Assalamualaikum dan Salam Mesra,
Bagi mereka yang gemar melakukan aktiviti-aktiviti ekstrem yang mampu meningkatkan lagi tahap adrenalin ataupun sekadar untuk melarikan diri daripada kesibukkan kota sambil mendambakan diri menikmati alam semulajadi, bolehlah singgah dan terokai sendiri Kuala Razila Adventure Resort Riverside yang beroperasi di Ulu Geroh, Gopeng Perak. Kuala Razila Adventure Resort Riverside menawarkan pelbagai pakej daripada aktiviti santai sehinggalah ke aktiviti ekstrem, di antaranya adalah aktiviti merentas hutan, berkhemah, mendaki, waterfall abseiling, water tubing serta aktiviti white water rafting yang merupakan aktiviti paling popular di Sungai Kampar, Gopeng.
Alhamdulillah, aku dan wife telah dijemput sebagai wakil blogger bagi program Xstreme Sport yang telah dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak (KSKMP) dengan kerjasama pihak Kuala Razila Adventure Resort Riverside. Program 2 hari 1 malam ini yang berlangsung pada 30 September dan 1 Oktober 2017, melibatkan wakil media daripada pelbagai agensi yang bertujuan untuk mempromosikan Kuala Razila Adventure Resort Riverside dan sekaligus berpeluang untuk merasai sendiri aktiviti-aktiviti ekstrem yang ditawarkan di sini.
Selamat Datang Wakil Media. 😀
Antara tempat penginapan yang disediakan di Kuala Razila Adventure Resort Riverside.
Pada hari pertama di Kuala Razila Adventure Resort Riverside, kami sempat melakukan aktiviti pendakian ke puncak Bukit Batu Putih untuk menikmati permandangan sekitar Gopeng secara 360 darjah serta bersantai sambil menantikan senja sebelum meredah kegelapan menuju turun ke bawah. Pendakian ke puncak Bukit Batu Putih hanyalah mengambil masa sekitar 30 minit dan boleh dikategorikan sebagai aktiviti santai serta sesuai untuk semua lapisan peringkat umur. Puncak Bukit Batu Putih ini sememangnya popular sebagai lokasi untuk menyaksikan matahari terbenam (sunset) dan kebiasaannya aktiviti pendakian akan dilakukan pada sebelah petang.
Trek permulaan untuk mendaki Bukit Batu Putih.
Antara lokasi untuk berehat.
Memang menarik.
Permandangan 360 darjah.
Ini salah satu lokasi popular untuk bersantai sebelum ke puncak.
Puncak Bukit Batu Putih.
Lepak santai sambil menantikan matahari terbenam sebelum bergerak turun ke bawah.
Jom layan video 360 dulu…. 😀
Pada hari kedua pula, aku dan wife bersama wakil media yang lain dibawa ke air terjun Ulu Geruntum untuk menguji tahap keberanian diri dengan aktiviti waterfall abseiling. Air terjun Ulu Geruntum dikenali juga dengan nama air terjun Merkoi di kalangan masyarakat pribumi di situ yang membawa maksud ‘kedamaian’. Di sebelah petang pula, sekali lagi keberanian kami diuji dengan aktiviti white water rafting untuk meredah arus menempuhi 7 buah jeram besar dan 15 buah jeram kecil sejauh 15 kilometer di Sungai Kampar yang bermula dari perkampungan Ulu Geroh sehinggalah berakhir di Kampung Jahang sebelum di bawa pulang ke Kuala Razila Adventure Resort Riverside dengan menaiki lori yang telah disediakan khas oleh pihak penganjur. Sebenarnya, ini adalah bukan kali pertama aku dan wife menyertai aktiviti waterfall abseiling dan juga white water rafting tetapi setiap kali kami melakukan aktiviti ini, ianya tetap akan memberikan cabaran dan pengalaman yang berbeza. Debaran itu tetap akan terasa sebelum memulakan aktiviti-aktiviti tersebut. 🙂
Waterfall abseiling atau dikenali juga sebagai canyoning ini adalah satu aktiviti ekstrem menuruni cerun air terjun dengan menggunakan peralatan tali. Ketinggian air terjun Ulu Geruntum adalah lebih kurang 20 meter dan ianya merupakan salah satu air terjun yang sesuai bagi mereka yang baru pertama kali melakukan aktiviti ini. Jangan risau, taklimat keselamatan dan teknik penggunaan tali akan diberi. Mungkin aku boleh cadangkan aktiviti ini kepada mereka yang ingin mengatasi masalah gayat…hihihihihi…. 😀 Selain daripada perlu melawan perasaan gementar atau gayat, kederasan air terjun serta permukaan batu yang licin adalah di antara cabaran semasa melakukan aktiviti ini. Walau gementar mana pun perasaan, muka haruslah sentiasa ceria dan tersenyum….hahahahaha… 😀
Ini pun antara aktiviti ekstrem…hahahaha…. naik lori untuk ke lokasi air terjun.
