorg hanya diperlukan untuk makan makanan yang diberi di setiap check-point sehingga licin. Iya!!. Betul!!. hanya perlu makan jer. Semua team diberi 10 check-point dan 9 check-point adalah di kedai atau restoran sekitar bandaraya manakala 1 check-point lagi hanya diperlukan untuk melengkapkan puzzle yang telah diberi. Hanya penggunaan pengangkutan awam sahaja yang dibenarkan untuk ke setiap check-point dan dilarang menggunakan kereta sendiri. Pengangkutan awam tu termasuklah bas, komuter, LRT, Star ataupun teksi. Mana-mana team yang didapati menggunakan kereta sendiri akan disingkirkan daripada pertandingan. Setiap team akan diberi 1 kad (passport) yang mengandungi nama kedai (check-point) yang perlu diselesaikan dan mendapatkan cop pengesahan selepas berjaya menghabiskan makanan yang diberi. Setiap ahli kumpulan hanya dibenarkan melakukan 2 check-point sahaja (makan 2 kali jer). Team yang berjaya menghabiskan semua check-point dalam masa yang paling pantas akan dikira sebagai pemenang. Bunyi macam senang jer kan?…. ermmmm.

KL-Fabulous-Food-1Malaysia-Hunt-2014-eshamzhalim-red-adventureTeam aku sedang meneliti passport yang telah diberi dan berbincang check-point mana yang akan kitaorg terjah dulu.

KL-Fabulous-Food-1Malaysia-Hunt-2014-eshamzhalim-red-adventureGroupfie lagi sebelum program bermula.

Kesemua team telah dilepaskan pada pukul 10 pagi dan nampaknya semua berlari seperti lipas kudung. Ada 10 check-point yang perlu diselesaikan dan check-point terakhir adalah di Kompleks Kraf Kuala Lumpur…haaaa… sebab tu lah kitaorg parking kereta di Kompleks Kraf sebab malas nak jalan kaki lagi ke MaTic Lanai. Pertama kali aku berebut teksi dengan peserta yang lain dan yang paling licikya, ada yang dah tempah teksi awal-awal khas untuk pertandingan ini. Beratur jer teksi tunggu di tepi jalan dan biasanya hanya peserta yang dah pernah sertai sahaja tahu akan taktik licik ni…hihihihihihi.. πŸ˜€ , bagi yang baru pertama kali, memang terpinga-pingalah dibuatnya.

Tapi itu semua tidak menjadi penghalang buat kitaorg, seawal mendaftar lagi memang kitaorg dah tahu tiada peluang untuk menang..hahahahaha.. ini adalah sekadar mencari pengalaman tapi mungkin pada tahun depan kitaorg akan lebih bersedia. Mungkinkah????…….

Cabaran yang paling susah adalah untuk mencari kedai makan atau restoran yang dijadikan check-point. Kitaorg hanya diberi nama kedai sahaja dan tiada alamat yang lengkap, terpaksalah tanya pada pemandu teksi dan juga sesiapa sahaja yang kitaorg jumpa semasa dalam perjalanan. Kesemua check-point memang berada dalam jarak yang agak jauh diantara satu sama lain hinggalah ke Platinum Walk Danau Kota, Chow Kit, Bandar Tun Razak, Bandar Sri Permaisuri, Kampung Sungai Penchala, Kampung Baru, Setiawangsa dan Wangsa Maju.

KL-Fabulous-Food-1Malaysia-Hunt-2014-eshamzhalim-red-adventureZakiah tengah bertungkus lumus menghabiskan Char Koay Teow.

KL-Fabulous-Food-1Malaysia-Hunt-2014-eshamzhalim-red-adventureAku pulak tengah perabihkan burger bakar…..fusssss… memang besar burgernya.

KL-Fabulous-Food-1Malaysia-Hunt-2014-eshamzhalim-red-adventureAlice selfie sambil menunggu aku habis makan.

