Assalamualaikum dan Salam Mesra,
Bagi penggemar keindahan alam semulajadi ataupun kepada sesiapa yang suka bersantai di kedinginan air terjun, pasti akan teruja apabila membaca entri ini. Pengembaraan kali ini, aku dan wife dalam misi untuk menjejaki Air Terjun Lata Medang yang cukup popular di kalangan rakan-rakan aktiviti luar (Outdoor). Air Terjun Lata Medang ini terletak di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor atau lebih tepat lagi di Kampung Pertak iaitu merupakan sebuah kawasan Perkampungan Orang Asli Moden yang tinggal berhampiran dengan Sungai Pertak. Trip kali ini, aku dan wife sempat meluangkan masa bersama gabungan rakan-rakan daripada Team LesVoyaguers dan juga Team Urbanescapers untuk bersantai di Air Terjun Lata Medang. Terima kasih juga aku ucapkan kepada mereka kerana selalu mempelawa aku dan wife untuk turut serta di dalam aktiviti-aktiviti seperti ini… π
Bagaimana untuk ke Air Terjun Lata Medang?….
Bagi yang sudah biasa dengan laluan ke Kuala Kubu Bharu atau ke Fraser Hill, senang saja sebenarnya. Daripada Pekan Kuala Kubu Bharu, hanya perlu menuju ke Sungai Chilling atau Fraser Hill. Sebelum sampai di Sungai Chilling, pasti akan jumpa papan arah untuk ke Kampung Pertak. Teruskan perjalanan menuju ke Kampung Pertak dan pasti akan melalui Empangan Kuala Kubu Bharu di sebelah kiri. Teruskan perjalanan sehinggalah berjaya menyeberangi dua jambatan tetapi di jambatan kedua nanti, pastikan belok ke kanan di penghujung jambatan tersebut untuk menuju ke Kampung Pertak. Terdapat papan tanda yang tertulis Kampung Pertak di hujung jambatan kedua, pastikan masuk lorong yang betul yer!!…hihihihihi… π Selepas belok ke kanan daripada jalan besar untuk menuju ke Perkampungan Orang Asli Kg Pertak, teruskan menyusuri jalan itu sehinggalah jumpa simpang tiga, belok kanan sekali lagi dan teruskan perjalanan hingga ke hujung jalan yang tidak berturap (jalan tanah merah) dan sila parkirkan kereta di tepi jalan atau di kawasan parkir yang ada disediakan tetapi tolong jangan menghalang laluan keluar masuk yer. Sekiranya sampai hujung, pasti akan nampak jambatan gantung untuk menyeberangi sungai. Sebelum aku sambung cerita, boleh rujuk peta ke Lata Medang di bawah ini supaya lebih jelas mengenai arah trail untuk ke air terjun daripada Kampung Pertak.
Sumber gambar : Hasil carian daripada Google…..
Ada juga ruang yang sesuai untuk parking kereta tapi terhad dan berkonsep siapa cepat dia dapat!!!…hihihihi…
Perjalanan ke Air Terjun Lata Medang daripada lokasi parkir kereta akan mengambil masa lebih kurang 2 jam mengikut tahap kemampuan masing-masing dan trailnya lebih kurang sejauh 6km sehala. Pagi itu sebenarnya hujan di Shah Alam tapi program perlu diteruskan juga….hihihihihi…nasib baik hanya hujan renyai-renyai tapi sekiranya hujan lebat, aktiviti terpaksa dibatalkan. Apabila semua dah bersedia dan pastikan kereta masing-masing telah selamat dikunci, kami mula mengorak langkah menyusuri trail sehingga jumpa jambatan gantung seperti gambar dibawah, tidak berapa jauh daripada tempat parkir kereta tadi.
Wajah kanak-kanak riang….ahahahahahaha….
Selepas menyeberangi jambatan gantung yang pertama, perjalanan diteruskan sehingga jumpa satu lagi jambatan gantung yang sudah runtuh di Sungai Luit. Bila jumpa kedua-dua jambatan ini maknanya berada di laluan yang betul. Sekiranya tidak jumpa kedua-dua jambatan ini, kemungkinan berada di laluan yang salah tapi InshaAllah tidak akan sesat…. kalau nak lebih ekstrem lagi jangan guna jambatan, redah sungai terus…hahahahaha… amacam? ada berani?….
Jambatan gantung ke dua yang sudah runtuh untuk menyeberangi Sungai Luit..
Selepas beberapa ratus meter daripada jambatan runtuh tadi, pasti akan jumpa simpang yang pertama dan perlu belok ke kiri di simpang ini untuk ke Lata Medang kerana simpang ke kanan hanyalah bagi mereka yang ingin mendaki Bukit Kutu.