Air Terjun Merkoi yang bermaksud kedamaian.
Bergambar dengan wartawan sensasi Pak Dolly…hihihihi.. 😀
#aktivitilakibini 😛
Jom layan video di atas ni sekejap….. Memang puas layan air terjun sambil abseiling… ?
Masakan kampung yang disediakan oleh Kuala Razila Adventure Resort Riverside. Memang menyelerakan….kena bagi perut kenyang dulu sebelum redah jeram….hihihihihi…. 🙂
White water rafting sememangnya salah satu aktiviti popular bagi pengemar aktiviti sukan lasak dan ini juga merupakan kali ke 5 aku dan wife diberi peluang untuk melakukan aktiviti ini. Mendayung bot sewaktu meredah arus dan jeram sememangnya memerlukan kekuatan fizikal dan kerjasama di antara rakan-rakan di dalam bot adalah amat penting untuk memastikan bot bergerak dengan lancar. Bagi aku, aktiviti ini juga dapat mengajar kita bagaimana untuk mengawal perasaan panik sekiranya bot terbalik ataupun apabila tercampak ke dalam sungai. Tahap kesukaran juga boleh berubah daripada santai ke ekstrem mengikut kederasan arus serta perubahan aras air sungai dan disebabkan itu, aspek keselamatan adalah amat penting apabila melakukan aktiviti ini tetapi sekiranya bot anda tidak terbalik, itu bermakna anda tidak melakukan aktiviti ini dengan betul….hahahahaha… 😀 Walau apa pun, jangan biarkan perasaan takut itu mengganggu keseronokan anda…hihihihihi.. 🙂 Paddle Up!!!!….
Tempat permulaan white water rafting.
Forward!!!..forward!!..
Steady team!!!.. 😀
Best ooooo….. 😀
Melilau mata mencari kamera…hihihihihi.. 🙂
Bersantai selepas puas layan jeram… 😀
Yeahhh!!!… Hi 5!…
Berhenti berehat sekejap.
Apa tuuu??….
Yeayyyy!!..
Mandi sungai.
Disebabkan tak puas rafting di sungai, kami rafting atas lori pulak…hahahaha.. 😀
Group photo wakil-wakil media bersama En. Razak Abdullah, pemilik Kuala Razila Adventure Resort Riverside sebelum masing-masing bergerak pulang.
Kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba atau ingin menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti ini, janganlah segan-silu untuk menghubungi Kuala Razila Adventure Resort Riverside serta boleh melayari laman web www.kualarazilaadventureandresort.com atau fb Razila Adventure And Resort untuk maklumat yang lebih lanjut dari segi harga dan pakej. Kuala Razila Adventure Resort Riverside juga menyediakan tempat penginapan kepada mereka yang ingin bermalam serta lain-lain kemudahan asas seperti bilik air, tandas dan parkir kenderaan khas buat pengunjungnya. Bagi mereka yang akan bermalam di chalet atau di dorm Kuala Razila, jangan lupa untuk mencuba masakan kampung di Kuala Razila Adventure Resort Riverside…memang menyelerakan. 😀
Maklumat untuk dihubungi adalah seperti di bawah:
+6011.10000426 (Abaz)
+6011.16195203 (Faizrol)
+6012.5958148 (Siti)
email: silvernettraveltour@gmail.com
Senarai pakej dan harga.
Terima kasih sekali lagi aku ucapkan kepada Pak Dolly, Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak (KSKMP) dan juga pihak Kuala Razila Adventure Resort Riverside terutamanya En. Razak Abdullah kerana telah menjemput dan memberi peluang kepada aku dan wife untuk bersama-sama turut serta dalam program ini. InshaAllah, kami akan kembali lagi ke Kuala Razila. 😀
p.s. Gambar-gambar dan video di dalam entri ini adalah hakmilik sendiri, KSKMP dan juga jurugambar yang terlibat. Terima kasih 😀