KL-Fabulous-Food-1Malaysia-Hunt-2014-eshamzhalim-red-adventureWife dapat check-point Sup Meletup

KL-Fabulous-Food-1Malaysia-Hunt-2014-eshamzhalim-red-adventureCheck-point di Family Corner dengan menu laksa.

KL-Fabulous-Food-1Malaysia-Hunt-2014-eshamzhalim-red-adventureWife sedang habiskan nasi putih dan asam pedas.

KL-Fabulous-Food-1Malaysia-Hunt-2014-eshamzhalim-red-adventureDi Restoran Asam Pedas, Wangsa Maju

Senarai Check-Point (CP) bagi KL Fabulous Food 1Malaysia Hunt 2014:

CP01 – Dapur Muor Assam Pedas, Platinum Walk Danau Kota
CP02 – MZ DarulNaim, Chow Kit
CP03 – Family Corner, Bandar Tun Razak
CP04 – Sup Meletup, Bandar Sri Permaisuri
CP05 – Mie Cord Char Koay Teow, Kampung Sungai Penchala
CP06 – Kedai Makan Murah Meriah, Kampung Baru
CP07 – Restoran Asam Pedas, Setiawangsa
CP08 – Kaw-Kaw Burger Bakar, Wangsa Maju
CP09 – Puzzle
CP10 – Laxana Catering, Kompleks Kraf Kuala Lumpur

Oleh kerana kekangan duit, maka terpaksalah kitaorg menggunakan pengangkutan Putra LRT dan Star bagi menjimatkan kos dan hanya sesetengah tempat sahaja yang mengunakan perkhidmatan teksi. Semua itu adalah cabaran bagi team kitaorg dan memang pengalaman yang amat berguna. Perjalanan mengunakan Putra LRT memang mengambil masa yang lama tapi memang terpaksa apabila mengenangkan kenipisan duit di dalam poket. Dari satu check-point ke satu check-point diterjah tapi akhirnya terkandas di check-point yang ke 7 disebabkan masa yang diperuntukkan hanya sehingga 2.30 petang sahaja. Walaupun hampa tetapi kitaorg dah cuba lakukan yang terbaik dan niat dihati memang ingin selesaikan kesemua check-point dalam masa yang ditetapkan biarpun kalah. Nampaknya terpaksa akur dengan team yang lagi hebat. (dorang semua guna teksi weiii… πŸ˜› )

KL-Fabulous-Food-1Malaysia-Hunt-2014-eshamzhalim-red-adventureSelfie dalam teksi.

KL-Fabulous-Food-1Malaysia-Hunt-2014-eshamzhalim-red-adventureDalam LRT pun boleh bergambar.

Akhirnya kitaorg terpaksa meredah hujan lebat untuk teruskan perjalanan ke Kompleks Kraf bagi upacara penutup dan penyampaian hadiah kepada team yang menang. Sempat ler juga ronda-ronda di Suria KLCC dan Pavilion dengan memakai poncho (baju hujan)… ahahahaha… malas dah aku nak buka pocho.

KL-Fabulous-Food-1Malaysia-Hunt-2014-eshamzhalim-red-adventureSinggah sekejap di Suria KLCC

KL-Fabulous-Food-1Malaysia-Hunt-2014-eshamzhalim-red-adventureWalaupun hujan lebat tapi berjaya jugak kitaorg sampai di check-point terakhir.

KL-Fabulous-Food-1Malaysia-Hunt-2014-eshamzhalim-red-adventureSemua sedang menunggu acara pemyampaian hadiah.

KL-Fabulous-Food-1Malaysia-Hunt-2014-eshamzhalim-red-adventureBergambar bersama Emcee dan band boys

KL-Fabulous-Food-1Malaysia-Hunt-2014-eshamzhalim-red-adventureKitaorg selfie bersama Abang Jalil Hamid. Best dengar dia nyanyi lagu Hari Raya.

