Assalamualaikum dan Salam Mesra,
Kuching Marathon 2016 telah diadakanΒ diΒ Padang Merdeka, Jalan Tun Abang Haji Openg, Kuching pada 14 Ogos 2016. Merupakan penganjurannya yang ketiga sejak pertama kali diadakan pada tahun 2014 serta ianya telah menjadi salah satu acara yang popular dan dinanti-nantikan setiap tahun. Seperti biasa, acara ini menawarkan 4 kategori larian iaitu Full Marathon (42.195km), Half Marathon (21.1km), 10km dan juga 5km.
Semestinya, aku dan wife tidak akan ketinggalan untuk mendaftar bagi kategori Half Marathon (21.1km) dan merasai sendiri pengalaman berlari di bandar Kuching. Alhamdulillah, aku dan wife dapat beli tiket Air Asia dengan kadar yang boleh dikatanya berpatutan serta bayaran hotel yang cukup murah untuk penginapan kami 4 hari 3 malam. π Alice dan Z pun turut serta ikut kami ke Kuching walaupun bukan untuk berlari. Runcation katanyaβ¦hihihihi..matlamat utama adalah untuk berlari tapi dalam masa yang sama boleh merayap sambil makan angin dan food hunt sekali. π Ramai juga terserempak dengan wajah-wajah popular di dalam arena larian Malaysia semasa proses pengambilan race kit di Plaza Merdekaβ¦.hihihihihi… π
Terima kasih juga kepada rakan-rakan Alice dan Z kerana sudi mengambil kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) serta banyak membantu kami di Kuching. Sempat juga meronda di sekitar bandar Kuching dan juga mencuba pelbagai menu makanan popular di sana.
Acah-acah bergambar di Pelepasan Antarabangsa padahal ke Kuching jer…hahahahaha..habis kerja terus ke KLIA2. π
Sampai jer terus makan laksa sarawak…memang marveles!..
Lama juga kena beratur untuk ambil racekit.
Nombor bib ikut turutan…hihihihihi.. π
Terima kasih kepada Alice dan Z sebab sudi temankan kami Runcation… π
Terserempak dengan Abam Retis Tharmendran. π
Member lama ni…zaman-zaman geng Daihatsu Charade GTti dulu ni… π
Terserempak dengan Pikachu di bandar Kuching… π
Bersiar-siar di Pantai Pasir Pandak dan berlatarbelakangkanΒ Gunung Santubong.
Mungkin satu hari nanti kami akan jejakkan kaki di puncak Gunung Santubong… π
Salah satu hotel yang kami menginap. Lupa pulak nama kawan Z tuu… π
Tune hotel pun menjadi tempat penginapan kami untuk 2 malam… π
Peserta kategori Full Marathon telah dilepaskan seawal pukul 2 pagi sebelum diikuti dengan kategori Half Marathon tepat pada pukul 5 pagi. Manakala peserta 10km pula dilepaskan pada pukul 6 pagi serta 5km satu jam kemudian. Suhu pagi itu memang agak panas dan berbahang walaupun masih pukul 5 pagi, belum mula berlari tapi badan mula berpeluh serta tekak cepat kering. Laluan larian yang cukup seronok melalui beberapa lokasi menarik di sekitar bandar Kuching. Ada isu juga sepanjang acara ini tapi jom layan gambar duluβ¦.. π
Tempat pelepasan di Padang Merdeka, Kuching.
Pose pewai wajib ada…hihihihihihi.. π
Berhenti bergambar sekejap di Monumen Kucing di depan Gerbang Chinatown, Jalan Padungan, Kuching. π
Aku cukup suka gambar ni… π Terima kasih kepada jurugambar DNA.
Ada jugak terselit dalam gambar ni….hihihihihi.. π
Muka kena sentiasa tersenyum ceria walaupun letih sebenarnya ni… π
Yeahhhhh!!!!… Finish strong!!!.. π
Akhirnya, kami berjaya sampai di garisan penamat dengan masa 3 jam 4 minit 56 saat (Gun time: 3:06:56). Alhamdullilah, catatan masa aku dan wife adalah lebih laju daripada rekodΒ kami di Hatyai International Marathon. Tahniah kepada wife yang konsisten berlari sejauh 21km mengelilingi bandar Kuching walaupun dia cuba untuk menghabiskan larian di bawah masa 3 jam. Walau apa pun, ini juga merupakan masa terbaik (Personal Best) bagi wife. π
Gambar berempat haruslah ada.
