Assalamualaikum dan Salam Mesra,
Enviro Hunt 2015 ini dianjurkan sempena Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) yang bertujuan untuk mempupuk dan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan menjaga alam sekitar. Acara ini telah dirasmikan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada 17 Oktober 2015 di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Gabungan Geng Zombie iaitu aku dan wife serta Alice dan Zakiah sememangnya tidak akan melepaskan peluang untuk turut serta dalam acara seperti ini dan yang paling menariknya penyertaan bagi setiap kumpulan adalah percuma. Enviro Hunt 2015 hanya menawarkan 2 kategori sahaja iaitu kategori keluarga dan juga kategori terbuka dengan hadiah-hadiah menarik menanti buat pemenang.
Selain daripada acara Enviro Hunt, pelbagai aktiviti telah dijadualkan sehingga ke petang buat para pengunjung. Penglibatan agensi yang berkaitan dengan alam sekitar juga turut bersama menjayakan acara ini dengan membuka khemah pameran masing-masing dalam usaha untuk mendidik masyarakat mengenai penjagaan alam sekitar.
Acara Enviro Hunt 2015 memerlukan setiap kumpulan untuk berlari mengeliling Tasik Titiwangsa sebelum menyelesaikan satu silangkata yang berkaitan dengan alam sekitar. Kumpulan yang berjaya menyelesaikan silangkata dengan pantas dan yang pertama tiba di garisan penamat akan dikira sebagai pemenang.
Jom layan gambar Geng Zombie di Enviro Hunt 2015…… π
Geng Zombie a.k.a The Fantastic 4 Backpacker.
Semua sedang menunggu acara bermula.
Tengah menunggu peserta dilepaskan.
Selfie dengan Dato’ dan para VIP…
Berjalan jer…malas nak berlari..
Groupfie dengan geng-geng lain.
Group photo dengan peserta-peserta lain.
Selfie dengan penyu di khemah Jabatan Taman Laut Malaysia.
Tahniah kepada para pemenang bagi setiap kategori dan semestinya bukan kitaorg yang menang kan…..hihihihihihi…. π Sebenarnya dah lama tak beriadah di luar semenjak jerebu melanda dan oleh itu beberapa acara larian yang kitaorg daftar dibatalkan atau ditangguh ke tarikh yang lain. Ini semua adalah kerana masalah jerebu dan dengan ini aku isytiharkan bahawa perkataan 1Malaysia akan ditukarkan ke 1Jerebu. Sekian, dimaklumkan….hahahahahaha.. π
Komen aku mengenai acara Enviro Hunt 2015:
Pihak penganjur tidak memberi apa-apa taklimat atau peraturan kepada kesemua peserta sebelum memulakan pertandingan. Peserta hanya mengikut arah laluan yang disediakan. Aku mengharapkan ada 3-4 task untuk diselesaikan oleh para peserta kerana namanya pun Enviro “Hunt” tapi sebenarnya hanya ada 1 task sahaja iaitu teka silangkata. Setiap kumpulan ada diberikan 1 kertas yang mengandungi teka silangkata yang perlu diselesaikan. Kumpulan yang menghabiskan silangkata dengan pantas dan sampai dahulu di garisan penamat akan dikira sebagai pemenang. Aku kurang puas hati dengan task ini sebab di kertas silangkata tidak perlu diisikan nama kumpulan dan tidak disemak dengan betul. Bagaimanakah nak pastikan kumpulan yang menang menjawab teka silangkata dengan betul?. Bila kitaorg hantar kertas silangkata dan suruh marshall semak, jawapannya semua betul walaupun aku perasan ada beberapa kertas yang mempunyai jawapan yang berbeza. Kalau aku tahu semuanya akan betul walaupun jawapan berbeza, tak payah kitaorg nak teruk berpikir….hahahahahahahaha.. π
Kemungkinan penganjur telah mengubah peraturan atau ingin memendekkan masa acara disebabkan masalah jerebu tetapi sepatutnya wajib dimaklumkan kepada kesemua peserta tentang sebarang perubahan. Walau apa pun, boleh jer daftar lagi untuk tahun depan oleh kerana pendaftaran adalah percuma dan tidak perlu dibayar tapi mungkin sekadar menghabiskan masa lapang jer laaaaaaa……
Satu perkara lagi aku kurang puas hati. Ada makan tengahari yang disediakan secara buffet untuk peserta tapi ramai peserta yang dah balik disebabkan terlampau lama perlu menunggu. Aku nak komplen lebih pun tak boleh sebab semuanya percuma…..hihihihihhihi.. π Cuma sekadar memberi pendapat dan pandangan jer laaaaa…..