Di simpang ini perlu belok kiri untuk ke Air Terjun Lata Medang dan ke kanan akan menuju ke Bukit Kutu…
Memang boleh kedengaran air sungai mengalir sepanjang laluan itu, ingatkan dah nak sampai ke Air Terjun Lata Medang tapi sebenarnya hanya baru suku perjalanan….hahahahaha….agak mencabar juga apabila memikul beg galas yang penuh berisi makanan. Makanan memang wajib kena bawa untuk menghilangkan rasa lapar lepas mandi air terjun nanti… π Lebih kurang 1km daripada simpang pertama, akan jumpa simpang yang kedua dan di sini perlu ikut trail ke kanan dan seterusnya akan mendaki, aku rasa trail ke kiri mungkin terus ke Sungai Luit?…
Selepas simpang kedua, perjalanan akan terasa semakin mencabar kerana laluannya akan mendaki, mendaki, mendaki dan mendaki lagi. Disebabkan wife aku dah tak larat untuk pikul beg galasnya, akhirnya aku terpaksa pikul kedua-duanya. Memang terpaksa pasrah apabila aku terpaksa pikul dua beg galas ketika mendaki di sini….hahahahaha… π Rakan-rakan lain dah semakin jauh ke depan, tinggallah kami berlima di belakang dan terpaksa cepatkan langkah sambil bergambar bersama….hahahahahaha… π
Tu diaaaaa….. macam ni ler asyik mendaki jer kami….tapi dah namanya pun hiking kan…ehem..ehem…
Berehat sekejap sambil groupfie…muka tetap maintain senyum walaupun penat…. hebat kan?….
Walaupun perlahan tetapi perjalanan masih perlu diteruskan, aku tak pasti berapa jauh lagi tapi yang aku ingat ada lalu titian buluh dan ada juga mendaki di tempat-tempat yang berbatu serta kawasan-kawasan pokok yang dah terbakar. Banyak juga kawasan hutan yang dah terbakar, mungkin disebabkan disambar petir.
Titian Buluh yang dibuat oleh orang asli kat situ….
Kiri kanan trail memang banyak pokok buluh yer…. ada yang dah runtuh so kena hati-hati ler…..
Akhirnya selepas lebih 2 jam berjalan dan mendaki, sampailah jua di Air Terjun Lata Medang. Masing-masing muka dah tersenyum lebar, rasa penat pun hilang…. π Air Terjun Lata Medang mempunyai 2 peringkat air terjunnya (atas dan bawah), sempat berhenti sekejap untuk bergambar di air terjun yang di bahagian bawah sebelum ke bahagian atas. Aku rasa sebelum sampai ke Air Terjun Lata Medang ni akan jumpa 1 lagi air terjun rasanya…aku pun lupa dah…hihihihi… rasanya Air Terjun Lubuk Mecu dalam 200 meter sebelum sampai di Air Terjun Lata Medang… sorrylah geng..lost memory sket laaa…untuk ke air terjun yang di atas, pasti akan melalui satu kawasan lapang yang sering dijadikan lokasi perkhemahan…hahahahaha.. π Kalau nak kepastian, boleh rujuk di peta di atas tuuuuu……… π
Air Terjun Lata Medang di bahagian bawah… di sini boleh main gelongsor…tapi perlu hati-hati disebabkan batu banyak di bawah tuuu…. sakit bontot nanti..
Air Terjun Lata Medang di bahagian atas…. aku rasa di sini lebih menarik…
Jarak air terjun di bahagian bawah dan atas tidak begitu jauh, hanya ikut saja trail di sebelah kiri untuk ke atas dan terus pendakian sehingga jumpa air terjun di atas tu. Bila kami sampai saja di situ, apa lagi terus tukar baju untuk layan kesejukan air terjun…hihihihihi… sejuknya memang ke sum-sum tulang ok!! baru berendam sekejap, badan dah mengigil…hahahahahaha… π Berhenti untuk makan tengahari sekejap sebelum kembali sambung berendam… Jom layan gambar dulu, saja nak kasi korang semua panas….. hahahahaha… π
Aku dan wife….
Lepak dibelakang air terjun….. port yang paling best kat situ….
