malaysian-unity-run-2015-humanitarian-aid-taman-wetland-putrajaya-yakeb-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Malaysian Unity Run 2015 telah diadakan di Taman Wetland, Putrajaya pada 12 Disember 2015 yang lepas. Acara larian ini telah dianjurkan oleh Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan yang turut juga dikenali sebagai YAKEB. Bertemakan ‘Humanitarian Aid’, fokus utama larian ini adalah untuk mengutip dana bagi Tabung Bekas Atlet yang pernah berjasa kepada Negara disamping juga dalam usaha untuk membantu Tabung Mangsa Gempa Bumi yang melanda Negeri Sabah baru-baru ini. Selain dari bertujuan untuk memenuhi misi kemanusiaan, acara larian ini juga telah diadakan secara santai dan bersifat kekeluargaan supaya dapat menyemarakkan lagi semangat perpaduan dan harmoni dikalangan peserta.

Aku dan wife agak terpikat dengan konsep ‘Menderma Sambil Beriadah’ dan yang paling menariknya, hadiah-hadiah cabutan bertuah yang cukup lumayan serta memang kitaorg nak merasa berlari di dalam Taman Wetland…hihihihihi.. 😀 Hanya 1 jarak larian sahaja yang ditawarkan sejauh 10km yang terbahagi kepada 2 kategori iaitu kategori terbuka dan veteran.

malaysian-unity-run-2015-yakeb-taman-wetland-putrajaya-runholicRedbull Runner.

Peserta larian telah dilepaskan oleh pengerusi YAKEB iaitu Dato’ Hj. Malek Noor tepat pada pukul 8 pagi menyusuri laluan larian yang telah disediakan sejauh 10km sekitar Taman Wetland. TETAPI!!!.. ada kisah sedih dan pilu yang terpaksa peserta hadapi untuk menuju ke garisan penamat…hahahahaha.. 😀 . Nanti di penghujung entri ni aku akan ceritakan dan sementara tu jom layan gambar-gambar dulu…. 😀

malaysian-unity-run-2015-yakeb-taman-wetland-putrajaya-runholicBergambar bersama idola Fird Abrar…hihihihihi.. 😀

malaysian-unity-run-2015-yakeb-taman-wetland-putrajaya-runholicSelfie dulu.

malaysian-unity-run-2015-yakeb-taman-wetland-putrajaya-runholicTengah tunggu flag off…

malaysian-unity-run-2015-yakeb-taman-wetland-putrajaya-runholicPermandangan sekitar Taman Wetland.

malaysian-unity-run-2015-yakeb-taman-wetland-putrajaya-runholicLaluan larian sebelum semua tersesat…hahahahaha… 😀

malaysian-unity-run-2015-yakeb-taman-wetland-putrajaya-runholicBerlari dalam keadaan panas terik.

malaysian-unity-run-2015-yakeb-taman-wetland-putrajaya-runholicLompat!!…

malaysian-unity-run-2015-yakeb-taman-wetland-putrajaya-runholicGambar di garisan penamat…berlakon jer lebih ni…hahahaha.. kredit gambar: Running Malaysia.

malaysian-unity-run-2015-yakeb-taman-wetland-putrajaya-runholicBergambar beramai-ramai bersama Dato’ Hj. Malek Noor. Kredit gambar: Running Malaysia.

malaysian-unity-run-2015-yakeb-taman-wetland-putrajaya-runholicSemua peserta sedang menunggu cabutan bertuah..

malaysian-unity-run-2015-yakeb-taman-wetland-putrajaya-runholicApa ker her dorang ni pun?….hihihihi… 😀

malaysian-unity-run-2015-yakeb-taman-wetland-putrajaya-runholicBergambar bersama abang Syed Fadzlon daripada Johor. 2 kali dah aku jumpa abang Syed ni, kali pertama jumpa di Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah.

malaysian-unity-run-2015-yakeb-taman-wetland-putrajaya-runholicSeperti biasa aksi wajib bergambar dengan Abang Omar @ kaki_ciken_omario.

malaysian-unity-run-2015-yakeb-taman-wetland-putrajaya-runholicBergambar dengan Otai Gme dan Otai Ucu Aman…

malaysian-unity-run-2015-yakeb-taman-wetland-putrajaya-runholicBergambar dengan geng Madagascar…hihihihihi.. 😀

malaysian-unity-run-2015-yakeb-taman-wetland-putrajaya-runholicMemang panas terik hari tu…

malaysian-unity-run-2015-yakeb-taman-wetland-putrajaya-runholicBersama pengerusi YAKEB, Dato’ Hj. Malek Noor.

malaysian-unity-run-2015-yakeb-taman-wetland-putrajaya-runholicTak menang cabutan bertuah…dapat 1 katon air mineral pun jadilah..

malaysian-unity-run-2015-yakeb-taman-wetland-putrajaya-runholicsMedal Malaysian Unity Run 2015.

