Salam,
“Kuala Berlumpur dan Pengkalan Lumpur”. Ini adalah antara nama-nama yang pernah disebut sebelum digelarkan sebagai Kuala Lumpur?..ada juga pendapat yang mengatakan nama Lumpur tersebut diambil daripada nama Sungai Gombak yang ketika itu digelar Sungai Lumpur….dan korang tau tak? dulu ada sawah padi di Kuala Lumpur…hihihihi… π
Gambar sawah padi di Kuala Lumpur yang pernah diambil oleh seorang bangsa jepun, bernama M.S. Nakajima
Entri ni adalah sambungan daripada entriΒ Kuala Lumpur Satu Ketika Dahulu-Part 1. Jom aku cite lagi sket pasal Kuala Lumpur, mungkin ada yang dah tau atau mungkin juga ada yang langsung tak pernah amik tau. Moh aku flash back balik sejarah dulu….
[ Mengikut sejarah dulu-dulu yang merekodkan bahawa Kuala Berlumpur atau Pengkalan Lumpur mula dibina pada tahun 1857 di Kuala Sungai Gombak dan juga Sungai Klang. Bermulanya dengan pembukaan Lembah Klang bagi kegiatan perlombongan biji timah oleh Raja Abdullah yang juga merupakan seorang ahli keluarga kerajaan Selangor. Dalam masa yang sama,Β pencari gali berbangsa cina juga turut pergi di sungai Klang dan mula membuka kawasan di daerah Ampang, yang pada masa itu adalah kawasan hutan belantara. Oleh kerana kegiatan perlombongan biji timah telah berkembang pesat pada ketika itu, ramai pedagang-pedagang mula membuka perniagaan dan menjual keperluan asas kepada pelombong. Pedagang-pedagang tersebut telah membina kedai di Kuala Sungai Klang dan juga di Kuala Sungai Gombak, maka dengan itu lahirlah sebuah pekan yang digelar Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur satu masa dahulu dijadikan ibu negeriΒ Selangor menggantikan Klang pada tahun 1880 hingga akhirnya terpisah daripada Selangor pada tahun 1972 dan menjadi sebuah bandar yang dinamakan Wilayah Persekutuan. Kuala Lumpur juga pernah ditakluki oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Ke II pada 11 Januari 1942 dan telah menguasai bandar Kuala Lumpur selama 44 bulan. ]
Aku bukan seorang pengkaji sejarah, cuma sekadar buat research untuk entri ini. Banyak juga pendapat-pendapat lain mengenai siapa yang mula-mula dahulu yang membuka Kuala Lumpur dan juga tentang kisah Kapitan Cina di Kuala Lumpur yang digelar Yap Ah Loy. Ini aku rasa korang boleh buka buku sejarah semula yer….ekekekeke. Entri peribadi aku ni lebih kepada mengimbau kenangan dan juga gambar-gambar Kuala Lumpur suatu ketika dahulu. Ok!..Ok!.. cukup la aku berceloteh, jom aku jamu gambar pulak kat korang……..
Aku terjumpa gambar-gambar masa banjir di Kuala Lumpur dulu..tahun tak dapat dipastikan.
Korang leh cam tak kat area mana ni?
Kedai kasut Bata…. lama dah ada rupanyer….ekekekeke
Medan Pasar ni kan… area Bangkok Bank kan?..
Adakah ini Hentian Pudu?… nampak macam yer kan…
Bapak aku ada amik gambar masa banjir besar kat Kuala Lumpur, dier ada bergambar dengan kawan-kawan Pejabat Pos meredah banjir masa tuuu…ada lagi kitaorg simpan gambar tu. Nanti aku cuba tanya mak aku balik sebab dia yang simpan…ekekekeke.
Jom layan lagi gambar-gambar sekitar Kuala Lumpur…. Back to the past!!..
