Assalamualaikum dan Salam Mesra,
Larian Sehati Sejiwa telah dijayakan pada 23 Ogos 2015 yang lepas, bertempat di Padang Merbok, Kuala Lumpur. Larian ini telah dianjurkan oleh KKMM (Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia), MYNIC Berhad dan juga MyBuddies bersempena Sambutan Hari Kebangsaan 2015 yang ke 58 serta bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat Patriotisme dan Perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Larian Sehati Sejiwa ini terbuka kepada 5000 penyertaan di pelbagai lapisan masyarakat serta peringkat umur dan juga menawarkan 3 kategori larian iaitu larian sejauh 10km, 5km dan 3km dengan bayaran penyertaan yang cukup murah.
Demi semangat cintakan negara….hihihihihihi.. 😀 , aku dan wife telah mendaftarkan diri bagi larian kategori 5km Fun Run walaupun pada permulaannya kitaorg tidak tahu yang sebenarnya perkataan “Sehati Sejiwa” ini adalah tema bagi Hari Kebangsaan tahun 2015..hahahaha…(maafkan kitaorg yer..). Patutlah perkataan Sehati Sejiwa ini ada jer terpampang di mana-mana. Maklumlah sebab malas nak mengikuti perkembangan politik yang sangat memberangsangkan buat masa sekarang ni…hihihihihi. 😀
Gambar kitaorg masa ambil race-kit di Instagram mybuddies.my
Aku dan wife daftar 5km jer sebab nak have fun katanya….hihihihihi.. 😀
Seawal pukul 6 pagi, aku dan wife dah keluar rumah untuk mengambil Eyda terlebih dahulu sebelum berkumpul di Padang Merbok bersama Bella dan Zakiah manakala Alice pula langsung tidak kelihatan (lambat bangun katanya…hahahaha). Dari awal lagi memang kitaorg dah berniat untuk berlari sambil mengibarkan jalur gemilang di sepanjang larian hinggalah ke garisan penamat sempena menyambut bulan kemerdekaan tahun ini. Semangat ok!.. bawa 3 bendera lagi tau.. 😀 Zakiah dan Eyda sepatutnya berlari untuk kategori 10km tapi akhirnya semua ikut serta larian 5km jer…hihihihihi… 🙂
Groupfie dulu sebelum mula larian.
Peserta sedang tunggu flag off 5km Fun Run.
Disinilah lokasi mula dan tamat larian.
Kasut manakah yang lebih menyerlah..hihihihihi.. 😀
Larian bagi kategori 5km Fun Run telah dilepaskan pada pukul 8 pagi dan dari mula berlari hinggalah ke garisan penamat, memang kitaorg mengekalkan mood yang ceria dengan mengibarkan jalur gemilang sambil berlari. Hasilnya kitaorg berjaya menghabiskan larian sejauh 5km dengan catatan masa 1 jam 9 minit…hahahahaha…memang santai kan?!!.. 😀
Laluan larian yang telah ditetapkan oleh penganjur. 4.96km.
Laluan larian mengikut apps Run Keeper aku. 5.68km…. berbeza kan..
Seperti biasa, aktiviti bergambar selepas selesai berlari adalah aktiviti wajib. Lepak makan nasi lemak percuma dulu sambil menunggu acara cabutan bertuah tapi masih tiada seorang pun antara kitaorg yang bertuah. Kalau dah tiada rezeki tu kan!.. terpaksa redha jer laaa…hahahahaha… 😀 Ok!..Ok!.. Jom layan gambar-gambar semasa dan selepas habis larian.
Apa macam?.. semangat tak aku?…hihihihi.. 😀
Sumber gambar: Actionpix Malaysia.
Wife aku dan Eyda.
Sumber gambar: Run and Explore
Sumber gambar: Run and Explore
Bergambar bersama adik Qawiem….peminat pertama The Madagascar Runners. 😀
Berposing sambil pegang bendera…hihihihi.. 😀
Bergambar dengan Geng-Geng Madagascar yang lain…hihihihihi.. 😀
Dah lama tak jumpa dengan member yang sorang ni… 😀
Yeayyyy!!!…. We are awesome runners.
Berjaya photobomb gambar Eyda…hihihihihihi.. 😀
Lepak menunggu cabutan bertuah sambil layan persembahan artis.
Caliph Buskers sedang membuat persembahan.
Masing-masing sabar menunggu cabutan bertuah. Bersemangat tunggu walaupun di bawah terik matahari.
Dan inilah hasilnya bila kitaorg sentiasa mengekalkan mood ceria sambil berlari dan mengibarkan Jalur Gemilang…. popularlah sekejap di media massa….hahahahaha…. 😀
Buletin 1:30 dan Buletin Utama TV3… 😀
Suratkhabar The Sun 24 Ogos 2015..hihihihi.. 😀
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke 58 kepada semua pembaca blog www.eshamzhalim.com.
Cintailah dan Jagailah Negara Kita.
Komen aku mengenai acara larian Sehati Sejiwa 2015:
Harga penyertaan yang amat murah dan cukup berbaloi dengan baju larian yang berkualiti. Masa larian yang agak lewat tapi itu mungkin terpaksa mengikut waktu Majlis Perbandaran. Peserta 10km dan 5km terpaksa berkongsi laluan walaupun peta laluan yang ditentukan oleh penganjur sepatutnya berlainan di beberapa laluan sempit. Bagi aku yang hanya 5km mungkin tak kisah tapi kesian pada mereka yang bertanding bagi kategori 10km. Ada beberapa laluan yang sempit dan padat disebabkan pelari 10km dan 5km bercampur.
Pengagihan medal juga rasanya agak tidak teratur dan menyebabkan ramai yang terpaksa beratur panjang. Ada juga peserta yang lambat dan tidak mendapat medal. Pada pendapat aku, ini mungkin disebabkan tiada ruang yang luas untuk membolehkan pengagihan medal dan sarapan ringan dilakukan secara teratur serta lokasi acara terpaksa berkongsi dengan Pesta Taman Tasik Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Lake Garden Festival). Ini mungkin tidak dapat dielakkan dan bukan salah pihak penganjur.
Secara keseluruhannya, walaupun ramai yang komplen tapi aku tetap berpuas hati dan seronok dengan larian ini dan masih boleh diberikan pujian kepada pihak penganjur di atas penganjuran larian ini. Pasti aku dan wife akan daftar lagi jika ianya dijadikan acara tahunan. 😀

Awesome! ☺️☺️ #pinkyrabbitrunner
Tq Bella aka #PinkyRabbitRunner 😀