Sememangnya satu pengalaman yang menyeronokkan dan pasti kitaorg akan daftar lagi untuk tahun depan. Nampaknya kenalah bersedia untuk tahun depan ni, kalau dapat top 50 pun jadilah…hihihihihi… πŸ˜€

Komen aku mengenai program ni…..

Bagi aku lebih mencabar jika kesemua peserta hanya dibenar menggunakan pengangkutan awam seperti LRT, Star, Komuter ataupun bas sahaja. Penggunaan teksi ni, aku rasa kadang-kadang seperti tak sesuai kerana kelebihan kepada mereka yang sanggup mengeluarkan modal yang besar dan tidak memberi peluang kepada peserta lain yang hanya mampu menggunakan pengangkutan awam yang lebih murah. Lokasi check-point pula, aku rasa perlu berdekatan dengan hub pengangkutan awamΒ  ataupun jarak berjalan kaki yang sesuai kerana telah menjadi syarat semua peserta hanya dibenarkan menggunakan pengangkutan awam sahaja. Ada sesetengah check point yang jauh dan hanya boleh diakses menggunakan teksi sahaja. πŸ˜€

Loading

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

13 thoughts on “KL Fabulous Food 1Malaysia Hunt 2014

  1. awok suke beno le aktiviti treasure hunt yang berbentuk camni…….. errr… kalo TM Perak buat event camni … mike nak join ke???? lagi satu sham…. tolong cadang2 kan mana2 blogger yang buat entri pasei travel….. tourism…… food……. nak tambah lagi list blogger yg ada ni sham…..

  2. Salam perkenalan πŸ™‚

    Bukan sebab modal besar tu bang, tapi strategi. kami pun belajar dari pengalaman2 lalu πŸ™‚ xpe next year atleast dah tau ape nak buat sblm join race kan? x yah modal besar, teksi guna meter pun x sampai rm100 sebenarnya πŸ™‚ so tong2 baru rm25 sorang.. haa..

    ape pun best juga baca pengalaman pasukan lain. jumpa lagi insya allah next year? πŸ™‚

    1. Wahhhhhh…. Team Juara komen di blog ni… terharu aku bro.. tu lah kan. disebabkan team aku 1st time kan so memang rasa kelam kabut sket tapi kitaorg dah tanam strategi untuk tahun depan…ahahahahaha… tapi aku dengar ada jugak team yang bayar teksi sampai RM300 bro… tu yg gerun aku dengar tuuu… Btw Tahniah buat Team Bro dan semoga tahun depan kitaorg mampu bersaing dengan team bro.. chaiyok2…. πŸ˜€

      1. *kembang idong* haha.. xde ape lah.. biase2 je kitaorg.. nasib kitaorg baik.. sbb jarak masa dengan team belakang pun x jauh.. dan berdepan keadaan trafik, nak carik tempat.. tu cabaran juga. kepantasan makan pun kena amik kira. πŸ™‚

        kitaorg dah 3 tahun join, so boleh agak lah cara game dia. tp format dia tahun 2012 lain. kitaorg pun pengalaman sedih gak edisi tahun tu.. boleh baca lah (kalu sudi) cerita dari 2012 ke 2014 punya version.

        yup. ada member nak buat camtu. tp aku nasihatkan diaorg samada guna meter atau kaw team siap2 rate. sbb rm300 tu kira sewa sehari. kita guna berapa jam jer.. tp mostly mmg kena guna teksi sbb mcm kat penchala tu mana nak dpt LRT kan? πŸ™‚ kena carik driver yg sempoi, yg minat race2 ni. sbb kalu amik pakcik tua.. dia mmg takkan bawak laju2.. santai siar2 di kebun bunga jer.. mcm kitaorg punya driver, dia sendiri dulu pernah join treasure hunt.. dia pulak kadang2 aku rasa terlebih kuah.. haha..

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.