Pasar Seni @ Central Market. Tahun tak dapat dipastikan..Β
Pasar Seni @ Central Market. Tahun 1916. Gambar ni daripada poskad sebenarnya. Siap ada setem tuu..
Petaling Street dulu-dulu… sama macam cite cina dulu-dulu kan?..
Stesyen Keretapi Kuala Lumpur pada tahun 1912.
Sama jer macam sekarang kan… tak banyak berubah sangat…tapi sekarang dah ada KL Sentral.
Kawasan KTMB. Dulu dipanggil Victoria Avenue sekitar tahun 1960-an
Inilah gambar bangunan Muzium Negara sebelum dinaiktaraf.
Stadium Merdeka yang banyak menyimpan Sejarah Kemerdekaan.
Semasa pembinaan Stadium Merdeka
Gambar-gambar kat bawah ni pulak adalah tempat yang selalu aku lalu sehinggalah sekarang…memang nostalgia sungguh.. puas jugak aku cari dalam internet. Tempat-tempat ni berhampiran dengan Kampung Kerinchi yang menjadi tempat aku membesar.
Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. Tak sangka aku dulu yang Universiti Malaya akan menjadi tempat aku mencari rezeki hinggalah sekarang.
Mesti korang tak caya kan?..hihi..Ini adalah Federal Highway suatu masa dahulu dan bangunan kat tepi tu adalah bangunan K.W.S.P Jalan Gasing. Nampak kosong jer dulu tapi sekarang dah semak dengan pembangunan.
Di Jalan Pantai Baru, mak aku pernah keje di Taylor’s College tu dulu.. kat area sini lah Telekom Malaysia, Menara Rebung, Padang Kilat LLN dan Balai Polis Pantai. Stesen minyak tu sampai sekarang ada kat situ, BHP sekarang ni.
Ni kat Jalan Pantai Baru gak cuma lagi moden sket dari gambar yang atas. Simpang ni yang akan ke Pantai Dalam, Kg. Abdullah Hukum dan ke Bangsar. Angkasapuri dah tersergam indah, aku rasa flat kat hujung kanan tu flat PKNS 17 tingkat Kg KerinchiΒ kot?.
Aku rasa ni Masjid Ar-Rahman di sebelah Universiti Malaya sebab tiang tu sama jer hingga sekarang.
Hospital Universiti atau sekarang dikenali dengan nama Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
Kawasan Pudu dulu.
Parlimen Malaysia dan Tasik Perdana.
Flat Loke Yew
Panggung wayang Lido. Aku pun dah tak ingat kat area mana.
Jabatan Penerangan sekarang ni kan?…
Borneo Motor. Ada lagi ker bangunan ni? rasa cam ada lagi.
Jalan Ampang Kuala Lumpur.
Jalan Kinabalu. Ni sah-sah ler tak jem kan…hihihihiihi…
Dah lama tak pergi sini, dulu selalu ler cari kasut kat sini. π
Ini ler pasaraya yang mak aku selalu bawak kitaorg adik beradik untuk shopping raya… cukup kenal aku dengan Globe Silk Store ni…
Flat Pekeliling pada tahun 1974. Sekarang dah nak tunggu diroboh jer flat ni..
Bangunan Standard Chartered Bank, Jalan Ampang
Cathay Cinema…
Aku rasa cukup ler aku berhenti setakat ni dulu, ada banyak lagi gambar sebenarnya tapi akan disambung di entri yang ketiga yer… mana boleh letak semua gambar dalam 1 entri kan, kang jenuh lak korang nak skrol down. Sajer jer aku buat banyak bahagian sebab nak bagi korang semua selalu masuk blog aku….hihihihihi.. π
So nampaknya korang kena la tungguuuuu lagi yer next entri personal projek aku… π macam biasalah, silalah like dan share dengan kawan-kawan yer…mana lah tau boleh mengimbau kenangan balik.
