Salam,

frim-kepong-hutan-simpan-bukit-lagong-alamsemulajadi-nature-hiking

Sapa yang pernah pergi ke FRIM?… Akhirnya aku dan wife telah berjaya jejakkan kaki ke FRIM setelah sekian lama menanam niat untuk ke sana, tapi apa itu FRIM?….hihihhi..(takut-takut ada yang tak tau kan..) 😀

FRIM atau dikenali juga Forest Research Institute Malaysia yang terletak di Kepong dan dikelilingi oleh Hutan Simpan Bukit Lagong. FRIM adalah kawasan kajian, penyelidikan dan pembelajaran berkaitan dengan hutan tropika. Ada jugak hutan simpan di dalam bandar Kuala Lumpur yang sibuk yer, amat sesuai bagi kita yang tinggal di kawasan berdekatan Kuala Lumpur untuk mencari kawasan beriadah dan bermesra dengan alam semulajadi  pada hujung minggu. Plan asal kitaorg sebenarnya nak  panjat Bukit Gasing ikut sekali Kelab Sukan Universiti Malaya tapi program kena batal so apalagi terus cakap kat wife “Kita gi FRIM jer lah esok!.. ajak Akmar ngan Jijie sekali, mintak tolong jadi guide.”..hihihi… sib baik ler Akmar setuju nak temankan kitaorg.

Pukul 8 pagi kitaorg sampai di depan pintu masuk FRIM dan Akmar pun dah menunggu. Jijie tak ikut rupanya so terpaksalah Akmar sorang-sorang jer yang melayan karenah kitaorg…hihihihihi. 😀 . Kitaorg bawak masuk kereta ke FRIM so bayaran bagi sebuah kereta ialah RM4 dan RM1 seorang bagi orang dewasa. Lepas parking kereta, terus ke One Stop Centre untuk beli tiket Canopy Walk. Pengunjung dikenakan bayaran sebanyak RM5 untuk Canopy Walk dan tiket hanya boleh dibeli di One Stop Centre sahaja so pastikan korang dah beli tiket terlebih dahulu sebelum trekking ke Canopy Walk. One Stop Centre bukak pukul 9.00 pagi so terpaksa kitaorg lepak kat café dulu sambil menunggu untuk beli tiket. Di dalam FRIM ni selain daripada cafe, ada juga masjid, sekolah, padang dan dewan untuk Majlis Perkahwinan. Aku ingatkan ada hutan jer sebenarnya. Akhirnya tiket sudah berada dalam genggaman dan bermulalah trekking kitaorg untuk meneroka alam semulajadi di FRIM.

frim-kepong-hutan-simpan-bukit-lagong-alamsemulajadi-nature-hikingTrail mula…

frim-kepong-hutan-simpan-bukit-lagong-alamsemulajadi-nature-hiking

frim-kepong-hutan-simpan-bukit-lagong-alamsemulajadi-nature-hikingTinggi-tinggi semua pokoknya…redup dan sejuk jer….nyaman…

Aku seperti biasalah, selalu kena tinggal kat belakang sebab asik sibuk amik gambar jer, lagipon bagpack aku berat sket sebab isi lens telephoto. Wife aku ngan Akmar dah jauh ke depan dah….hihihihi… dan sampailah kitaorg ke tempat mendaki untuk ke Canopy Walk, jarak dari tempat mendaki ke Canopy Walk dalam 500 meter so 500 meter ler aku kena mendaki… fussssss… dengan beban bag lagi ni.

frim-kepong-hutan-simpan-bukit-lagong-alamsemulajadi-nature-hiking-canopy-walkTempat mula mendaki ke Canopy Walk.

Agak mencabar ler jugak bagi orang yang kurang aktiviti hiking seperti aku ni…ahahahaha.. sampai aku suruh stop rehat dulu sebab aku rasa jantung aku dah macam enjin turbo. Rehat kejap dalam 10 minit pastu mendaki lagi, terpikir gak aku hiking camni pon dah rasa tough, camner nak naik Gunung Kinabalu next year ni….ahahahahaha. tapi aku rasa sebabkan bag berat ni (sajer nak sedapkan hati…hihihihi) Sekarang ni pon aku dah berhenti merokok dan makan suplemen, kalau tak aku rasa lagi semput  oooooo… maklum ler aku ada sejarah lelah (asma). Sejak amik suplemen Shaklee ni jarang dah kena asma. Kalau tak biler cuaca sejuk jer mesti semput nyer. Ayuh!! Mari kita mendaki dan mendaki!!…

frim-kepong-hutan-simpan-bukit-lagong-alamsemulajadi-nature-hiking-canopy-walkDorang berdua ni tgh tunggu aku ler ni….

