Salam,

Thor- The Dark World. Kalau korang peminat filem-filem terbitan Marvel seperti aku ni mesti korang tahu superhero yang suka bawa tukul (hammer) kemana-mana sajer dier pergi iaitu Thor yang berasal daripada negara Asgard. Asgard ni takde dalam peta dunia tapi kalau peta angkasa mungkin ada kot?…ahahahahaha. Kepada yang dah pernah tengok filem Thor yang pertama, mesti korang tak sabar-sabar nak tengok sambungannya kan?.

thor-the-dark-world-sinar-fm-shamphotography-cineleisure-menang-tiket-tayangan-perdana

2 minggu lepas aku ada masuk website Sinar.FM, sajer-sajer jer sebenarnya  pastu terpandang pulak peraduan untuk filem Thor ni. Aku pun sajer isi jer lah, jawab 2 soalan pastu lengkapkan slogan dan hantar. Harapan nak menang tu takde pun sebab biasanya tak pernah menang apa-apa dan lepas tu aku pun terlupa pasal peraduan ni. Akhirnya, bila aku ngan wife nak balik ke Shah Alam daripada kampung hari isnin lepas, tertiba dapat sms…bila baca sms, aku pun tersenyum  sorang-sorang dan aku tunjuk sms tu kat wife aku pastu dier pun sekali tersenyum sorang-sorang…ahahahahahaha. Rupa-rupa sms tu dari Sinar FM dan bagitau yang aku dah menang 4 tiket ke tayangan perdana pada 30 OThorber kat Cineleisure eCurve. Kebetulan pulak hari tu Hafeesyam pun ajak kitaorg gi tengok Thor pastu aku cakap aku dapat tiket terus dier book tiket kat aku…ahahahahaha.

Semalam kitaorg berempat, aku, wife, hafeesyam dan kawan (Akma kot namanya) dah selesai menonton filem Thor- The Dark World, rasa bangga dan seronok kerana kitaorg antara orang pertama menonton filem ni. Sebelum mula tayangan, Cik Piah @ Feeya daripada Sinar FM nak bagi hadiah-hadiah Thor pastu kena jawab soalan…hihihi.. wife aku jawab 1 soalan dan aku pun jawab 1 soalan, wife dapat pen hammer Thor dan aku dapat Mug Thor…ekekeke…berbaloi-baloi rasanya, dah ler menang tiket pastu dapat hadiah lagi. Untong arrrrrr……ekekeke.

eshamzhalim-cheqeem-menang-hadiah-thor-the-dark-world-sinarfm-muzik-retro-terbaik

thor-the-dark-world-sinar-fm-shamphotography-cineleisure-menang-tiket-tayangan-perdana-menang-merchandise-tho

thor-the-dark-world-sinar-fm-shamphotography-cineleisure-menang-tiket-tayangan-perdana

Sinopsis ringkas filem Thor- The Dark World.

Mengisahkan musuh lama Asgard iaitu Dark Elves yang diketuai oleh Malekith yang telah dikalahkan oleh Bor (Datuk kepada Thor dan bapa kepada Odin) beribu tahun dahulu. Malekith telah mencipta satu senjata hebat iaitu Aether (berbentuk cecair warna merah), selepas Bor berjaya mengalahkan Malekith, Bor telah merampas Aether dan menyimpannya di suatu tempat yang tidak boleh ditemui oleh makhluk lain. Malangnya senjata Aether tersebut telah ditemui oleh Jane Foster (Natalie Portman) secara tidak sengaja dan Aether tersebut telah memasuki badan Jane Foster. Thor telah menyedari perkara ini dan membawa Jane Foster ke Asgard untuk mengeluarkan Aether daripada badan Jane Foster, malangnya Malekith juga telah menyedari perkara tersebut dan telah menyerang Asgard untuk mendapatkan kembali Aether. Loki iaitu adik tiri Thor telah dipenjarakan oleh Odin di Asgard. Thor terpaksa meminta bantuan Loki untuk membawa Jane Foster keluar daripada Asgard (demi menyelamatkan Asgard) dan bergabung untuk menewaskan Malekith. Malangnya semasa pertempuran berlaku di Asgard, ibu Thor telah dibunuh oleh Dark Elves.

Apakah kisah selanjutnya? atau adakah Thor akan berjaya? atau adakah Loki akan di bunuh oleh Dark Elves? Atau adakah Loki akan mengkhianati  Thor? atau adakah Malekith akan berjaya menawan bumi? Bagaimanakah nasib Jane Foster dan Odin?.

Itu korang kena tengok sendiri kat wayang yer….tak kan aku nak cerita sampai abis nanti spoil pulak kan?….ekekeke… filem Thor 2 ini juga diselitkan dengan aksi-aksi komedi yang pasti akan membuat penonton tergelak. Kalau tak gelak tu maknanya dier tidak sepatutnya berada di situ ataupun dier seorang yang poyo…ahahahahaha.

So hari ni secara rasminya filem Thor-The Dark World keluar di pawagam…pergi lah menonton. Best oooooooo….

Loading

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

2 thoughts on “Menang Tiket Tayangan Perdana Thor-The Dark World

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.