Sumber Gambar dan Info: Kesemua gambar-gambar dalam entri ni adalah hasil carian di internet dan google. Hakmilik gambar-gambar ini adalah tetap hakmilik pemilik asal gambar dan saya hanya menggunakannya sekadar perkongsian di dalan blog ini sahaja. Maklumat sejarah yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan kajian di dalam internet dan saya tidak bertanggungjawab terhadap kesahihan maklumat tersebut.

Terbaik.. sy mmg suka merenung kisah lama.. kisah waktu saya masih di luh mahfuz hehee.. belum lahir lg. Oh ye.. bangunan Pudu tu diambil dari tapak dataran Maybank kan.. sbb, sy pernah terperhati sight yg sama lewat 90han sewaktu ada urusan di bukit Maybank tu.. rasanya klu x silaplah, yg beza cuma perubahan suasana mengikut garisan waktu, tp jiwa permandangan tu ttp sama,
Entri yg sgt bermanfaat, t kasih diatas perkongsian ye.. π
Saudara Khir Khalid, terima kasih kerana sudi membaca entri saya. Sama-sama kita mengimbau kembali kenangan lama dan sejarah KL…ekekekeke π . Gambar Bangunan Pudu tu saya tak pasti diambil daripada angle mana tapi kemungkinan betul jugak tekaan tuan tuu… cuma yang beza waktu jer..
kl.. perubahan yg ketara.. π
KL dulu, kini dan selamanya…… π
Assalamualaikum. Ada lagi tk gmbar area2 Pantai Dalam dan Kg. Kerinchi trutamanya kat kawasan SMK Seri Pantai dan The Sphere? Saya lahir thun 1994, so sempat rasa kejap suasana lama sblum kawasan tu dibangunkan.. Tringin nk tgk gmbar2 lama.
Waalaikumsalam bro, dulu mmg ada simpan gambar2 sekitar situ tp semua dah hangus terbakar masa rumah saya terbakar… ada jugak pernah saya post dalam FB untuk mencari sesiapa yg ada lg menyimpan gambar2 lama tapi malangnya takde sorang pon yang email kat saya… dulu duduk area mana?.. Ex-SMSP jugak ker?… π
Bukan saya tpi ayah saya pnah duduk situ. Saya baru nk knal dunia bang. Umur baru 20 thun. Hahaha! Saje nk tgk gmbar dulu2 sbb nk tau sejarah. Saya pnah duduk Flat Pekeliling dari thun 1996 smpai 2007. Skang duduk PPR Kg. Limau kat P. Dalam.. Saya baru abis Form 6 kat SMKSP.
oooooo…gitu ker… Abg pun Ex-SMSP batch 96 …. kg kerinchi skrg dah tinggal kenangan jer… Mak abg duk kat Blok E Seri Cempaka tuuu… dah dekat ler tuu ngan PPR Kg Limau…ekekekekeke… π π
Hahaha.. Oh lama dh tu. Saya baru nk knal dunia. Abg tau tk Masjid Ar-Rahah kat blakang The Sphere tu? Tak silap saya, tapak rumah nenek saya dulu (rumah setinggan) btul2 kat tmpat masjid tu skang.
oooo.. kat bawah tu ker? rumah abg dulu kat belakang rumah panjang kat area Surau Bukit B dulu…. hihihihihi.. sebelum hangus terbakar… π π
Bang, ada FB tk?
cari jer Eshamz Halim ….. mesti jumpanya nanti dlm fb….
menarik sejarah KL ni
entry bro sedikit sebanyak beri info kepd Sop π
Ekekeke.. terima kasih sebab sudi baca bro…. mengimbau kenangan zaman dulu…ekekekeke.. π
Assalam. Bro “Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sekarang ni kan?⦔ sebenarnya bangunan Standard Chartered Bank di jalan Ampang, KL.
Ye ker bro?.. ok2.. aku tukar caption tu… terima kasih bro..hihihihi.. π