Salam,
Korang pernah tak menunggang ATV?….alaaa… Motor yang ada 4 tayar tu atau nama panjangnya All-Terrain Vehicle. Minggu lepas, aku dan wife gi mencuba menunggang ATV ni, memang tak sama seperti menunggang motor 2 tayar…lebih-lebih lagi biler nak kawal handle nya sampai aku asyik terbabas ke tepi jer….ahahahahaha. Berat giler nak kontrol tayar depannya tapi aku rasa mungkin sebab first time kot?.
Groupfie dulu sebelum mula….
Aku dan wife jumpa offer ATV ni kat Groupon so kitaorg terus ler beli slot untuk 8 orang sebab nak harga murah pastu tracknya pulak kat Cahaya SPK… kat area Puncak Alam jer. Terus tanya pada geng-geng semua dan hasilnya sorang kena RM28 jer untuk 5 laps. Sepatutnya kitaorg redeem Groupon ni bulan 3 ari tu tapi tak dapat sebab hujan lebat so kena ler jadualkan balik bulan ni. Seronok tu memang ler seronok sebab mencuba benda baru kan tapi naik sakit jugak tangan ngan bontot….ahahahahahaha.
Pagi tu hujan gak sebenarnya tapi takde ler lebat sangat, kalau tak memang kena jadualkan balik ler. Kali ni kitaorg ada 2 geng baru yang join disebabkan ada geng kitaorg yang tak dapat join, wife aku kenal-kenal dalam facebook jer. Track ATV ni biasa-biasa jer, pendek jer tracknya tapi kira ok la kan bagi kitaorg yang baru nak mencuba. Lepas ni boleh cuba ATV kat Kemensah pulak kan….hihihihihi. Mula-mula memang kekok nak kawal ATV ni, aku rasa lepas lap ke 2 baru boleh kawal dengan betul. Biler ATV tu berhenti ataupun senget, secara automatiknya sebelah kaki akan turun pijak tanah tapi sepatutnya tak payah sebab ATV kan ada 4 tayar…ahahahahaha. Bahaya gak sebenarnya sebab tayar belakang besar ooooo… takut kena kaki lak nanti.
Wife aku dengan ATV Merahnya…..
Tangan kiri jam…tangan kanan remote GoPro…
Pusing 5-6 laps tu aku rasa dalam 45 minit jer pastu semua kumpul untuk sesi bergambar…ekekekeke.. tracknya pendek jer pon dan rasa cam tak puas ler pulak tapi pepaham jer la kan..harganya pun RM28 jer so tak boleh la expect yang adventure sangat kan…ekekekekeke.
4 hero dan 4 heroin ATV
Lepas ni nak cuba ATV Ride kat Kemensah pulak pastu layan waterfall….. 😀

Wahh manyaak syook hehee.. aku pernah cuba atv ni sekali je dulu, lepas tu tak dpt2 lagi ulang sbb asyik tak dpt waktu yg bersesuaian nak berkumpul dgn geng2 lagi utk aktiviti mcm ni… mmg trill lah.. Nice sharing & selfie pun terbaik… sengggatttt lah!!.. 😀 😀
ahahahahahaha….Tq bro… ok2…pasni aku ingat nak plan gi ATV Ride kat Kemensah…leh join sekali…ekekeke…amacam?.. 😀
menarik….. bagoih jugak ada groupon ni…. bleh dapat diskaun…… tempat ni dekat ke dgn UiTM Puncak Alam??….
kat Taiping pun ada satu tempat boleh try ATV ni… tapi awok tak try lagi
Yup..kat Puncak Alam..sebelum sampai UiTM… tu la groupon ni kadang2 untong gak beli tp kadang2 menyesal lak beli…kena tgk apa yg drg offer…hihihihi… Try ler Yeop ATV ni…seronok ooooo…. 😀
blom pernah try
teringin nak cuba juga
ca, best jer
Kena cuba bro…best ooooo…. cam naik 4×4 jap cuma kecik jer…ekekekekeke… 😀
ish x sangka ya bro..kat grupon pun ada jual benda mcm ni..benda murah.. apa lagi..try je la ya.. jgan x race bro..
Kat Groupon macam2 ada bro…. hihihihi.. baru nak balas komen lepas berjumpa face 2 face dengan bro sobri ni… 😀
Jom..Layan ATV Di Jalan Kebun,Shah Alam(www.atvezzyride.com) fb:atv ezzyride shah alam, TQ
Ok bro… nanti leh ler cuba kat Jalan Kebun lak… TQ Bro… 😀