frim-kepong-hutan-simpan-bukit-lagong-alamsemulajadi-nature-hiking-canopy-walkKorang perasan tak?..ada entiti berwarna ungu kat tepi tuuu!!!… hihiihi 😀

frim-kepong-hutan-simpan-bukit-lagong-alamsemulajadi-nature-hiking-canopy-walk

frim-kepong-hutan-simpan-bukit-lagong-alamsemulajadi-nature-hiking-canopy-walkOn the way tu, kitaorg bergambar dengan The Rock!.. tima kasih pada akak yang sudi tolong amik gambar kitaorg.

Dan akhirnya…….

frim-kepong-hutan-simpan-bukit-lagong-alamsemulajadi-nature-hiking-canopy-walk

Canopy Walk sepanjang 150 meter ni dibina pada tahun 1992 di ketinggian 300 meter dari paras laut dan 30 meter dari paras tanah. Biler berjalan kita kena jarakkan antara satu sama lain bagi tujuan keselamatan. Ini ler kali pertama aku naik Canopy Walk (Langkawi nyer tak kira la kan), masa gi Sabah hari tu tak dapat naik Canopy Walk kat sana sebab tutup untuk penyelenggaraan. Aku ngan wife memang takde masalah gayat so rilek jer..pandang bawah pun takde hal. Dapat tengok permandangan Kuala Lumpur dari atas tu.. Jom layan gambar-gambar kat atas tu lagi.

frim-kepong-hutan-simpan-bukit-lagong-alamsemulajadi-nature-hiking-canopy-walkJalan ikut line merah yer…

frim-kepong-hutan-simpan-bukit-lagong-alamsemulajadi-nature-hiking-canopy-walkTinggi wooooooo!!!…..

frim-kepong-hutan-simpan-bukit-lagong-alamsemulajadi-nature-hiking-canopy-walk

frim-kepong-hutan-simpan-bukit-lagong-alamsemulajadi-nature-hiking-canopy-walkGuide kitaorg…..

frim-kepong-hutan-simpan-bukit-lagong-alamsemulajadi-nature-hiking-canopy-walkTu diaaaaaaa……. gayat tak?

frim-kepong-hutan-simpan-bukit-lagong-alamsemulajadi-nature-hiking-canopy-walk

frim-kepong-hutan-simpan-bukit-lagong-alamsemulajadi-nature-hiking-canopy-walk

frim-kepong-hutan-simpan-bukit-lagong-alamsemulajadi-nature-hiking-canopy-walkBoleh nampak Menara Rebung dengan jelas dari atas ni….

frim-kepong-hutan-simpan-bukit-lagong-alamsemulajadi-nature-hiking-canopy-walk

frim-kepong-hutan-simpan-bukit-lagong-alamsemulajadi-nature-hiking-canopy-walkComel tak saya??…. hihihi

frim-kepong-hutan-simpan-bukit-lagong-alamsemulajadi-nature-hiking-canopy-walk

frim-kepong-hutan-simpan-bukit-lagong-alamsemulajadi-nature-hiking-canopy-walkAsik nak peace jer dorang ni…

frim-kepong-hutan-simpan-bukit-lagong-alamsemulajadi-nature-hiking-canopy-walk

frim-kepong-hutan-simpan-bukit-lagong-alamsemulajadi-nature-hiking-canopy-walk

frim-kepong-hutan-simpan-bukit-lagong-alamsemulajadi-nature-hiking-canopy-walk

Tak ingat bape lama kitaorg lepak kat atas tu, dah jenuh bergambar terus turun dan kitaorg diberi 2 pilihan……hihihi…jeng…jeng…jeng….

frim-kepong-hutan-simpan-bukit-lagong-alamsemulajadi-nature-hiking-canopy-walk

Kalau nak tau apa pilihan kitaorg, tunggukan sambungan entri ini di bahagian ke 2 (Akmar, jangan bocorkan jawapan yer!!)…..ekekekekeke.. 😀 Aku terpaksa buat 2 bahagian sebab banyak sangat aku nak kongsikan gambar. Kalau masukkan semua gambar dalam 1 entri jer nanti lembab lak internet korang nak download gambar.

Tungguuuuu yer……….. dan nantikan apakah pilihan kitaorg???…. jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri dan tertanya-tanya. 😀 . Dan nantikan juga VIDEO EDISI KHAS kitaorg di sana.

Loading

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

9 thoughts on “Meneroka Hutan Simpan Bukit Lagong FRIM-Part 1

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.