iftar-berbuka-puasa-pertubuhan-rahoma-darul-fakir-royale-bintang-kuala-lumpur-shamphotography

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan,

Saban tahun, Ramadhan akan datang dan pergi sehinggalah Syawal menjelma membawa sinaran yang baru kepada semua tetapi janganlah kita lupa pada mereka yang kurang bernasib baik.

Alhamdulillah, aku dan wife berkesempatan menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia pada 7 Julai 2014 bersamaan 9 Ramadhan 1435H. Majlis ini adalah anjuran Hotel Royale Bintang, Kuala Lumpur bagi meraikan dan berbuka puasa bersama adik-adik daripada Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia. Ini juga merupakan kali ke 2 aku dan wife dapat jemputan daripada Hotel Royale Bintang. Terima kasih aku ucapkan kepada blogger Akma Omar kerana sudi berkongsi jemputan dan juga kepada pihak pengurusan The Royale Bintang, Kuala Lumpur kerana memberi peluang kepada aku dan rakan-rakan blogger yang lain untuk memeriahkan lagi majlis berbuka puasa ini serta dalam masa yang sama dapat beramah mesra dengan mereka semua.

iftar-berbuka-puasa-pertubuhan-rahoma-darul-fakir-royale-bintang-kuala-lumpur-shamphotography-05

iftar-berbuka-puasa-pertubuhan-rahoma-darul-fakir-royale-bintang-kuala-lumpur-shamphotography-06Kawan-kawan blogger yang turut hadir…

Kalau korang nak tahu, Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia ini merupakan sebuah rumah perlindungan yang beroperasi di Taman Melati, Kuala Lumpur yang menempatkan anak-anak yatim dan anak-anak daripada golongan keluarga miskin.

Aku pun turut gembira jugak apabila melihat adik-adik ni semua seronok dan riang ceria dalam majlis berbuka puasa ni. Jom tengok video ni kalau nak tahu tahap mana seronoknya adik-adik ni….hihihihi… πŸ˜€

Majlis ini dimeriahkan juga dengan kuiz dan nyanyian daripada staf hotel dan telah membuat gelak ketawa dan senyuman tidak lekang dari wajah masing-masing. Aku pun seronok memerhatikan gelagat adik-adik aku ni.

iftar-berbuka-puasa-pertubuhan-rahoma-darul-fakir-royale-bintang-kuala-lumpur-shamphotography-17Acara menjawab kuiz…hihihihi.. berebut-rebut dorang semua nak jawab soalan… πŸ˜€

iftar-berbuka-puasa-pertubuhan-rahoma-darul-fakir-royale-bintang-kuala-lumpur-shamphotography-14Adik-adik ni tetap tersenyum riang

iftar-berbuka-puasa-pertubuhan-rahoma-darul-fakir-royale-bintang-kuala-lumpur-shamphotography-13Blogger sis Hanny Abdullah sedang melayan adik-adiknya…hihihihi..

iftar-berbuka-puasa-pertubuhan-rahoma-darul-fakir-royale-bintang-kuala-lumpur-shamphotography-12Memang sporting dan havoc dorang ni semua….

iftar-berbuka-puasa-pertubuhan-rahoma-darul-fakir-royale-bintang-kuala-lumpur-shamphotography-11

Juadah berbuka puasa yang disediakan oleh Hotel Royale Bintang juga tidak kurang hebatnya dan memang amat menyelerakan dengan beraneka hidangan, pasti membuatkan korang tidak mahu henti mengunyah…ahahahaha… aku pun kadang-kadang blur nak pilih apa.. πŸ˜€ . Jom layan gambar makanan dulu…

iftar-berbuka-puasa-pertubuhan-rahoma-darul-fakir-royale-bintang-kuala-lumpur-shamphotography-08

iftar-berbuka-puasa-pertubuhan-rahoma-darul-fakir-royale-bintang-kuala-lumpur-shamphotography-07

iftar-berbuka-puasa-pertubuhan-rahoma-darul-fakir-royale-bintang-kuala-lumpur-shamphotography-04

iftar-berbuka-puasa-pertubuhan-rahoma-darul-fakir-royale-bintang-kuala-lumpur-shamphotography-03

iftar-berbuka-puasa-pertubuhan-rahoma-darul-fakir-royale-bintang-kuala-lumpur-shamphotography-02

iftar-berbuka-puasa-pertubuhan-rahoma-darul-fakir-royale-bintang-kuala-lumpur-shamphotography-01Ulam juga ada dihidangkan bagi pengemar ulam-ulaman seperti aku..

iftar-berbuka-puasa-pertubuhan-rahoma-darul-fakir-royale-bintang-kuala-lumpur-shamphotography-10Acara bergambar adalah acara kemestian…ekekekeke..

iftar-berbuka-puasa-pertubuhan-rahoma-darul-fakir-royale-bintang-kuala-lumpur-shamphotography-09Adik-adik ni cukup mesra dengan wife aku, bila nak ambil hidangan pun mesti tarik tangan wife aku…

Majlis sekali lagi dimeriahkan dengan persembahan hebat daripada adik-adik Rahoma Darul Fakir yang sudi mendendangkan sebuah lagu nasyid. Aku pun sampai ketar tangan pegang telefon untuk rekod video nyanyian dorang ni…aku ingatkan sekejap jer tapi rupa-rupanya 5 minit ooo…ahahahaha… Jom aku sajikan dendangan halwa telinga kepada korang semua untuk dihayati bersama… πŸ˜€

Alhamdulillah, pihak Hotel Royale Bintang juga bermurah hati memberi sumbangan duit raya kepada adik-adik Rahoma Darul Fakir dan semoga adik-adik ini semua akan bergembira untuk menyambut bulan Syawal yang bakal tiba.

iftar-berbuka-puasa-pertubuhan-rahoma-darul-fakir-royale-bintang-kuala-lumpur-shamphotography-15

iftar-berbuka-puasa-pertubuhan-rahoma-darul-fakir-royale-bintang-kuala-lumpur-shamphotography-16

Sekali lagi aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Hotel Royale Bintang, Kuala Lumpur diatas jemputan dan layanan istimewa yang telah diberikan kepada kitaorg semua. Jemputan anda amatlah kami hargai….

Kalau korang tercari-cari tempat untuk berbuka puasa dan ingin merasai sendiri keenakkan dan kesedapan juadah berbuka puasa di Hotel Royale Bintang Kuala Lumpur, bolehlah dapatkan maklumat dalam entri aku —> Buffet Ramadhan: Santapan Warisan Melayu Di Royale Bintang Kuala Lumpur.

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

16 thoughts on “Majlis Berbuka Puasa Bersama Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia

  1. Memang happy sangat adik2 tu kan….Alhamdulillah setiap kali Ramadan mesti ada sumbangan dan majlis meriah mcm ni dari orang ramai sekurang2nya diaorang tak rasa sedih tak dpt beraya dgn keluarga.

  2. dalam banyak2 gambar yang aku tengo dalam nie, gambar kanak-kanak tersenyum tu memang paling priceless sekali..ianya tak dapat dibuat-buat…tahniah kepada semua yang terlibat dalam memberikan senyuman kepada kanak-kanak ini…

    Regards,
    -Strider-

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.