Komen aku mengenai acara Malaysian Unity Run 2015:
Bagi aku matlamat acara larian ini memang cukup bagus dan aku tak kisah untuk membayar yuran penyertaan sebanyak RM65 bagi larian 10km. Lokasi larian pun agak menarik dan ini antara faktor yang membuatkan aku dan wife mendaftar selain daripada terpengaruh dengan hadiah cabutan bertuah…hihihihihi.. 😀 Memang dah lama teringin nak berlari di dalam Taman Wetland sambil layan udara segar dan kehijauan floranya.

Lebih sesuai sekiranya peserta larian dilepaskan pada pukul 7.15 atau 7.30 pagi dan tidaklah pada pukul 8 pagi disebabkan cuaca dah mula panas. Gabungan laluan larian diantara laluan bertar dan laluan tanah agak cukup menarik, terasa seperti ala-ala trail run sekejap..hahahahaha.. 😀

Mesti korang semua nak tahu kan!.. apakah kisah sedih dan pilunya?… hihihihihi…. Kisah sedihnya berlaku apabila hampir semua peserta tersesat dan keliru mengenai arah laluan untuk berlari sebelum kilometer ke 3. Berpusing-pusing di lokasi yang sama. Ketiadaan tanda arah larian yang jelas dan juga ketiadaan krew atau marshall yang sepatutnya bertugas di simpang atau lokasi yang kritikal memang cukup membuatkan peserta tidak berpuas-hati. Ini telah menyebabkan ramai peserta berlari ke arah yang salah dan akhirnya terpaksa berpatah balik mencari laluan yang betul. Ada yang berlari di jalanraya dan ini aku rasa amat membahayakan keselamatan peserta yang terlibat. Akhirnya kesemua peserta seperti anak ayam yang baru dilepaskan dari reban. Berterabur semua berlari mengikut arah masing-masing….hahahahahaha.. 😀

Aku dan wife pun tak tahu arah mana nak berlari dan akhirnya terpaksa berpatah mengikut laluan yang sama. Water station langsung tak jumpa sepanjang kitaorg berjalan dan berlari. Sampai di garisan penamat lebih kurang 1 jam setengah kemudian walaupun tak cukup 10km berlari. Runkeeper hanya merekodkan sejauh 7.27km jer. Paling kesiannya, ada peserta yang berlari sejauh 12km, 13km, 15km dan 16km akibat tersesat tanpa water station dan terpaksa menjadi MAZE Runner…hahahaha.. 😀

Bagaimanapun, aku cukup tertarik dengan medalnya meskipun sijil larian langsung tidak diterima sehingga sekarang…hahahaha…sepatutnya sijil akan diberikan bersama medal. Hadiah cabutan bertuah pula pun rasanya ada yang kurang. Ada banyak lagi komplen sebenarnya tapi aku rasa malas nak tulis …hihihihihihi.. 😀

Kesimpulannya, pihak YAKEB sepatutnya lebih bijak untuk menguruskan acara seperti ini dan bagi aku, YAKEB lebih arif mengenai aktiviti-aktiviti sukan kerana organisasi ini mewakili atlet-atlet kebangsaan walaupun dari segi kebajikan. Kalau ditanya sama ada aku dan wife akan daftar lagi untuk tahun depan?….hmmmm…mungkin ya atau mungkin tidak!.. Mungkin akan mendaftar tapi acara ini tidak akan dimasukkan ke dalam senarai acara tahunan wajib daftar kitaorg.

Eh!.. satu lagi nak beritahu…. Dalam banyak-banyak aktiviti larian yang aku dan wife daftar. Inilah satu-satunya acara yang pelari tersesat walaupun ini bukanlah acara Treasure Hunt ataupun larian berkonsepkan Maze Runner….hahahahahahaha…. kbai!!!!..

Loading

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

2 thoughts on “Malaysian Unity Run 2015: Humanitarion Aid

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.