Aku rasa dalam 2 jam lebih juga kami bermastautin di situ bertemankan tebuan-tebuan yang menggila… serius memang banyak tebuan!! aku pun 3 kali disengat dengan tebuan. Tebuan sebenarnya tertarik pada peluh manusia…pelik…pelik…lagi banyak berpeluh, lagi banyak tebuan hinggap. Bila semua dah puas berendam dan mata pun dah merah, barulah bersiap untuk balik dan perjalanan balik aku rasa dalam 1 jam lebih jer… itu pun aku dan wife dah jauh ditinggalkan oleh kerana asyik leka bergambar…hahahahahaha… π Kepada sesiapa yang ditinggalkan atau tidak pasti dengan laluan untuk balik, pastikan mengikut trail yang ditandakan dengan plastik merah ataupun tanda-tanda lain. Kebiasaannya ada plastik merah diikat di tepi pokok di sepanjang trail.
Macam-macam plastik ada, pastikan sentiasa mengikut trail marking untuk mengelakkan daripada sesat…..
Trailnya aku rasa dah cukup jelas dah tapi janganlah menyesatkan diri sendiri…..
Kasut hiking ini dah banyak berjasa…..
Sebelum sampai di lokasi parkir kereta, berhenti disini sekejap untuk cuci kasut….
Selamat tinggal Lata Medang, semoga kita berjumpa kembali di lain hari……
Aku rasa mesti ada perasaan tidak puas hati jika asyik tengok gambar jer kan… ok!..ok!.. Jom layan video pula dan aku pasti mesti ramai yang cemburu selepas menonton video ini…hahahahahahaha….. tonton jangan tak tonton… takut menyesal nanti…hihihihihi… π
“Don’t make your life so complicated”
Jangan lupa untuk bermesra-mesra dengan tebuan dan juga pacat sepanjang trail untuk ke Air Terjun Lata Medang, lebih-lebih lagi kalau dah dekat dengan air terjun, lagi banyak tebuannya. Walau apa pun memang berbaloi apabila sampai kat air terjun tu….
Kemana pula aku dan wife lepas ni??………..ermmmmmmm….. tungguuuuuuuu yer…. π

sangat menarik. tapi kalau pergi dengan kumpulan yang kecik takut jugak. kalau pergi beramai-ramai rasa lebih rasa selesa hehe
Memang menarik bro… kalau kumpulan berlima pun dah ok dah…. ada jugak yg datang berdua jer tau… lagi sempoi dorang tuuu… ekekekekekeke….. π
kalau berdua datang untuk apa? huhu. taklah masuk tempat orang takut jugak dalam jumlah yang kecil. mana tahu ada binatang buas dah sebgainya (anjing) huhuhu
hihihihihi… tu laa kalau gi berdua gitu ler bahayanya…. jumpa anjing still boleh lari lintang pukang lagi…jgn jumpa harimau sudah..lari tak cukup tanah ler karang…ekekekekeke…
arh..kalau p suami isteri ok la..
kalau bercouple?
ha..ha.. tet..tet…
ahahahahahaha…. elakkan maksiat… π
mak ai… jauh jugak nak sampai tempat ni..
silap tgok ptunujuk arah bleh sesat..
selalu jgak dgr nama la air terjunn ni..
mcm biasalah dgar je la.. nak sampai insaallah 10 tahun lgi ha..ha..
aku rasa bang tebuah tu hormon dia tlebih teransang
dgn pluh manusia kot!!!
hihihihi… jauh ler jugak bro… 2 jam setengah hiking baru sampai… kitaorg pon nasib baik x sesat… takkan nak tggu 10 tahun lg baru sampai kot…ekekekeke….. tu laaa… lagi kita berpeluh lagi seronok lak tebuan tu hinggap… terlebih hormon kot tebuan tuuu…ekekekeke… π
muda lagi..up lagi maybe 20 tahun lg baru sampai.. ha..ha
fuhhh…lama jugak nak hiking untuk sampai ke air terjun tu rupanya….
Regards,
-Strider-
lama ooooo….. tapi biler sampai kat air terjun mmg berbaloi-baloi….hihihihihihi… best… π
Very terima kasih. Before going to this place i read your blog. Just balik from LM.
Everything you reported is on point. Bagus sekali!
Welcome… Hope you enjoy relaxing at Lata Medang…. π
Lata medang memang super terbaik… baru pergi semalam… sakit badan tak ilang2 lagi… hahaha….
Memang best kan… dah lama tak ke sana… rasa nak gi Lata Medang lah….hihihihihi.. π
Nk tny jalan dtg n balek sama ea?
Sama jer….jangan mengatal nak ikut jalan lain pulak…nanti sesat kena panggil abam2 bomba pulak….hihihihihihi… π
salam nk tanye kene ade guider ke g sini, or leh g cmtu je ikut trekking yg ade
Trek jelas jer… tak perlu guna guide pon takpe.. π