Salam,

Aku ngan wife memang suka lepak kat padang Setia City Mall kat Setia Alam ni. Kadang-kadang kitaorg berpiknik kat sini, bentang jer tikar pastu duduk santai jer sambil perhatikan gelagat orang ramai. Biasanya aku main layang-layang kat sini, dulu senang jer nak terbangkan layang-layang sebab angin memang kuat tapi sekarang ni susah giler. Aku suspek sebab bangunan kat sekeliling Setia City Mall tu dah siap so angin tak dapat nak lalu, angin ada kejap jer pastu hilang, baru layang-layang nak naik terus kena mendarat kecemasan.

Hari ahad lepas aku cuba nak terbangkan layang-layang tapi tak berjaya so aku duduk jer ler dating ngan wife sambil wat video timelapse kat padang Setia City Mall tu. Main belasah jer setting kamera sebab baru nak cuba buat timelapse ni, main belasah jer berapa saat untuk amik 1 frame. Korang mesti tak faham ek apa yang aku terangkan ni?.. takpe-takpe..buat-buat faham jer sudah…ahahahahahaha. Jom layan 2 keping gambar ngan 1 video timelapse hari ahad tu.

setia-city-mall-timelapse-gopro-shamphotography

setia-city-mall-timelapse-gopro-shamphotography

Dan jom tengok video timelapse nya daripada kitaorg lepak sampai ler kitaorg balik….. hihihihihihi πŸ˜€

Bagi korang yang tak pernah datang ke Setia City Mall, boleh ler singgah…kat sini ada shopping complex, ada playground luas untuk kanak-kanak, boleh tengok air pancut kaler-kaler waktu malam dan boleh lepak-lepak sambil piknik bersama family kat padang Setia City Mall. Lokasi di Setia Alam, kalau nak tahu map nyer, korang google jer atau cuba cari guna GPS…. mesti jumpa nyer. πŸ˜€

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

4 thoughts on “Lepak Dengan Wife Di Padang Setia City Mall

  1. Peeweet..santai romantis.. syok juga kan sambil main layang2.. dulu saya pernah juga buat mcm tu & main layang2 kat padang metropolitan kepong.. tapi dah lama sgt dah & sekali je tu.. apapun, mmg menyeronokkan lah.. tengok pun seronok.. πŸ˜€

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.