Acara melompat yang kurang menjadi…hahahaha.. π
Done andΒ dusted!!.. ehh!!!… π
Skema tak gambar ni?…hahahahaha.. π
Ucu Aman dan Mim Sham.
Mac dan Abam Retis Tharmen. π
Meriah bersama Gme2020..hihihihihi.. π
Bergambar dengan Nizam Roselee.
Bergambar dengan Kak Ngah Shiela..
Faris (Naked Spirit) dan Mahazir (FRC)… π
Ayie Ska. Pengantin Baru ni…hihihihi.. π
Bergambar bersama Aizat and the geng… π
Terima kasih kepada Sandora yang sudi jemput kami makan-makan di rumahnya.. π
Lepak pekena kopi selepas penat berlari…. π
Sambutan Happy Birthday buat kami bertiga di Kuching. August babies semua ni…hihihihi.. π
Sebelum balik KL haruslah bergambar di sini dengan finisher tee!!..hihihihi.. π
Salah satu tempat wajib bergambar kalau datang ke Kuching. Meowww!!!…
See you next year!.. 13 Ogos 2017. Jom tempah tiket awal… π
Bye-bye Kuching…till next time!.. π
Medalnya yang unik.
e-Certificate aku dan wife…hanya mampu 3:04 jer…hihihihihi… π
Komen aku mengenai acara Kuching Marathon 2016:
Berdasarkan penyertaan aku buat kali pertama, acara yang agak biasa walaupun banyak dengar komen dan ulasan yang memuaskan bagi penganjurannya sebelum ini. Yuran penyertaan yang sedikit mahal tapi bagi aku, ini adalah perkara biasa disebabkan kadar harga yang berbeza di antara Semenanjung dan juga Sabah Sarawak. Proses pengambilan race kit agak teratur tetapi ramai yang terpaksa beratur panjang dan agak sesak berikutan lokasinya di pusat membeli belah serta ruangan yang terhad.
Laluan larian memang cukup seronok kerana melalui lokasi-lokasi menarik di sekitar bandar Kuching. Pengawalan trafik yang cukup memuaskan oleh pihak marshall dan polis. Agak kecewa dengan keadaan di waterstation bagi kategori Half Marathon yang kehabisan cawan kertas dan peserta terpaksa minum air terus daripada botol manakala peserta bagi kategori Full Marathon pula agak merana disebabkan beberapa waterstation secara berturut-turut tiada bekalan air. Cukup sedih apabila dengar mereka terpaksa mencari paip air di stesen minyak serta ada yang terpaksa minta air daripada marshall atau pegawai polis yang bertugas. Ini tidak sepatutnya berlaku dan amat membahayakan para peserta. Kenapa bekalan air tidak mencukupi di waterstation?…. π
Baju larian yang memuaskan serta finisher tee yang cukup cantik dengan logo kucing di belakang. Aku memang cukup suka baju daripada Brooks. Medal yang unik berbentuk perisai suku Dayak (TalawangΒ atau Tameng) dengan warna yang berbeza berdasarkan kategori larian. Setiap peserta yang berjaya menamatkan larian diberikan pisang, air mineral dan kupon air redbull.
Kesimpulannya, satu acara yang teratur dan agakΒ meriah tetapi ada beberapa perkara yang penganjur perlu lakukan penambahbaikan dan pastikan isu kritikal seperti tiada bekalan air di waterstation tidak akan berlaku lagi selepas ini. Aku dan wife masih sudi lagi untuk mendaftar bagi penganjurannya tahun depan dan berharap kami tidak perlu bawa botol air sendiri semasa berlariβ¦hahahahahahaβ¦ π Jangan segan silu untuk mendaftar bagi edisi 2017 dan harap pihak penganjur akan pastikan isu-isu tahun ini tidak akan berlaku lagi pada tahun depan. π
